Boost Your Traffic
skip to main | skip to sidebar

Blogger

RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

  • PARTI LEBAI PATUT BERSYUKUR RAMAI ANAK MUDA TIDAK PULANG DAN MEREKA SANGGUP DI 'NERAKA' KAN
      Memang patutlah kalah. Hasrat bertanding hanya untuk sekat pihak lawan dapat capai undi lebih, meskipun jumlah undi parti sendiri pun mero...
  • VIDEO - DENGAR UCAPAN ZAHID YANG MENGHINA TUAN GURU NIK AZIZ
    Apa intipati klip video di atas? Inilah ceramah dari `dajal bermulut iblis' dari Melaka Negeri yang KM nya adalah perasuah politik wang...
  • WAJARKAH ARIF FAHMI LETAK JAWATAN DI PMBK ?
    Oleh: WFAUZDIN NS KEMELUT di PMBK masih belum berkesudahan. Siasatan oleh SPRM terhadap perbadanan di bawah MB Kelantan ini mungkin masih ...

Ahad, 4 April 2010

FAKTA DAN STATISTIK INI BUAT NAJIB PENING?

Ada yang tak nampak ‘gajah’ di Hulu Selangor...

Ada kawan-kawan di Hulu Selangor yang marah bila kebanyakan suratkhabar dan warta berita di televisyen asyik sebut calon BN Datuk G Palanivel kalah tipis 198 undi saja di tangan calon PKR Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad masa pilihanraya umum Mac 2008.

Wartawan tidak salah,begitu juga suratkhabar dan pembaca warta berita.

Angka 198 memang masuk dalam istilah kalah tipis.

Ini ibarat cerita kuman di seberang laut nampak tapi gajah di depan mata tak nampak.

Seorang kawan lama dari Ulu Yam menelefon Kawan semata-mata minta highlight pasal tu.

Bising betul dia kata kenapa orang suratkhabar tak ‘ main’ sangat mengenai perbezaan majoriti 198 Palanivel kalah tu dengan hampir 6,000 undi penyokong BN yang hilang entah ke mana.

“Itulah gajah yang semua orang macam tak nampak,”katanya.

Kawan kita ini merujuk kepada soal majoriti kemenangan calon BN di semua tiga DUN iaitu Hulu Bernam,Kuala Kubu Bharu dan Batang Kali yang jumlah terkumpul ialah 6,179 undi sedangkan Dr Zainal menang kerusi Parlimen itu mengalahkan Palanivel dengan majoriti hanya 198 undi.

Kalau dihitung ada 5,981 undi mereka yang menyokong tiga calon BN di tiga DUN berkenaan tidak mengundi Palanivel untuk kerusi Parlimen.

Sebenarnya Agendadaily sendiri pernah tulis bab ni baru ini.

Mengenangkan ‘ gajah’ di depan mata itulah yang membuat isu kemungkinan Palanivel bertanding semula pada pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini terus hangat diperbualkan.

Angka 5,981 itu adalah gambaran bagaimana ramainya penyokong BN sendiri yang tidak mahu beliau jadi Ahli Parlimen mereka lagi setelah dua penggal sebelum itu menjadi wakil mereka.

Kata orang congak kota mana ceruk pun angka itu jelas di depan mata. Kawan dapat tahu survey rambang yang dibuat oleh beberapa pihak yang berasingan sekitar Hulu Selangor mendapati nama Palanivel masih corot.

Ikut ceritanya ramai yang tak kisah kalau calon MIC bertanding – atas semangat setiakawan BN – asalkan calonnya bukan Palanivel.

Dari sudut politik MIC memang pemimpin besar MIC Datuk Seri Samy Vellu nak push habis agar Palanivel tetap bertanding sebab dia Timbalan Presiden MIC.

Nak salahkan Samy Vellu pun tak boleh dalam bab ni sebab menang tak ada kelaslah Timbalan Presiden parti itu sudahlah tak ada jawatan Menteri…MP pun bukan.

Ini ditambah pula Presiden MIC sendiri ‘ menggangur’.

Jadi tak payahlah sesiapapun nak terkejut dengar Palanivel sendiri cakap pada wartawan MIC hanya submit namanya seorang saja sebagai calon.

Soalnya sekarang rakyat di Hulu Selangor peduli apa tentang politik MIC.

Kawan cakap semua ini bukanlah nak kempen anti-Palanivel sebagai calon di Hulu Selangor tetapi hanya letak fakta di depan mata.

Palanivel pun dulu reporter juga dari Bernama yang sama-sama pi reporting dengan Kawan.

Kemudiannya dari jadi Press Secetary Samy Vellu dia terus meningkat naik sampai jadi Timbalan Presiden MIC.

Kawan sendiri ada sembang dengan beberapa orang pemimpin UMNO di Hulu Selangor dan juga di pusat.

Tak payah sebut namalah.Dari nada cakap depa memang semuanya nampak pening lalat memikirkan bab ini.

Seorang pemimpin kanan MIC sendiri mengaku pada Kawan dia dapat memahami kebimbangan itu.

Katanya dia tak boleh campur bab ini kerana keputusan terletak di tangan Presiden MIC siapa dia nak cadangkan kepada Perdana Menteri sebagai calon.

Jika katakan Palanivel tetap dicalonkan soalan terbesar yang pasti buat semua jentera BN garu kepala mampukah depa tarik balik hampir 6,000 penyokong BN yang tidak memangkahnya dalam pilihanraya umum 2008.

Ada kawan-kawan di Hulu Selangor yang direct cakap ‘ sakit’ maksudnya depa kena ‘ tugas berat’.

Betoilah…tak ada sapa pun yang boleh kata Palanivel gerenti kalah,cuma isunya memang banyak kerja untuk carry nama dia berbanding kalau ada calon lain yang fresh.

Kawan pun tau setiap kali nak pilihanraya kecil soal nak memilih calon pasti jadi isu.Orang ni tak kena..orang tu tak kena.

Cuma dalam bab Hulu Selangor perlulah Kawan catatkan kalau Palanivel jadi bertanding ini adalah kali pertama BN letak balik calon yang pernah kalah.Ini yang kes berat.

Sebabnya dalam sembilan pilihanraya kecil sebelum ini semua calon baru.

Di Bagan Pinang pula Tan Sri Isa Samad walaupun muka lama tapi dia bukan calon kalah.Dia cuma tak bertanding dalam pilihannraya umum 2008.

Hulu Selangor memang sejak dulu kawasan selamat bagi BN.Cuma keputusan Palanivel dalam pilihanraya umum lalu buat jentera BN rasa tak sedap badan nak menghadapi pilihanraya kecil kali ini.

Nak kata tak berjudi nasib…memang berjudilah kalau letak juga Palanivel bertanding.

BN sendiri pernah berjudi nasib yang besar satu ketika dulu dalam pilihanraya kecil Parlimen Ampang Jaya pada tahun 1989.

