RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 31 Oktober 2019

TRAGEDI MALANG INI PUN LEBAI CUBA BERMAIN DENGAN ISU PERKAUMAN


Terlebih dahulu marilah kita sama2 ucapkan Takziah kepada semua waris anak2 yang terkorban di dalam tragedi kemalangan basikal lajak dua tahun lalu. Marilah bersama kita doakan semoga Allah merahmati kesemuanya dan keluarga mereka diberikan kekuatan menghadapi ujian ini.

Kes ini berlaku pada tahun 2017, ertinya siasatan mula dijalankan pada tahun yang sama. Kejadian itu berlaku dan siasatan itu bermula bukan pada waktu kerajaan PH memerintah, dan setiap yang ditakdirkan itu tidak kira siapa yang menjadi kerajaan. Namun, apabila kes ini dibicarakan di era kerajaan PH, terdapat mulut2 busuk di kalangan lebai yang menjual agama cuba untuk mengambil kesempatan di atas tragedi ini bagi memainkan isu perkauman.

Kebetulan mangsa adalah anak2 Melayu dan yang terlanggar mangsa itu pula adalah seorang wanita kaum Cina. Apakah wanita ini mabuk? Tidak. Adakah wanita ini menghisap dadah atau apa jua bahan terlarang ketika memandu? Tidak. Wanita ini dituduh memandu di dalam keadaan melulu hingga terlanggar sekumpulan anak2 yang sedang mengayuh laju basikal lajak pada jam 3.00 pagi di laluan jalan besar. Namun, mahkamah mendapati wanita ini tidak bersalah kerana tiada bukti dan keterangan yang boleh menunjukkan beliau memandu secara melulu atau dipengaruhi alkohol atau sebarang perbuatan yang melanggar peraturan jalanraya.

Bayangkan jika kita terbalikkah kejadian ini di mana mangsa yang terkorban itu anak2 kaum Cina dan yang terlanggar mereka itu pula adalah wanita Melayu. Agaknya kita suka wanita Melayu ini dihukum kerana karenah budak2 Cina yang bermain basikal laju pada jam 3.00 pagi? Saya rasa pasti kita akan menyalahkan keluarga budak2 Cina ini kerana membiarkan anak masing2 keluar pada jam 3.00 pagi dengan membawa basikal lajak yang telah pun diharamkan penggunaannya.

Kalau kita berpegang kepada ajaran Islam, kita mesti berlaku adil tidak kira siapa. Di dalam Islam, binatang ternakan kita pun wajib kita kurung dan tidak boleh dibiarkan merata2. Lembu yang terbiar dan berada di jalanraya boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna2 jalanraya. Bahkan jika lembu yang terbiar itu dicuri orang, mengikut hukum Islam tuan punya lembu pun boleh disabitkan kesalahan kerana cuai menjaga binatang ternakan mereka. Bayangkan begitu sekali Islam mengatur hukum terhadap binatang ternakan, apatah lagi manusia iaitu anak2 kita. Apakah kita tidak merasa bersalah membiarkan anak2 kita keluar bermain pada jam 3.00 pagi?

Saya bukan mahu menyalahkan ibu bapa budak2 ini kerana seperti yang saya sebutkan awal tadi ini adalah suratan dan takdir. Kalau sudah ditakdirkan nyawa mereka diambil pada awal pagi itu, jika tidak keluar rumah pun pasti ajal mereka akan sampai cuma kita tidak tahu bagaimana. Cuma, jangan kita tidak berlaku adil kepada orang lain apabila musibah berlaku kepada kita. Tentu ada hikmahnya ia terjadi.

Amat malang, status dari seorang pemimpin dari parti yang menjual agama ini cuba untuk mendatangkan provokasi perkauman apabila mengulas tentang keputusan mahkamah di dalam kes ini. Sepatutnya selaku orang yang tahu ugama, beliau boleh memberikan peringatan kepada kita agar tragedi seperti ini tidak berulang lagi. Malangnya, demi politik beliau sanggup mendustakan agamanya.

9 ulasan:

  1. Kalau nak dikira adil, wanita itu patut menyaman keluarga budak-budak itu kerana mendatangkan kesusahan kepadanya sejak kes itu jadi kes mahkamah. Bayangkan dalam masa dua tahun hiduonya terganggu oleh kes itu, nak cari rezekipun tak senang. Memang teruk OIskandar Samad ni.

    BalasPadam
  2. Tragedi MO1... Sekiranya Tun masih ada maruah...!! Akhirnya Siapa MO1 sudah diketahui ..?? dan celaka lah sang fitnah munafik serta pengikut pengikutnya..

    KALAU TUN MASIH ADA MARUAH
    PLURALIS COMANGO PERLU DI SESAH
    TAK KIRA ANAK KAWAN KELILING YG ADA
    KLU BERANI YEAH.. BUKAN ACAH2 POWER LAH.!!

    1. PM ke 7, merancang dng teliti yg berlaku hari ini, termasuk pelantikan Tommy Thomas@Peguam Negara & Lim Guan Eng@Menteri Kewangan.

    2. Pengundi Melayu-Islam mengundi PH biarpun tahu PH janji dicapati akhirnya.

    3. Pengundi Melayu-Islam yg undi PH sanggup membiarkan dikuasai gandingan Anwar-DAP.

    4. Matlamat Mahathir menumbangkan kjaan BN sememangnya diketahui pakar politik tidak mampu bertahan lama.

    5. Mahathir tahu, seandainya BN memenangi PRU14, gabungan tersebut tidak akan mampu melepasi PRU15 akan memasuki perjanjian pintu belakang dng Anwar dlm keadaan terdesak sebelum PRU seterusnya

    6. Mahathir membuat keputusan untuk bersekutu dengan DAP dasar “to defeat the common enemy,” yakni “menumpaskan musuh bersama,” di mana kedua-dua DAP dan PPBM bersetuju untuk berganding bahu bagi menumpaskan UMNO

    7. UMNO sememangnya leka, tidak mampu membaca sentimen pengundi, teramat yakin merasakan mereka tidak mampu dikalahkan oleh mana2 pihak, apatah lagi Anwar dan DAP.

    8. UMNO /BN menjadi teramat egoistik hingga wujud beberapa ‘pakar strategi’ yang tak berguna

    9. Setelah berjaya tumpaskan UMNO pada PRU14, beliau terus mengorak langah melakukan tiga perkara berikut secara berperingkat:

    a. memberikan kuasa ‘mutlak’ kpd DAP untuk menentukan aliran dan agihan kewangan negara kecuali dalam hal-hal bersabit raja-raja Melayu.

    b. memberikan kuasa ‘mutlak’ perundangan kpd DAP, dan

    c. memberikan kuasa kpd AMANAH bagi menentukan dasar agama dengan niat menguji kesabaran dan keikhlasan PAS.

    10. Pelantikan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan, Tommy Thomas@Peguam Negara, Dato’ Seri Mujahid bin Yusof Rawa @Menteri Semua Agama dan Richard Malanjum@Ketua Hakim Negara.

    11. Mahathir membiarkan Guan Eng dan kuncu-kuncunya, termasuk Tony Pua, untuk mengurus Kementerian Kewangan sesuka hati tanpa sebarang kekangan.

    12. Tun yakin pengundi Melayu-Islam yang sebelum ini sanggup mengundi PKR, AMANAH dan DAP telah belajar dari kesilapan, beliau menggantikan kedudukan ketua SPRM, ketua hakim negara dan ketua polis negara dengan orang-orangnya.

    13. Menerusi lantikan ini Tun memperolehi kesemua fail melibatkan berpuluh-puluh ADUN dan ahli parlimen PKR, AMANAH dan DAP dan mengarahkan beberapa yang bersekutu dengan barua Anwar untuk membuat pilihan dan ‘bersiap-sedia’.

    14. Anjuran Kongres Maruah Melayu (KMM), beliau teramat yakin pucuk pimpinan PAS dan perkumpulan tertentu mampu meletakkan perjuangan perpaduan ummah dan penentangan terhadap musuh Islam sebagai prioriti

    15. Berbekalkan keyakinan ini dan menerusi perjanjian tertentu dng sebilangan ahli parlimen yg ‘bermasalah’, Tun memulakan operasi menangkap ahli DAP & PKR yg terlibat dng Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) sebagai tanda “semboyan sudah berbunyi.”

    16. Semboyan ini turut merupakan ‘isyarat’ kpd UMNO supaya “membuka mata,” sedar diri dan “lakukan apa yang patut,” memandangkan “apa-apa sahaja boleh berlaku” termasuk bubar Parlimen

    17. Mahathir mengarahkan penangkapan ahli DAP dan PKR bawah SOSMA adalah bagi menunjukkan taringnya kpd semua, termasuk UMNO, sebagai tanda beliau berkuasa dan mampu melakukan “apa-apa sahaja tanpa ditentang.”

    JAWABAN MO1 SUDAH DI TEMUI JUGA AKHIRNYA
    TERJAWABNYA KERJA SI MUNAFIK SANG FITNAH
    KINI KERJA SANG FITNAH JIJIK SUDAH SEMPURNA
    CELAKA LAH WAHAI SANG FITNAH DAN MACAI HARAMJADAH

    18. Isyarat bagi DAP dan Anwar mempunyai sokongan majoriti di parlimen dengan cuba menyingkirkan Mahathir drp jawatan Perdana Menteri.

    19. Mahathir berikan tempoh masa tertentu kpd Anwar dan DAP utk buktikan perkara ini,selepas tempoh ‘rahsia’ tersebut, beliau akan bertindak berdasarkan beberapa opsyen yg sedia ada pada dirinya.

    #FormulaTurunHarga = BMF + Okey..!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Engkau ni mcm professor serbatau dengan teori2 yg ntah betul ntah tidak.Buang Masa baca,korek taik hidunglagi bagus

      Padam
    2. dia copy paste je keje senang entah dia baca pun tidak

      Padam
    3. 2x5.. hahahhahhah.. aku pun nak korek hidung jugak lah...kesihan aku walaun kat atas tu.. setahu aku.. byk dlm blog dia komen.. tp tgk cara dia menulis.. baca perenggan pertama je lah...

      Padam
  3. ooh.. patut la PAS setuju letak cina kat tanjung piai.. faham faham..

    BalasPadam
  4. Ayam pn kalo x msk reban kita cari.
    Ni ank2 kita pgi2 buta entah kemane.
    So ibubapa jgn leka lalai...

    BalasPadam
  5. Nampaknya lebai2 PAS ni semuanya lebij takut dan lebih taat kat UMNO dan MCA. Dulu masa PRK Cameron dok sibuk kuar fatwa hartam undi calon bukan islam. Hari ni kat Tg Piai, dah kuar fatwa baru pulak? Tak takut ke pada Allah SWT bila mempermain2kan hukum ni? Smh!

    Nick.
    Cape Tiger.

    BalasPadam
  6. ASS..WR.WB.SAYA pak resky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN EYANG SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (082-391-772-208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
    NO HP EYANG WORO MANGGOLO (082-391-772-208)
    BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
    DIJAMIN TIDAK MENGECEWAKAN ANDA APAPUN ANDA MINTA INSYA ALLAH PASTI DIKABULKAN BERGAUNLAH SECEPATNYA BERSAMA KAMI JANGAN SAMPAI ANDA MENYESAL

    BalasPadam