| 'Perisik Israel' di Bkt Aman: Hisham arah siasat | ||
| 
 | 
 "Sebagai rekod,  kontrak dengan syarikat Asiasoft telah ditamatkan,”  kata Menterinya,  Datuk Seri hishamuddin Hussein di Putrajaya, hari ini.
"Sebagai rekod,  kontrak dengan syarikat Asiasoft telah ditamatkan,”  kata Menterinya,  Datuk Seri hishamuddin Hussein di Putrajaya, hari ini.
Hishammuddin berkata  sebagai langkah permulaan pegawai khasnya telah diarahkan untuk membuat  laporan polis.Laporan yang sama juga dibuat kepada  Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM).
 "Tuduhan yang dibuat  oleh Anwar Ibrahim adalah serius. Justeru, kita mesti menyiasat bagi  menentukan kesahihannya," katanya.
"Tuduhan yang dibuat  oleh Anwar Ibrahim adalah serius. Justeru, kita mesti menyiasat bagi  menentukan kesahihannya," katanya. 
6 April lalu, Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar mendedahkan perisik Israel wujud di Bukit Aman.
Ahli parlimen Permatang Pauh itu membuat pendedahan berkenaan ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat dengan mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.
Menurut Anwar penglibatan syarikat berkenaan adalah melalui subkontrak daripada sebuah syarikat tempatan untuk menaiktaraf sistem komunikasi analog PDRM kepada sistem digital.
Kontrak yang dikenali dengan nama APCO 425 itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia pada tahun 2008.
Dakwanya lagi, dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC./Malaysiakini 
 
 
 
 
 

 



Menteri kabinet malaysia kenapa le bodoh and benak2 belaka, jangan jadi menteri semata-mata pandai mengampu je, akan teraniaya le rakyat kiranya menteri hanya pandai mengampu tapi tak pandai nak bela rakyat, bodoh piang
BalasPadam