TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

SIAPA MB SGOR PILIHAN ANDA?

UNDILAH PAKATAN RAKYAT

UNDILAH PAKATAN RAKYAT

Sabtu, 30 Jun 2012

WARGA TENTERA DI PORT DICKSON BERSAMA BEKAS PANGLIMA TENTERA MALAM INI


Oleh:  WFAUZDIN  NS

TERUJA untuk aku kembali ke tanah tempat titik peluh aku di Port Dickson, kononnya `Bandar Tentera Darat'.  Tahun 1988, aku melapor diri sebagai warga tentera di sini.  Ketika itu politik aku simpan di dalam stor di Pusat Latihan Rekrut (PLR) yang kini menjadi PUSASDA.  

Tamat latihan selama 6 bulan, aku meneruskan kerjaya ini sehingga 22 tahun.  Tahun 1998, ketika aku masih di dalam tentera, minat untuk berpolitik kembali semula angkara kekejaman Tun Mahathir yang menganiayai Timbalannya DS Anwar ketika itu.  Namun demikian, undang-undang mencegah aku untuk menjadi ahli mana-mana parti politik tetapi aku terus mengikuti perkembangan politik tanahair sehingga aku bersara.

Hari ini aku kembali ke Port Dickson sebagai orang politik sepenuh masa.  Bukan kerana tidak mengenang jasa Kerajaan tetapi untuk memberitahu kerajaan yang memerintah hari ini bahawa hentikan saja kezaliman, hentikan rasuah dan penyelewengan.  

Malam ini (Sabtu - 30 Jun) aku akan tampil di pentas ceramah di Bt 4, Port Dickson di atas kapasiti KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera). Paling membanggakan sekali malam ini program akan turut dihadiri oleh bekas Panglima Tentera iaitu Brigadier Jeneral (B) Hadi.  Program juga dihangatkan dengan kehadiran Sdr Rafizi Ramli dan tidak ketinggalan Ahli Parlimen Telok Kemang merangkap Pengerusi KEADILAN Negeri Sembilan, YB Dato; Kamarul Baharin serta beberapa pimpinan lain.

Kepada semua warga tentera sekitar Port Dickson dijemput dan digalakkan untuk hadir bagi kita mendapatkan maklumat khususnya berkaitan tentera, begitu juga kepada bekas-bekas anggota tentera.  Orang ramai juga dijemput hadir beramai-ramai malam ini. /wfauzdin.blogspot.com

 

Jumaat, 29 Jun 2012

MIC DAN PPP PATUT SUDAH KENAL UMNO

Oleh:  WFAUZDIN NS

TIDAK sampai beberapa jam, MP Sri Gading pun buat `U-Turn' tarik balik soal 'gantung Ambiga'.  Memang sudah dijangka, pemimpin ini sedar bahawa hayat Umno pasti lebih hampir ke liang kubur jika sokongan kaum India lari dari menyokong Bn.  Maka, tiada pilihan lain terpaksa tarik juga apa yang beliau sebut di dalam Parlimen baru-baru ini.  Baca SINI.

Speaker pula kata tiada salahnya apa yang disebut oleh MP Sri Gading ini.  Lucu juga lihat gelagat puak-puak ini apabila digertak oleh MIC dan PPP.  Tidak perlu kita di dalam PR atau BERSIH yang bertindak, cukup sesama mereka saja sudah boleh bikin MP Sri Gading yang bersuara hebat di dalam Parlimen ini kecut perut.

Apabila sudah tertekan, DAP pula yang dijadikan mangsa untuk menghilangkan malu beliau.  Maka, dituduh DAP bermain dengan perkauman di dalam isu tersebut.  Kalau DAP bermain perkauman, mengapa MIC dan PPP melenting?  Ambiga bukan berbangsa Cina, maka lojiknya MIC atau PPP yang melenting itu lah sepatutnya di label perkauman.  Sebenarnya isu ini melampau isu perkauman.  Ini isu bijak atau bodoh kenyataan MP Sri Gading itu.

Samada beliau tarik balik atau tidak, rakyat sudah tahu mainan puak-puak ini.  Kepada MIC dan PPP, kamu sepatutnya lebih kenal Umno sekarang./wfauzdin.blogspot.com

SEMAKIN LAMA JADI WAKIL RAKYAT, SEMAKIN BODOH PULA


Oleh:  WFAUZDIN NS

TIDAK pula aku menyangka MP Sri Gading ini sampai sanggup memperbodohkan dirinya hanya kerana sakit hati dengan BERSIH.  Maklumlah, Umno buat perhimpunan tidak sampai tahap yang dikehendaki walaupun banyak duit habis untuk membawa penyokong-penyokong mereka berhimpun.

Tidak semena-mena MP Sri Gading ini mengesyorkan agar S.Ambiga dihukum gantung hanya kerana perhimpunan BERSIH baru-baru ini yang berjaya mengumpul lebih dari 200, 000 orang dari berbagai kaum.  Otak letak dilutut MP Sri Gading ini pun berhujah bahawa perhimpunan BERSIH bersamaan dengan tindakan kumpulan Al-Maunah, kononnya untuk menjatuhkan kerajaan atau menentang DYMM YDP Agong.  

Terlalu jauh perbandingan yang dibuat menampakkan tahap kebodohan melampau MP Sri Gading ini.  Hakikatnya bahawa peristiwa Al-Maunah yang merampas senjata dari kem tentera di Grik Tahun 2000 itu pun berapa kerat yang percaya bahawa itu bukan sandiwara?  Jika benar sekali pun peristiwa yang berakhir di Bukit Jenalik itu bukan sandiwara, jalan cerita peristiwa tersebut teramat jauh untuk dibandingkan dengan perhimpunan BERSIH.

Apa motif geng-geng Al-Maunah?  Apa motif atau matlamat BERSIH?  Senjata apa yang digunakan oleh kumpulan Al-Maunah yang diketuai oleh Amin tersebut?  Senjata apa pula yang digunakan oleh S.Ambiga bersama ratusan ribu rakyat di dalam Himpunan BERSIH?  Al-Maunah tidak pernah memohon kepada pihak berkuasa untuk memasuki kem dan mengambil senjata seterusnya berkubu di Bukit Jenalik.  Adakah BERSIH juga tidak pernah memaklumkan kepada pihak berkuasa untuk mengadakan perhimpunan?  

Aku rasa MP Sri Gading ini sudah merasakan agak sukar baginya untuk dipilih lagi sebagai calon di dalam PRU akan datang, justeru itu jalan terakhirnya adalah membodek yang menampakkan kebodohan beliau sendiri.  Ertikata, rakyat tidak perlu berfikir panjang jika mahu memilih Wakil Rakyat yang cerdik, tetapi jika rakyat di Sri Gading masih memerlukan Wakil Rakyat yang bodoh maka Wakil Rakyat ini wajib dikekalkan.

Nampaknya pemimpin-pemimpin Umno semakin kehilangan daya berfikir mereka akibat tekanan yang begitu kuat oleh Pakatan Rakyat.  Kewarasan mereka semakin hilang maka berbagai-bagai kenyataan dungu yang keluar dari mulut mereka.  Contohnya, debat bukan budaya kita kata mereka.  Itu kenyataan yang bodoh lagi membodohkan. /wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 26 Jun 2012

TAMRIN GHAFAR `RABA CELAH KELANGKANG UMPORNO' ?





Oleh: WFAUZDIN NS

BETULLAH kata ramai orang bahawasanya Umporno kini semakin nazak yang amat sangat.  Umporno tidak lagi bertaring dan semakin hilang jati dirinya.  Maruah Umporno juga semakin tercemar dek kerana pemimpin mereka sendiri.

Umporno bukan sahaja tidak mendapat sokongan orang-orang Melayu yang bijak pandai, bahkan yang berada di dalam Umporno sendiri sudah mula memperbodohkan parti sekular legasi penjajah ini.  Jika sewaktu Umporno gagah, seandainya terdapat seorang sahaja ahli Umporno yang `jeling' pemimpin mereka nescaya sertamerta akan dipecat dari menjadi ahli.  Itu lah hebatnya Umporno dahulu.

Kini, bukan setakat jeling, jika ada ahli-ahli Umporno yang `berak' atas kepala pemimpin mereka atau memijak-mijak bendera Umporno, Umporno diam menikus umpama Najib menikus bila diketuk kepala oleh Rosmah.



Kadir Syeikh Fadzir puas mengutuk dan menghina parti beliau sendiri, namun parti yang tidak bertaring ini terus menikus.  Helah Kadir adalah untuk melihat adakah parti ini mempunyai `jantan'nya lagi, malangnya memang sahih parti ini tiada kejantanannya tambahan pula Presiden parti usang ini kini menjawat Menteri Wanita.  Kadir Syeikh Fadzir tidak dipecat, akhirnya beliau memecat dirinya sendiri setelah melihat parti yang ditubuhkan oleh Mahdey Kutty ini sememangnya tidak `bertelor'.

Sejak kebelakangan ini pula, seorang lagi tokoh veteran anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghafar sering `menjolok-jolok celah kelangkang' partinya.  Tujuannya tetap sama iaitu untuk melihat adakah partinya berjantinakan `jantan' atau `betina' jika pun tidak `pondan'.  Di Arau, Tamrin lantang berkata kepada ahli-ahli partinya agar tidak perlu takut untuk meninggalkan parti itu kerana pimpinan parti itu telah lari dari matlamat asal perjuangan mereka.

Berucap di program Himpunan Hijau Ke Putrajaya Peringkat Negeri Perlis 22 Jun lalu, beliau berkata parti itu ditubuhkan untuk berjuang demi rakyat tetapi selepas lebih 54 tahun parti ini memerintah, rakyat telah diperkotak-katikkan, ditipu dan diperbodohkan.  " Tak perlulah takut dan tak berdosapun kalau tinggal parti ini. Kita jangan fikir dunia saja, akhirat pun kena fikir sama," kata Tamrin yang masih menjadi ahli parti Assobiyyah tersebut.

Apakah Tamrin akan menerima nasib seperti Kadir Syeikh Fadzir iaitu tidak akan dipecat walaupun terang jelas beliau telah memijak-mijak parti yang semakin nazak itu?  Tidak mungkin Tamrin akan dipecat kerana parti beliau sekarang ketandusan ahli dan paling utama parti tersebut kini `nyawa-nyawa ikan'.  Tidak pelik jika parti ini nanti akan terpaksa menguatkan jemaahnya dengan beberapa `ahli import' dan bertukar nama kepada `United Myanmar Nepal Organisation" (UMNO).

Benarlah kata orang, yang bijak sertai PAS, yang pintar memasuki KEADILAN, yang pandai bersama DAP.  Maka tinggallah yang bengap berotakkan lembu kondo yang kekal bersama Umporno./wfauzdin.blogspot.com
 

Ahad, 24 Jun 2012

GILIRAN KJ `COVER' NAJIB PULA

Oleh:  WFAUZDIN NS

MENGAPA tiba-tiba KJ, Ketua Pemuda Umno yang tidak dilantik sebagai anggota Kabinet Najib beriya-iya menyebut tiada sapina untuk Najib hadir ke mahkamah Perancis?  Walhal, semua tahu memang belum ada sapina dikeluarkan untuk Najib mahu pun Zahid Hamidi hadir ke mahkamah Perancis.

KJ `cover' lagi Najib dengan katanya, "Dakwaan rasuah dalam pembelian dua kapal selam berharga RM7.3 bilion itu tidak melibatkan Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia". (Malaysiakini).  Tapi KJ ada menyebut, " Ini adalah kes antara seorang peguam Perancis dengan satu syarikat Perancis yang melibatkan kita tetapi bukan kita yang didakwa dalam kes tersebut,".

 
 
Apa yang KJ maksudkan `melibatkan kita" itu?  Memang benar, kes tersebut pertuduhannya bukan ke atas Najib, Razak Baginda atau Kerajaan Malaysia, tetapi ada melibatkan salah satu di antara tersebut.  Jika tidak, bagaimana timbul kes dokumen pertahanan boleh terlepas ke tangan DCNS?  Masakan syarikat tersebut boleh mencuri dokumen berkenaan dari Kementerian Pertahanan?  Siapa yang membawanya keluar?  Siapa pula Menteri Pertahanan waktu itu jika bukan Najib?  Ertinya, nama Najib memang disebut di dalam kes ini tetapi Najib bukan orang yang dipertuduhkan.
 
Contohnya seperti isu NFC.  Yang mahu didakwa atau disiasat adalah Syarikat NFC, bukan lembu kondo walaupun lembu kondo disebut di dalam kes ini.  Seperti juga di dalam kes satu-satu rompakan bank, yang mahu didakwa adalah si perompak tetapi disebut juga nama Pengawal Keselamatan bank berkenaan.  Ada kah Pengawal Keselamatan itu merompak?  Sudah tentu tidak, tetapi ada kemungkinan Pengawal Keselamatan itu bersubahat dengan perompak-perompak berkenaan.  Jadi, di dalam isu Scorpene ini banyak nama yang disebut maka tidak mustahil mereka juga bersubahat.
 
KJ patut tahu samada Najib atau Zahid Hamidi berani atau tidak untuk tampil di mahkamah Perancis apabila mereka di sapina nanti.  Kalau mereka berani baguslah kerana bertindak bijak, tetapi jika tidak berani Najib atau zahid Hamidi boleh lah letak jawatan kerana mempunyai jiwa yang kecil.  Rakyat Malaysia tidak mahu merasa malu mendapat PM atau Menteri yang penakut./wfauzdin.blogspot.com
 

BANGLA DICAMPAK KELUAR TINGKAP OLEH WARGA MALAYSIA?

