TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

Jumaat, 3 Februari 2012

PARTI KITA DIBUBARKAN - PERLUKAH ZAID DITERIMA SEMULA KE DALAM PR?

Oleh:  WFAUZDIN NS

PARTI KITA dilancarkan secara rasminya pada 19 Januari 2011 oleh Datuk Zaid Ibrahim di Kuala Lumpur seterusnya beliau menjadi Presiden parti tersebut.  Semalam, Datuk Zaid melalui blognya menyebut bahawa Parti KITA akan dibubarkan selepas satu Mesyuarat Agung parti berkenaan diadakan.

Zaid menganggap kes ini sebagai “jika sesat di penghujung jalan, kembalilah ka pangkal jalan.”  Ertinya, Zaid Ibrahim telah mengakui beliau dan seluruh ahli KITA selama ini `tersesat' haluan dan kini mahu kembali ke haluan sebenar.  Persoalannya, ke manakah haluan yang akan dituju oleh bekas pemimpin Keadilan ini?


Sekiranya beliau memilih Umno sebagai haluan yang beliau anggap haluan yang betul, maka bagi saya beliau sebenarnya semakin `sesat' dari kesesatan sebelum ini.  Tiada umat di negara ini tidak mengetahui wajah parti bernama Umno sekarang.  Parti yang pernah disebut oleh Mahathir sebagai parti yang `busuk sampai ke usus' ini tidak sesuai buat sesiapa pun yang mahu berjuang menegakkan agama, bangsa dan negara.  Parti ini juga bukan tempat untuk mereka yang mahu berjuang membasmi rasuah, kronisme dan nepotisme.  Parti ini hanya untuk mereka yang sanggup bersekongkol dengan `pencuri peruntukan lembu' atau wang zakat. 

Maka, di mana tempat yang harus Zaid Ibrahim dan kuncu-kuncunya pergi?  Mereka tiada pilihan kerana di negara ini hanya terdapat dua wadah politik yang jauh berbeza perjuangannya.  Satu wadah bernama Umno yang digabungkan bersama Bn, dan satu lagi adalah Pakatan Rakyat yang terdapat di dalamnya PKR, PAS dan DAP.  Jangan hipokrit, fikir secara jujur di antara kedua-dua parti berkenaan parti manakah yang secara jelas terbukti memperjuangkan rakyat?

Umno telah diberi peluang lebih dari 50 tahun menjaga negara ini.  Di mana kedudukan bangsa Melayu setakat hari ini di bawah Umno, jauh sekali perkembangan dan kedaulatan Islam.  Sekali lagi jangan hipokrit, lihat kepada Laporan Audit Negara dan bandingkan laporan tersebut di antara negeri-negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat dengan Umno/Bn. 

Perlukah Zaid Ibrahim kembali kepada Pakatan Rakyat?  Saya rasa tidaklah terlalu teruk untuk PR menerima Zaid Ibrahim kerana sepanjang beliau berada di dalam KITA dahulu beliau tidaklah menghentam sangat PR sepertima Hassan JATI hentam sekarang.  Beliau pun tidaklah sebangsat Berahim Alkataki di Pasir Mas yang langsung tiada maruah menumpang kerusi PAS.  Zaid boleh kembali ke pangkuan PR tetapi terlalu awal dan tidak sesuai rasanya untuk beliau dicalonkan bertanding mewakili PR.  Beliau perlu meng`qadho' dahulu perjuangannya di dalam PR sebelum dipertimbangkan untuk menjadi calon PR.

Saya harap PR punyai prinsip terbuka untuk menerima orang yang sudah `menyesal'.  Kesilapan Zaid yang pertama boleh kita anggap pengajaran buat beliau apatah lagi beliau dilihat tidak terlalu menghentam kita sewaktu berada di dalam KITA.  Berbeza dengan raja katak di Pasir Mas atau balaci seperti Zul Kulim, Zahrain, Gobala, Hasan kayu JATI, Ezam sesumpah dan beberapa ekor lagi itu./wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. Bagi saya Dato Zahid boleh diterima sebagai Ahli sebuah dari gabungan PR. Cuma keahliannya harus lah bermula dari bawah iaitu 'AHLI BIASA" dan jangan terus dilantik sebagaisalah satu dari Jawatan pucuk Kepimpinan.Apabial ada perlantikan semasa Mesyuarat Agong barulah boleh dilantik sekiranya belaiu memenangi jawatan yang ditandinginya itu.

    BalasPadam
  2. TAK PAYAH!TAK PERLU..Kecualilah dia nak jadi ahli biasa, tanpa jawatan dan buktikan dia faham matlamat perjuangan PKR dan PR....let him prove his worth!!..asal jgn jadi musang berbulu ayam sudah!!

    Yang duk mengata kita mcm zul nordin dan yg sewaktu dgnn nya senang ditangani..bunyi UMNO, rupa UMNO..tapi yg mcm kita, rupa kita, bunyi mcm kita..buat parti KITA sudahnya..

    BalasPadam
  3. zaid better bergabung kuasa ngan hasan ali... buat lagi parti baru KATI ka, TAHI ka

    BalasPadam
  4. Saya berpendapat dan merasakan bahawa Zaid tidak perlu perlu pergi mana-mana Parti Politik samaada BN atau PR. Beliau sudah cukup matang sekarang setelah melalui zaman kegelapannya dalam politik kebelakangan ini. Jika Agenda Zaid berteraskan Rakyat dia boleh menggunakan mana-mana NGO yang ini boleh meredakan imej beliau. Mungkin kita tidak mengenali beliau secara dekat tapi riak-riak dan tindakan beliau memang tidak bersetuju dengan UMNO BN yang terang-terang Parti itu terlalu kronik dengan isu-isu kezaliman dan penindasan. Mungkin untuk beliau masuk kedalam PR masih banyak kecerugian lagi. Saya melihat Semasa beliau bersama PKR beliau seolah-olah telah menjadi mangsa keadaan yang tidak berpihak kepada beliau.

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini