Oleh: WFAUZDIN NS
APA lagi yang boleh Umno jadikan modal untuk memburukkan DS Anwar? Kes liwat, hancur lebur. Kes video seks hitam putih, jadi bahan ketawa. Kes jam Omega, pihak Polis kata lupakan saja isu jam yang datangnya dari Taiwan itu. Terbaru sebelum isu Anwar sokong Israel, kes video seks di Thailand, lagi memalukan kerana tarikh yang kononnya video dirakam itu, Anwar berada di KL dan hadir sidang akhbar di Pejabat PAS.
Poster ini pernah digunakan di dalam PRK Parlimen Bukit Gantang.... |
Kini, heboh di media pencacai bahawa Anwar menyokong Israel. Mahu membuat pembohongan dan fitnah berdasarkan akhbar Wall Street Journal yang mana semua orang boleh baca dan faham, kecuali otak-otak porno lembu kondo. Bab sokong Israel ini, adakah berani Najib berdebat dengan Anwar. `Taubat lahom' bak kata Mat Sabu Najib tidak akan berani. Walaupun kononnya mereka ada bukti dan fakta bahawa Anwar sokong Israel dan ejen Amerika, mampus Najib tidak akan berani berdebat dengan Anwar. Sebab apa? Sebab, Umno dulu kini dan selamanya hanya bergantung kepada media pencacai mereka untuk memperbodohkan rakyat.
Siapa tahu, di bangunan manakah bendera Israel ini pernah dikibarkan? |
Sebab itu, tidak hairan ramai di kalangan rakan-rakan aku yang berkata, mereka akan meminta borang memasuki Umno esok, sekiranya hari ini Najib berkata beliau bersedia untuk berdebat dengan Anwar. Di dalam debat, kepintaran berhujah sahaja tidak cukup, tetapi kekuatan untuk memberikan keyakinan kepada orang ramai adalah melalui fakta serta bukti yang kukuh. Atas sebab ini lah, Najib amat takut untuk berdebat dengan Anwar.
Anda lupakah seorang pemain Chelsea bernama Yossi Benavoun, adalah seorang Yahudi dari Israel dan beliau berjaya menjejakkan kaki ke bumi Malaysia sewaktu perlawanan persahabatan dengan pasukan kita? Kita juga pernah menerima kehadiran pemain kriket dari Israel beberapa tahun dahulu, dan beberapa pemimpin PAS telah ditangkap kerana berdemontrasi membantah kehadirannya. Umno anti Israel? Jangan sampai termuntah ok.
Chegu Bard sepanjang ceramahnya sekarang sering mengingatkan rakyat bahawa kerajaan kita sebenarnya mempunyai hubungan dagang dengan Israel. Beliau mempunyai bukti berbentuk dokumen dan bukti tersebut sering ditunjukkan kepada orang ramai. Mengapa kerajaan berdiam diri? Fitnahkah Chegu Bard? Jika fitnah, apa yang harus kerajaan buat?
Di bawah ini, saya sertakan petikan artikel lama dahulu. Baca dan fahami, agar otak kita tidak seperti otak lembu kondo lagi./wfauzdin.blogspot.com
-----------------------------------------------------------------------
Bendera Israel berkibar di Malaysia?
Artikel di bawah ini ialah petikan dalam UTUSAN Malaysia (kitab Umno) membuktikan lagi betapa hipokritnya regim Bn dalam melawan Zionis, tapi apa nak heran bendera Israel juga pernah berkibar di PWTC (rumah utama Umno).
Oleh Zaini Hassan
BENAR seperti kata negarawan ulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kita mudah lupa. Ingat lagi semasa Gaza diserang bertalu-talu, seluruh rakyat Malaysia, terutamanya orang Islam bagai nak gila. Demonstrasi sana-sini. Minta diboikot itu dan ini, barangan yang dikeluarkan oleh Yahudi dan yang diasaskan dari Israel.
Lepas sebulan serangan ke atas Gaza tamat, pemikiran kita mula lembam, enam bulan selepas itu sedikit demi sedikit mula lupa dan selepas setahun terus lupa.
Kempen-kempen boikot dan amarah kita sudah hilang sehinggalah seminggu ini. Sejak minggu lalu kita bangkit semula. Solat hajat diadakan semula di sana-sini. Televisyen dan akhbar-akhbar penuh dengan berita dan komentari (termasuklah Cuit ini hari ini) mengenai kisah Israel, Yahudi dan kekejamannya. Jika Israel tahu mengenai sindrom mudah lupa kita, sudah pasti mereka akan ketawa terbahak-bahak. Tapi bangsa Yahudi ini bijak, mereka memang tahu tabiat kita, terutamanya umat Islam dan orang Melayu kita ini. Kita ini hanya akan melompat ikut musim. Itu pasal Israel suka menyerang ikut musim. Ada musim-musim tertentu mereka akan bertindak dan sekali gus dunia (terutamanya dunia Islam) akan melompat. Kemudian senyap.
Tujuan mereka ialah supaya semua orang ingat akan (kewujudan) negara Israel itu.
Dari segi dasar kerajaan, Malaysia memang konsisten. Kita adalah antara segelintir negara Islam dan di dunia yang tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel. Langkah kerajaan itu amat kita sanjung. Kita berharap selagi ada negara Yahudi haram itu, kita tidak akan mengiktiraf kewujudannya sampai bila-bila.
Begitu juga hubungan dagangan dengan negara itu. Secara automatik hubungan itu tidak berlaku, kerana kita tiada hubungan diplomatik. Mengikut undang-undang antarabangsa, Israel tidak boleh juga menahan rakyat kita kerana kita tiada hubungan yang sah dengannya. Dalam kes yang berlaku ke atas kapal misi kemanusiaan ke Gaza itu, rakyat Malaysia ditahan di laut antarabangsa - bukan dalam kawasan perairannya, itu lagi salah.
Namun, walaupun kita tidak mempunyai hubungan itu, difahamkan ada juga barangan dari negara rejim Yahudi ini memasuki negara ini. Mungkin bukan terus, tapi dari negara ketiga.
Tapi benarkah kapal Israel dibenarkan memasuki ke pelabuhan kita dan melakukan perdagangan dengan negara ini secara terus?
Benarkah itu berlaku? Apakan kerajaan sedar ia berlaku?
Melalui maklumat seorang sahabat yang terlibat secara terus dalam bidang perkapalan, saya melakukan siasatan. Satu maklumat kepada saya kemudiannya mendedahkan senario bagaimana halusnya rejim itu menjalinkan hubungan dagang dengan kita.
Kita jangan cakap perkakasan yang canggih dan besar-besar yang dihantar untuk kegunaan kita di sini dari negara ketiga. Kita cuma bercakap mengenai soal buah epal dan buah oren yang dihantar oleh kapal mereka ke pelabuhan kita. Rakan yang mendedahkan maklumat itu geram kerana kapal kemanusiaan kita dihalau dan diserang, sebaliknya kapal Israel sewenang-wenangnya berlayar dan berdagang di negara ini! Bolehkah pula kapal MISC kita memasuki Pelabuhan Haifa di Israel? Jawapannya, tidak.
Begini bunyi maklumat itu (yang diterjemah dalam bahasa Melayu):
Zim Israel Navigation Company ialah syarikat perkapalan milik Israel. Statusnya lebih kurang macam MISC, syarikat perkapalan nasional kita.
Maklumat mengenai syarikat perkapalan Zim boleh dilayari melalui www.zim.co.il. Di bawah tajuk sejarah, ditulis: Bermula dengan permulaan bersejarah pada 1945 sebagai kapal pengangkut imigran (kaum pendatang) dari wilayah berperang Eropah ke negara harapan bernama Israel, ZIM kini menjadi salah sebuah syarikat perkapalan terbesar yang beroperasi di seluruh dunia. (From historic beginnings in 1945 as a carrier of immigrants from war-torn Europe to the nascent state of Israel, ZIM has become one of the world‘s largest shipping companies with operations throughout the world.)
Kelmarin (7 Jun kapalnya bernama Zim Genova) berlabuh di Pelabuhan Klang membawa kargo-kargo yang besar.
Secara puratanya kapal itu panjangnya kira-kira 253 meter, lebar 32 meter dan boleh membawa muatan sebanyak 4,000 Teu atau bersamaan 4,000 buah kontena 20 kaki. Ia berlayar keluar dari pelabuhan itu kira-kira pukul 7 pagi semalam (8 Jun).
Selain Zim Genova, kapal-kapal Zim lain yang berulang-alik ke Pelabuhan Klang ialah Zim USA (didaftarkan di Israel), Zim Kingston, Zim Monaco (pelabuhan terakhir: Pelabuhan Klang enam hari lalu), Zim Dalian dan Zim Lovorno (yang kesemuanya didaftarkan di beberapa buah negara lain).
Zim USA, misalnya kali terakhir memasuki Pelabuhan Klang ialah sekitar 20 Mei lalu, kira-kira tengah hari (Sila layari http://www.marinetraffic.com/ais/shipdetails.aspx?mmsi=428000109).
Di serombong asapnya (funnel) terpampang bendera Israel – tujuh bintang yang dengan megahkan berlabuh di pelabuhan kita!
Kebanyakan pegawai kapal-kapal itu terdiri daripada rakyat Israel.
Satu lagi e-mel yang diterima berbunyi:
Zim Israel Navigation Company atau Zim Lines juga mempunyai anak syarikat penuhnya iaitu Gold Star Line. Nama kapal-kapalnya ialah: New Asia Middle East Express, China Vietnam Express, East Mediteranean Express, Far East Africa Express dan Chittagong Malaysia Express.
Gold Star Line ini berpangkalan di Hong Kong. Di negara Islam seperti Pakistan, Bangladesh, Indonesia - Zim beroperasi di bawah nama Gold Star Line.
Menurut sumber itu, ada antara kargo dari kapal Zim dikatakan melalui proses pelabelan semula (relabelling) di Singapura sebelum memasuki Malaysia. Difahamkan antara kargo yang dibawa masuk ke Malaysia ialah buah oren dan epal di bawah nama HIFA.
E-mel itu menulis lagi: Sekiranya kita tiada hubungan dua hala dengan Israel, mengapa dibenarkan kapal-kapal mereka memasuki perairan kita? Mengapa berdagang dengan mereka? Apa yang berlaku ini?
Saya tidak boleh jawab soalan itu. Saya hanya boleh tulis dan sampaikan. Jika betul, kita minta -- Kementerian Pengangkutan, Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) serta pengendali pelabuhan yang diswastakan iaitu Pelabuhan Barat (West Port) dan Pelabuhan Utara (North Port) - sila jawab, jika salah sila jelaskan./Sumber: Chegu Bard
Kau bagi alasan yang Anwar berhak menyokong Yahudi kerana perkara dia atas, lembu jampang betul lah lu babe.
BalasPadamBangang 04.03...
BalasPadamini alasan bagi menunjukkan madey kutty hang jenis hapokrit!! menuduh orang lain bersengkongkol dengan yahudi (belum dibuktikan lagi) tapi sendiri punya hubungan baik dengan zionis laknat. Gambar2 tu dah terbukti bangang!!
paku dulang paku serpih,umno punya perangai
BalasPadamKapal dan syarikat yang gunakan kapal tu bukan berdagang dengan kerajaan Malaysia pun . Dia berdagang dengan syarikat terutama syarikat luar yang melabur di malaysia . Kau nak halang ker barang spara siap yang diimport oleh INTEL yang menggaji beribu pekerja rakyat malaysia??? Kalau nak ikut fahaman politik sempit kau tu ... tak ada orang nak melabur di Malaysia . Yang penting dah terpampang kat pas sport "KECUALI ISRAEL" ada negara Islam lain yang berani buat macam tu ??
BalasPadam