Mungkin ramai dah lupa pada waktu tu BN letak Datuk Seri Ong Tee Keat yang kalah Presiden MCA baru ini berentap dengan bekas tokoh besar UMNO,Allahyarham Datuk Harun Idris yang bertanding atas tiket Parti Semangat 46 yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

Waktu tu semua kata BN patut letak calon Melayu untuk berdepan dengan Datuk Harun.

Jentera BN kecut perut habis melihat ketokohan Datuk Harun,bekas Menteri Besar Selangor tu.

Tak ramai yang berani ramal Tee Keat yang merupakan muka baru dalam arina politik arus perdana boleh menang.

Bagaimanapun, akhirnya Tee Keat berjaya mengalahkan Datuk Harun dengan majoriti 4,500 undi.

Sejarah memang ada.Masalahnya senario politiknya lain dulu…lain sekarang.

Lain Tee Keat…lain Palanivel dan lain Ampang Jaya…lain Hulu Selangor.

Juga lain sebelum tsunami dan lain lepas tsunami./Agendadaily
Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 2:32 PG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

IKLAN

iklan

CYBERWAR

CYBERWAR
Perangi Kezaliman

Waktu Solat

WFAUZDIN NS

WFAUZDIN NS

KLIK FB SAYA

KLIK FB SAYA

CARI DI SINI

LAGU PKR

Mengenali Saya

Foto saya
WFAUZDIN NS
Sebarang pandangan atau ingin menghantar artikel anda, sila Emailkan kepada zek_riy@yahoo.com
Lihat profil lengkap saya

TOKOH REFORMASI

HERO RAKYAT

Serasi
Kesefahaman Yang Kukuh

JOM BORAK SAKAN

Video - Kenali Wajah Umno

TERIMA KASIH SEMUA

Blog ini mula dibuka secara resminya pada 19 Mei 2009. Pada 29 Ogos 2019, iaitu lebih kurang 9 tahun, blog ini telah pun dikunjungi sebanyak 9.6 Juta kali. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung serta bloggers sahabat yang terus memberikan sokongan dan kerjasama kepada saya selama ini. Moga-moga perjuangan kita semua diberkati, InsyaAllah.

PENGUNJUNG


widgeo

BLOG SAYA MINATI

  • KERENGGA
    Kelantan: Pemilik spa cedera disimbah asid
  • WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI
    Nurul Izzah Teruja Menang 80 Kerusi, Rafizi templak Nurul ni pandai kira...
  • Selangorkini
    Ibu, Lampinku Lupa Kaupakaikan
  • Pahang Daily Online
    Pemilihan Bukan Hanya Untuk PRU-16, Tetapi Parti Perlu Cari Jalan Agar PKR Terus Hidup Dan Menjadi Lebih Kukuh
  • .
    Seruan kepada penyokong Hiruk dan Damai
  • Berita Harian Metro Terkini Majalah Review Malaysia ★ MRM™
    Marble Dining Tables for Malaysian Homes: Choosing the Right Marble Dining Table for Your House
  • Anak Sungai Derhaka
    The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
  • Addin
    Kalau Tak Kerana Umno, PAS Tak Merasa Jadi Kerajaan
  • Tukar Tiub
    RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
  • MiLo SuaM
    Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin
  • AGEN PERUBAHAN ®
    Pejuang Rakyat Anwar Ibrahim tibai Muhyiddin... Terbaru dalam Parlimen.
  • Batu vs Kayu
    Perutusan Dari Tun Mahathir
  • Biaqpila™
    LIVE AJL 34
  • KeadilanDaily.com
    Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri
  • Bloglist Malaysia
    Kebodohan Seorang Pesuruhjaya Parti Islam
  • Harakahdaily BM
    Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
  • MANDOR.BLOGSPOT.COM
    ROMBAKAN ATAU TUKAR PORTFOLIO KABINET, TUKAR MENTERI BARU YANG LEBIH SEGAR
  • Shahbudin dot com
    PENGUMUMAN
  • Khalid Samad
    Video:The Dawn of A New Malaysia
  • KDL
    KedahLanie sudah berpindah ke rumah baru..ini linknya..
  • AMANAH PROGRESIF PEDULI
    Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah
  • Cananglahnie
    Kebocoran baru dedah adik Najib miliki firma BVI
  • PKR Pahang
    Tun M jamin Anwar jadi PM kerajaan Harapan
  • TranungKite Online (TKO)
    Kehadiran Tun Mahathir dalam PH menguntungkan PAS kata Nik Abdul
  • Cenangau Daunkari
    MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
  • KELAB GREENBOC
    [VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru
  • Ameno World
    Makluman : Amenoworld Bertukar Domain Kerana Diblock SKMM.
  • CarcaMarba
    Lelaki paling gemuk di dunia lebih berat daripada disangka
  • Radio KOBAT FM
    TERIMA KASIH ADUN TERUNTUM, YB SIM
  • Malaysiakini - Terkini untuk anda.
  • mandor.blogspot.com

PELAWAT

free counters

ARKIB

  • ►  2025 (22)
    • ►  04/27 - 05/04 (1)
    • ►  03/16 - 03/23 (5)
    • ►  02/09 - 02/16 (4)
    • ►  02/02 - 02/09 (5)
    • ►  01/26 - 02/02 (7)
  • ►  2024 (313)
    • ►  12/15 - 12/22 (10)
    • ►  12/01 - 12/08 (7)
    • ►  11/17 - 11/24 (14)
    • ►  11/10 - 11/17 (9)
    • ►  10/27 - 11/03 (14)
    • ►  10/20 - 10/27 (10)
    • ►  10/13 - 10/20 (6)
    • ►  09/22 - 09/29 (13)
    • ►  09/08 - 09/15 (8)
    • ►  09/01 - 09/08 (4)
    • ►  08/25 - 09/01 (12)
    • ►  08/04 - 08/11 (9)
    • ►  07/21 - 07/28 (21)
    • ►  07/14 - 07/21 (14)
    • ►  06/30 - 07/07 (16)
    • ►  06/23 - 06/30 (1)
    • ►  06/16 - 06/23 (16)
    • ►  06/09 - 06/16 (20)
    • ►  05/26 - 06/02 (16)
    • ►  04/28 - 05/05 (23)
    • ►  03/31 - 04/07 (11)
    • ►  03/24 - 03/31 (22)
    • ►  03/03 - 03/10 (15)
    • ►  02/25 - 03/03 (8)
    • ►  02/04 - 02/11 (7)
    • ►  01/21 - 01/28 (7)
  • ►  2023 (315)
    • ►  12/31 - 01/07 (9)
    • ►  12/24 - 12/31 (7)
    • ►  12/17 - 12/24 (15)
    • ►  11/26 - 12/03 (10)
    • ►  11/19 - 11/26 (6)
    • ►  11/12 - 11/19 (12)
    • ►  10/29 - 11/05 (10)
    • ►  10/22 - 10/29 (8)
    • ►  10/15 - 10/22 (2)
    • ►  10/08 - 10/15 (3)
    • ►  09/24 - 10/01 (7)
    • ►  09/10 - 09/17 (8)
    • ►  09/03 - 09/10 (4)
    • ►  08/20 - 08/27 (10)
    • ►  08/13 - 08/20 (6)
    • ►  08/06 - 08/13 (12)
    • ►  07/30 - 08/06 (5)
    • ►  07/23 - 07/30 (2)
    • ►  07/16 - 07/23 (4)
    • ►  07/09 - 07/16 (11)
    • ►  07/02 - 07/09 (17)
    • ►  06/18 - 06/25 (10)
    • ►  06/11 - 06/18 (7)
    • ►  06/04 - 06/11 (9)
    • ►  05/28 - 06/04 (4)
    • ►  05/21 - 05/28 (5)
    • ►  05/14 - 05/21 (8)
    • ►  05/07 - 05/14 (5)
    • ►  04/30 - 05/07 (5)
    • ►  04/16 - 04/23 (9)
    • ►  04/09 - 04/16 (7)
    • ►  04/02 - 04/09 (7)
    • ►  03/26 - 04/02 (7)
    • ►  03/19 - 03/26 (7)
    • ►  03/12 - 03/19 (1)
    • ►  03/05 - 03/12 (7)
    • ►  02/26 - 03/05 (5)
    • ►  02/19 - 02/26 (6)
    • ►  02/12 - 02/19 (7)
    • ►  02/05 - 02/12 (5)
    • ►  01/29 - 02/05 (6)
    • ►  01/22 - 01/29 (3)
    • ►  01/15 - 01/22 (4)
    • ►  01/08 - 01/15 (6)
    • ►  01/01 - 01/08 (7)
  • ►  2022 (290)
    • ►  12/25 - 01/01 (5)
    • ►  12/18 - 12/25 (7)
    • ►  12/11 - 12/18 (3)
    • ►  12/04 - 12/11 (2)
    • ►  11/27 - 12/04 (2)
    • ►  11/13 - 11/20 (4)
    • ►  11/06 - 11/13 (2)
    • ►  10/30 - 11/06 (1)
    • ►  10/23 - 10/30 (7)
    • ►  10/16 - 10/23 (1)
    • ►  10/02 - 10/09 (1)
    • ►  09/25 - 10/02 (6)
    • ►  09/18 - 09/25 (6)
    • ►  09/11 - 09/18 (10)
    • ►  09/04 - 09/11 (10)
    • ►  08/28 - 09/04 (6)
    • ►  08/21 - 08/28 (9)
    • ►  08/14 - 08/21 (9)
    • ►  08/07 - 08/14 (9)
    • ►  07/31 - 08/07 (12)
    • ►  07/24 - 07/31 (11)
    • ►  07/17 - 07/24 (8)
    • ►  07/10 - 07/17 (7)
    • ►  07/03 - 07/10 (5)
    • ►  06/26 - 07/03 (6)
    • ►  06/19 - 06/26 (11)
    • ►  06/12 - 06/19 (8)
    • ►  05/29 - 06/05 (3)
    • ►  05/22 - 05/29 (2)
    • ►  05/15 - 05/22 (1)
    • ►  05/08 - 05/15 (4)
    • ►  05/01 - 05/08 (4)
    • ►  04/24 - 05/01 (5)
    • ►  04/17 - 04/24 (8)
    • ►  04/10 - 04/17 (6)
    • ►  04/03 - 04/10 (4)
    • ►  03/27 - 04/03 (2)
    • ►  03/20 - 03/27 (6)
    • ►  03/13 - 03/20 (4)
    • ►  03/06 - 03/13 (6)
    • ►  02/27 - 03/06 (6)
    • ►  02/20 - 02/27 (7)
    • ►  02/13 - 02/20 (4)
    • ►  02/06 - 02/13 (6)
    • ►  01/30 - 02/06 (10)
    • ►  01/23 - 01/30 (4)
    • ►  01/16 - 01/23 (11)
    • ►  01/09 - 01/16 (10)
    • ►  01/02 - 01/09 (9)
  • ►  2021 (154)
    • ►  12/26 - 01/02 (6)
    • ►  12/19 - 12/26 (11)
    • ►  12/12 - 12/19 (7)
    • ►  12/05 - 12/12 (7)
    • ►  11/28 - 12/05 (4)
    • ►  11/21 - 11/28 (2)
    • ►  11/07 - 11/14 (9)
    • ►  10/31 - 11/07 (2)
    • ►  10/24 - 10/31 (10)
    • ►  10/17 - 10/24 (7)
    • ►  10/10 - 10/17 (4)
    • ►  10/03 - 10/10 (4)
    • ►  09/26 - 10/03 (2)
    • ►  09/19 - 09/26 (8)
    • ►  09/12 - 09/19 (7)
    • ►  09/05 - 09/12 (7)
    • ►  08/29 - 09/05 (10)
    • ►  08/22 - 08/29 (5)
    • ►  08/08 - 08/15 (3)
    • ►  07/25 - 08/01 (2)
    • ►  07/18 - 07/25 (3)
    • ►  07/04 - 07/11 (1)
    • ►  06/27 - 07/04 (1)
    • ►  06/20 - 06/27 (2)
    • ►  06/13 - 06/20 (8)
    • ►  06/06 - 06/13 (4)
    • ►  05/23 - 05/30 (1)
    • ►  04/04 - 04/11 (1)
    • ►  03/28 - 04/04 (7)
    • ►  03/07 - 03/14 (1)
    • ►  02/28 - 03/07 (1)
    • ►  02/21 - 02/28 (1)
    • ►  02/14 - 02/21 (1)
    • ►  02/07 - 02/14 (1)
    • ►  01/31 - 02/07 (1)
    • ►  01/24 - 01/31 (2)
    • ►  01/10 - 01/17 (1)
  • ►  2020 (154)
    • ►  12/06 - 12/13 (5)
    • ►  11/08 - 11/15 (3)
    • ►  11/01 - 11/08 (3)
    • ►  10/25 - 11/01 (1)
    • ►  10/18 - 10/25 (3)
    • ►  10/04 - 10/11 (7)
    • ►  09/20 - 09/27 (1)
    • ►  09/06 - 09/13 (9)
    • ►  08/30 - 09/06 (1)
    • ►  08/23 - 08/30 (5)
    • ►  08/16 - 08/23 (1)
    • ►  08/09 - 08/16 (3)
    • ►  08/02 - 08/09 (2)
    • ►  07/26 - 08/02 (4)
    • ►  07/19 - 07/26 (8)
    • ►  07/12 - 07/19 (2)
    • ►  07/05 - 07/12 (4)
    • ►  06/28 - 07/05 (8)
    • ►  06/21 - 06/28 (3)
    • ►  06/14 - 06/21 (8)
    • ►  06/07 - 06/14 (12)
    • ►  05/31 - 06/07 (7)
    • ►  05/24 - 05/31 (1)
    • ►  03/08 - 03/15 (6)
    • ►  03/01 - 03/08 (10)
    • ►  02/16 - 02/23 (4)
    • ►  02/09 - 02/16 (5)
    • ►  02/02 - 02/09 (6)
    • ►  01/26 - 02/02 (8)
    • ►  01/12 - 01/19 (10)
    • ►  01/05 - 01/12 (4)
  • ►  2019 (116)
    • ►  12/29 - 01/05 (9)
    • ►  12/22 - 12/29 (5)
    • ►  12/01 - 12/08 (6)
    • ►  11/24 - 12/01 (2)
    • ►  11/17 - 11/24 (3)
    • ►  11/10 - 11/17 (4)
    • ►  11/03 - 11/10 (4)
    • ►  10/27 - 11/03 (12)
    • ►  10/20 - 10/27 (4)
    • ►  10/13 - 10/20 (2)
    • ►  10/06 - 10/13 (7)
    • ►  09/29 - 10/06 (3)
    • ►  09/22 - 09/29 (4)
    • ►  09/15 - 09/22 (4)
    • ►  09/01 - 09/08 (6)
    • ►  08/25 - 09/01 (11)
    • ►  08/18 - 08/25 (4)
    • ►  08/11 - 08/18 (4)
    • ►  08/04 - 08/11 (5)
    • ►  07/21 - 07/28 (2)
    • ►  07/14 - 07/21 (1)
    • ►  07/07 - 07/14 (1)
    • ►  06/16 - 06/23 (1)
    • ►  05/19 - 05/26 (2)
    • ►  05/12 - 05/19 (1)
    • ►  04/21 - 04/28 (1)
    • ►  04/14 - 04/21 (1)
    • ►  03/17 - 03/24 (1)
    • ►  03/10 - 03/17 (2)
    • ►  03/03 - 03/10 (1)
    • ►  02/24 - 03/03 (1)
    • ►  02/17 - 02/24 (1)
    • ►  01/13 - 01/20 (1)
  • ►  2018 (33)
    • ►  12/16 - 12/23 (1)
    • ►  12/09 - 12/16 (1)
    • ►  11/25 - 12/02 (1)
    • ►  11/18 - 11/25 (1)
    • ►  10/21 - 10/28 (2)
    • ►  10/07 - 10/14 (2)
    • ►  09/16 - 09/23 (2)
    • ►  09/09 - 09/16 (1)
    • ►  07/22 - 07/29 (1)
    • ►  06/03 - 06/10 (1)
    • ►  05/27 - 06/03 (1)
    • ►  05/20 - 05/27 (1)
    • ►  04/01 - 04/08 (1)
    • ►  03/18 - 03/25 (2)
    • ►  03/11 - 03/18 (2)
    • ►  03/04 - 03/11 (1)
    • ►  02/18 - 02/25 (2)
    • ►  02/11 - 02/18 (4)
    • ►  01/28 - 02/04 (1)
    • ►  01/21 - 01/28 (1)
    • ►  01/14 - 01/21 (3)
    • ►  01/07 - 01/14 (1)
  • ►  2017 (50)
    • ►  12/31 - 01/07 (1)
    • ►  12/17 - 12/24 (1)
    • ►  11/26 - 12/03 (1)
    • ►  11/19 - 11/26 (1)
    • ►  11/05 - 11/12 (1)
    • ►  10/29 - 11/05 (1)
    • ►  10/15 - 10/22 (1)
    • ►  10/08 - 10/15 (3)
    • ►  09/10 - 09/17 (1)
    • ►  09/03 - 09/10 (1)
    • ►  08/27 - 09/03 (1)
    • ►  08/20 - 08/27 (1)
    • ►  08/13 - 08/20 (1)
    • ►  08/06 - 08/13 (1)
    • ►  07/30 - 08/06 (1)
    • ►  07/09 - 07/16 (2)
    • ►  06/18 - 06/25 (1)
    • ►  06/11 - 06/18 (2)
    • ►  06/04 - 06/11 (2)
    • ►  05/21 - 05/28 (3)
    • ►  05/14 - 05/21 (1)
    • ►  05/07 - 05/14 (2)
    • ►  04/30 - 05/07 (2)
    • ►  04/16 - 04/23 (1)
    • ►  04/02 - 04/09 (2)
    • ►  03/26 - 04/02 (4)
    • ►  03/19 - 03/26 (1)
    • ►  03/12 - 03/19 (1)
    • ►  03/05 - 03/12 (1)
    • ►  02/26 - 03/05 (2)
    • ►  02/19 - 02/26 (1)
    • ►  01/29 - 02/05 (2)
    • ►  01/22 - 01/29 (1)
    • ►  01/08 - 01/15 (1)
    • ►  01/01 - 01/08 (1)
  • ►  2016 (84)
    • ►  12/11 - 12/18 (1)
    • ►  11/27 - 12/04 (1)
    • ►  11/20 - 11/27 (2)
    • ►  11/13 - 11/20 (2)
    • ►  11/06 - 11/13 (2)
    • ►  10/30 - 11/06 (2)
    • ►  10/23 - 10/30 (1)
    • ►  10/16 - 10/23 (2)
    • ►  10/09 - 10/16 (3)
    • ►  10/02 - 10/09 (4)
    • ►  09/25 - 10/02 (2)
    • ►  09/18 - 09/25 (3)
    • ►  09/04 - 09/11 (2)
    • ►  08/28 - 09/04 (3)
    • ►  08/14 - 08/21 (4)
    • ►  08/07 - 08/14 (1)
    • ►  07/31 - 08/07 (1)
    • ►  07/17 - 07/24 (3)
    • ►  07/10 - 07/17 (3)
    • ►  07/03 - 07/10 (1)
    • ►  06/26 - 07/03 (2)
    • ►  06/19 - 06/26 (2)
    • ►  06/12 - 06/19 (1)
    • ►  06/05 - 06/12 (1)
    • ►  05/22 - 05/29 (2)
    • ►  05/15 - 05/22 (4)
    • ►  05/01 - 05/08 (2)
    • ►  04/24 - 05/01 (3)
    • ►  04/17 - 04/24 (3)
    • ►  04/10 - 04/17 (2)
    • ►  03/27 - 04/03 (1)
    • ►  03/20 - 03/27 (1)
    • ►  03/13 - 03/20 (1)
    • ►  03/06 - 03/13 (2)
    • ►  02/28 - 03/06 (1)
    • ►  02/21 - 02/28 (1)
    • ►  02/14 - 02/21 (2)
    • ►  01/31 - 02/07 (4)
    • ►  01/24 - 01/31 (1)
    • ►  01/17 - 01/24 (2)
    • ►  01/10 - 01/17 (2)
    • ►  01/03 - 01/10 (1)
  • ►  2015 (144)
    • ►  12/27 - 01/03 (2)
    • ►  12/20 - 12/27 (1)
    • ►  12/13 - 12/20 (3)
    • ►  12/06 - 12/13 (3)
    • ►  11/29 - 12/06 (3)
    • ►  11/22 - 11/29 (1)
    • ►  11/15 - 11/22 (2)
    • ►  11/08 - 11/15 (1)
    • ►  11/01 - 11/08 (3)
    • ►  10/25 - 11/01 (3)
    • ►  10/18 - 10/25 (3)
    • ►  10/11 - 10/18 (3)
    • ►  10/04 - 10/11 (4)
    • ►  09/27 - 10/04 (5)
    • ►  09/20 - 09/27 (1)
    • ►  09/13 - 09/20 (5)
    • ►  09/06 - 09/13 (5)
    • ►  08/30 - 09/06 (2)
    • ►  08/23 - 08/30 (4)
    • ►  08/16 - 08/23 (2)
    • ►  08/09 - 08/16 (1)
    • ►  08/02 - 08/09 (3)
    • ►  07/26 - 08/02 (2)
    • ►  07/12 - 07/19 (2)
    • ►  07/05 - 07/12 (4)
    • ►  06/28 - 07/05 (6)
    • ►  06/21 - 06/28 (5)
    • ►  06/14 - 06/21 (4)
    • ►  06/07 - 06/14 (4)
    • ►  05/31 - 06/07 (3)
    • ►  05/24 - 05/31 (2)
    • ►  05/17 - 05/24 (3)
    • ►  05/10 - 05/17 (1)
    • ►  05/03 - 05/10 (2)
    • ►  04/26 - 05/03 (3)
    • ►  04/19 - 04/26 (3)
    • ►  04/12 - 04/19 (6)
    • ►  04/05 - 04/12 (3)
    • ►  03/29 - 04/05 (4)
    • ►  03/22 - 03/29 (2)
    • ►  03/15 - 03/22 (1)
    • ►  03/08 - 03/15 (2)
    • ►  03/01 - 03/08 (2)
    • ►  02/22 - 03/01 (2)
    • ►  02/15 - 02/22 (1)
    • ►  02/08 - 02/15 (4)
    • ►  02/01 - 02/08 (2)
    • ►  01/25 - 02/01 (2)
    • ►  01/18 - 01/25 (4)
    • ►  01/11 - 01/18 (1)
    • ►  01/04 - 01/11 (4)
  • ►  2014 (179)
    • ►  12/28 - 01/04 (1)
    • ►  12/14 - 12/21 (4)
    • ►  12/07 - 12/14 (2)
    • ►  11/30 - 12/07 (2)
    • ►  11/23 - 11/30 (6)
    • ►  11/16 - 11/23 (3)
    • ►  11/09 - 11/16 (4)
    • ►  11/02 - 11/09 (4)
    • ►  10/26 - 11/02 (4)
    • ►  10/19 - 10/26 (4)
    • ►  10/12 - 10/19 (4)
    • ►  10/05 - 10/12 (3)
    • ►  09/28 - 10/05 (2)
    • ►  09/21 - 09/28 (3)
    • ►  09/14 - 09/21 (1)
    • ►  09/07 - 09/14 (3)
    • ►  08/31 - 09/07 (4)
    • ►  08/24 - 08/31 (5)
    • ►  08/17 - 08/24 (6)
    • ►  08/10 - 08/17 (6)
    • ►  08/03 - 08/10 (4)
    • ►  07/20 - 07/27 (2)
    • ►  07/13 - 07/20 (4)
    • ►  07/06 - 07/13 (3)
    • ►  06/29 - 07/06 (3)
    • ►  06/22 - 06/29 (3)
    • ►  06/15 - 06/22 (4)
    • ►  06/08 - 06/15 (1)
    • ►  06/01 - 06/08 (4)
    • ►  05/25 - 06/01 (4)
    • ►  05/18 - 05/25 (3)
    • ►  05/11 - 05/18 (3)
    • ►  05/04 - 05/11 (2)
    • ►  04/27 - 05/04 (5)
    • ►  04/20 - 04/27 (4)
    • ►  04/13 - 04/20 (2)
    • ►  04/06 - 04/13 (4)
    • ►  03/30 - 04/06 (3)
    • ►  03/23 - 03/30 (3)
    • ►  03/16 - 03/23 (5)
    • ►  03/09 - 03/16 (3)
    • ►  03/02 - 03/09 (4)
    • ►  02/23 - 03/02 (6)
    • ►  02/16 - 02/23 (6)
    • ►  02/09 - 02/16 (4)
    • ►  02/02 - 02/09 (3)
    • ►  01/26 - 02/02 (5)
    • ►  01/19 - 01/26 (3)
    • ►  01/12 - 01/19 (3)
    • ►  01/05 - 01/12 (5)
  • ►  2013 (191)
    • ►  12/29 - 01/05 (6)
    • ►  12/22 - 12/29 (4)
    • ►  12/15 - 12/22 (5)
    • ►  12/08 - 12/15 (4)
    • ►  12/01 - 12/08 (3)
    • ►  11/24 - 12/01 (4)
    • ►  11/17 - 11/24 (4)
    • ►  11/10 - 11/17 (3)
    • ►  11/03 - 11/10 (6)
    • ►  10/27 - 11/03 (2)
    • ►  10/20 - 10/27 (2)
    • ►  10/13 - 10/20 (2)
    • ►  10/06 - 10/13 (3)
    • ►  09/29 - 10/06 (1)
    • ►  09/22 - 09/29 (2)
    • ►  09/15 - 09/22 (1)
    • ►  09/08 - 09/15 (1)
    • ►  09/01 - 09/08 (3)
    • ►  08/25 - 09/01 (2)
    • ►  08/18 - 08/25 (3)
    • ►  08/11 - 08/18 (1)
    • ►  08/04 - 08/11 (2)
    • ►  07/28 - 08/04 (2)
    • ►  07/21 - 07/28 (6)
    • ►  07/14 - 07/21 (1)
    • ►  07/07 - 07/14 (3)
    • ►  06/30 - 07/07 (3)
    • ►  06/23 - 06/30 (4)
    • ►  06/16 - 06/23 (3)
    • ►  06/09 - 06/16 (4)
    • ►  06/02 - 06/09 (4)
    • ►  05/26 - 06/02 (3)
    • ►  05/19 - 05/26 (9)
    • ►  05/12 - 05/19 (8)
    • ►  05/05 - 05/12 (7)
    • ►  04/28 - 05/05 (4)
    • ►  04/21 - 04/28 (4)
    • ►  04/14 - 04/21 (4)
    • ►  04/07 - 04/14 (5)
    • ►  03/31 - 04/07 (4)
    • ►  03/24 - 03/31 (3)
    • ►  03/17 - 03/24 (5)
    • ►  03/10 - 03/17 (5)
    • ►  03/03 - 03/10 (6)
    • ►  02/24 - 03/03 (4)
    • ►  02/17 - 02/24 (4)
    • ►  02/10 - 02/17 (4)
    • ►  02/03 - 02/10 (4)
    • ►  01/27 - 02/03 (2)
    • ►  01/20 - 01/27 (2)
    • ►  01/13 - 01/20 (6)
    • ►  01/06 - 01/13 (4)
  • ►  2012 (335)
    • ►  12/30 - 01/06 (2)
    • ►  12/23 - 12/30 (3)
    • ►  12/16 - 12/23 (2)
    • ►  12/09 - 12/16 (4)
    • ►  12/02 - 12/09 (3)
    • ►  11/25 - 12/02 (5)
    • ►  11/18 - 11/25 (6)
    • ►  11/11 - 11/18 (4)
    • ►  11/04 - 11/11 (3)
    • ►  10/28 - 11/04 (4)
    • ►  10/21 - 10/28 (4)
    • ►  10/14 - 10/21 (6)
    • ►  10/07 - 10/14 (7)
    • ►  09/30 - 10/07 (4)
    • ►  09/23 - 09/30 (7)
    • ►  09/16 - 09/23 (4)
    • ►  09/09 - 09/16 (6)
    • ►  09/02 - 09/09 (5)
    • ►  08/26 - 09/02 (8)
    • ►  08/19 - 08/26 (7)
    • ►  08/12 - 08/19 (6)
    • ►  08/05 - 08/12 (5)
    • ►  07/29 - 08/05 (9)
    • ►  07/22 - 07/29 (3)
    • ►  07/15 - 07/22 (6)
    • ►  07/08 - 07/15 (4)
    • ►  07/01 - 07/08 (5)
    • ►  06/24 - 07/01 (7)
    • ►  06/17 - 06/24 (4)
    • ►  06/10 - 06/17 (7)
    • ►  06/03 - 06/10 (7)
    • ►  05/27 - 06/03 (9)
    • ►  05/20 - 05/27 (7)
    • ►  05/13 - 05/20 (8)
    • ►  05/06 - 05/13 (9)
    • ►  04/29 - 05/06 (5)
    • ►  04/22 - 04/29 (4)
    • ►  04/15 - 04/22 (8)
    • ►  04/08 - 04/15 (3)
    • ►  04/01 - 04/08 (7)
    • ►  03/25 - 04/01 (8)
    • ►  03/18 - 03/25 (7)
    • ►  03/11 - 03/18 (5)
    • ►  03/04 - 03/11 (6)
    • ►  02/26 - 03/04 (6)
    • ►  02/19 - 02/26 (7)
    • ►  02/12 - 02/19 (6)
    • ►  02/05 - 02/12 (15)
    • ►  01/29 - 02/05 (9)
    • ►  01/22 - 01/29 (12)
    • ►  01/15 - 01/22 (10)
    • ►  01/08 - 01/15 (12)
    • ►  01/01 - 01/08 (15)
  • ►  2011 (858)
    • ►  12/25 - 01/01 (10)
    • ►  12/18 - 12/25 (10)
    • ►  12/11 - 12/18 (10)
    • ►  12/04 - 12/11 (11)
    • ►  11/27 - 12/04 (10)
    • ►  11/20 - 11/27 (12)
    • ►  11/13 - 11/20 (11)
    • ►  11/06 - 11/13 (7)
    • ►  10/30 - 11/06 (10)
    • ►  10/23 - 10/30 (8)
    • ►  10/16 - 10/23 (13)
    • ►  10/09 - 10/16 (9)
    • ►  10/02 - 10/09 (8)
    • ►  09/25 - 10/02 (7)
    • ►  09/18 - 09/25 (12)
    • ►  09/11 - 09/18 (8)
    • ►  09/04 - 09/11 (9)
    • ►  08/28 - 09/04 (3)
    • ►  08/21 - 08/28 (12)
    • ►  08/14 - 08/21 (9)
    • ►  08/07 - 08/14 (12)
    • ►  07/31 - 08/07 (8)
    • ►  07/24 - 07/31 (8)
    • ►  07/17 - 07/24 (7)
    • ►  07/10 - 07/17 (9)
    • ►  07/03 - 07/10 (10)
    • ►  06/26 - 07/03 (13)
    • ►  06/19 - 06/26 (15)
    • ►  06/12 - 06/19 (15)
    • ►  06/05 - 06/12 (17)
    • ►  05/29 - 06/05 (16)
    • ►  05/22 - 05/29 (10)
    • ►  05/15 - 05/22 (14)
    • ►  05/08 - 05/15 (12)
    • ►  05/01 - 05/08 (17)
    • ►  04/24 - 05/01 (29)
    • ►  04/17 - 04/24 (27)
    • ►  04/10 - 04/17 (39)
    • ►  04/03 - 04/10 (23)
    • ►  03/27 - 04/03 (28)
    • ►  03/20 - 03/27 (27)
    • ►  03/13 - 03/20 (14)
    • ►  03/06 - 03/13 (22)
    • ►  02/27 - 03/06 (31)
    • ►  02/20 - 02/27 (22)
    • ►  02/13 - 02/20 (29)
    • ►  02/06 - 02/13 (18)
    • ►  01/30 - 02/06 (28)
    • ►  01/23 - 01/30 (37)
    • ►  01/16 - 01/23 (34)
    • ►  01/09 - 01/16 (36)
    • ►  01/02 - 01/09 (42)
  • ▼  2010 (1797)
    • ►  12/26 - 01/02 (33)
    • ►  12/19 - 12/26 (26)
    • ►  12/12 - 12/19 (30)
    • ►  12/05 - 12/12 (36)
    • ►  11/28 - 12/05 (66)
    • ►  11/21 - 11/28 (74)
    • ►  11/14 - 11/21 (51)
    • ►  11/07 - 11/14 (70)
    • ►  10/31 - 11/07 (60)
    • ►  10/24 - 10/31 (43)
    • ►  10/17 - 10/24 (44)
    • ►  10/10 - 10/17 (35)
    • ►  10/03 - 10/10 (43)
    • ►  09/26 - 10/03 (28)
    • ►  09/19 - 09/26 (24)
    • ►  09/12 - 09/19 (32)
    • ►  09/05 - 09/12 (23)
    • ►  08/29 - 09/05 (33)
    • ►  08/22 - 08/29 (33)
    • ►  08/15 - 08/22 (41)
    • ►  08/08 - 08/15 (42)
    • ►  08/01 - 08/08 (47)
    • ►  07/25 - 08/01 (27)
    • ►  07/18 - 07/25 (50)
    • ►  07/11 - 07/18 (53)
    • ►  07/04 - 07/11 (37)
    • ►  06/27 - 07/04 (32)
    • ►  06/20 - 06/27 (34)
    • ►  06/13 - 06/20 (26)
    • ►  06/06 - 06/13 (5)
    • ►  05/30 - 06/06 (26)
    • ►  05/23 - 05/30 (42)
    • ►  05/16 - 05/23 (29)
    • ►  05/09 - 05/16 (30)
    • ►  05/02 - 05/09 (17)
    • ►  04/25 - 05/02 (40)
    • ►  04/18 - 04/25 (38)
    • ►  04/11 - 04/18 (38)
    • ▼  04/04 - 04/11 (43)
      • MENANG OK, TAK MENANG PUN OK
      • GILIRAN BLOGGER INI PULA MELUTUT PADA MIC
      • Tiga ADUN BN Dalam Parlimen Hulu Selangor Abai Rakyat
      • EZAM MOHON MAAF ? ANAK DIDIK EZAM JAWAB PERTIKAI ...
      • NASIB BAIK ANWAR DEDAHKAN...
      • UMNO DAN PERKASA DICABAR BERTANDING DI HULU SELANGOR
      • PUTERI UMNO HULU SELANGOR SUDAH TEMPAH SARI ?
      • HAIRAN APA EZAM SESUMPAH BERSUMPAH, IBLIS PUN PERN...
      • JOM LIHAT PARPUKARI MASAK KARI PEDAS UNTUK NOH OMAR
      • MIC TETAP PERTAHANKAN PALANIVEL, UMNO JANGAN SIBUK...
      • TUNTUT PEMIMPIN CINA MINTA MAAF, TAPI PEMIMPIN UMN...
      • NOH OMAR: AMPUNKAN KAMI PENUNGGU GUA, AMPUNKAN KA...
      • ANWAR SUDAH TUNJUK DI MANA BUKTI - MUSA, ANDA PE...
      • INDIA NI MABUK MINUM TODI LEPAS TU TERUS MEREPEK...
      • BUKTI APCO SEMAKIN NYATA, TURUT DISEBUT DALAM MESY...
      • MIC JADI CALON, JANGAN MARAH NANTI KENA JUAL.....
      • ANAK FELDA TIDAK LAGI PERCAYA PADA JANJI NAJIB?
      • KERTAS PUTIH ISU YBK - LANGKAH BERANI, TELUS MB SE...
      • APA ? MELAYU ISLAM DI PERKOSA ? MARI KITA JIHAD WA...
      • BUAT UMNO, JOM RAMAI-RAMAI GIGIT JARI
      • PENGLIBATAN APCO, NAZRI AZIZ AKHIRNYA MENGAKU APCO...
      • TERKINI, CALON BN DI HULU SELANGOR - UMNO GIGIT JA...
      • ARTIKEL WEBSITE UMNO REFORM KESAL HUJAH ANWAR TIDA...
      • KISAH DUA EKOR INI MERACAU DI KEPALA BATAS
      • PRK HULU SELANGOR - HARAPAN TINGGI BUAT US BADRUL ...
      • HULU SELANGOR - CERAMAH ATAS LORI PUN BERJAYA
      • APA KATA PERKASA DAN MCA/GERAKAN BERTUKAR `HADIAH'?
      • APA BEZA PARTI TIN KOSONG DENGAN LANGSUNG TIDAK BE...
      • BETINA INI SURUH JANTAN `TUNJUK JANTAN'?
      • BILA BLOGGER BODOH MENIPU PEMBACA YANG BODOH
      • FOTO - ANAK TUN MAHATHIR TUKANG PAYUNG SHAH RUKH ...
      • Kemelut YBK: MB Marah Orang Melayu Tipu Melayu
      • SINDIRAN PEMIMPIN UMNO SELANGOR - , RAKYAT DIDAHUL...
      • ANWAR CABAR GANTUNG BELIAU JIKA MAHU PERTAHANKAN I...
      • MR. KICK @ SYED, TERUSKAN USAHA TU SAMPAI HATIMU P...
      • KERAJAAN PR SGOR CAKAP SERUPA BIKIN, UMNO PULA ?
      • BIARKAN MEREKA JAJA FITNAH DAN JANJI DI HULU SELAN...
      • BUKTI JELAS MUHYIDDIN TIDAK IKHLAS DI HULU SELANGO...
      • SATU FAKTOR SAHAJA BN BOLEH TUMBANG SEKALI LAGI DI...
      • NAZRI DAN RAJA KATAK 2 KALI 5 JE....
      • FAKTA DAN STATISTIK INI BUAT NAJIB PENING?
      • CHEKGU BARD TANYA EZAM, SIAPA MAKAN KAWAN?
      • KERAJAAN S'GOR SANGGUP BERI TANAH JIKA BN MAHU JAN...
    • ►  03/28 - 04/04 (28)
    • ►  03/21 - 03/28 (24)
    • ►  03/14 - 03/21 (24)
    • ►  03/07 - 03/14 (29)
    • ►  02/28 - 03/07 (22)
    • ►  02/21 - 02/28 (23)
    • ►  02/14 - 02/21 (20)
    • ►  02/07 - 02/14 (37)
    • ►  01/31 - 02/07 (35)
    • ►  01/24 - 01/31 (20)
    • ►  01/17 - 01/24 (13)
    • ►  01/10 - 01/17 (16)
    • ►  01/03 - 01/10 (25)
  • ►  2009 (821)
    • ►  12/27 - 01/03 (19)
    • ►  12/20 - 12/27 (7)
    • ►  12/13 - 12/20 (20)
    • ►  12/06 - 12/13 (30)
    • ►  11/29 - 12/06 (5)
    • ►  11/22 - 11/29 (9)
    • ►  11/15 - 11/22 (11)
    • ►  11/08 - 11/15 (18)
    • ►  11/01 - 11/08 (2)
    • ►  10/25 - 11/01 (16)
    • ►  10/18 - 10/25 (12)
    • ►  10/11 - 10/18 (13)
    • ►  10/04 - 10/11 (25)
    • ►  09/27 - 10/04 (24)
    • ►  09/13 - 09/20 (6)
    • ►  09/06 - 09/13 (18)
    • ►  08/30 - 09/06 (3)
    • ►  08/23 - 08/30 (11)
    • ►  08/16 - 08/23 (6)
    • ►  08/09 - 08/16 (14)
    • ►  08/02 - 08/09 (20)
    • ►  07/26 - 08/02 (39)
    • ►  07/19 - 07/26 (28)
    • ►  07/12 - 07/19 (59)
    • ►  07/05 - 07/12 (48)
    • ►  06/28 - 07/05 (39)
    • ►  06/21 - 06/28 (51)
    • ►  06/14 - 06/21 (64)
    • ►  06/07 - 06/14 (43)
    • ►  05/31 - 06/07 (51)
    • ►  05/24 - 05/31 (23)
    • ►  05/17 - 05/24 (35)
    • ►  05/10 - 05/17 (23)
    • ►  05/03 - 05/10 (26)
    • ►  04/26 - 05/03 (3)
 

TERKENANG - ULAMAK KAMPUNGKU














Dato' Haji Tan Ahmad Bin Muhamad Za
in

Pendahuluan

Tokoh ulama ini ialah adik bongsu kepada Lebai Muhamadiah Bin Muhamad Zain juga dikenali Tuan Muhamadiah Kiai. Allahyarham memang bertuah kerana dilahirkan dalam rumah tangga orang-orang alim. Datuknya Haji Muhamad Sholleh Bin Haji Chek Mahmud adalah penghafaz Al Quran yang alim dan pernah tinggal di Mekah Al Mukarramah selama 20 tahun. Asuhan awal dari keluarganya ini telah berjaya membentuk jiwanya dengan keperibadian luhur dan mulia.
Latar Belakang
Allahyarham Dato' Haji Tan Ahmad bin Muhamad Zain dilahirkan di Kampung Kuala Jerang, Durian Tipus, Jelebu dalam bulan November 1921 Nama penuhnya ialah Dato' Haji Tan Ahmad bin Muhamad Zain bin Haji Chek Muhamad Sholleh bin Haji Chek Mahmud bin Haji Chek Ibrahim bin Chek Musa. Chek Musa pula adalah China Islam berasal dari Kuantung, China. Ibu Haji Tan Ahmad bernama Haliah binti Muhamad Sholleh yang keturunannya dari Pagar Ruyung, Sumatera. Kebanyakan mereka adalah tokoh agama kampung yang dipercayai. Haji Tan Ahmad adalah anak bongsu kepada enam adik beradik iaitu 3 lelaki dan 3 perempuan. Abangnya Lebai Muhammadiah anak yang keempat bergelar "Pak Teh" oleh anak-anak saudaranya. Kampung Jerang yang bertuah melahirkan tokoh-tokoh agama ini terletak lebih kurang 3 Km dari Durian Tipus. Durian Tipus sebelum ini adalah sebuah pekan yang agak sibuk dan didominasikan oleh Kaum China kerana terdapat kawasan penempatan Kampung Baru China di sini sewaktu dharurat dahulu. Tetapi selepas terjadi kebakaran besar akhir tahun 1970an, pekan ini telah dikosongkan dan sebuah pekan baru diwujudkan di Simpang Durian kira-kira 2 KM dari tapak asal.
Pendidikan
Haji Tan Ahmad mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Durian Tipus sehingga Darjah 5. Dalam tempoh tersebut, beliau turut belajar agama di bawah asuhan abangnya Allahyarham Lebai Muhammadiah. Pelajaran agama yang diajarkan ialah seperti Tauhid, Feqah dan Nahu saraf Bahasa Arab. Abangnya itu murid kanan kepada Tuan Sheikh Muhamad Said Jamalludin Al Linggi. Selepas itu, dalam usia yang begitu muda iaitu dalam tahun 1929 beliau telah didorong oleh abangnya supaya belajar agama secara memondok di Pondok Gajah Mati, Kedah selama 5 tahun. Tuan Guru pondoknya bernama Wan Ibrahim atau dikenali juga dengan nama Pak Cu Him. Allahyarham Haji Tan Ahmad diberi pentarbiahan secara langsung dalam ilmu agama serta mendalami beberapa bidang lain seperti Tafsir dan hadith.
Lepas itu, beliau meneruskan pengajian di Pondok Sungai Semambu Tanah Liat, Bukit Mertajam selama 5 tahun pula di bawah asuhan Tuan Guru Sheikh Abdul Majid Masri Awang. Di sini, beliau sempat belajar ilmu Mantik, Bayan, Ma'ani, Usul Feqah dan lain-lain lagi. Kemudian beliau dibenarkan oleh gurunya untuk mengajar di pondok ini.
Kelantan
Allahyarham Haji Tan Ahmad terdorong pula untuk ke Kelantan untuk menimba ilmu dari Serambi Mekah itu. Selain Kedah, Kelantan adalah pusat pengajian pondok yang tersohor di rantau ini. Di sana pondok-pondok pengajian Islam tubuh dengan subur dan beribu penuntut dari berbagai negeri hingga dari Indo China datang untuk menimba ilmu. Bumi yang subur itu banyak melahirkan para ulama yang besar. Beliau berguru dengan Tuan Guru Haji Saad Kangkung dan sempat belajar beberapa kitab utama dari Tuan Guru yang terkenal ini. Pada 12 Mei 1941, Haji Tan Ahmad mendapat kebenaran bertulis dari Majlis Agama Islam Negeri kelantan untuk mengajar agama. Dalam pada itu, beliau masih meluangkan masanya untuk mengaji di Pondok Tuan Guru Haji Chek Ali bin Chek Hussien. Di sini beliau belajar ilmu Faraid dan lain-lain lagi. Kemudian diberi kebenaran mengajar di pondok tersebut.
Berkahwin
Allahyarham Haji Tan Ahmad menamatkan zaman bujangnya apabila bertemu jodoh dengan Rahmah binti Nung Hussien pada 24 Julai 1943. Beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata di mana enam darinya adalah lelaki. Seorang anaknya bernama Haji Zulkarnain Haji Ahmad pernah bertugas sebagai Pengurus di Bank Pertanian Malaysia. Beliau telah bersara dan menetap di Taman Jasa, Batu Caves, Selangor.
Balik Kampung
Selepas perang tamat dalam Tahun 1946, Allahyarham Haji Tan Ahmad telah balik ke kampung halamannya. Kepulangan beliau memeriahkan lagi suasana pengajian agama di sana kerana beliau dan abangnya menjadi tempat rujukan penduduk setempat. Abangnya sendiri telah dilantik sebagai Ahli Majlis Syariah Negeri Sembilan. Haji Tan Ahmad mendapat tauliah mengajar agama dan membuka pondok di Masjid Kuala Jerang. Malangnya pondok tersebut terhenti apabila negara diisytiharkan dharurat dalam tahun 1948. Kawasan Durian Tipus adalah dianggap kawasan hitam kerana kewujudan perkampungan China di sana yang memudahkan golongan subersif seperti kominis untuk bermaharajalela. Haji Tan Ahmad pernah dilantik menjadi ketua kampung masa dharurat dan penduduk kampung pernah dikerah memasang pagar kawat duri bagi mengawal pergerakan kominis.
Dilantik Sebagai Qadhi
Pada 1 April 1956, Kerajaan Negeri Sembilan ketika itu telah melantik Haji Tan Ahmad sebagai Qadhi bagi Wilayah Durian Tipus. Peringkat awalnya, rumah beliau telah dijadikan pejabat urusan keagamaan. Beliau telah memegang jawatan tersebut selama 20 tahun 7 bulan dan 29 hari. Bersara pada 30 November 1976. Haji Tan Ahmad kemudiannya dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Syariah Majlis Agama Islam Negeri berkuatkuasa pada 1 Junuari 1982 hingga akhir hayatnya.
Dalam tempoh hayatnya, Allahyarham Dato' Haji Tan Ahmad sangat aktif mengajar agama di Masjid dan surau-surau sekitar Durian Tipus. Antaranya seperti Masjid Kuala Jerang, Simpang Durian, Felda Pasoh 1, Sungai Buloh dan Masjid Kampung Lakai. Kebiasaannya beliau mengajar ilmu Tasawuf, Tafsir dan Feqah.
Meninggal Dunia
Setelah menginfakkan sebahagian besar usia hidupnya kepada agama dan menjadi tempat rujukan yang disegani, Dato' Haji Tan Ahmad bin Muhamad Zin pergi menyahut panggilan Illahi pada 24 Oktober 1995 bersamaan lebih kurang tahun 1416 hijrah, jam 12.37 tengahari di Hospital Besar Seremban. Kebetulan pula saat itu ialah berlakunya gerhana matahari. Beliau dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Jerang. Bagi mengenang jasa beliau dalam bidang agama dan penglibatan dalam masyarakat maka Kerajaan Negeri Sembilan telah menganugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pada 19 Julai 1974 dan gelaran Dato' pada 19 Julai 1991. Semoga Allah SWT melimpahi rahmat ke atas ruhnya. Amin.

~~Sumber Ulamakito

widgets