LAWAK LAWAK MSIA..
 
Pada suatu hari, ada 5 orang pemuda duduk bertentangan di dalam sebuah keretapi. Seorang warga Swiss, seorang warga Cuba, seorang warga USA, seorang Bangladesh dan seorang Malaysia.

Sedang dalam perjalanan, warga Swiss tu merasa gatal , lalu dia membuka jam tangan ROLEX nya , dan dibuang keluar keretapi semata-mata untuk menggaru tangannya.  Semua terkejut dengan tindakan si Swiss dan belum sempat bertanya, si Swiss ni kata " its ok.. too many ROLEX in Geneva ,"

Tanpa mengendahkan kata-kata si Swiss tu, Orang Cuba pula mengeluarkan satu kotak cigar berjenama, dibakarnya satu dan yang lain dibuang ke tingkap.  Terperanjat besar dengan tindakan si Cuba ni, si Swiss bertanye, "why sir?? Its very exclusive cigars!!,".  Si Cuba menjawab," Dont worry , there is too many cigars in Cuba".
 
Tiba-tiba berbunyi berdering "Ring Ring" tanpa berfikir panjang, warga USA terus membuang handphone keluar tingkap.  "You know..too many I Phone in USA" kata si USA itu.  

Si Malaysia dan si Bangladesh terpinga-pinga dengan perbuatan mereka tadi.  Belum sempat si Bangladesh kata apa-apa, si Malaysia terus campak si Bangladesh keluar tingkap.  Dengan selamba  berkata "nevermind ... too many Bangla in Malaysia too!..../Diceritakan oleh seorang rakan, Torres Villa

ISU RAFIZI - PEDULIKAN MEREKA ASALKAN `ABU' BAKAL TUTUP MULUT UMNO

Oleh:  WFAUZDIN NS

ISU Sdr Rafizi Ramli, Pengarah Strategik KEADILAN letak jawatan di dalam Kerajaan Negeri Selangor heboh diperkatakan seolah-olah Sdr Rafizi keluar parti.  Ini perkara remeh jika mahu dibandingkan dengan peristiwa beberapa ekor katak yang melompat cari makan sebelum ini.

Beberapa ekor katak lapar yang melompat dari KEADILAN dan ada di antara mereka dapat jutaan ringgit akibat lompatan yang cantik itu, adakah KEADILAN tumbang atau merosot pengaruh kerana isu lompat ini?  Tidak berlaku pun, malahan KEADILAN bertambah kuat sekarang.

Jadi, isu Rafizi ini isu apa?  Berapa banyak Rafizi bawa wang rakyat Selangor sebelum dia meletakkan jawatan?  Berapa banyak kes rasuah atau penyelewengan Faekah, SU MB Sgor sekarang?  Berapa banyak pula YB Azmin lesapkan duit rakyat?  Dan, selama ini teruk sangatkah Tan Seri Khalid menjadi MB Selangor?  Kesemua mereka ini dikaitkan dengan isu Rafizi meletakkan jawatan, sedangkan tiada satu sen pun duit rakyat Selangor masuk di dalam poket mereka.

Ertinya apa?  Ertinya isu ini tidak lebih dari isu remeh dan biasa iaitu mungkin berkaitan dengan perbezaan pendapat atau pendekatan di dalam menguruskan parti atau kerajaan di antara Sdr Rafizi, Faekah, Azmin dan TS Khalid.  Sdr Rafizi sudah jelaskan bahawa beliau mahu tumpukan kepada tugas di dalam parti iaitu sebagai Pengarah Strategi KEADILAN Pusat.  Soal jawapan Rafizi itu sebagai jawapan penuh hikmah, itu soal lain.  Yang penting, Rafizi masih kekal di dalam parti.

Biarkan media termasuk blog-blog Umporno buat cerita.  Kalau cerita fitnah dan lucah pun mereka sanggup buat, apa lagi cerita sebegini.  Apa yang penting kita mesti lihat bahawa kesemua mereka iaitu Rafizi, Faekah, Azmin dan TS Khalid setakat ini masih bersih.  Tatacara mereka bekerja mungkin ada bezanya dan ada yang kita juga turut bersetuju dengan Rafizi, ada juga yang bersetuju dengan Faekah.  Bagi aku, penting bagi pimpinan kerajaan Selangor mendengar suara orang-orang politik terutamanya di Selangor kerana dengan politik lah maka KEADILAN/PR bentuk kerajaan di Selangor.  Kalau tidak bersetuju dengan aku, itu perkara biasa asalkan ABU !! /wfauzdin.blogspot.com

Jom Kongsi Dalam FB Anda