RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 1 November 2019

PRK TG PIAI - TIDAK SUKAR UNTUK MEMAHAMI 'FATWA" PAS DI DALAM MEMILIH CALON

Dewan ulamak Pas keluarkan 'fatwa'baru di Tg Piai, iaitu, wajib sokong calon BN - MCA berbangsa Cina yg bukan Islam berbanding calon PH - Bersatu walaupun berbangsa Melayu, Islam, bekas pendidik dan bekas Imam, dalilnya, " PILIH YANG KURANG MUDHARAT".

Kita buat kajian ok. MCA adalah parti komponen BN. BN adalah kerajaan kleptokrasi yg memerintah negara sebelum 09 Mei 2018 dan telah ditumbangkan di dalam PRU14 yg lalu kerana 'kemudharatan"nya terlalu banyak. Hingga hari ini, beberapa pimpinan dari BN telah dibawa ke mahkamah atas beberapa skandal penyelewengan. MCA juga berada di dalam kerajaan kleptokrasi dahulu dan turut bersubahat membiarkan kemungkaran dan kemudharatan kerajaan BN selama ini. MCA tanpa segan silu dan berterus terang menolak hukum Hudud.

Calon PH dari Bersatu adalah calon yang mewakili PH yang telah membuang kerajaan kleptokrasi terdahulu. Ini bertepatan dengan perintah Allah iaitu jangan sesekali membiarkan kezaliman dan kemungkaran, cegah kemungkaran itu wajib. Bertepatan dengan perintah Allah, "Jangan sesekali cenderung kpd kezaliman, kelak dibakar api neraka". Ayat ini sering menjadi mukaddimah penceramah Pas sewaktu bersama kita di dalam PR dan sewaktu Pas mendoakan Umno agar 'K.O". Ertinya, calon PH adalah mewakili parti yg menentang kerajaan terdahulu yang dipenuhi dengan skandal 1MDB, skandal terbesar di dunia itu.

Jika mahu memilih mana satu yg kurang mudharat, maka tidak sukar untuk buat pilihan. Calon MCA sudah semestinya ditolak kerana bersama dengan BN yg memudharatkan negara sebelum ini. Mahu cari calon Pas? Malangnya Pas hanya jadi balaci tukang angkat bendera Dacing Baghdad dan kerjanya jual agama dan cipta hukum dari masa ke semasa.

Habis tu, mau undi siapa? Tiada lain, kita wajib undi calon PH dari Bersatu. Tidak sukar nak memahami 'fatwa' Pas itu.

LEBAI WALA' KEPADA UMNO DAN UMNO WALA' KEPADA MCA - SIAPA PARTI DOMINAN DI DALAM BN SEBENARNYA?


Tepat jangkaan saya bahawa akan ada "fatwa" baru oleh olamak parti lebai bila MCA letak calon di PRK Tg Piai. Tidak seperti di PRK Cameron Highland di mana fatwanya adalah wajib undi calon Melayu Islam (Umno) dan haram undi calon bukan Islam (PH-Dap). Di atas mimbar Jumaat, berbuih2 mulut khatib lebai baca nas dan dalil untuk memperkuatkan hujahnya.

Kali ini, fatwanya lain. Wajib undi calon MCA kaum Cina bukan Islam dan haram undi calon PH -Bersatu iaitu seorang Melayu Islam bekas sseorang guru dan Imam. Alasannya apa? Lebai kata hujahnya adalah kerana Taawun dengan Umno. Umno telah diberi mandat untuk jadi parti dominan (bos), maka wajib wala' dengan Umno. Umno pula wala' dengan MCA? Kahkahkah355...melucukan!!

Lebai kata lagi, Islam tidak boleh langgar perjanjian dan parti lebai tidak akan langgar perjanjian. Wah !! Betulkah ada perjanjian dengan Umno? Perjanjiannya Umno jadi bos? Perjanjian berkaitan calon pilihanraya pun telah ada? Betulkah lebai tak pernah langgar perjanjian?

