| YBK: K'jaan S'gor keluar kertas putih | ||
| 
 | 
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kertas putih yang disediakan berdasarkan maklumat hasil laporan bahagian audit dalaman kerajaan negeri.
Menurutnya, kertas putih yang
|  | 
“Bahagian audit dalaman sudah menyiapkan laporan mengenai YBK dan kita akan edarkan kepada umum sempena sidang Dewan Negeri Selangor,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di Pejabat Daerah Hulu Selangor, hari ini.
Difahamkan, isu YBK akan dibangkitkan oleh BN dalam kempen pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor hubung bulan ini.
YBK  menjadi perhatian apabila kerajaan negeri Selangor yang mahukan Khalid  selaku menteri besar memegang jawatan pengerusi yayasan tersebut.
Selain itu, dilaporkan, kerajaan negeri juga mahu tiga  orang lantikan mereka memegang jawatan ahli pemegang amanah YBK.
Bagaimanapun,YBK menolaknya kerana bermakna kerajaan  Selangor mahukan jawatan empat daripada enam ahli pemegang amanah  yayasan tersebut.
|  | 
YBK merancang untuk membangun kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sebidang tanah seluas 876 hektar tersebut.
Bagaimanapun, kerajaan negeri menolak bayaran daripada RM5.7 juta Yayasan Melaka untuk menjelaskan tunggakan cukai YBK itu.
Sementara itu,  Menteri Besar juga berkata, mesyuarat MMKN hari ini juga meluluskan  pemberian tanah tambahan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)  Rasa, Hulu Selangor, yang telah tertangguh sejak beberapa tahun lalu. 
Abdul Khalid juga berkata, kerajaan negeri akan mencari jalan untuk membantu petani yang menjalankan aktiviti pertanian di tapak tanah yang menggunakan status pendudukan sementara (TOL).
“Kita akan cari jalan supaya mereka boleh menyewa atau sewa beli untuk jangka panjang,” katanya.
|  | 
Katanya, peluang itu diberikan kepada setinggan dan mereka  yang tidak memiliki tapak tanah dengan syarat telah menduduki tanah itu  melebihi 15 tahun. 
Katanya, mereka boleh memohon  untuk pajakan antara 60 hingga 99 tahun bergantung kepada bayaran  premium yang dibayar pemohon./Malaysiakini
 
 
 
 
 
 

 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan