TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

ADAKAH WAJAR DITERUSKAN RUNDINGAN DENGAN PAS ?

Rabu, 1 Februari 2012

BENARKAH DEWAN ULAMAK PAS SEJAHIL ITU? JAWAPAN BUAT IBRAHIM BABA

Oleh:  WFAUZDIN NS

MEMBACA tulisan Ibrahim Baba di dalam Tranungkite, jelas dan nyata penulis sememangnya menjadi barua kepada sekutu Apco iaitu Parti Kebangsaaan Melayu Bersatu itu.  Tiada hujah, tiada fakta selain dari andaian jahat beliau untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat menjelang PRU ke 13 tidak beberapa lama lagi.

Di dalam tulisannya, lebih jahat lagi beliau melabelkan Ulamak PAS seolah-olah tidak berilmu dan bertaqwa dengan hukum Allah.  Tuduhan beliau yang menyebut bahawa ramai di kalangan Ulamak di dalam Dewan Ulamak PAS percaya kepada video seks Datuk T adalah merupakan satu tuduhan jahat kepada Alim Ulamak.  Apakah Ibrahim Baba merasakan Ulamak PAS seperti beliau yang jahil sejahil-jahilnya tentang hukum Islam?  Apakah Ulamak PAS boleh terpedaya dengan `hukum video' ciptaan Munafikun daripada hukum Allah?  Tetapi, itulah anggapan Ibrahim Baba.

Muslimat PAS

Isu `Pluralisme', isu video seks dan terbaru isu Israel kesemuanya telah diperjelaskan secara berani dan terang oleh DS Anwar.  DS Anwar tidak berselindung kerana di dalam dunia yang tiada sempadan ini mana mungkin beliau boleh berselindung dengan setiap kenyataannya?  Masalahnya, kejahilan mereka yang tidak memahami sesuatu isu dan mengandaikan DS Anwar cuba berbohong.  Di mana kekuatan bagi seseorang `pembohong' untuk berdebat dengan Sang Penguasa?  Mengapa Sang Penguasa terlalu bacul untuk berdepan dengan Ketua Pembangkang ini?  Jika benar DS Anwar melakukan apa yang disebut oleh Ibrahim Baba, sudah pasti DS Anwar tidak akan berani berdepan dengan Sang Penguasa.  

Boleh dikatakan majoriti yang hadir di dalam Himpun 901 adalah penyokong PAS

Jika Sang Penguasa mempunyai bukti kukuh bahawa segala yang disebut oleh Ibrahim Baba itu benar, maka pastinya DS Anwar akan dilondeh semahu-mahunya oleh mereka di dalam debat yang dinantikan rakyat itu.  Tetapi, mengapa ianya tidak diambil kesempatan oleh Sang Penguasa?  Jawapannya mudah, mereka tidak mempunyai hujah dan fakta untuk melondehkan Ketua Pembangkang tersebut.

Kononnya, Ibrahim Baba mendakwa kurangnya sokongan ahli-ahli PAS kepada DS Anwar sewaktu perhimpunan 901 yang lalu.  Adakah Ibrahim Baba tidak hadir waktu itu?  Jelas, malah dapat disaksikan bahawa paling ramai yang hadir adalah terdiri dari penyokong-penyokong PAS.  Daripada Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Pemuda dan Muslimat PAS telah hadir.  Malahan, Mursyidul Am PAS yang keuzuran telah mewakilkan anaknya Us Nik Abduh untuk hadir.  Lebih-lebih lagi Mursyidul Am sendiri telah berdoa sebelum keputusan mahkamah untuk DS Anwar, berpuasa tanda bersyukur sejurus DS Anwar dibebaskan.  Adakah ini tidak melambangkan sokongan PAS?  

Sejak dari awal memang PAS berpendirian, kehadiran mereka bukan atas faktor DS Anwar tetapi atas faktor kezaliman yang dilakukan ke atas Ketua Pembangkang ini.  Itu lah juga faktor sokongan rakan-rakan lain di dalam PR dari Keadilan dan DAP.  Mungkin Ibrahim Baba mempertikaikan mengapa tiada Ketua Dewan Ulamak PAS yang hadir atau AJKnya.  Kita semua maklum, semenjak bila Dewan Ulamak hadir di dalam satu-satu perhimpunan atau demontrasi?  Bukan di dalam kes melibatkan DS Anwar sahaja, malahan di dalam Himpunan BERSIH sebelum ini juga sukar untuk menyaksikan kehadiran mereka.  Adakah ini bererti mereka tidak menyokong tuntutan BERSIH?  

Di atas beberapa sebab yang saya nukilkan di atas, kesimpulannya saya melihat tulisan Ibrahim Baba ini hanyalah semata-mata untuk mendatangkan keraguan sesama Pakatan Rakyat, sekaligus untuk membantu Umno untuk terus berkuasa selama-lamanya./wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

  1. Anak baba ni adik beradik Soi Lek ke?

    BalasPadam
  2. Taksub pimpinan ni namanya... sama juga dengan cara parti yang dikatakan" jelas dan nyata penulis sememangnya menjadi barua kepada sekutu Apco iaitu Parti Kebangsaaan Melayu Bersatu itu" 2 x 5.. sama saja....

    BalasPadam
  3. Ini "baba" dah potong anu ka belum?
    Sbb tu cakap selupa orang gila...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buak bende ngater kat orang gilerr??? Mung tu molek kerrr??? Dok baik!! Doser

      Padam
  4. duit pas clear. kutipan jhat

    duit pkr bg jgn amik..xclear sumber

    takut dgn pas2 pun terhutang budi duit

    kelakuan. akan berubah..percayalah
    dr anti murtad jd promurtad

    takut terpaksa sujud di kaki ******. korang terpaksa bodek2 yahudi..then jadi teladan generasi pelapis....Habis semua jadi PARASIT ****** Plak. xcaya. buat la...ikkut..mcm ada ayat quran ..xsangka masuk neraka jugak..walaupun zahir mcm betul je

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini