Terkadang lucu rasanya melihat dua petualang rakyat iaitu Zahrain Hashim dan Ezam Md Noor meracau dalam ceramah 'Ini Kisah Sebenar' di Paya Keladi, Kepala Batas malam tadi.  Ceramah yang dianjurkan oleh Angkatan   Belia Muda Kepala Batas (BEMUDA) itu turut dihadiri oleh Ketua  Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri  Reezal Merican Naina.
Dalam ceramahnya malam tadi Zahrain dengan lantang mendedahkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Zahrain turut mendedahkan bahawa Anwar juga mengarahkan Zulkifli untuk mengaitkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, yang dikenali sebagai Nadim, dengan kes pembunuhan pelajar undang-undang, Darren Kang di Restoran Uncle Don di Sri Hartamas pada 2004.
Manakala itu dalam ceramahnya pula Ezam dengan bangganya menarik balik semua kenyataan, perkataan dan tindakannya yang menyokong bantahan terhadap tuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998. Beliau yang turut memohon maaf kepada orang ramai berhubung tindakannya itu.

[Rakyat sebenarnya  sudah tidak hairan dengan kelibat kedua-dua "mangkuk hayun" malah kesemua petualang rakyat yang kini  "menjilat  ludah" mereka semula itu.  Apa sahaja cakap mereka, hanya cerita dongeng dan penglipurlara bagi  menyedapkan halwa telinga pendengar yang sudah dibutakan mata dan hati  itu. Malah, kita  tidak hairan berbagai pendedahan yang dibuat itu  sebenarnya. Apa hebatnya Ezam, ketika keluar PKR menubuhkan GERAK  kemudian masuk UMNO dulu. Kononnya PKR akan hilang sokongan, tetapi apa  yang berlaku PKR pula menang banyak kerusi parlimen dan DUN dalam  pilihanraya umum ke-12 lalu. Kini Zahrain dan beberapa orang lagi pula  keluar PKR. Apakah ada impak besar kepada parti itu?. Ternyata ia jauh  meleset sama sekali, kerana keluarnya mereka hanya membawa diri  masing-masing dan bukan bersama pengikut yang mengundi  mereka dulu.  Maknanya, kemenangan yang lebih besar akan dapat dicapai atas senario  yang berlaku itu. Langkah permulaan ialah  memeastikan kemenangan besar  Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25  April ini. Mana agaknya pergi berkotak-kotak fail rasuah yang didedahkan  Mat Ezam itu dulu?]/Pahang Daily Online
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan