RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 26 Disember 2019

ANWAR PM KE 8 PADA MEI 2020 - KENYATAAN TUN M UNTUK DUA TAHUN ITU "SAHIH"


Bukan kerana kehendak Tun M untuk menyerahkan jawatan PM kepada Anwar Ibrahim, bukan juga kerana Anwar kemaruk untuk menjadi PM dan bukan kerana "servey" ini maka Anwar patut menjadi PM selepas Tun M. Anwar dipilih oleh Majlis Presiden PH untuk menjadi PM ke 8 selepas Tun M. Itu kita kena tahu.

Menamakan Anwar sebagai PM ke 8 dan Tun M adalah PM ke 7 sehingga Anwar dibebaskan dari penjara dan boleh aktif berpolitik dan diangkat untuk menjadi PM selepas Tun M merupakan janji yang PH berikan kepada rakyat Malaysia sebelum PRU14 lagi. PH menang di dalam PRU14 adalah kerana rakyat menyokong penuh menamakan Tun M sebagai PM sementara menanti Anwar melepasi syarat dan kekangannya untuk berpolitik.

Berkali2 Tun M menyebut tempuhnya hanya sekitar dua tahun. Bahkan, di hadapan Anwar Tun M pernah berkata sedemikian, kecuali "Anwar izinkan lebih dari dua tahun", katanya sambil berseloroh. Selepas itu, terdapat kata2 lain dari Tun M yang menyebut mungkin 3 tahun dan beliau pernah sebut selepas ekonomi pulih dan disebut lagi sehingga selesai persidangan APEC pada November tahun hadapan.

Di dalam banyak riwayat kata2 Tun M itu, paling boleh diterima pakai atau "sahih"nya ialah janji beliau untuk dua tahun sahaja. Selain daripada itu boleh dianggap "dhaif" yang tidak kukuh asasnya. Maka, kita bersedia untuk menerima Anwar sebagai PM seterusnya adalah pada Mei 2020. Pedulikan apa Pembangkang Umno dan Pas mahu sebut, abaikan juga beberapa geng Si Kitol mahu nyatakan tentang tempuh peralihan kuasa ini. Rakyat tahu, yang banyak berkorban dan berjuang selama puluhan tahun itu adalah Anwar. Mereka itu cuma menumpang tuah Anwar dan jenis tidak sedarkan diri.

Rakyat masih yakin dengan kewibawaan Majlis Presiden untuk menunaikan janji ini. Tg Piai sudah cukup jelas isyarat dari rakyat agar PH tidak bermain dengan kata2. Sehubungan itu, Majlis Presiden diharapkan tidak mengecewakan kita semua. Biarlah Umno, Pas dan Si Kitol yang kecewa. Kalau musuh tidak suka Anwar jadi PM, itu satu isyarat jelas bahawa PH ada masa hadapan yang cemerlang sekiranya Anwar menjadi PM segera.

6 ulasan:

  1. Tun M ialah PM yg mendapat sokongan yg paling rendah drp rakyat pada MASA KINI, sama ada melayu, cina, india atau bumiputera sabah dan sarawak. Untuk kebaikan masa depan negara ini lebih baik Tun undur diri secara sukarela. Jangan sampai dipaksa undur diri

    BalasPadam
  2. ANWAR DAN PLURALISMA AGAMA - ISMAIL MINA (RAKAN KARIB ANWAR IBRAHIM)

    Paling kemuncak adalah ucapan Anwar di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 bertajuk “Religion and Pluralisme in a Divided World”.

    “Ya, saya tidak menyangka pada awalnya. Sehingga lah terbukti dalam ucapannya di LSE itu…Memang sah. Kita ambil ucapan itu daripada blog beliau. Ini bukan kita ambil ataucopy daripada mana-mana blog orang lain, tidak. Memang kita ambil daripada blog beliau sendiri. Jadi, sah lah bahawa beliau yang bercakap, berucap”, katanya yang mula menarik balik sokongan setelah melihat sahabatnya telah terpengaruh dengan aliran pemikiran yang merosakkan Islam, Liberalisme dan Pluralisme.

