SEKALI lagi maruah Umporno dicabar. Kali ini bukan datangnya dari DS Anwar Ibrahim yang sememangnya Umporno sudah 'fobia' dengan Ketua Pembangkang yang telah membuat air liur Shabery Cheek meleleh sewaktu berdebat dalam isu minyak. Kali ini, kita cuma sorongkan anak muda bernama Rafizi pula untuk menguji kejantanan Umno di dalam isu yang sama, iaitu minyak.
Rafizi, yang juga MP Pandan atas kapasitinya selaku Wakil Rakyat memang berhak mencabar mana-mana Wakil Rakyat dari Umporno untuk berdebat dengannya. Baru-baru ini, beliau telah mencabar Ketua Pemuda Umporno, KJ untuk berdebat. Sehingga kini KJ diam, ternyata Pemuda Umporno 'tidak pemuda' sebenarnya. Kemudian, apabila Rafizi mengulas lagi tentang isu kenaikan minyak, gatal pula mulut si Nazri Aziz untuk menyampuk dan mendakwa Rafizi 'bodoh'.
YB Rafizi Ramli - MP Pandan/Pengarah Strategi PKR |
Rafizi "cool' saja dengan telatah bodoh Nazri, sebaliknya Rafizi mahu ;belajar' dari Nazri jika Nazri Aziz fikir dia cerdik sangat. Pentas debat dibuka kembali setelah KJ malu-malu untuk menunjukkan kejantanannya. Kali ini Nazri Aziz pula dicabar oleh Rafizi untuk berdebat. Adakah Nazri Aziz juga tidak 'jantan' tetapi berlagak macam 'jantan yang bijak'? Kompom, Nazri tidak akan berani dan beliau akan menjawab pelawaan debat tersebut dengan berbagai alasan di hadapan Utusan Meloya sahaja.
Nazri, ehhhh...bukannn!! |
Nazri Aziz - Menteri Pelancongan, Kebudayaan |
Tahniah Rafizi kerana berjaya menunjukkan kepada rakyat Malaysia inilah rupanya wajah Wakil Rakyat Umporno yang mereka pilih. Puak ini sudah biasa dengan cara mereka berhujah seorang diri di hadapan TV3 suku yang bangsat itu mahu melalui media Utusan Meloya lidah Syaitan itu. Berdebat secara terbuka bukan warisan Umporno lagi semenjak Shabery Cheek 'berbuih mulut' berdebat dengan DS Anwar. Ini semua mereka belajar dari Najib yang bukan sahaja takut untuk berdepan dengan DS Anwar, bahkan untuk berdepan dengan Bik Mama pun belum tentu ada 'jantan'nya.
Rakyat tentu boleh berfikir, mengapa pemimpin Umporno takut sangat berdebat setelah mereka sewenangnya menaikkan harga minyak selepas PRU 13 baru-baru ini. Jika mereka ada asas dan hujah yang kukuh, ayuh, turun berdebat biar rakyat nilaikan. Tetapi jika sememangnya mereka mahu memperbodohkan rakyat yang mengundi mereka, mereka tidak akan berani tampil berdebat.