RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 4 Februari 2012

PAS PECAT SEORANG `PEJUANG AKIDAH' ?

Oleh:  WFAUZDIN NS

MALAM tadi aku sempat menghadiri Program Hi-Tea bersama kepimpinan PR Pahang di sebuah kedai makan di tempat `hangit' Umno di Pahang iaitu di Felda Jengka 2, dalam Parlimen Maran.  Di antara kepimpinan PR Pahang yang hadir adalah Pengerusi Keadilan Pahang iaitu Dato' Fauzi Abd Rahman dan Pesuruhjaya PAS Pahang, Us Tuan Ibrahim Tuan Man.  MP Kuantan, YB Fuziah Salleh juga turut hadir di samping beberapa pimpinan PR tempatan.

Melihat kepada jumlah meja yang disediakan, aku menganggarkan tidak kurang dari 200 penyokong PR tempatan yang hadir sehinggakan kerusi meja yang dihidangkan dengan makanan dan lauk ikan tiga rasa tidak cukup menampung orang ramai yang hadir.  Program tersebut sebenarnya tidak layak dipanggil Program Hi-Tea kerana jamuan yang disediakan `berat-berat' belaka.  Bagi sebuah kawasan felda, pekat pula Umno nya di situ, kehadiran sebanyak itu sudah cukup menggentarkan Umno di Maran khususnya.  Oleh itu, tidak pelik apabila kehadiran aku ke situ dapat melihat di tepi kiri dan kanan jalanraya dikibarkan bendera berlogo `kering telanjang tanpa sarung' dan juga bendera `dacing baghdad'.

Seolah-olah yang hadir ke situ adalah DS Anwar ataupun Presiden PAS, Umno Maran berhumpas pulas memacakkan bendera di kawasan program berkenaan.  Penganjur, iaitu Keadilan Cabang Maran di bawah Sdr Boestamin tidak melatah dengan `peperangan propaganda dan psikologi' Umno berkenaan.  Bendera PR banyak dikibarkan sekitar kawasan program sahaja.

Us Tuan Ibrahim Tuan Man di dalam ucapannya turut menyentuh tentang isu Dr Hassan Ali atau lebih dikenali sebagai `Hassan Akidah' dan juga `Hassan Kayu JATI'.  Beliau tidak mahu isu Hassan dilayan sehingga melupakan agenda PR.  Hassan, kata beliau bukan ahli PAS lagi dan dakwaan Hassan bahawa beliau seorang `pejuang akidah' amat melucukan.  Tidak masuk akal PAS akan memecat `seorang pejuang akidah', sedangkan PAS adalah parti yang hidup atas perjuangan akidah.

Aku bersetuju dengan kata-kata Us Tuan Ibrahim.  Pimpinan PAS atau PR khususnya tidak perlu membuang masa melayan Hassan Kayu JATI ini.  Setakat Hassan ini, memadailah kami di alam media baru ini sahaja yang mendepaninya kerana hujah Hassan lemah, bengap dan langsung tidak berwibawa.  Hujah Hassan saling tidak tumpah seperti hujah Umno jika tidak pun PERKASA.  Kami sudah biasa mendepani hujah sebengap itu./wfauzdin.blogspot.com

Jumaat, 3 Februari 2012

PARTI KITA DIBUBARKAN - PERLUKAH ZAID DITERIMA SEMULA KE DALAM PR?

Oleh:  WFAUZDIN NS

PARTI KITA dilancarkan secara rasminya pada 19 Januari 2011 oleh Datuk Zaid Ibrahim di Kuala Lumpur seterusnya beliau menjadi Presiden parti tersebut.  Semalam, Datuk Zaid melalui blognya menyebut bahawa Parti KITA akan dibubarkan selepas satu Mesyuarat Agung parti berkenaan diadakan.

Zaid menganggap kes ini sebagai “jika sesat di penghujung jalan, kembalilah ka pangkal jalan.”  Ertinya, Zaid Ibrahim telah mengakui beliau dan seluruh ahli KITA selama ini `tersesat' haluan dan kini mahu kembali ke haluan sebenar.  Persoalannya, ke manakah haluan yang akan dituju oleh bekas pemimpin Keadilan ini?


Sekiranya beliau memilih Umno sebagai haluan yang beliau anggap haluan yang betul, maka bagi saya beliau sebenarnya semakin `sesat' dari kesesatan sebelum ini.  Tiada umat di negara ini tidak mengetahui wajah parti bernama Umno sekarang.  Parti yang pernah disebut oleh Mahathir sebagai parti yang `busuk sampai ke usus' ini tidak sesuai buat sesiapa pun yang mahu berjuang menegakkan agama, bangsa dan negara.  Parti ini juga bukan tempat untuk mereka yang mahu berjuang membasmi rasuah, kronisme dan nepotisme.  Parti ini hanya untuk mereka yang sanggup bersekongkol dengan `pencuri peruntukan lembu' atau wang zakat. 

Maka, di mana tempat yang harus Zaid Ibrahim dan kuncu-kuncunya pergi?  Mereka tiada pilihan kerana di negara ini hanya terdapat dua wadah politik yang jauh berbeza perjuangannya.  Satu wadah bernama Umno yang digabungkan bersama Bn, dan satu lagi adalah Pakatan Rakyat yang terdapat di dalamnya PKR, PAS dan DAP.  Jangan hipokrit, fikir secara jujur di antara kedua-dua parti berkenaan parti manakah yang secara jelas terbukti memperjuangkan rakyat?

Umno telah diberi peluang lebih dari 50 tahun menjaga negara ini.  Di mana kedudukan bangsa Melayu setakat hari ini di bawah Umno, jauh sekali perkembangan dan kedaulatan Islam.  Sekali lagi jangan hipokrit, lihat kepada Laporan Audit Negara dan bandingkan laporan tersebut di antara negeri-negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat dengan Umno/Bn. 

Perlukah Zaid Ibrahim kembali kepada Pakatan Rakyat?  Saya rasa tidaklah terlalu teruk untuk PR menerima Zaid Ibrahim kerana sepanjang beliau berada di dalam KITA dahulu beliau tidaklah menghentam sangat PR sepertima Hassan JATI hentam sekarang.  Beliau pun tidaklah sebangsat Berahim Alkataki di Pasir Mas yang langsung tiada maruah menumpang kerusi PAS.  Zaid boleh kembali ke pangkuan PR tetapi terlalu awal dan tidak sesuai rasanya untuk beliau dicalonkan bertanding mewakili PR.  Beliau perlu meng`qadho' dahulu perjuangannya di dalam PR sebelum dipertimbangkan untuk menjadi calon PR.

Saya harap PR punyai prinsip terbuka untuk menerima orang yang sudah `menyesal'.  Kesilapan Zaid yang pertama boleh kita anggap pengajaran buat beliau apatah lagi beliau dilihat tidak terlalu menghentam kita sewaktu berada di dalam KITA.  Berbeza dengan raja katak di Pasir Mas atau balaci seperti Zul Kulim, Zahrain, Gobala, Hasan kayu JATI, Ezam sesumpah dan beberapa ekor lagi itu./wfauzdin.blogspot.com

ISU DI KUIN PANAS KERANA SALAH FAHAM ATAU TIADA PENJELASAN AWAL?

Oleh:  WFAUZDIN NS

TIDAK susah untuk meleraikan kekusutan jika bijak dan berani membuat keputusan.  Isu 5 orang pelajar di KUIN yang sebelum ini ramai yang menyangkakan bahawa AUKU telah digunakan terhadap mereka kini tidak timbul lagi dengan hanya beberapa perkataan dari MB Kedah, Us Azizan semalam.

Beliau menyebut, AUKU tidak digunakan sebaliknya hanya Akta IPTS (1996) diguna pakai terhadap pelajar-pelajar tersebut.  Bayangkan, jika penjelasan ini lebih awal dibuat maka percayalah tiada sesiapa pun yang bising.  Isu ini hangat kerana ramai yang mahu tahu mengapa pelajar tersebut dikenakan tindakan dan yang paling kita ingin tahu di bawah akta apa digunakan.  Samada pelajar-pelajar itu dipergunakan oleh dalang-dalang yang anti kepada MB Kedah, kita tidak persoalkan.  Kita persoalkan ketika itu adakah AUKU memang telah digunakan. 


Di saat isu ini hangat, MB Kedah masih tidak memberikan penjelasan tepat seperti semalam sebaliknya menyebut walaupun AUKU ditentang oleh PR di dalam Buku Jingga, beliau selamba menyebut Buku Jingga bukan Al-Quran.  Ini bukan jawapan malahan semakin memanaskan isu tersebut.  Baru semalam, setelah MB Kedah memberikan penjelasan sebenar bahawa AUKU tidak digunakan, maka ramai pula yang menyalahkan pihak yang mengkritik Us Azizan sebelum ini.  Kononnya pihak yang mengkritik tidak menyiasat terlebih dahulu.

Apakah kesemua yang mengkritik sebelum ini harus pergi berjumpa MB Kedah atau ke KUIN untuk menyiasat?  Tidak perlu begitu susah untuk mendapatkan kebenaran jika MB Kedah atau pihak yang berkenaan tampil menjelaskan keadaan sebenar.  Bukan seorang dua yang keliru, malahan ramai dari kepimpinan PAS sendiri pun keliru apabila tiada penjelasan diberikan.  Ertinya, lambat bertindak menyebabkan isu ini panas.

Sekarang sudah jelas AUKU tidak digunakan.  Ini bermakna kepimpinan MB Kedah tidak boleh dipertikaikan lagi dan kita wajib memberikan sokongan kepadanya.  Cuma, kita berharap agar perkara seperti ini menjadi pengajaran.  Ada yang masih berkata, Akta yang digunakan sekarang terhadap para pelajar berkenaan walaupun bukan AUKU, tetapi seakan-akan AUKU.  Saya tidak lagi mahu mengulas perkara tersebut kerana bagi saya setakat ini hanya AUKU sahaja yang ditentang oleh PR.  Sekiranya PR merasakan masih ada lagi akta yang zalim dan tidak adil, PR harus membuat kajian dan mengambil ketetapan yang lain dan kita perlu akur.  

Kesimpulannya, bagi saya bukan salah pihak yang mengkritik MB Kedah sebelum ini.  Ianya berpunca dari kelemahan penyampaian maklumat yang terlalu perlahan.  Ada hikmahnya mereka yang mengkritik kerana jika tidak, mungkin tiada siapa yang tahu hatta Presiden PAS sendiri tentang isu ini.  Syabas, MB Kedah kerana akhirnya ke hadapan walaupun agak terlewat.  Justeru itu, saya penuh rasa rendah diri menarik balik kesemua tulisan saya yang mengkritik Us Azizan sebelum ini. /wfauzdin.blogspot.com

Khamis, 2 Februari 2012

HASSAN KAYU JATI BARU SEDAR PAKATAN MERBAHAYA SELEPAS DIPECAT

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEBELUM anda baca tulisan saya ini, elok benar dibaca apa yang dipetik oleh Malaysiakini tentang ucapan Hassan anak Ali atau Hassan Kayu JATI di SINI.   

Apa kata Hassan di dalam ceramahnya di Bandar Baru Bangi malam semalam?  Dia bercerita soal akidah?  Soal Jamil Khir curi duit zakat?  Soal lesen Judi oleh Kerajaan Pusat?  Soal cincin Rosmah atau shopping Rosmah?  Soal rakyat susah harga barang naik?  Atau pun Hassan Kayu JATI cerita tentang hebatnya Kerajaan Selangor tanpa sebarang kes rasuah dan air percuma, saham bagi anak yang lahir di Selangor, pemberian geran tanah dan sebagainya yang jauh lebih baik dari Khir Toyo dulu?  Semua tidak diceritakan oleh Hassan Kayu JATI ini.   

Apa yang beliau cerita adalah PAKATAN itu anti Islam.  Ertinya Umno pejuang Islam.  Anwar itu sokong Israel, ertinya pemimpin Umno dari dahulu sampai sekarang teramat benci dengan Israel walaupun pemain bolasepak Israel lepas masuk ke sini.  Hassan Kayu JATI cerita Khalid Samad selalu menghalangnya dari memperjuangkan Islam.  Ertinya, pemimpin Umno tidak pernah menghalang sesiapa pun melaksanakan hukum Islam.  Katanya lagi, dia `dengar khabar' kalau PAKATAN memerintah, negara ini akan menjadi Republik.  Rupa-rupanya ada Phd pun masih bangang ambil hujah dari dengar khabar.

Tambah si Hassan Kayu JATI lagi, PAKATAN akan mansuhkan hak keistimewaan Orang-Orang Melayu jika PAKATAN memerintah.  Ohh, rupa-rupanya Anwar, Hj Hadi, Nik Aziz itu semua bukan Melayu maka tentulah tidak sayang kepada Melayu.  Hanya Hassan Kayu JATI sahaja yang Melayu kalaupun bukan Jawa Totok.  Lucu sikit bila Hassan Kayu JATI kata, beliau dipecat kerana PKR.  Beliau malu mahu mengaku bahawa di dalam PAS, cakap beliau tidak laku kerana beliau sombong dan ego.  Beliau mahu PAS ikut cakapnya kerana beliau seorang sahaja yang ada phd walaupun bertaraf mangkuk hayun.  Masa beliau jadi Pesuruhjaya PAS Selangor dahulu, beliau mahu ahli-ahli PAS Selangor `Wala' (taat) kepadanya, tetapi bila kedudukan beliau terlucut, beliau tidak mahu `Wala' kepada pimpinan.  Mesyuarat pun tidak mahu datang.

Lain-lain komen, anda semua bacalah dari seorang bernama Halik Zaman yang memberikan komennya di dalam Malaysiakini terhadap kenyataan Hassan Kayu JATI itu.  Pada saya, jika jumpa ular dan Hassan Kayu JATI, elok tangkap kedua-duanya dan dimasukkan ke dalam zoo kerana mereka dari spesis yang sama./wfauzdin.blogspot.com

--------------------------------------------------------


Hasan mendakwa, Pakatan antara lainnya akan menyokong Israel dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.

Itu cuma satu teori orang yang kecewa pekat seperti Hassan Ali. Beliau hanya meramalkan dengan menyebut "akan menyokong Israel dan Malaysia sebagai republik". Kalau perkara itu betul dan Hassan Ali punya bukti, kenapa tidak buat sahaja laporan polis?

Hassan Ali kelentong lagi "Kalau ikut bacaan saya, mengikut apa yang diberitahu kepada saya, kalau mereka berkuasa mereka akan jadikan Malaysia ini menjadi republik," katanya.

Bacaan Hassan Ali bagai seorang yang kelihatan 'gila talaq' tidak boleh digunapakai kerana tidak masuk akal.

Kalau benar Hassan Ali diberi tahu oleh seseorang, bahawa Pakatan ada rancangan nak jadikan Malaysia sebagai republik sila buktikan, jangan gunakan perkataan 'hearsay' orang beri tahu.

Mengakui bertaraf Doctor, tapi masih lagi cara kampungan mengeluarkan hujah dan cara berfikir semacam kanak kanak bila bergaduh mesti berdendam.

Kalau Hassan Ali yakin ada sokongan dari rakyat tanpa tiket PAS, saya cabar Hassan bertanding Bebas dimana Hassan menang dengan tiket PAS PRU12 yang lalu.

Maaf, saya campur urusan Hassan Ali dengan PAS kerana Hassan memfitnah pemimpin agung kami Dato Seri Anwar Ibrahim bersekongkol dengan Israel.

Rabu, 1 Februari 2012

BENARKAH DEWAN ULAMAK PAS SEJAHIL ITU? JAWAPAN BUAT IBRAHIM BABA

Oleh:  WFAUZDIN NS

MEMBACA tulisan Ibrahim Baba di dalam Tranungkite, jelas dan nyata penulis sememangnya menjadi barua kepada sekutu Apco iaitu Parti Kebangsaaan Melayu Bersatu itu.  Tiada hujah, tiada fakta selain dari andaian jahat beliau untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat menjelang PRU ke 13 tidak beberapa lama lagi.

Di dalam tulisannya, lebih jahat lagi beliau melabelkan Ulamak PAS seolah-olah tidak berilmu dan bertaqwa dengan hukum Allah.  Tuduhan beliau yang menyebut bahawa ramai di kalangan Ulamak di dalam Dewan Ulamak PAS percaya kepada video seks Datuk T adalah merupakan satu tuduhan jahat kepada Alim Ulamak.  Apakah Ibrahim Baba merasakan Ulamak PAS seperti beliau yang jahil sejahil-jahilnya tentang hukum Islam?  Apakah Ulamak PAS boleh terpedaya dengan `hukum video' ciptaan Munafikun daripada hukum Allah?  Tetapi, itulah anggapan Ibrahim Baba.

Muslimat PAS

Isu `Pluralisme', isu video seks dan terbaru isu Israel kesemuanya telah diperjelaskan secara berani dan terang oleh DS Anwar.  DS Anwar tidak berselindung kerana di dalam dunia yang tiada sempadan ini mana mungkin beliau boleh berselindung dengan setiap kenyataannya?  Masalahnya, kejahilan mereka yang tidak memahami sesuatu isu dan mengandaikan DS Anwar cuba berbohong.  Di mana kekuatan bagi seseorang `pembohong' untuk berdebat dengan Sang Penguasa?  Mengapa Sang Penguasa terlalu bacul untuk berdepan dengan Ketua Pembangkang ini?  Jika benar DS Anwar melakukan apa yang disebut oleh Ibrahim Baba, sudah pasti DS Anwar tidak akan berani berdepan dengan Sang Penguasa.  

Boleh dikatakan majoriti yang hadir di dalam Himpun 901 adalah penyokong PAS

Jika Sang Penguasa mempunyai bukti kukuh bahawa segala yang disebut oleh Ibrahim Baba itu benar, maka pastinya DS Anwar akan dilondeh semahu-mahunya oleh mereka di dalam debat yang dinantikan rakyat itu.  Tetapi, mengapa ianya tidak diambil kesempatan oleh Sang Penguasa?  Jawapannya mudah, mereka tidak mempunyai hujah dan fakta untuk melondehkan Ketua Pembangkang tersebut.

Kononnya, Ibrahim Baba mendakwa kurangnya sokongan ahli-ahli PAS kepada DS Anwar sewaktu perhimpunan 901 yang lalu.  Adakah Ibrahim Baba tidak hadir waktu itu?  Jelas, malah dapat disaksikan bahawa paling ramai yang hadir adalah terdiri dari penyokong-penyokong PAS.  Daripada Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Pemuda dan Muslimat PAS telah hadir.  Malahan, Mursyidul Am PAS yang keuzuran telah mewakilkan anaknya Us Nik Abduh untuk hadir.  Lebih-lebih lagi Mursyidul Am sendiri telah berdoa sebelum keputusan mahkamah untuk DS Anwar, berpuasa tanda bersyukur sejurus DS Anwar dibebaskan.  Adakah ini tidak melambangkan sokongan PAS?  

Sejak dari awal memang PAS berpendirian, kehadiran mereka bukan atas faktor DS Anwar tetapi atas faktor kezaliman yang dilakukan ke atas Ketua Pembangkang ini.  Itu lah juga faktor sokongan rakan-rakan lain di dalam PR dari Keadilan dan DAP.  Mungkin Ibrahim Baba mempertikaikan mengapa tiada Ketua Dewan Ulamak PAS yang hadir atau AJKnya.  Kita semua maklum, semenjak bila Dewan Ulamak hadir di dalam satu-satu perhimpunan atau demontrasi?  Bukan di dalam kes melibatkan DS Anwar sahaja, malahan di dalam Himpunan BERSIH sebelum ini juga sukar untuk menyaksikan kehadiran mereka.  Adakah ini bererti mereka tidak menyokong tuntutan BERSIH?  

Di atas beberapa sebab yang saya nukilkan di atas, kesimpulannya saya melihat tulisan Ibrahim Baba ini hanyalah semata-mata untuk mendatangkan keraguan sesama Pakatan Rakyat, sekaligus untuk membantu Umno untuk terus berkuasa selama-lamanya./wfauzdin.blogspot.com

DEBAT "SIAPA PARASIT, SIAPA PELESIT" DI ANTARA KHALID SAMAD DAN HASSAN AKIDAH ?

Oleh:  WFAUZDIN NS
YB Khalid Samad
Pelesit yang meracau
AKHIRNYA Hassan anak Ali @ Hassan Akidah, menyebut Khalid Samad adalah `parasit' di dalam PAS. Di dalam ceramahnya di Shah Alam malam kelmarin, Hassan Akidah ini mendakwa Khalid Samad yang juga MP Shah Alam sentiasa membantah `kerja-kerja Islam' Hassan Akidah. Apakah `kerja-kerja Islam' Hassan? Rampas arak? Serbu gereja? Atau, seperti sekarang iaitu bersekutu dan berbaik dengan TV3 suku iaitu media utama penyebar fitrnah dan seks itu kerja Islam Hassan Akidah?

Apa jawapan Khalid Samad atas dakwaan Hassan Akidah? Mahu tergelak rasanya bila membaca jawapan Khalid Samad terhadap Hassan Akidah, kerana tidak disangka Khalid Samad yang tidak setinggi Phd Hassan Akidah nampaknya lebih bijak dan pintar dari Hassan. Betul lah kata orang, sebijak mana pun seseorang itu, jika duduknya di kawasan penuh taik, maka tidaklah bijak ia.

Kita petik jawapan Khalid Samad terhadap tuduhan Hassan Akidah bahawa beliau adalah `parasit' di dalam PAS. Khalid Samad berkata, " Ini menampakkan yang Hassan sendiri tidak tahu maksud sebenar perkataan parasit yang dilaung-laungkannya itu. Katanya, parasit sebenarnya hidup di atas kekuatan pihak lain dan secara perlahan merosakkan pihak yang menanggungnya. ” Dalam hal ini dialah (Hassan) parasit sebab tumpang nama Pas, saya dah tentu orang Pas sejak dulu lagi. Bagi saya ia hujah yang memalukan bagi seorang yang mempunyai Phd,” katanya pada Mynewshub.my di sini hari ini.

Sebiji tepat ke lubang hidung Hassan Akidah.  Sekarang kita tanya, siapa pula `Pelesit'?  Pelesit dikenali sebagai `binatang berhantu dan berpuaka' yang sering membuat bising dan mengganggu ketenteraman orang lain di samping menjadi perasuk.  Siapa yang ke hulu ke hilir buat bising tidak cukup di dalam media TV3 suku, terbang lah pelesit ini ke pelusuk kota dan desa menghasut dan merasuk orang ramai?  Jawapannya Hassan Akidah.  Beliau adalah `Pelesit' sebenar.
 
