RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 1 November 2019

LEBAI WALA' KEPADA UMNO DAN UMNO WALA' KEPADA MCA - SIAPA PARTI DOMINAN DI DALAM BN SEBENARNYA?


Tepat jangkaan saya bahawa akan ada "fatwa" baru oleh olamak parti lebai bila MCA letak calon di PRK Tg Piai. Tidak seperti di PRK Cameron Highland di mana fatwanya adalah wajib undi calon Melayu Islam (Umno) dan haram undi calon bukan Islam (PH-Dap). Di atas mimbar Jumaat, berbuih2 mulut khatib lebai baca nas dan dalil untuk memperkuatkan hujahnya.

Kali ini, fatwanya lain. Wajib undi calon MCA kaum Cina bukan Islam dan haram undi calon PH -Bersatu iaitu seorang Melayu Islam bekas sseorang guru dan Imam. Alasannya apa? Lebai kata hujahnya adalah kerana Taawun dengan Umno. Umno telah diberi mandat untuk jadi parti dominan (bos), maka wajib wala' dengan Umno. Umno pula wala' dengan MCA? Kahkahkah355...melucukan!!

Lebai kata lagi, Islam tidak boleh langgar perjanjian dan parti lebai tidak akan langgar perjanjian. Wah !! Betulkah ada perjanjian dengan Umno? Perjanjiannya Umno jadi bos? Perjanjian berkaitan calon pilihanraya pun telah ada? Betulkah lebai tak pernah langgar perjanjian?

Wahai lebai, dengan budak hingusan dalam politik bolehlah kamu jual agama. Siapa tidak tahu kisah pertandingan 3 penjuru banyak berlaku yang melibatkan lebai langgar perjanjian sewaktu berada di dalam Pakatan Rakyat? Langgar perjanjian, tidak cukup dengan itu reka fitnah kononnya calon Keadilan adalah berfahaman komunis dan pengedar pil kuda, maka lebai pun letak calon di situ. Kalah pun takpe, asalkan parti kawan tidak menang. Akhirnya Umno menang dan Umno jadi kawan lebai sekarang.

Lebai pernah kata, parti Islam ini kuat bersendirian dan jika parti ini mahu bergabung dengan mana-mana parti sekalipun, parti Islam mesti dominan. Hari ini, terbukti bahawa Taawun di antara lebai dengan parti keris telanjang tidak bersarung itu yang dominan adalah Umno. Lebai seperti biasa juga. Lebai kena wala' dengan Zahid Hamidi yang telah dihadapkan dengan berpuluh kes di mahkamah.

Lebai wala" kepada Umno. Umno pula terpaksa wala' kepada MCA dan MIC kerana takut Bn diharamkan jika MCA atau MIC keluar dari Bn. Ertinya di dalam Bn dan pakatan mereka, parti dominan adalah MCA. Wallahu Aklam

6 ulasan:

  1. Rasulullah (Saw) Sebagai Tokoh Kepimpinan: Agenda & Pendekatan Al-Hikmah. Kesesuaian kepimpinan berjiwa islam perlu diterapkan berasaskan reality semasa.

    Bukan mengadai akidah dan iman seperti pemimpin tidak berprinsip seperti lalang dan suka U Turn...

    SYIAH SUDAH BERAMBOS DARI PAS
    DLM AMANAH PAN DEPA BERKUBANG
    BEKAS UMNO SUDAH BERAMBOS BEBAS
    PLURALIST MURTAD SYIAH DEPA JULANG

    Baginda seorang pemimpin yang terbuka dan dinamik. Terbuka merujuk kepada sifat baginda yang tidak bersifat kuku besi dalam bertindak.

    Ini dapat dilihat melalui amalan baginda yang begitu kerap mengamalkan SYURA dalam setiap keputusan dan tindakan yang diambil.

    Kedapatan juga dalam proses syura itu baginda mempunyai pendangan yang tersendiri tetapi baginda akur dengan kehendak syura dan suara ramai.

    Misalnya ketika membuat keputusan mengenai peperangan Uhud, baginda secara peribadi ingin berperang di dalam kota, tetapi majoriti masyarakat, terutama golongan muda ingin berperang di luar kota Madinah. Baginda akur dengan kehendak ramai tersebut.

    Baginda juga begitu terbuka dalam memerima pandangan dan idea yang baru yang tidak bercanggah dengan prinsip Islam

    DINAMIK DAN TERBUKA

    Baginda tidak meneruskan "semangat asabiyah" kearaban yang kuat pada masa itu. Walaupun baginda tidak menafikan hakikat kearaban baginda, tetapi ianya tidak manjadi prinsip utama dalam tindak tanduknya.

    Di samping baginda tidak menghapuskan nilai-nilai kearaban yang positif dan bersifat universal, seperti sifat menghormati tetamu, pemurah dan sebagainya.

    Bukti yang nyata dari semangat kesejagatan baginda, ialah baginda tidak mengutamakan orang Arab dalam pemilihan untuk menjadi golongan utama baginda. Misalnya golongan yang bukan Arab ternyata mendapat pertimbangan baginda contohnya, Bilal Bin Rabah dari masyarakat kulit hitam, menjadi muazzin umat Islam, Salman al-Farisi, Suhaib al-Rumi dan sebagainya.

    DISPLIN TAAT DAN KEPATUHAN

    Perjuangan baginda juga di samping menekankan pengorbanan ianya mesti bertunjangkan juga disiplin yang tinggi. Asas disiplin tinggi yang ditekankan ialah ketaatan dan kepatuhan terhadap arahan yang diberikan. Perkara ini merupakan arahan dari Allah melalui firmanNya yang bermaksud:

    “Taatilah Allah dan taatilah Rasul, serta ulil amri di kalangan kamu”
    (An-Nisa: 59)

    Terdapat banyak sekali Sabda baginda yang menekankan tentang ketaatan yang perlu diutamakan dalam perjuangan

    Berdasarkan kepada pemaparan ringkas terhadap kepimpinan Rasulullah (SAW) di atas, ianya boleh dirumuskan dalam usaha kita merangka agenda dan pendekatan yang berhikmah dalam perjuangan untuk hari ini.

    Formula Turun Harga = BMF

    BalasPadam
    Balasan
    1. JACK SENG TOLAK HUDUD. UNDILAH PENOLAK HUDUD UNTUK MENGUMPUL SAHAM NERAKA.

      Padam
  2. NABI DAN SAHABAT PESAN 'BROO LOOK FORWARD BROO..!'

    kikkikiki..!!

    Piagam yang akan termenterai ini bukan diangkat oleh mana-mana parti, ianya adalah lonjakan permintaan dari orang Melayu yang menyedari bahawasanya Islam sedang tergugat di tangan Pakatan Harapan.

    Ramai pemimpin di kalangan PAS dan UMNO cuba untuk bersatu sebelum ini, namun sering kali digagalkan oleh manusia sampah seperti Tun Mahathir, Anwar Ibrahim, Mujahid, Mahpos dan Khalid Samad.

    Anugerah yang paling cantik untuk PAS adalah apabila AMANAH diwujudkan, "pemimpin kaki lima yang menjual agama" sudah keluar dari PAS, serupa juga yang terjadi dalam UMNO, "pemimpin sampah" semua sudah lari ke PPBM.

    Bila pemimpin sampah lusui mengadai bangsa dan akidah dengan pluralisma murtad, anak cucu pegang plakad COMANGO toksik lebih gereja dari masjid maka elok sampah usang ini dibakulsampahkan sahaja.

    BERAMBOS SUDAH SAMPAH SARAPNYA
    SAMPAH PAS DALAM BAKUL AMANAH
    SAMPAH UMNO DALAM BAKUL BUNGA
    SAMPAH PLURALIS LGBT COMANGO HARAMJADAH

    Pada "pemimpin sampah dan penjual agama" seperti sang si fitnah jijik, batu api, adu domba dan puak - puak bodoh dalam PH ni....

    Dolu dolu semasa sahabat nabi belum terima hidayah Islam spt Sydina Omar, Hamzah, Abu Bakar dll masa belum isle ada yg pemabuk, sembah berhala, tanam bayi perempuan hidup hidup ... bila masuk Islam dia orang berubah dan mereka menyesal perbuatan mereka yg lalu sambil menangis menepuk dada, guling guling ( bukan guling di jalan raya yer..) tapi nabi tak pernah ungkit perkara lama tsb...

    Benda dah berlalu taubat lah banyak banyak dan nabi siap pesan pada sahabat broo look forward.!! come on broo look forward...life must go on and always repent broo..!!

    Pada puak bodoh si fitnah PH akal suntuk asyik bernostalgia haram jadah Amanat Hadi, kafir mengkafir dll.Ingati lah kisah sahabat nabi sebelum terima hidayah seperti diatas tadi. Kualiti otak pemimpin sampah ini asyik menipu menfitnah, adu domba dan membatu api lagi. Ikutilah kisah sahabat Nabi dan pesan nabi "look forward" adalah nafas baru perjuangan masa depan..

    Bukan mcm rendah kualiti jaket kalis peluru yang akhirnya askar terbaik diragut nyawa mcm rendah kualiti sijil palsu pemimpin PH jugak..suma nak menipu .. nyawa lansung tak ada harga lagi..

    Dengan keluarnya kuman-kuman dari PAS dan UMNO, dengan kehendak Allah Swt, perpecahan yang selama ini dikeji oleh Allah swt telah bertemu dengan jalan terbaik suatu penyelesaian.

    Kepada umat Islam, sambutlah salam dari PAS dan UMNO, satukan hati-hati kita yang sekian lama dibelenggu dengan perangai perpecahan, masa untuk kita menikmati keindahan kesatuan, keindahan rakan-rakan se-Islam kita yang sudah hilang penyakit prasangka busuk hati dengan hasad dan fitnah jijik.

    BalasPadam
  3. Seorang lebai berpangkat Dato nikah kawin ditanya salahkan org lelaki masuk rumah seorang wanita semasa suaminya Tiada. Ape jawab dato nikah kawin, Salah tu Memang salah, Tapi Itu undang2 kanda Yg tulis, boleh kasi padam. Tu Antara dialog dlm Musang berjanggut... Tak nak komen banyak. Pikir sendiri... Tu la kelebihan yg Allah beri pada Arwah Tan Sri P.Ramli.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku akan ulang benda ni Setiap Kali Pas keluar Fatwa utk kepentingan peribadi. Bukan utk kepentingan Agama.

      Padam
  4. ASS..WR.WB.SAYA pak resky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN EYANG SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (082-391-772-208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
    NO HP EYANG WORO MANGGOLO (082-391-772-208)
    BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
    DIJAMIN TIDAK MENGECEWAKAN ANDA APAPUN ANDA MINTA INSYA ALLAH PASTI DIKABULKAN BERGAUNLAH SECEPATNYA BERSAMA KAMI JANGAN SAMPAI ANDA MENYESAL

    BalasPadam