Wahai lebai, dengan budak hingusan dalam politik bolehlah kamu jual agama. Siapa tidak tahu kisah pertandingan 3 penjuru banyak berlaku yang melibatkan lebai langgar perjanjian sewaktu berada di dalam Pakatan Rakyat? Langgar perjanjian, tidak cukup dengan itu reka fitnah kononnya calon Keadilan adalah berfahaman komunis dan pengedar pil kuda, maka lebai pun letak calon di situ. Kalah pun takpe, asalkan parti kawan tidak menang. Akhirnya Umno menang dan Umno jadi kawan lebai sekarang.

Lebai pernah kata, parti Islam ini kuat bersendirian dan jika parti ini mahu bergabung dengan mana-mana parti sekalipun, parti Islam mesti dominan. Hari ini, terbukti bahawa Taawun di antara lebai dengan parti keris telanjang tidak bersarung itu yang dominan adalah Umno. Lebai seperti biasa juga. Lebai kena wala' dengan Zahid Hamidi yang telah dihadapkan dengan berpuluh kes di mahkamah.

Lebai wala" kepada Umno. Umno pula terpaksa wala' kepada MCA dan MIC kerana takut Bn diharamkan jika MCA atau MIC keluar dari Bn. Ertinya di dalam Bn dan pakatan mereka, parti dominan adalah MCA. Wallahu Aklam

Khamis, 31 Oktober 2019

TRAGEDI MALANG INI PUN LEBAI CUBA BERMAIN DENGAN ISU PERKAUMAN


Terlebih dahulu marilah kita sama2 ucapkan Takziah kepada semua waris anak2 yang terkorban di dalam tragedi kemalangan basikal lajak dua tahun lalu. Marilah bersama kita doakan semoga Allah merahmati kesemuanya dan keluarga mereka diberikan kekuatan menghadapi ujian ini.

Kes ini berlaku pada tahun 2017, ertinya siasatan mula dijalankan pada tahun yang sama. Kejadian itu berlaku dan siasatan itu bermula bukan pada waktu kerajaan PH memerintah, dan setiap yang ditakdirkan itu tidak kira siapa yang menjadi kerajaan. Namun, apabila kes ini dibicarakan di era kerajaan PH, terdapat mulut2 busuk di kalangan lebai yang menjual agama cuba untuk mengambil kesempatan di atas tragedi ini bagi memainkan isu perkauman.

Kebetulan mangsa adalah anak2 Melayu dan yang terlanggar mangsa itu pula adalah seorang wanita kaum Cina. Apakah wanita ini mabuk? Tidak. Adakah wanita ini menghisap dadah atau apa jua bahan terlarang ketika memandu? Tidak. Wanita ini dituduh memandu di dalam keadaan melulu hingga terlanggar sekumpulan anak2 yang sedang mengayuh laju basikal lajak pada jam 3.00 pagi di laluan jalan besar. Namun, mahkamah mendapati wanita ini tidak bersalah kerana tiada bukti dan keterangan yang boleh menunjukkan beliau memandu secara melulu atau dipengaruhi alkohol atau sebarang perbuatan yang melanggar peraturan jalanraya.

Bayangkan jika kita terbalikkah kejadian ini di mana mangsa yang terkorban itu anak2 kaum Cina dan yang terlanggar mereka itu pula adalah wanita Melayu. Agaknya kita suka wanita Melayu ini dihukum kerana karenah budak2 Cina yang bermain basikal laju pada jam 3.00 pagi? Saya rasa pasti kita akan menyalahkan keluarga budak2 Cina ini kerana membiarkan anak masing2 keluar pada jam 3.00 pagi dengan membawa basikal lajak yang telah pun diharamkan penggunaannya.

Kalau kita berpegang kepada ajaran Islam, kita mesti berlaku adil tidak kira siapa. Di dalam Islam, binatang ternakan kita pun wajib kita kurung dan tidak boleh dibiarkan merata2. Lembu yang terbiar dan berada di jalanraya boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna2 jalanraya. Bahkan jika lembu yang terbiar itu dicuri orang, mengikut hukum Islam tuan punya lembu pun boleh disabitkan kesalahan kerana cuai menjaga binatang ternakan mereka. Bayangkan begitu sekali Islam mengatur hukum terhadap binatang ternakan, apatah lagi manusia iaitu anak2 kita. Apakah kita tidak merasa bersalah membiarkan anak2 kita keluar bermain pada jam 3.00 pagi?

Saya bukan mahu menyalahkan ibu bapa budak2 ini kerana seperti yang saya sebutkan awal tadi ini adalah suratan dan takdir. Kalau sudah ditakdirkan nyawa mereka diambil pada awal pagi itu, jika tidak keluar rumah pun pasti ajal mereka akan sampai cuma kita tidak tahu bagaimana. Cuma, jangan kita tidak berlaku adil kepada orang lain apabila musibah berlaku kepada kita. Tentu ada hikmahnya ia terjadi.

Amat malang, status dari seorang pemimpin dari parti yang menjual agama ini cuba untuk mendatangkan provokasi perkauman apabila mengulas tentang keputusan mahkamah di dalam kes ini. Sepatutnya selaku orang yang tahu ugama, beliau boleh memberikan peringatan kepada kita agar tragedi seperti ini tidak berulang lagi. Malangnya, demi politik beliau sanggup mendustakan agamanya.

MASALAH EKONOMI JANGAN BEBANKAN KEPADA TUN M SEBAGAI ALASAN MELENGAHKAN PERALIHAN KUASA



Saya telah membaca kenyataan Menteri Ekonomi, YB Dato' Seri Azmin Ali di dalam Malaysia Gazzet yang mengulas tentang isu peralihan kuasa di antara Tun M dengan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Pertamanya, tahniah kepada Azmin yang telah bercakap bagi pihak Tun M dan sepatutnya beliau dilantik SU Politik Tun M kerana beliau sering menjawab bagi pihak Tun M.

Pendapat Azmin adalah Tun M mesti terus menjadi PM sehingga selesai masalah ekonomi negara yang meruncing sekarang dan Tun M berkewajipan membetulkannya sebelum menyerahkan jawatan kepada Anwar seperti perjanjian di dalam PH. Saya mula keliru, semenjak bila Tun M sebagai PM adalah juga merangkap Menteri Ekonomi? Habis tu, apa jawatan Azmin? Adakah beliau hanya pegawai pengiring YDP Agong atau SU Politik Tun M?

Jika Azmin masih lagi Menteri Ekonomi, sepatutnya beliau malu dan bersalah apabila mengakui bahawa ekonomi negara sekarang begitu teruk sehinggakan Tun M terpaksa buat kerja untuk beliau. Lojiknya, jika beliau selaku Menteri Ekonomi merasakan beliau gagal pulihkan ekonomi negara, beliau wajar memikirkan untuk meletakkan jawatan bukannya semudah itu untuk meletakkan beban tersebut di bahu Tun M.

Tidak masuk akal, akibat kegagalan Menteri Ekonomi melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya maka terpaksa pula Tun M melanjutkan tugasnya sebagai PM hingga ekonomi pulih. Itu sikap tidak bertanggungjawab dan seolah-olah untuk mempersendakan Tun M.

Isu peralihan kuasa di antara Tun M dengan Anwar tiada kaitan dengan masalah ekonomi. Sesiapa yang mengambil alih tugas PM adalah bertanggungjawab menentukan keadaan negara baik dan tugas ini bukan terletak di bahu PM semata-mata tetapi juga kepada seluruh anggota Kabinet. Mana-mana menteri yang gagal melaksanakan tugasnya tidak boleh memaksa PM untuk memikul beban, sebaliknya menteri berkenaan undur diri.

Jelas di sini Azmin cuba untuk menuding jari kepada PM di atas kegagalannya. Jangan kerana kamu bermasalah, maka peralihan kuasa turut bermasalah.

Kita tetap berpegang kepada apa yang Tun M sebut baru-baru ini iaitu jangkamasa dua tahun adalah jangkamasa peralihan kuasa beliau dengan Anwar. Tidak perlu ada jurucakap lain yang berkepentingan untuk mencipta alasan bagi menggagalkan transisi ini.

LAWAK BODOH TONTOWI



Lawak sungguh lebai Tontowi ni. Dia faham tak bezanya "menjatuhkan PM" dengan "Peralihan kuasa PM" ? Takkan la sebangang itu untuk bezakan "menjatuhkan Imam kampung" dengan "menukar imam kampung" pun lebai Tontowi tak tahu?

Patut pun dalam kenyataannya, dipetik

" Pas teguh dengan pendirian supaya Tun Dr Mahathir Mohamad, kekal sebagai Perdana Menteri, sehingga tamat penggal Pilihan Raya Umum PRU Ke 15, walaupun pas mnegeluarkan fatwa mewajibkan ahli parti itu untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan. Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi berkata, fatwa terbabit masih kekal relevan, biarpun dengan kesediaan pas menyatakan sokongan kepada Tun Mahathir."

Lawak lagi. Dia fatwakan wajib jatuhkan kerajaan PH yg dipimpin oleh Tun M, tetapi Pas tetap menyokong Tun M. Umpama, babi itu haram, tetapi kepala babi sedap dibuat sup.

Itulah lebai penjual agama...

NIK BEDUH JANGAN MURIH, ANA TAKLID KEPADA ANTA....


Wah !! Tak Ana sangka tulisan Ana dibaca oleh Nik Beduh. Maka, Ana rasa malu kerana tulisan Ana hanya dibaca oleh orang seperti Anta. Ana fikir tulisan Ana dibaca oleh orang bijak pandai saja.

Anta dakwa Ana menipu kerana menulis yg bukan Anta kata. Alaahh...Ana menipu syarie, bukankah "menipu demi parti" itu diwajibkan? Anta pun pernah menipu jugak kan? Dulu Anta kata, "audio itu bukan suara Ana, itu fitnah manusia seperti iblis". Akhirnya, Anta mengaku bahawa audio yang menyebut parti Anta makan duit Umno itu adalah memang suara Anta. Bukankah waktu itu Anta diwajibkan menipu?

Ana pun demikian, Ana bertaklid kepada Anta punya auta, syeikh....ehehhh

Selasa, 29 Oktober 2019

SATU NEGARA SUSAH, ZAHID HANYA MINTA MAAF KEPADA PAS?

Di Terengganu dlm himpunan perpaduan ummah, Zahid Hamidi akhirnya mengaku lebih 60 tahun partinya byk buat salah kpd rakyat dan kemuncaknya parti kuno tersebut hilang kuasa pada PRU14 yg lalu. Maka, dgn rasa sebak Zahid minta maaf kpd Pas.

Hahaha...dia ingat parti dia dulu perintah negara ini hanya org2 Pas sahaja jadi mangsa atau rakyat malaysia itu orang2 Pas? Minta maaf kpd Pas sahaja?

Kamu rosakkan negara ini dgn segala bentuk penyelewengan dan skandal serta buat hutang berbilion ringgit, semua rakyat susah, sepatutnya jika ikhlas kamu kena mohon maaf dengan seluruh rakyat, bukannya kpd pak-pak lebai yg sekali satu pinggan pelahab makan tu. Itu tandanya kamu tidak ikhlas, hanya utk ambil hati orang2 Pas agar lupakan kesalahan besar kamu. Pmimpin Pas tentunya dengan mudah maafkan kamu sbb mereka pun dapat faedah dari apa yg kamu lakukan dulu.

Rakyat Malaysia tidak sebodoh itu untuk melupakannya.

PERALIHAN KUASA TUN M KEPADA ANWAR, TUN M BERI REAKSI POSITIF


Dr Mahathir berkata, beliau bersetuju berbuat demikian (bincang isu peralihan kuasa PM) kerana dalam Majlis Presiden PH itulah cadangan untuk melantik para pemimpin PH dibuat dahulu, iaitu kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan cadangan beliau jadi pengerusi, dan bakal perdana menteri, katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia di Baku, Azerbaijan sebelum berangkat ke Turkmenistan untuk lawatan rasmi dua hari.

Sebelum ini, Presiden Bersatu, Tan Seri Muhyiddin Yasin juga turut mengakui bahawa sememangnya ada persefahaman dan perjanjian dibuat di dalam PH iaitu selepas Tun M, Anwar adalah PM. Beliau berkata, Bersatu tetap berpegang dengan janji itu. Beliau juga turut mencadangkan agar isu ini dapat dibincangkan lagi di dalam Majlis Presiden agar menjadi lebih jelas.

Nampaknya, dua tokoh utama Bersatu ini berlapang dada dan bersedia mematuhi ketetapan dan persefahaman di dalam PH. Begitu juga Anwar, beliau sentiasa menyerahkan kembali tentang kedudukan dirinya kepada Majlis Presiden PH selain dari bertawakkal kepada Allah.

Beberapa ekor nyamuk yang bising di dalam Bersatu dan Keadilan, itu mudah kita faham kerana mereka ada kepentingan diri masing-masing. Mereka harap Tun M akan mengkhianati PH dan terus berkuasa sehingga PRU15 di mana dalam tempuh tersebut paling tidak kes-kes mereka tidak disebut dalam mahkamah. Mereka mahu gunakan Tun M untuk pikul dosa mereka. Saya yakin Tun M tidak sebodoh itu.

Tidak pelik kalau SU politik Tun M sendiri meracau agar Tun M terus jadi PM. Hati mana tidak berdebar bila kes felda melibatkan Isa Samad kini berada di mahkamah dan namanya sering disebut? Siapa tidak risau jika kes semburit dibuka? Maka, tidak pelik jika orang yang berkenaan sekarang setiap malam mengalami mimpi buruk tentang peralihan kuasa.

Ada yang sanggup bertemu Pas minta sokongan dari pemimpin-pemimpin Pas agar menyokong Tun M menjadi PM sehingga habis penggal. Mereka lupa sebelum ini pak-pak lebai itu begitu kuat menghina bos mereka, Tun M. Mereka tebalkan muka asalkanTun M terus jadi PM dan mereka selamat.

Kita pula harus istiqomah dan pastikan tiada sesiapa boleh cemarkan persefahaman dan perjanjian yang telah kita muafakati. Sesiapa yang cuba rosakkannya tidak kira dari parti mana sekalipun, kita wajib tentang habis-habisan.

SELAGI BERPELUK DENGAN KLEPTOKRASI, SERATUS KALI SERBAN DILILIT PUN TIDAK BOLEH MARTABATKAN ISLAM

Ostat Din Tontowi dlm tulisannya "Sekali Serban Dililit" , dengan penuh semangat menjual agamanya dan berkata, Islam harus bangkit. Apa cara Islam nak bangkit? Hapuskan Dap.

Lihatlah, betapa rendahnya mentaliti ugama yg ada pada Din Tontowi. Kebangkitan Islam bukan terletak kpd Pas, Umno, MCA, MIC atau Dap, tetapi ianya terletak kpd penganut ugama Islam itu sendiri. Kalau pemimpin Islam hanya kerjanya mengkapirkan org yg sudah Islam, Islam takkan bangkit. Kalau pemimpin Islam sendiri rompak duit rakyat, duit Tabung Haji, duit LTAT, duit bela lembu NFC, duit KWAP, dan tidak pandai mentadbir negeri hinggakan terpaksa pinjam duit untuk bayar gaji kakitangan kerajaan negeri, usah mimpi mahu lihat Islam bangkit.

Mengapa salahkan Dap? Tontowi dulu menang di Temerloh pun kerana pertolongan Dap. Bersepah lebai jadi Wakil Rakyat hasil dari undi orang Dap. Bila lebai dah jadikan Dap musuh, bersepah lebai yg kalah terkangkang di dalam PRU14 yg lalu. Di Kelantan, Dap tiada pun pengaruh. Hebatkah Islam di Kelantan di bawah lebai? Kekal sebagai salah satu negeri termiskin. Dari segi kebersihan, jauh P.Pinang di bawah Dap mengatasi Kelantan. Maksiat? Jangan kata di Kelantan itu tiada maksiat. Budak2 pijak Quran berlaku di mana? Terengganu pun sama juga. Hampir tiada Dap. Hebatkah Islam di Terengganu? Sejarah kapir mengkapir, solat dua imam, sembelih orang umno tidak sah, cerai berai, itu semua berlaku di mana?

Jangan salahkan orang lain kalau Islam itu mundur, kalau kamu sendiri pun peluk puak perompak kleptokrasi dan tidur sekelambu. Pas tidak ada moral untuk bercakap tentang Islam biarpun "seratus kali serban dililit".

BENARKAH RAMASAMY DAN RONNIE LIU SAHAJA YANG MAHU ANWAR JADI PM SECEPAT MUNGKIN? JAWAPAN UNTUK ROSLAN SMS

Roslan SMS menulis, dia kata TKM P.Pinang, Ramasamy dan Ronnie Liu tidak sabar untuk menanti Anwar jadi PM menggantikan Tun M.

Rupanya si Roslan ni terlalu jauh ketinggalan keretapi. Semua tahu, majoriti rakyat Malaysia sedang menanti giliran Anwar jadi PM ke 8. Majoriti rakyat Malaysia menolak Umno/Bn dan Pas di dalam PRU14 yang lalu, salah satunya adalah kerana di dalam Manifesto PH disebut tentang pembebasan Anwar dari penjara dan menentukan kedudukan politik Anwar di dalam haraki kepimpinan negara sekiranya PH membentuk kerajaan. Ertinya, bukan Ramasamy dan Ronnie Liu sahaja yang mahu melihat Anwar jadi PM.

Kita mahu tanya Roslan pula, siapa mahu Najib, Zahid atau Hadi Awang jadi PM? Hanya golongan penyokong Kleptokrasi dan walaun tegar saja yang mahu. Hadi sendiri tidak mahu jadi PM sebab dia tahu dia tidak layak jadi PM kerana jadi MB Terengganu pun dapat sepenggal saja. Tidak pelik jika dulu Hadi sokong Ku Li jadi PM dan sekarang dia sokong Tun M jadi PM hingga PRU15. Dia hanya mahu jadi "King Maker" saja, itu pun dia gagal. Bila bersama Umno, Hadi tidak mampu jadi King, dia cuma jadi balaci saja.

Rakyat menanti Anwar mengambil alih PM dari Tun M pada pertengahan tahun hadapan. Umno, Pas sudah tentu tidak gembira dengan berita ini kerana mereka tahu kehebatan dan ketokohan Anwar Ibrahim. Hebatnya Anwar lah maka beliau diangkat dan dipilih oleh Presiden Pas dahulu, Almarhum Us Fadzil Noor sebagai calon PM sekiranya Barisan Alternatif (BA) berjaya menjadi kerajaan ketika itu. Sewaktu Anwar jadi Presiden ABIM, Almarhum adalah timbalannya dan Hadi terus berada di bawah ketiak Anwar dari dulu lagi. Najib dan Zahid Hamidi pun tahu Anwar tidak boleh dibiarkan jadi PM sekiranya Umno mahu hidup lebih lama. Najib dan Zahid sedar, sewaktu mereka berada di dalam Umno, banyak kali Anwar waktu itu membantu kerjaya politik mereka berdua. Pengaruh Anwar di dalam.Umno banyak membantu kedua-dua tokoh kleptokrasi ini. Kerana itu, tidak pelik Umno amat bimbang jika Anwar pimpin negara ini.

Akhir sekali, yang tidak mahu menyaksikan Anwar naik sebagai PM adalah geng-geng semburit. Mereka tahu untung nasib mereka sekiranya Anwar menjadi PM. Waktu ini, mereka masih berharap lindungan di bawah ketiak Tun M.

PATUTNYA SUDAH LAMA PARTI LEBAI DIHARAMKAN....

Kalau nak kira seorg dua pimpinan bawahan yg mngeluarkan kata2 tak betul maka parti perlu diharamkan, maka dah lama patutnya parti lebai ni diharamkan. Pertamanya, bila pmimpin lebai keluarkan amanat di Banggol Peradong yg menyatakan jihad lawan umno dan boleh mati syahid lawan umno shinggakan berlakunya tragedi di Memali. 



Kedua, bila pemimpin lebai menyokong ajaran Syiah bahkan menterjemahkan kitab Syiah. Ketiga, bila ada pmimpin lebai yg kata kpd Kak Wan jika tak sokong RUU Akta 355 yg Hadi bawa dan Hadi tangguhkan itu, kalau mati akan ditanam di jirat (ertinya mati kapir, maksudnya mengkapirkan Kak Wan). Umno pun dah lama boleh diharamkan bila umno pernah buat konvensten berthemakan Pas Parti Ajaran Sesat di Terengganu. Menyesatkan orang kerana perbezaan politik?


Jadi, lebai katik ni jgn sembang banyak la ye....

Isnin, 28 Oktober 2019

AZMIN SENDIRI KABUR DENGAN SEMANGAT DAN PERSEFAHAMAN DI DALAM PH ?


Saya telah membaca kenyataan Timbalan Presiden KEADILAN, YB Dato' Seri Azmin Ali yang dipetik oleh Malaysiakini berkaitan peralihan kuasa di antara Tun M dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Sekali lagi Menteri Ekonomi ini mengulangi bahawa Tun M perlu dikekalkan sebagai PM sehingga ke PRU15 akan datang atas hujahnya tidak pernah berlaku peralihan kuasa PM sebelum tamat penggal. Beliau juga menggunakan hujah itu adalah mandat rakyat di dalam PRU14 yang lalu.

Saya insan kerdil di bawah ini ingin mengingatkan Azmin, orang atasan yang mungkin mula lupa akan sesuatu. Benarkah tidak pernah berlaku peralihan kuasa sebelum tamat penggal? Lupakah beliau tentang peralihan kuasa di antara Tun M dengan Pak Lah, dan Pak Lah kepada Najib? Adakah itu sebagai mengkhianati mandat rakyat?

Kalau mahu dilihat secara tradisinya, adakah Tun M sekarang ini menjadi PM kerana tradisi atau kelaziman yang Azmin ungkapkan itu? Kenapa Tun M menjadi PM, bukannya Dato' Seri Dr Wan Azizah? Bukankah Kerusi di Parlimen terbanyak adalah dari parti KEADILAN dan atas persefahaman politik di dalam PH kesemua parti di dalam PH menggunakan logo parti KEADILAN. Lojiknya, Kak Wan lebih releven menjadi PM kerana partinya memiliki jumlah Kerusi terbanyak berbanding parti Tun M, walaupun parti Bersatu waktu itu menggunakan logo KEADILAN. Namun, atas prinsip dan semangat kepada perjanjian dan persefahaman di dalam PH, maka Tun M diangkat sebagai PM. Bukankah itu juga luar biasa? Mengapa Azmin tidak ulas hal ini?

Azmin menyebut tentang mandat rakyat di dalam PRU14 yang lalu. Azmin kena sedar, mandat rakyat diberi kepada PH untuk menjadi kerajaan berdasarkan janji dan manifesto PH, lebih-lebih lagi kerajaan lama Kleptokrasi itu amat dibenci oleh rakyat. Rakyat bukan memilih PH untuk mengekalkan Tun M sebagai PM kerana bukan rahsia lagi bahawa Tun M dipilih sebagai PM sementara menunggu kesemua kekangan politik terhadap Anwar Ibrahim dapat diselesaikan. Kesemua pimpinan PH tahu hal ini, kecuali Azmin agaknya. Pimpinan dari Bersatu, Amanah dan Dap, malahan dari KEADILAN sendiri tidak pernah berkata Tun M mest menjadi PM sehingga tamat penggal, kecuali Azmin dan beberapa juaknya sahaja. Kalau pimpinan utama di dalam PH seperti Muhyiddin, Mat Sabu, Guan Eng dan Anwar Ibrahim sendiri tidak pernah berkata sedemikian, mengapa Azmin pula memandai-mandai?

Nada Azmin sama seperti nada Umno dan Pas. Nadanya sama seperti orang-orang yang bermasalah jika Anwar jadi PM. Adakah Azmin juga mempunyai masalah besar jika Anwar jadi PM pertengahan tahun hadapan? Jika anda ada masalah dengan Anwar, jangan cuba pusingkan fakta untuk mengkhianati persefahaman di dalam PH. Kita tahu sejak sebelum PRU14 lagi Azmin tidak iktiraf PH di mana Selangor di bawah pentadbirannya dulu tidak pernah iktiraf PH. Maka, jangan rosakkan PH untuk selamatkan diri dari masalah peribadi.

Jika tidak bersetuju dengan persefahaman di dalam PH, Azmin boleh memikirkan untuk bersama Umno atau Pas kerana pemikirannya sama.