TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

ADAKAH WAJAR DITERUSKAN RUNDINGAN DENGAN PAS ?

Khamis, 2 Februari 2012

HASSAN KAYU JATI BARU SEDAR PAKATAN MERBAHAYA SELEPAS DIPECAT

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEBELUM anda baca tulisan saya ini, elok benar dibaca apa yang dipetik oleh Malaysiakini tentang ucapan Hassan anak Ali atau Hassan Kayu JATI di SINI.   

Apa kata Hassan di dalam ceramahnya di Bandar Baru Bangi malam semalam?  Dia bercerita soal akidah?  Soal Jamil Khir curi duit zakat?  Soal lesen Judi oleh Kerajaan Pusat?  Soal cincin Rosmah atau shopping Rosmah?  Soal rakyat susah harga barang naik?  Atau pun Hassan Kayu JATI cerita tentang hebatnya Kerajaan Selangor tanpa sebarang kes rasuah dan air percuma, saham bagi anak yang lahir di Selangor, pemberian geran tanah dan sebagainya yang jauh lebih baik dari Khir Toyo dulu?  Semua tidak diceritakan oleh Hassan Kayu JATI ini.   

Apa yang beliau cerita adalah PAKATAN itu anti Islam.  Ertinya Umno pejuang Islam.  Anwar itu sokong Israel, ertinya pemimpin Umno dari dahulu sampai sekarang teramat benci dengan Israel walaupun pemain bolasepak Israel lepas masuk ke sini.  Hassan Kayu JATI cerita Khalid Samad selalu menghalangnya dari memperjuangkan Islam.  Ertinya, pemimpin Umno tidak pernah menghalang sesiapa pun melaksanakan hukum Islam.  Katanya lagi, dia `dengar khabar' kalau PAKATAN memerintah, negara ini akan menjadi Republik.  Rupa-rupanya ada Phd pun masih bangang ambil hujah dari dengar khabar.

Tambah si Hassan Kayu JATI lagi, PAKATAN akan mansuhkan hak keistimewaan Orang-Orang Melayu jika PAKATAN memerintah.  Ohh, rupa-rupanya Anwar, Hj Hadi, Nik Aziz itu semua bukan Melayu maka tentulah tidak sayang kepada Melayu.  Hanya Hassan Kayu JATI sahaja yang Melayu kalaupun bukan Jawa Totok.  Lucu sikit bila Hassan Kayu JATI kata, beliau dipecat kerana PKR.  Beliau malu mahu mengaku bahawa di dalam PAS, cakap beliau tidak laku kerana beliau sombong dan ego.  Beliau mahu PAS ikut cakapnya kerana beliau seorang sahaja yang ada phd walaupun bertaraf mangkuk hayun.  Masa beliau jadi Pesuruhjaya PAS Selangor dahulu, beliau mahu ahli-ahli PAS Selangor `Wala' (taat) kepadanya, tetapi bila kedudukan beliau terlucut, beliau tidak mahu `Wala' kepada pimpinan.  Mesyuarat pun tidak mahu datang.

Lain-lain komen, anda semua bacalah dari seorang bernama Halik Zaman yang memberikan komennya di dalam Malaysiakini terhadap kenyataan Hassan Kayu JATI itu.  Pada saya, jika jumpa ular dan Hassan Kayu JATI, elok tangkap kedua-duanya dan dimasukkan ke dalam zoo kerana mereka dari spesis yang sama./wfauzdin.blogspot.com

--------------------------------------------------------


Hasan mendakwa, Pakatan antara lainnya akan menyokong Israel dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.

Itu cuma satu teori orang yang kecewa pekat seperti Hassan Ali. Beliau hanya meramalkan dengan menyebut "akan menyokong Israel dan Malaysia sebagai republik". Kalau perkara itu betul dan Hassan Ali punya bukti, kenapa tidak buat sahaja laporan polis?

Hassan Ali kelentong lagi "Kalau ikut bacaan saya, mengikut apa yang diberitahu kepada saya, kalau mereka berkuasa mereka akan jadikan Malaysia ini menjadi republik," katanya.

Bacaan Hassan Ali bagai seorang yang kelihatan 'gila talaq' tidak boleh digunapakai kerana tidak masuk akal.

Kalau benar Hassan Ali diberi tahu oleh seseorang, bahawa Pakatan ada rancangan nak jadikan Malaysia sebagai republik sila buktikan, jangan gunakan perkataan 'hearsay' orang beri tahu.

Mengakui bertaraf Doctor, tapi masih lagi cara kampungan mengeluarkan hujah dan cara berfikir semacam kanak kanak bila bergaduh mesti berdendam.

Kalau Hassan Ali yakin ada sokongan dari rakyat tanpa tiket PAS, saya cabar Hassan bertanding Bebas dimana Hassan menang dengan tiket PAS PRU12 yang lalu.

Maaf, saya campur urusan Hassan Ali dengan PAS kerana Hassan memfitnah pemimpin agung kami Dato Seri Anwar Ibrahim bersekongkol dengan Israel.

8 ulasan:

  1. Kayu jati banyak di Indon dan di Myanmar. Hahaha. Dua2 dah dapat KP untuk jadi pengundi.

    BalasPadam
  2. Patut la kuat sangat, rupanya bukan sebarang kayu, kayu jatilah katakan, kayu no wahid.

    BalasPadam
  3. cita2 beliau terlalu besar... nak memerintah... sebab dulu pun masa jadi kakitangan kera-jaan gagal utk menempatkan diri menjadi KSU. Jadi dgn masuk pakatan harap cita2 besar yg tersembunyi itu akan dapat dilunaskan... tapi malangnya Allah Maha Besar dan Maha mengetahui akan niat kotor dihati hamba2Nya. Cita2 itu pun terbantut... tembelangnya sudah terbongkar, busuk satu negara... "Bentara Guru Dah Tahu"...

    Sudahlah Pak Asang... cukup2lah tu... umurpun dah senja... bertaubatlah dan lembali kepangkal jalan... nawaitu yg tak elok itu telah diketahui orang... sudah2 leeee...

    BalasPadam
    Balasan
    1. elok bunuh diri je Pak Asang !!! dari kata kata mu tu lebih terserlah PhD kamu tu beli dekat kedai Chow Kit kot...

      Padam
  4. Hassan PHD (Penceramah Hasad Dengki) kata dia keluar PAS sebab dalam PAS dah tinggal 1/3 ja ulamak.

    Hassan PHD kata JATI adalah sebagai "KUASA KETIGA" dlm PRU nanti.

    Aku nak tanya kau Hassan PHD ni....

    1) Dalam JATI tu ada berapa % ulamak?
    2) "Kuasa Ketiga"...sound like apa yang Ibrahim al-Kataki ja sebut ie "sebagai Kuasa Penentu sokongan Melayu" dlm PRU nanti.

    Hasan....Hasan.....
    Matlamat kau dah jauh tersimpang.
    Kan kau nak Satukan Melayu...
    Kan Ku nak kekalkan Institusi Raja2...
    Kan Kau nak Memartabatkan Islam....

    Tapi...
    Dalam semua ucapan kau, kebanyakkannya kau menghentam PAS, PR dan DAP. Mata matlamat kau...?????

    Tak payah la kau tubuh JATI...buang masa... lebih baik kau JOINT PERKASAM. Kan matlamat kau sama saja.

    Kau tubuh JATI bikin semak saja. Dah berlonggok NGO yang tumbuh macam cendawan la ni. Tapi...cendawan musim saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..komen yg bagus..

      Padam
  5. hassan da lama sedar DAP TU SEBENAR KAPIR X MAKAN SAMAN..

    PATUT2 Dap paham kwsn2 tu majority islam..patut2 nya paham utk beralah (korangkan pakatan yg sama)..

    geram jelah...mcm harun din geram pasal isu kalimah..simpanlah dulu...tunggu kasi panas lagi...

    BalasPadam
  6. membuka ruang TPM UTK DAP...SEBENARNYA BUKA RUANG PM BERGILIR2..cuba angkat tgn sapa redho PM DIGILIRKAN..KITA XTAU APA DAP NAK BUAT.. TGK GERAKAN LEPAS MENANG. PENANG RASA XSECURE JOINT BN..


    DAP JADI PM MESTI RASA INSUCURE..DAH TU BERGABUNGLAH *** Dgn ***. nak cakap aapa kuasa ditgn mrk masa tu...menangis tak belagu

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini