TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

RADIO KOBAT FM

Khamis, 8 April 2010

ANWAR SUDAH TUNJUK DI MANA BUKTI - MUSA, ANDA PERGI LAH LIHAT!!

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 8 April: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, butiran hansard Parlimen sudah memadai sekiranya Polis mahu menyiasat sejauh mana keterlibatan agen perisikan zionis-Israel di Malaysia.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan pada media-media tertentu, semalam.

"Dia (Musa) boleh rujuk hansard Parlimen kerana di situ telah ada bukti yang kukuh," jelas beliau di lobi Parlimen.

Tambahnya, Musa tidak perlu memanggilnya untuk membantu siasatan Polis sekiranya kenyataan Musa itu ditujukan kepadanya.

"Apa perlu dipanggil (saya), dia buat kenyataan, apa perlu panggil (saya), siasatlah yang sedia ada," beliau menambah.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar turut mendedahkan satu lagi bukti berhubung zionis-Israel sebagaimana dirujuk pada suatu minit mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) bertarikh 28 November 2008.

"Haaa...perolehan baru ini yang melibatkan Israel," Anwar membaca kenyataan Datuk Seri Azmi Khalid, Pengerusi PAC seperti dipetik dari minit mesyuarat sulit tersebut.

"Ia (suatu) sistem yang begitu menakutkan, kamu semua tahu (bahawa) rakyat boleh akses semua maklumat (tersebut)."

Sehubungan itu, beliau atas kapasiti Ketua Pembangkang akan mengutuskan surat rasmi kepada Majlis Raja-Raja dalam masa yang terdekat.

Putus asa dengan kedegilan kerajaan, beliau berbuat demikian supaya Majlis Raja-Raja Melayu boleh menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membatalkan hubungan kerajaan dengan Firma Perunding Antarabangsa Apco Worldwide (IAC) dan Asiasoft (M) Sdn. Bhd.

Ini kerana, menurutnya, kedua-dua firma terbabit mempunyai hubungan langsung dengan zionis-Israel.

Turun menyertai Anwar di lobi ialah Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali.

Selasa lalu, Anwar mendedahkan tentang keterlibatan dua agen perisik zionis-Israel di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Dalam penghujahannya di Dewan Rakyat, beliau mendedahkan beberapa dokumen sulit untuk membuktikan dakwaannya itu, termasuk salinan surat rasmi dari Unit Cawangan Khas dan Jabatan Logistik./Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan