RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 2 Jun 2012

SAMBUTAN HEBAT PENDUDUK BAHAU DI ATAS KUNJUNGAN DS ANWAR

Oleh:  WFAUZDIN NS

HEBAT sekali sambutan rakyat di Bahau, Negeri Sembilan sewaktu kunjungan DS Anwar ke Taman Desa Puteri, Bahau malam tadi sempena perasmian Bilik Gerakan KEADILAN Dun Jeram Padang.  Dun Jeram Padang kini diwakili oleh Wakil Rakyat dari MIC, maka tidak hairanlah malam tadi kehadiran kaum India di luar jangkaan samasekali.



Boleh saya katakan, majoriti yang hadir malam tadi adalah dari kaum India, keduanya Melayu.  Kaum Cina juga turut hadir kerana Wakil Rakyat Bahau adalah dari DAP.  Kehadiran DS Anwar membuatkan Umno di Taman Bahau terpaksa mengadakan Tahlil dan jamuan pada malam tadi.  Mungkin juga seperti kata seorang rakan saya Umno Taman Bahau malam tadi mengadakan `Talkin' untuk Umno.



DS Anwar mula berucap lebih kurang jam 09.00 malam dan berhenti sejam kemudiannya kerana beliau akan ke program ceramah di Sikamat, Seremban pula.  Meskipun publisiti kunjungan DS Anwar ke Taman Desa Puteri ini agak kurang, namun kehadiran yang dianggarkan tidak kurang dari dua ribu orang sudah cukup untuk membuktikan Dun Jeram Padang bakal menjadi milik PR.

Rata-rata yang hadir ternyata berpuas hati dengan penerangan yang diberikan oleh Ketua Umum KEADILAN itu.  Isu-isu yang disentuh di antaranya adalah isu PTPTPN, isu fitnah ke atas beliau dan pimpinan PR, isu rasuah dan berbagai lagi isu semasa.  



Saya dapat memerhatikan beberapa wajah penyokong kuat Umno kawasan tersebut turut hadir.   Saya tabik Umno kawasan tersebut kerana mengamalkan demokrasi bersih tanpa provokasi atau gangguan sepertimana di beberapa tempat lain.  

Dun Jeram Padang bakal memberikan satu lagi kerusi buat PR di dalam PRU akan datang bagi membantu PR merampas Negeri Sembilan dari tangan Umno/Bn, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com

Jumaat, 1 Jun 2012

MALAM INI - ANWAR GEGAR NEGERI SEMBILAN LAGI

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEMAKIN kuat gelombang fitnah terhadap DS Anwar, semakin kuat semangat beliau menjelajah ke merata pelusuk negara dan semakin kuat sokongan rakyat terhadapnya.  Malam ini, Jumaat (01 Jun) DS Anwar akan bertemu rakyat di Taman Desa Puteri, Bahau, N. Sembilan dan kemudiannya akan ke Sikamat, Seremban pula.




Bukan mudah untuk mencari tokoh yang mempunyai kekuatan atau stamina seperti DS Anwar Ibrahim.  Bahkan, orang muda seperti Ezam sesumpah pun tidak sekuat itu apatah lagi Ezam sesumpah sudah kehabisan modal untuk berceramah.  Jika dahulu sewaktu berada di pihak rakyat iaitu di dalam KEADILAN, Ezam sesumpah tidak lekang dari mulutnya membongkar kegiatan rasuah para pemimpin kerajaan, kini setelah berada di pihak Umno yang bersekutu dengan Apco itu mulut Ezam sesumpah menjadi teramat berat untuk memperkatakan tentang isu rasuah.  Jika sekarang, Ezam sesumpah berceramah semua sudah maklum apa yang bakal keluar dari mulut beliau.

Ezam sesumpah kehilangan kotak-kotaknya...

Di dalam program ceramah Ezam sesumpah, sudah menjadi rukun dan kewajipannya untuk memburukkan bekas bosnya iaitu DS Anwar Ibrahim.  Bukan setakat itu sahaja, beliau pastinya akan mengaitkan seluruh keluarga Ketua Umum KEADILAN itu.  Itulah harga yang terpaksa dibayar oleh Ezam sesumpah bagi mendapatkan Senator.

Rakyat sudah tidak lagi melayani Ezam sesumpah dan para-para pencacai yang seangkatan dengannya.  Bagi rakyat, sekuat mana pun puak-puak ini memburukkan nama DS Anwar, harga minyak dan barang-barang keperluan tidak akan turun.  Sehebat mana pun mereka menjalankan propaganda buruk terhadap DS Anwar atau Azmin Ali, ianya sedikit pun tidak mengubah sikap Rosmah untuk berbelanja besar.  Bagi rakyat, isu utamanya adalah negara ini perlu diselamatkan dari Umno/Bn kerana mereka sudah terlalu lama merosakkan negara ini.  Rakyat tidak peduli samada DS Anwar atau Tuan Guru Hj Hadi bakal menjadi PM jika PR ke Putarajaya.  Rakyat hanya mahu melihat Najib ditabalkan sebagai Ketua Pembangkang selepas PRU ke 13 nanti.

Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama khususnya rakyat di Negeri Sembilan beramai-ramai hadir di Bahau dan Seremban malam ini bagi mendapatkan penerangan isu-isu semasa dari DS Anwar yang pastinya tidak pernah disiarkan oleh media syaitan TV3 suku dan Utusan Meluat.  Cukuplah lembu menjadi lembu, jangan kita pula menjadi lembu./wfauzdin.blogspot.com 

Khamis, 31 Mei 2012

Azmin Ali di siasat - Shahrizat bebas

Azmin Ali di siasat
Media UMNO – Panel Penilaian Operasi SPRM mengarahkan siasatan dijalankan terhadap Azmin Ali yang didakwa memiliki asset dan harta melebihi pendapatan penjawat awam, antara 1995 dan 1997. Pengerusinya Tan Sri Dr Hadenan Jalil berkata panel mengarahkan SPRM menyambung siasatan berdasarkan kertas laporan siasatan yang dibuka pada tahun 2009. Kertas siasatan itu disambung semula berdasarkan maklumat tambahan yang terbaru dan ia disiasat untuk memastikan kebenaran dakwaan itu,katanya disini hari ini.
 
Tuduhan terhadap Shahrizat di gugurkan

Sementara itu Panel itu juga menggugurkan penglibatan DS Shahrizat Jalil dalam memberikan projek Pusat Fidlot Kebangsaan bernilai RM 250 juta kepada syarikat yang dikendalikan ahli keluarganya. Pengerusi PPO berkata, siasatan terhadap penglibatan Shahrizat dalam NFC kini ditutup. Keputusan itu berikutan beliau didapati tidak terlibat dalam proses pemberian pinjaman atau kontak kepada syarikat itu.

Sumber:  umno-reform2

Ulasan Blogger:

Azmin Ali sebelum ini telah menyatakan beliau tidak terlibat dan ianya telah disahkan oleh SPR beberapa tahun dahulu.  Namun, beliau bersedia untuk disiasat jika SPRM perlu kembali membuka kesnya.  Itulah hebatnya pimpinan kita, tidak gentar samasekali.

Shahrizat bebas.  Ertinya, benarlah kata beliau bahawa beliau tidak tahu menahu tentang NFC yang melibatkan suaminya.  Jika beliau tidak tahu menahu, siapa yang tahu sebenarnya?  Masakan suami beliau dapat wang itu dari langit?  Siapa yang beri pinjaman itu?  Adakah suami Shahrizat pinjam wang RM250 Juta itu dari Ah Long?

Kita perhatikan adegan selanjutnya.....

VIDEO - MurSHIT Am Zahid Md Arip Memang Benar-Benar Gila

Oleh:  WFAUZDIN NS

BULETIN TV3 suku, lidah resmi Syaitan malam tadi macam biasa meneruskan bisikan Syaitan dengan berita terbaru.  Beritanya adalah kenyataan MurSHIT Am CIBAI, Zahid Md Arip yang telah membuat laporan kepada SPRM tentang kononnya Azmin Ali rasuah dan telah dilindungi oleh DS Anwar sewaktu Ketua Umum tersebut berada di dalam kabinet.

MurSHIT Am CIBAI seterusnya memberi amaran kepada SPRM untuk menyiasat laporan bangang yang dibuat olehnya di dalam tempoh seminggu.  Jika gagal, MurSHIT Am akan membawa gerombolan lembu-lembu gila untuk berdemontrasi di hadapan bangunan SPRM.  Tambahnya lagi, beliau mahu SPRM siasat segera dan jangan takut untuk bertindak.

Kelakar apabila MurSHIT Am berkata "jangan takut untuk bertindak".  Lojik atau tidak SPRM takut kepada YB Azmin atau DS Anwar?  Apa hebatnya YB Azmin dan DS Anwar sehingga MurSHIT Am ini merasa bimbang SPRM takut untuk bertindak?  Adakah DS Anwar sekarang PM dan YB Azmin itu TPM?  Jika betul, memang ada lojiknya SPRM takut.

Masalahnya kes itu berpuluh tahun dahulu dan sekarang baru timbul.  Adakah dari dulu lagi hingga sekarang SPRM sentiasa berada di dalam ketakutan kepada YB Azmin dan DS Anwar?  Sebab itulah saya katakan Zahid Md Arip ini telah gila dan kenyataan beliau itu sebagai bukti bahawa beliau memang layak digelar 'MurSHIT".

Satu lagi bukti, beliau di dalam satu ceramahnya dahulu pernah berkata, sekiranya beliau menyertai Umporno, anggaplah beliau telah gila dan rakyat jangan lagi mempercayai orang gila seperti beliau.  Cuba tonton video ini, sebagai bukti;




Selasa, 29 Mei 2012

TV3 SUKU KUTIP CAKAP PELARIAN RAJA PETRA

BETAPA bangsatnya media pencacai lidah syaitan ini.  Semua orang tahu selepas Raja Petra membuat akuan bersumpah bahawa bik mama ada di lokasi sewaktu  Altantuya dibunuh, Raja Petra terus lari tinggalkan negara dan beliau menjadi buruan sehinggakan sewaktu anaknya dibicarakan atas tuduhan mencuri di negara ini, Raja Petra tidak berani pulang.

Sehingga kini kita tidak tahu samada Raja Petra ini masih menjadi buruan atau tidak, apatah lagi semenjak kebelakangan ini beliau boleh berkomunikasi bebas melalui lidah syaitan tv3 suku.

Terbaru, beliau mendedahkan kononnya ada seorang bekas pegawai BPR kini dikenali sebagai SPRM mendakwa Azmin Ali telah dilindungi oleh DS Anwar di dalam kes rasuah sewaktu DS Anwar di dalam kabinet.  Peliknya, Raja Petra hilang telor untuk mendedahkan siapa bekas Pegawai BPR itu?  Selagi beliau tidak sebut nama pegawai berkenaan, kita anggap itu hanyalah imiginasi Raja Petra untuk dia mengampu Najib agar Najib ampunkan beliau bagi membolehkan beliau kembali ke negara in.

BETULKAH KITA ADA KUASA TANGKAP LEMBU YANG GANGGU PROGRAM KITA?

AKU mahu merujuk kenyataan Pemuda Umno Lembah Pantai yang bertanya mengapa penyokong-penyokong PKR tidak menangkap lembu dari Pemuda Umno yang mengganggu program ceramah PKR baru-baru ini.

Benarkah kita boleh berbuat demikian? Jika benar ini satu berita baik,  Kita mahu pihak Polis mengiyakannya, agar selepas ini kita boleh berbuat demikian.  Sewaktu kekecohan berlaku dalam satu program di Segamat beberapa bulan lalu, kita telah berjaya menangkap salah seekor lembu mereka, tetapi pihak Polis menyatakan kita tiada hak untuk berbuat demikian, itu tugas Polis katanya,

Sekarang mereka mahu kita bertindak menangkap lembu-lembu upahan mereka.  Apakah kita telah bersedia.