RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 7 April 2010

BUAT UMNO, JOM RAMAI-RAMAI GIGIT JARI

Wednesday, April 7, 2010

Untuk selesaikan masaalah perebutan calun di PRK Hulu Selangor, Umno terpaksa membuat Konvensyen Barisan Nasional di Selangor hari ni. Najib tak boleh tunggu pada tarikh keramat 15 hb April 2010 untuk mengumumkan calun nya, kerana parti-parti nya dan orang-orangnya sedang berperang sesama sendiri untuk menjadi calun dalam PRK itu nanti.

Pergaduhan dan perebutan ini memang menarik untuk ditonton kerana kita sedang melihat kerakusan orang gila kuasa dan jawatan. Mereka sanggup laku kan apa saja agar jawatan tersebut menjadi milik mereka.

Muka-muka Umno dalam berita di TV tadi memperlihatkan kekecewaan yang amat sangat lebih-lebih lagi Khir Toyo yang ingin mengembalikan zaman kegemilangan juga rakan-rakan yang lain juga dilihat teramat sedih bila pintu untok Umno bertanding di HS ditutup rapat oleh Najib dan hanya dia seorang saja yang berkuasa penuh untuk memilih calunnya dalam PRK nanti.

Kesimpulannya : Umno sudah surrender sebelum berperang. Umngok dah kalah.

Bagi bloggers dan penyokong Umno terima lah hakikat bahawa suara anda sudah berkarat dan anda tidak diperlukan oleh PM 1 Malaysia kerana dialah 1 + 1 nya yang paling berkuasa dikalangan anda./Parlimenkotaraja

1 ulasan:

  1. Terima kasih PM kerana berjaya mematikan "ribut dalam cawan teh" antara UMNO dan MIC untuk bertanding PRK Hulu Selangor. Kini UMNO kecewa dan ramai juga pemilih/pengundi kecewa. Mereka akan lebih kecewa jika PM setuju Timbalan Presiden MIC, G. Palanivel dipilih sebagai calon PRK 25 April ini. Jika Palanivel bertanding harapan BN untuk menanng amat gelap sekali. Syabas PM kerana sanggup kalah PRK kerana hendak kekalkan semangat setiakawan.

    BalasPadam