    “Saya nak sebut bahawa, sebenarnya ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memang sah beliau berfahaman Pluralisme Agama”, tegasnya.

    Ikutilah wawancara AIDC dengan Ustaz Ismail Mina pada 16 September 2011, di Hulu Klang dalam menyoroti kisah di sebalik tabir berkenaan dengan isu tersebut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Atok nak angkat tangan berdoa pun tak mau. Tak ke biadap nama nya

      Padam
  3. TAJUK DEBAT HOMOSEKSUAL BUKAN SATU DOSA DALAM ISLAM, SDAR NS. KENAPA BANG NON DIAM INI TANDA APA.!!??

    Pertandingan Debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak Kali Ke-8 di SDAR, Seremban 11-13 Oktober 2019 mahu memaksa para pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 Sekolah Berasrama Penuh seluruh Malaysia, yg baru berusia 13 hingga 15 tahun dng menghujahkan bahawa "homoseksual bukanlah satu dosa dalam Islam",.!?

    Oleh Kamarul Yusoff

    TAJUK DEBAT YG MEMESONGKAN AQIDAH: AGENDA LIBERAL@PLURALISMA AGAMA MALAYSIA BARU?

    Al-Qur’an adalah terpelihara dari segala kecacatan dan kekurangan sepertimana Firman Allah dalam Surah Al-Hijr Ayat 9 yang bermaksud “Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al-Qur’an dan memeliharanya” dan Firman Allah dalam Surah Al-Maidah Ayat 3 bermaksud “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu”.

    Debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak Kali Ke-8 di SDAR, Seremban, 11-13 Oktober 2019 masih mahu memaksa para pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh seluruh Malaysia dan pertandingan debat ini menghujahkan mengenai "kecacatan" dan "kekurangan Al-Qur’an" dan memaksa mereka menulis semula Al-Qur’an dengan "membuang kandungan tertentu yang tidak liberal",?

    Mengapa Ketua-Ketua Juri beragama Islam, yang bernama Mohammad Aidil Ali dan Iyad Zakiy Amal, boleh membenarkan perkara ini sebagai tajuk debat:
    “Diberikan kebolehan untuk menulis semula Al-Qur’an,..!?

    Contoh Ayat Al Kafirun dengan maksud "wahai orang kafir aku dengan urusan agama ku, dan kamu dengan urusan agama kamu..."
    Ayat ini memang tidak disukai oleh golongan liberal dan pluralist murtad sebab ayat dlm al Quran ini konon nya bersifat 'rasis' dan perkauman..!!

    Banyak lagi ayat al Quran bersifat menghukum yang kononya bersifat rasis dan bukan bersifat hak asasi (non human right) seperti hukuman peliwat dan sebat juga tidak disukai oleh super liberal dan pengikut pluralisma agama ini.

    Debat ini, konon nya akan membuka minda rakyat Malaysia leka dan lalai menerima moderat super pluralisma agama utk menerbitkan semula satu versi baru Al-Qur’an dengan membuang kandungan yang terdedah kepada tafsiran radikal.” (“Given the ability to rewrite the Qur’an, this House, as moderate Islamic scholars would republish a new version of Qur’an with contents vulnerable to radical misinterpretation removed.”)

    BalasPadam
  4. ...berangan lah kau! tak sedar ke Sodomy 3.0 dah start? tak perlu masuk penjara pun, kena denda sebab gangguan seksual pun dah cukup untuk MahaKUTTY ada alasan untuk reject Anowar!

    BalasPadam
  5. Anwar tak kemaruk nak jadi PM? ini blogger syok sendiri. orang baca dan dengar dia pun baca dan dengar tapi dia tak faham apa yang dia baca dan dengar, jauh ketinggal zaman.

    BalasPadam