Mulanya menghasut orang ramai agar tidak hadir ke mahkamah Jalan Duta pada 09 Jan yang lalu untuk menyokong DS Anwar. Ada sesiapa yang terasuk dengan pelesit ini?  Terbukti, ribuan orang hadir menandakan tidak semua rakyat mempunyai hati yang sebusuk Hassan Akidah.  Dikatakan beliau tercampak dari PAS kerana hasutan Azmin, kemudiannya menyalahjkan DS Anwar, kemudiannya menuding jari pada `parasit' pula.  Mana satu, wahai pelesit?

Setelah cuba menghasut orang ramai agar tidak menyokong DS Anwar dan beliau gagal, pelesit ini tidak berputus asa.  Baru-baru ini di Shah Alam, beliau menghasut pula agar orang ramai agar jangan mengundi PAS yang diwakili oleh Khalid Samad di Shah Alam di dalam PRU nanti.  Hati yang busuk sang pelesit ini semakin terserlah.  Menghasut orang ramai agar tidak mengundi Khalid Samad sebagai calon PAS, bererti Hassan Akidah ini mahu Umno menang.  Mahu Umno menang, ertinya Hassan Akidah ini pejuang Islam?  Kelakar, bukan?

Mari kita cabar sang pelesit ini agar bertanding satu lawan satu dengan Khalid Samad di Shah Alam.  Tentu sekutu Apco akan sudi memberikan laluan untuk Hassan Akidah bertanding di situ.  Ada berani?  Paling tidak pun, kita cabar Hassan Akidah ini berdebat dengan Khalid Samad atas isu `Siapa Parasit dan siapa Pelesit".  Ada berani?  Jawapannya, Hassan Akidah akan menjawab sama seperti `tuan baru'nya iaitu Haji Najib bahawa jika debat diadakan, pasti Khalid Samad akan demam.  Itulah jawapan lazim puak bacul dulu, kini dan selamanya./wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 31 Januari 2012

UMNO ANTI ISRAEL DAN YAHUDI ? BIAR BETUL....JANGAN OTAK KITA DILEMBUKAN

Oleh:  WFAUZDIN NS

APA lagi yang boleh Umno jadikan modal untuk memburukkan DS Anwar?  Kes liwat, hancur lebur.  Kes video seks hitam putih, jadi bahan ketawa.  Kes jam Omega, pihak Polis kata lupakan saja isu jam yang datangnya dari Taiwan itu.  Terbaru sebelum isu Anwar sokong Israel, kes video seks di Thailand, lagi memalukan kerana tarikh yang kononnya video dirakam itu, Anwar berada di KL dan hadir sidang akhbar di Pejabat PAS.
Poster ini pernah digunakan di dalam PRK Parlimen Bukit Gantang....
Kini, heboh di media pencacai bahawa Anwar menyokong Israel.  Mahu membuat pembohongan dan fitnah berdasarkan akhbar Wall Street Journal yang mana semua orang boleh baca dan faham, kecuali otak-otak porno lembu kondo. Bab sokong Israel ini, adakah berani Najib berdebat dengan Anwar.  `Taubat lahom' bak kata Mat Sabu Najib tidak akan berani.  Walaupun kononnya mereka ada bukti dan fakta bahawa Anwar sokong Israel dan ejen Amerika, mampus Najib tidak akan berani berdebat dengan Anwar.  Sebab apa?  Sebab, Umno dulu kini dan selamanya hanya bergantung kepada media pencacai mereka untuk memperbodohkan rakyat.
Siapa tahu, di bangunan manakah bendera Israel ini pernah dikibarkan?
Sebab itu, tidak hairan ramai di kalangan rakan-rakan aku yang berkata, mereka akan meminta borang memasuki Umno esok, sekiranya hari ini Najib berkata beliau bersedia untuk berdebat dengan Anwar.  Di dalam debat, kepintaran berhujah sahaja tidak cukup, tetapi kekuatan untuk memberikan keyakinan kepada orang ramai adalah melalui fakta serta bukti yang kukuh.  Atas sebab ini lah, Najib amat takut untuk berdebat dengan Anwar.
Yossi Benavoun - Pemain Chelsea berbangsa Yahudi Israel pernah jejak kaki ke Malaysia
Anda lupakah seorang pemain Chelsea bernama Yossi Benavoun, adalah seorang Yahudi dari Israel dan beliau berjaya menjejakkan kaki ke bumi Malaysia sewaktu perlawanan persahabatan dengan pasukan kita?  Kita juga pernah menerima kehadiran pemain kriket dari Israel beberapa tahun dahulu, dan beberapa pemimpin PAS telah ditangkap kerana berdemontrasi membantah kehadirannya.  Umno anti Israel?  Jangan sampai termuntah ok.

Chegu Bard sepanjang ceramahnya sekarang sering mengingatkan rakyat bahawa kerajaan kita sebenarnya mempunyai hubungan dagang dengan Israel.  Beliau mempunyai bukti berbentuk dokumen dan bukti tersebut sering ditunjukkan kepada orang ramai.  Mengapa kerajaan berdiam diri?  Fitnahkah Chegu Bard?  Jika fitnah, apa yang harus kerajaan buat?

Di bawah ini, saya sertakan petikan artikel lama dahulu.  Baca dan fahami, agar otak kita tidak seperti otak lembu kondo lagi./wfauzdin.blogspot.com
-----------------------------------------------------------------------

Bendera Israel berkibar di Malaysia?

Artikel di bawah ini ialah petikan dalam UTUSAN Malaysia (kitab Umno) membuktikan lagi betapa hipokritnya regim Bn dalam melawan Zionis, tapi apa nak heran bendera Israel juga pernah berkibar di PWTC (rumah utama Umno). 

Oleh Zaini Hassan

KAPAL Zim USA yang didaftarkan di Israel ini kali terakhir memasuki Pelabuhan Klang pada 20 Jun.


BENAR seperti kata negarawan ulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kita mudah lupa. Ingat lagi semasa Gaza diserang bertalu-talu, seluruh rakyat Malaysia, terutamanya orang Islam bagai nak gila. Demonstrasi sana-sini. Minta diboikot itu dan ini, barangan yang dikeluarkan oleh Yahudi dan yang diasaskan dari Israel.

Lepas sebulan serangan ke atas Gaza tamat, pemikiran kita mula lembam, enam bulan selepas itu sedikit demi sedikit mula lupa dan selepas setahun terus lupa.

Kempen-kempen boikot dan amarah kita sudah hilang sehinggalah seminggu ini. Sejak minggu lalu kita bangkit semula. Solat hajat diadakan semula di sana-sini. Televisyen dan akhbar-akhbar penuh dengan berita dan komentari (termasuklah Cuit ini hari ini) mengenai kisah Israel, Yahudi dan kekejamannya. Jika Israel tahu mengenai sindrom mudah lupa kita, sudah pasti mereka akan ketawa terbahak-bahak. Tapi bangsa Yahudi ini bijak, mereka memang tahu tabiat kita, terutamanya umat Islam dan orang Melayu kita ini. Kita ini hanya akan melompat ikut musim. Itu pasal Israel suka menyerang ikut musim. Ada musim-musim tertentu mereka akan bertindak dan sekali gus dunia (terutamanya dunia Islam) akan melompat. Kemudian senyap.

Tujuan mereka ialah supaya semua orang ingat akan (kewujudan) negara Israel itu.

Dari segi dasar kerajaan, Malaysia memang konsisten. Kita adalah antara segelintir negara Islam dan di dunia yang tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel. Langkah kerajaan itu amat kita sanjung. Kita berharap selagi ada negara Yahudi haram itu, kita tidak akan mengiktiraf kewujudannya sampai bila-bila.

Begitu juga hubungan dagangan dengan negara itu. Secara automatik hubungan itu tidak berlaku, kerana kita tiada hubungan diplomatik. Mengikut undang-undang antarabangsa, Israel tidak boleh juga menahan rakyat kita kerana kita tiada hubungan yang sah dengannya. Dalam kes yang berlaku ke atas kapal misi kemanusiaan ke Gaza itu, rakyat Malaysia ditahan di laut antarabangsa - bukan dalam kawasan perairannya, itu lagi salah.

Namun, walaupun kita tidak mempunyai hubungan itu, difahamkan ada juga barangan dari negara rejim Yahudi ini memasuki negara ini. Mungkin bukan terus, tapi dari negara ketiga.

Tapi benarkah kapal Israel dibenarkan memasuki ke pelabuhan kita dan melakukan perdagangan dengan negara ini secara terus?

Benarkah itu berlaku? Apakan kerajaan sedar ia berlaku?

Melalui maklumat seorang sahabat yang terlibat secara terus dalam bidang perkapalan, saya melakukan siasatan. Satu maklumat kepada saya kemudiannya mendedahkan senario bagaimana halusnya rejim itu menjalinkan hubungan dagang dengan kita.

Kita jangan cakap perkakasan yang canggih dan besar-besar yang dihantar untuk kegunaan kita di sini dari negara ketiga. Kita cuma bercakap mengenai soal buah epal dan buah oren yang dihantar oleh kapal mereka ke pelabuhan kita. Rakan yang mendedahkan maklumat itu geram kerana kapal kemanusiaan kita dihalau dan diserang, sebaliknya kapal Israel sewenang-wenangnya berlayar dan berdagang di negara ini! Bolehkah pula kapal MISC kita memasuki Pelabuhan Haifa di Israel? Jawapannya, tidak.

Begini bunyi maklumat itu (yang diterjemah dalam bahasa Melayu):

Zim Israel Navigation Company ialah syarikat perkapalan milik Israel. Statusnya lebih kurang macam MISC, syarikat perkapalan nasional kita.

Maklumat mengenai syarikat perkapalan Zim boleh dilayari melalui www.zim.co.il. Di bawah tajuk sejarah, ditulis: Bermula dengan permulaan bersejarah pada 1945 sebagai kapal pengangkut imigran (kaum pendatang) dari wilayah berperang Eropah ke negara harapan bernama Israel, ZIM kini menjadi salah sebuah syarikat perkapalan terbesar yang beroperasi di seluruh dunia. (From historic beginnings in 1945 as a carrier of immigrants from war-torn Europe to the nascent state of Israel, ZIM has become one of the world‘s largest shipping companies with operations throughout the world.)

Kelmarin (7 Jun kapalnya bernama Zim Genova) berlabuh di Pelabuhan Klang membawa kargo-kargo yang besar.

Secara puratanya kapal itu panjangnya kira-kira 253 meter, lebar 32 meter dan boleh membawa muatan sebanyak 4,000 Teu atau bersamaan 4,000 buah kontena 20 kaki. Ia berlayar keluar dari pelabuhan itu kira-kira pukul 7 pagi semalam (8 Jun).

Selain Zim Genova, kapal-kapal Zim lain yang berulang-alik ke Pelabuhan Klang ialah Zim USA (didaftarkan di Israel), Zim Kingston, Zim Monaco (pelabuhan terakhir: Pelabuhan Klang enam hari lalu), Zim Dalian dan Zim Lovorno (yang kesemuanya didaftarkan di beberapa buah negara lain).

Zim USA, misalnya kali terakhir memasuki Pelabuhan Klang ialah sekitar 20 Mei lalu, kira-kira tengah hari (Sila layari http://www.marinetraffic.com/ais/shipdetails.aspx?mmsi=428000109).

Di serombong asapnya (funnel) terpampang bendera Israel – tujuh bintang yang dengan megahkan berlabuh di pelabuhan kita!

Kebanyakan pegawai kapal-kapal itu terdiri daripada rakyat Israel.

Satu lagi e-mel yang diterima berbunyi:

Zim Israel Navigation Company atau Zim Lines juga mempunyai anak syarikat penuhnya iaitu Gold Star Line. Nama kapal-kapalnya ialah: New Asia Middle East Express, China Vietnam Express, East Mediteranean Express, Far East Africa Express dan Chittagong Malaysia Express.

Gold Star Line ini berpangkalan di Hong Kong. Di negara Islam seperti Pakistan, Bangladesh, Indonesia - Zim beroperasi di bawah nama Gold Star Line.

Menurut sumber itu, ada antara kargo dari kapal Zim dikatakan melalui proses pelabelan semula (relabelling) di Singapura sebelum memasuki Malaysia. Difahamkan antara kargo yang dibawa masuk ke Malaysia ialah buah oren dan epal di bawah nama HIFA.

E-mel itu menulis lagi: Sekiranya kita tiada hubungan dua hala dengan Israel, mengapa dibenarkan kapal-kapal mereka memasuki perairan kita? Mengapa berdagang dengan mereka? Apa yang berlaku ini?

Saya tidak boleh jawab soalan itu. Saya hanya boleh tulis dan sampaikan. Jika betul, kita minta -- Kementerian Pengangkutan, Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) serta pengendali pelabuhan yang diswastakan iaitu Pelabuhan Barat (West Port) dan Pelabuhan Utara (North Port) - sila jawab, jika salah sila jelaskan.
/Sumber:  Chegu Bard

Isnin, 30 Januari 2012

JENIS KATAK TIDAK SEDAR DIRI

Oleh:  WFAUZDIN NS 

SEWAKTU mula-mula DS Anwar dibebaskan dari penjara dahulu, Ketua Pembangkang ini terus menjalani rawatan sakit pinggang di Jerman.  Siapa tokoh politik di dalam negara ini yang awal-awal mengunjungi DS Anwar dan mencium tangan tokoh reformasi ini?  Salah seorangnya adalah Ibrahim Alkataki kerana diwaktu itu raja katak ini sudah hanyut terpinggir di dalam politik Umno. 

Budaya bodek dan ampu Ibrahim Alkataki sememangnya terkenal sejak beliau berada di dalam Umno lagi, sehinggakan setelah tercampak dari Umno pun budaya ini masih lekat di jasad raja katak Pasir Mas ini.  Beliau menyangka dengan mencium tangan DS Anwar, beliau akan ditawarkan oleh DS Anwar untuk menyertai Keadilan dan diharapkan akan menjadi pemimpin kanan di dalam Keadilan.  Tetapi DS Anwar bukan bodoh, beliau kenal lama Ibrahim Alkataki kerana air liur hasil mencium dan mengucup tangan Mahdey Kutty masih melekat di tangan Mahdey sehingga kini.  Tabiat raja katak yang hanya boleh hidup dengan mengampu amat dikenali oleh DS Anwar. 


Oleh kerana kecewa apabila DS Anwar tidak memandang walaupun sebelah mata terhadap Ibrahim Alkataki, maka raja katak ini beralih kepada PAS pula.  Di pentas PAS, Ibrahim Alkataki melalak melolong mengutuk dan memaki Umno dan memuji memuja Tuan Guru Nik Aziz, MB Kelantan waktu itu.  Siapa tidak sedih dan simpati waktu itu melihat Ibrahim Alkataki dihina dan dipijak oleh Umno sehinggakan beliau bertanding secara bersendirian menentang Umno dan PAS, beliau kalah teruk.  Tuan Guru Nik Aziz seorang Ulamak dan berjiwa lembut, tanpa prasangka maka diberi pinjam kerusi Parlimen Pasir Mas kepada Ibrahim Alkataki di dalam PRU ke 12 tahun 2008.

Umpama melepaskan `katak yang dipijak', Ibrahim Ali mulai lupa diri.  Akhirnya, beliau mengaku menjadi Bebas yang tidak memerlukan sokongan PAS lagi walaupun kerusi yang beliau duduki sekarang adalah kerusi PAS.  Ini lah jenis katak yang paling bangsat di dalam dunia.

Baru-baru ini, akibat bebalnya raja katak ini beliau sudah termakan dengan propaganda media pencacai yang menuduh DS Anwar adalah penyokong Zionis Israel.  Maka, Ibrahim Alkataki membuat kenyataan agar rakyat Malaysia dan Pembangkang menolak DS Anwar Ibrahim.  Memetik kenyataannya di Malaysiakini, " Ibrahim menggesa rakyat Malaysia terutama parti politik supaya "melupakan" Anwar memandangkan pelbagai isu dikaitkan dengan ketua pembangkang itu, sehingga membuatkan rakyat "letih" mendengarnya.  "Sekarang ada masa untuk melupakan Anwar. Sekarang adalah masa untuk memikirkan tentang masa depan. Pemimpin datang dan pergi, tetapi Malaysia lebih penting (Malaysiakini).

Beliau menyebut rakyat letih dengan karenah DS Anwar.  Hakikatnya, bukan rakyat yang letih tetapi beliau serta Umno yang letih untuk menghadapi kebenaran yang dibawa oleh Ketua Pembangkang ini.  Buktinya, ke mana sahaja DS Anwar pergi, ribuan rakyat akan menyambutnya tanpa dibayar upah.  Bukti lebih jelas lagi, mengapa DS Anwar begitu berani berkali-kali mencabar pemimpin Umno terutamanya Najib untuk berdebat dengan beliau di dalam apa jua isu?  Jika benarlah DS Anwar ini ejen Yahudi, ejen Amerika, rendah moral, perasuah dan sebagainya, sudah tentu beliau tidak mempunyai kekuatan untuk mencabar Najib berdebat.  Bodoh benarlah DS Anwar jika beliau sanggup berdebat di dalam keadaan dirinya yang penuh dengan `kekotoran' itu.

Sebenarnya, Ibrahim Alkataki terlalu iri hati dan sakit hati dengan ketokohan DS Anwar Ibrahim.  Hatinya yang busuk itu bertambah sakit apabila melihat tatkala DS Anwar diserang di segenap penjuru oleh semua jentera kerajaan terutamanya media kawalan Umno, rakyat tetap mengangkat tokoh ini ke persada tanahair malahan dunia juga mula memandang bahawa tiada tokoh lain yang hebat untuk menjadi pemimpin negara ini melainkan DS Anwar Ibrahim.

Pesanan kita kepada Ibrahim Alkataki, manusia yang paling wajar ditolak dari muka bumi ini adalah beliau sendiri.  Rakyat terutamanya di Pasir Mas juga teramat `letih' melihat tabiat raja katak yang tidak ketahuan perjuangannya.  Percayalah, keletihan rakyat di Pasir Mas akan hilang selepas PRU ke 13 nanti.  Pada waktu itu, di Pasir Mas raja katak ini akan dimakamkan di jirat untuk diabadikan sebagai tempat permakaman sang pengkhianat.  Ibrahim Alkataki pasti dikuburkan./wfauzdin.blogspot.com


Ahad, 29 Januari 2012

US AZIZAN KATA BUKU JINGGA BUKAN AL-QURAN, ADAKAH AUKU ITU MENGIKUT PERUNDANGAN AL-QURAN?

Oleh:  WFAUZDIN NS

TIDAK sedap hati juga rasanya mahu menegur cara-cara `Mantiq' Us Azizan, MB Kedah di dalam menguruskan isu AUKU di KUIN.  Semua tahu di dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat yang dipersetujui oleh PAS sendiri jelas menyebut Pakatan Rakyat tidak menyokong AUKU dan akan menghapuskan AUKU jika memerintah di Pusat.

Apabila isu di mana beberapa pelajar KUIN dikenakan tindakan di bawah AUKU, MB Kedah ketika itu menyebut beliau menyokong tindakan KUIN.  Apa tindakan KUIN yang dimaksudkan itu?  KUIN telah bertindak menggunakan AUKU terhadap para pelajar berkenaan, dan pengertiannya bahawa Us Azizan menyokong AUKU digunakan.  Tidakkah begitu maksudnya?


Benar, kita sedar bahawa KUIN tertakluk dengan AUKU yang dicipta oleh Kerajaan Pusat.  Sekarang ini Pakatan Rakyat belum memerintah Pusat, maka kita tidak mampu berbuat apa-apa terhadap para pelajar yang dizalimi oleh AUKU sepertimana di KUIN itu.  Tetapi, tidakkah Islam mengajar selemah-lemah iman itu adalah menentang dengan lidah dan hati?  Persoalannya, apa kenyataan dari Us Azizan selaku MB Kedah di peringkat awal timbulnya isu ini?  

Terbaru, apabila beliau `diserang' bertalu-talu oleh beberapa pihak termasuk dari penyokong-penyokong Pakatan Rakyat, NGO dan Mahasiswa, Us Azizan lebih suka menyerahkan kepada KUIN untuk selesaikan tanpa beliau menegaskan pendirian Kerajaan Kedah di bawah PAS tentang AUKU yang dikenakan ke atas para pelajar tersebut.  Kemudiannya, beliau mendakwa isu tersebut tidak boleh disentuh kerana telah dibawa ke mahkamah.  Betul, sekarang ini tentunya beliau tidak boleh menyentuh lagi isu berkenaan tetapi mengapa beliau tidak memberikan pendapatnya selaku MB Kedah seawal isu ini timbul iaitu sebelum difailkan di mahkamah?

Paling tidak enak didengar apabila Us Azizan seolah-olah memperlekehkan Buku Jingga di dalam komen beliau bagi `menghalalkan' tindakannya sebelum ini di dalam isu AUKU.  Petikan dari Malaysia Insider, beliau menyebut, "Menyentuh soal prinsip Buku Jingga yang mahu memansuhkan AUKU, Azizan menegaskan “Buku Jingga bukan al-Quran” yang harus dipatuhi sepanjang masa. “Ada perkara boleh laksana dan ada perkara yang tidak boleh...kena lihat pada keadaan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

 
Ada benarnya kata-kata beliau, tetapi tidak bijak berkata sedemikian.  Jika ada yang ingin bertanya kepada beliau selaku MB Kedah apakah perintah Al-Quran keseluruhannya telah beliau lakukan sepanjang mentadbir Negeri Kedah?   Sempurnakah kesemua yang diperintah oleh Al-Quran itu di bawah Kerajaan PAS Kedah sekarang?  Jika beliau menyebut Buku Jingga bukan Al-Quran, itu kita boleh terima kerana ianya memang benar.  Tetapi, kita yang jahil ini ingin bertanya pada beliau adakah di dalam Al-Quran dan ajarannya membolehkan undang-undang seperti AUKU?  Jika Al-Quran mengharamkan tindakan seperti AUKU itu, apakah tindakan Us Azizan selama ini tidak membantah AUKU hatta secara lisan sekali pun tidak berlawanan dengan Al-Quran?
 
Jika Buku Jingga diketahui sebagai bukan Al-Quran yang wajib dipatuhi sepenuhnya, adakah AUKU itu sebahagian dari Undang-Undang mengikut Islam?  Ringkasnya, kita hanya mahu Us Azizan berani berkata bahawa AUKU itu zalim dan KUIN mesti mengatasi isu ini kerana Kerajaan Negeri tiada kuasa untuk menghapuskan AUKU.  Itulah selemah-lemah iman.  /wfauzdin.blogspot.com