Itulah kerajaan PH. Meskipun telah dibuat keputusan, namun kerajaan tetap mendengar suara rakyat. Ini tidak dapat dinikmati di era kerajaan Umno/Bn dahulu kerana di dalam parti tersebut tukang ampu dan angguk terlalu ramai.
Sebelum ini kerajaan melalui JPA telah mengumumkan untuk memansuhkan elaun perkhidmatan kritikal kakitangan awam bagi pengambilan tahun 2020.
Meskipun ia hanya melibatkan kakitangan awam yang mula bertugas tahun 2020, namun keputusan kerajaan itu mendapat bantahan dan kritikan dari berbagai pihak termasuk dari kalangan pimpinan PH sendiri. Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Sadiq dan Presiden Keadilan yang juga MP Port Dickson, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim di antara paling ke hadapan menggesa agar keputusan ini dikaji semula.
Anwar menggesa agar kerajaan mengkaji semula keputusan tersebut dan dibincangkan di dalam mesyuarat Kabinet awal tahun hadapan. Akhirnya saranan Anwar diterima di mana hari ini seperti yang disiarkan melalui Buletin Utama TV3, PM bersetuju untuk menangguhkannya sehingga dibincangkan di dalam mesyuarat Kabinet nanti.
Untungnya PH kerana memiliki pemimpin yang berani menegur kerajaan demi kepentingan rakyat. Kerajaan PH bukan seperti kerajaan Bn di mana pemimpin mereka kelu dan bisu sehingga sanggup membiarkan pemimpin mereka merompak harta rakyat bertahun-tahun sehingga kerajaan Bn itu tumbang akhirnya. Kerajaan PH juga tidak seperti parti lebai yang amalkan 'wala' dan akur dengan pemimpin mereka sehingga pemimpin mereka menjual agama pun mereka tetap 'wala'.
Rakyat semakin tidak sabar menanti PM8, Dato' Seri Anwar Ibrahim menerajui negara ini agar keputusan seperti ini tidak lagi berulang.