RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 29 Januari 2012

US AZIZAN KATA BUKU JINGGA BUKAN AL-QURAN, ADAKAH AUKU ITU MENGIKUT PERUNDANGAN AL-QURAN?

Oleh:  WFAUZDIN NS

TIDAK sedap hati juga rasanya mahu menegur cara-cara `Mantiq' Us Azizan, MB Kedah di dalam menguruskan isu AUKU di KUIN.  Semua tahu di dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat yang dipersetujui oleh PAS sendiri jelas menyebut Pakatan Rakyat tidak menyokong AUKU dan akan menghapuskan AUKU jika memerintah di Pusat.

Apabila isu di mana beberapa pelajar KUIN dikenakan tindakan di bawah AUKU, MB Kedah ketika itu menyebut beliau menyokong tindakan KUIN.  Apa tindakan KUIN yang dimaksudkan itu?  KUIN telah bertindak menggunakan AUKU terhadap para pelajar berkenaan, dan pengertiannya bahawa Us Azizan menyokong AUKU digunakan.  Tidakkah begitu maksudnya?


Benar, kita sedar bahawa KUIN tertakluk dengan AUKU yang dicipta oleh Kerajaan Pusat.  Sekarang ini Pakatan Rakyat belum memerintah Pusat, maka kita tidak mampu berbuat apa-apa terhadap para pelajar yang dizalimi oleh AUKU sepertimana di KUIN itu.  Tetapi, tidakkah Islam mengajar selemah-lemah iman itu adalah menentang dengan lidah dan hati?  Persoalannya, apa kenyataan dari Us Azizan selaku MB Kedah di peringkat awal timbulnya isu ini?  

Terbaru, apabila beliau `diserang' bertalu-talu oleh beberapa pihak termasuk dari penyokong-penyokong Pakatan Rakyat, NGO dan Mahasiswa, Us Azizan lebih suka menyerahkan kepada KUIN untuk selesaikan tanpa beliau menegaskan pendirian Kerajaan Kedah di bawah PAS tentang AUKU yang dikenakan ke atas para pelajar tersebut.  Kemudiannya, beliau mendakwa isu tersebut tidak boleh disentuh kerana telah dibawa ke mahkamah.  Betul, sekarang ini tentunya beliau tidak boleh menyentuh lagi isu berkenaan tetapi mengapa beliau tidak memberikan pendapatnya selaku MB Kedah seawal isu ini timbul iaitu sebelum difailkan di mahkamah?

Paling tidak enak didengar apabila Us Azizan seolah-olah memperlekehkan Buku Jingga di dalam komen beliau bagi `menghalalkan' tindakannya sebelum ini di dalam isu AUKU.  Petikan dari Malaysia Insider, beliau menyebut, "Menyentuh soal prinsip Buku Jingga yang mahu memansuhkan AUKU, Azizan menegaskan “Buku Jingga bukan al-Quran” yang harus dipatuhi sepanjang masa. “Ada perkara boleh laksana dan ada perkara yang tidak boleh...kena lihat pada keadaan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

 
Ada benarnya kata-kata beliau, tetapi tidak bijak berkata sedemikian.  Jika ada yang ingin bertanya kepada beliau selaku MB Kedah apakah perintah Al-Quran keseluruhannya telah beliau lakukan sepanjang mentadbir Negeri Kedah?   Sempurnakah kesemua yang diperintah oleh Al-Quran itu di bawah Kerajaan PAS Kedah sekarang?  Jika beliau menyebut Buku Jingga bukan Al-Quran, itu kita boleh terima kerana ianya memang benar.  Tetapi, kita yang jahil ini ingin bertanya pada beliau adakah di dalam Al-Quran dan ajarannya membolehkan undang-undang seperti AUKU?  Jika Al-Quran mengharamkan tindakan seperti AUKU itu, apakah tindakan Us Azizan selama ini tidak membantah AUKU hatta secara lisan sekali pun tidak berlawanan dengan Al-Quran?
 
Jika Buku Jingga diketahui sebagai bukan Al-Quran yang wajib dipatuhi sepenuhnya, adakah AUKU itu sebahagian dari Undang-Undang mengikut Islam?  Ringkasnya, kita hanya mahu Us Azizan berani berkata bahawa AUKU itu zalim dan KUIN mesti mengatasi isu ini kerana Kerajaan Negeri tiada kuasa untuk menghapuskan AUKU.  Itulah selemah-lemah iman.  /wfauzdin.blogspot.com

12 ulasan:

  1. Wfauzdin...boleh terang sikit, apa yg dalam AUKU yg zalim sebenarnya????

    Cerita sikit!!

    Dalam Islam pun ada benda yg kita boleh buat dan tak boleh buat...kita tak boleh bebas se bebasnya...Jgn asyik ikut agenda barat/yahudi yg nak semuanya bebas tanpa had hinggakan org berbogel pun dibenarkan...

    Aku takut nanti ada org islam akan sanggah Al Quran sebab menghalang hak asasi manusia (tiada kebebasan)

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mak pak suruh mengaji elok2 nk berdemo...akai tak pala lutut...bila kena tindakan bising...bodo..punya mangkaq

      Padam
  3. takkan kita yang cerdik ni takleh beza antara perkara yang dah diperundangkan dengan manifesta ketika nak memerintah nanti..bila pimpinan umno campurtangan kat Univ kita marah sangat tapi bila kena kat kita kita pulak suruh campurtangan..yang puak PKR lak asyik suruh PAs ambil tindakan je..kalau puak dia buat ada PAS buat camtu?PAS ni dah senior la..dah banyak pengalaman..jangan dengar la cakap kangkong tu

    BalasPadam
  4. Saya ni bukanlah kuat sangat orangnya dalam arena berpolitik tetapi bila baca komen-komen diatas rasanya orang melayu kita ni bila berpolitik agak terkebelakang sebab masih tidak tahu membezakan undang-undang mutlak dari Tuhan dengan undang-undang ciptaan maknusia , fikirlah sendiri jika hendak mencari tempah nama , musuh kita sentiasa siap siaga menanti kealpaan kita

    BalasPadam
  5. Ust. Azizan Abd Razak ini sebenarnya pemimpin yang baik, tapi kadangkala kepala angin, ego dan tak boleh ditegur. Selain dari menyanjung Mahathir dan status bersongkok tinggi (geng UMNO), beliau juga ingin dilihat kelainan dalam gaya personal dan pentadbiran. Pernahkan anda lihat pemimpin PAS lain yang mengeluarkan kata-kata kasar dan menengking kepada wartawan (selalu sangat)? Beliau adalah orangnya.... PAS sebenarnya amat terguris dengan para pemimpin mereka yang berkelakuan sebegini, cuma mereka hanya tunggu musim PRU sahaja untuk memperbetulkan keadaan....Ingat! Presiden PAS sendiri pernah meninggalkan parti itu suatu masa dahulu dan ramai yang telah belot apabila melihat kilauan harta dan emas di hadapan mata. Oleh itu "berkatalah benar walaupun ianya pahit", kerana Rasullulah SAW pun sentiasa berkata benar.

    BalasPadam
  6. benda dah bawa ke mahkamah..sabar jelah...bebudak u yg aku menyampah ..masa dalam u berkokok bukan main...bila dah terjun ke dunia luar dan kerjaya ..idealisma lintang pukang jadinya...

    BalasPadam
  7. ha ha kan dah kena kat batang idong seniri...melalak la lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita kena ingat undang2 yg berkaitan ngan PBT seperti yg di lakukan oleh kerajaan penang tidak boleh disamakan ngan AUKU.bagaimanakah agaknya jikalau sijil2 yg dikeluarkan oleh KUIN tidak diiktiraf oleh kerajaan pusat seandainya ustaz azizan menyangah arus dengan terang-terangan menolak AUKU??..bagaimana pula ngan nasib beribu2 pelajar yg mengikuti pengajian disitu??..aku rasa dalam masaalah ini ustaz azizan terpaksa mengambil satu langkah ke belakang walaupun beliau menyedari tindakkannya itu bakal mengundang kemarahan penyokong2 PR itu sendiri.janganlah kita bersifat kebudak-budakan didalam memperjuangkan sesuatu perkara kerana tidak mudah bagi seorang pemimpin seperti ustaz azizan utk memutuskan sesuatu tindakkan yg hendak diambil didalam keterbatasan kuasa yg beliau ada dengan berbagai kekangan daripada kerajaan pusat yg masih di bawah kawalan BN.janganlah kita jadi seperti penyokong2 BN yg sanggup meruntuhkan markas undi mereka sendiri apabila pemimpin yg mereka sokong tidak tercalon dalam pilihanraya.berpada2lah kita didalam menegur pemimpin kita kerana sesungguhnya mereka lebih mengetahui dan lebih arif daripada kita semua didalam membuat satu2 keputusan penting yg melibatkan rakyat dan penyokong teramai seperti kita.

      Padam
  8. Sy telah delete komen dari pembaca yg menggunakan nama KAWAT atas kehendak beliau sendiri yg mengaku salah tafsir isu ini. beliau telah menghantar email kpd saya agar saya delete komen beliau..tkasih atas komen sdr semua.

    BalasPadam
  9. OOO baru den tahu ada juga yang ustaz azizan tak buat ikut Islam dalam pentadbiranya atau dalam erti sebenar tak sempurna....

    BalasPadam
  10. Undang-undang dunia yang diperkenalkan pemerintah pun kena patuh juga. Bila memandu kenderaan walau nak lekas sampai, kena berhenti juga jika lampu isyarat merah. Atau kena denda.

    Kalau disuruh pakai topi keledar semasa menunggang motorsikal (bukan hanya kopiah/ketayap)ia untuk keselamatan (sebagai ikhtiar).

    Memang semua ketentuan Allah tapi hendaklah berusaha/ikhtiar mengelak kejadian yang buruk.

    BalasPadam