RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 21 Jun 2016

PEMBANGKANG MESTI BERSATU ADALAH ISYARAT DARI PRK SG BESAR DAN K.KANGSAR

TERLEBIH dahulu aku ucap tahniah kepada calon Amanah yang diberi tanggungjawab untuk mewakili Pakatan Harapan (PH) di dalam PRK Sg Besar dan K.Kangsar baru-baru ini.  PH menyedari bahawa meletakkan calon dari Amanah bukan sedikit risiko yang mesti dihadapi memandangkan dari segi usia teramat jauh berbanding dengan lawan dari Umno/Bn dan juga Pas.

Alhamdulillah, PH menjanjikan kepada Amanah bahawa PH akan bersama Amanah memikul tanggungjawab ini bersama.  PH mahu lihat apakah calon Amanah yg masih mentah tidak sampai pun setahun ini boleh berikan saingan kepada calon mewakili Bn dan Pas.  Semua tahu, kedua parti iaitu Bn dan Pas begitu selesa mengunakan media terutamanya Utusan dan TV3 suku siang malam mempropagandakan keburukan Amanah dan tentunya dikaitkan dengan Dap, musuh ketat Umno/Bn juga Pas.  Amanah hanya berkuat dengan sokongan media alternatif seperti blog, FaceBook , wassap dan seumpamanya.

Keputusan yang diperolehi jelas bahawa Amanah telah berikan saingan hebat kepada kedua-dua parti berkenaan meskipun akhirnya seperti yang dijangka sekuat mana pun Amanah atau Pas, selagi kedua-dua parti ini berhadapan dengan Umno/Bn, maka selemah mana pun Umno/Bn mereka akan muncul sebagai pemenang.  Amanah dan PH sedar betapa perlunya Pembangkang bersatu.  Samada Pas sedar atau tidak kita tidak tahu, namun melalui kenyataan PJ Pas Selangor, YB Ir Iskandar bahawa Pas tidak boleh bersendirian untuk menghadapi PRU14 nanti.  Mungkin Iskandar sedar, di kawasannya sahaja beliau hanya menang melalui PR, itu pun dengan mendapat majoriti yang terlalu tipis dan jelas undi dari bukan ahli Pas telah membantu kemenangannya.  Begitu juga, terdapat calon dari Keadilan yang menang atas sokongan Pas atau Dap.  Sebab itu Pakatan Rakyat itu amat disayangi oleh DS Anwar Ibrahim dan Almarhum Tok Guru Nik Aziz.  PR juga amat ditakuti oleh Umno/Bn kerana PR telah mengecewakan Umno/Bn selama dua penggal untuk menguasai 2/3 majoriti di Parlimen.

Apabila kita belajar dari keputusan PRK Sg Besar dan K.Kangsar, maka kita tahu betapa pentingnya semangat seperti PR dulu dihidupkan kembali.  Sewaktu penubuhan PH dulu, berulangkali Keadilan melalui Presidennya DS Wan Azizah menghantar surat resmi dan bertemu muka dengan pimpinan Pas untuk bersama di dalam PH.  Terlalu banyak syarat yang Pas tetapkan di antaranya Pas tidak mahu hubungan dengan Amanah dan Dap.  Bagaimana PH boleh wujud sebagai pembangkang yang kuat tanpa Amanah dan Dap?  Tentulah tidak masuk akal syarat-syarat yang diletakkan oleh Pas.  Maka, Pas terasing dari PH.

Apabila PRK Sg Besar dan K.Kangsar diumumkan, sekali lagi Keadilan cuba untuk membawa Pas berbincang agar PRK kali ini tidak melibatkan pertandingan 3 penjuru.  Ada tawaran agar PRK kali ini diwakili oleh PH satu Kerusi dan Pas satu Kerusi samada di Sg Besar atau K.Kangsar.  Pujukan kepada Pas ini tidak dibantah pun oleh Amanah atau Dap.  Mereka setia menanti keputusan dari Pas samada mahu jadikan PRK kali ini pertandingan hanya satu lawan satu.  Malangnya, Pas menolak tawaran ini.  Aku yakin, sekiranya Pas berada di dalam PH, pastinya PH bersedia untuk memberikan dua Kerusi ini kepada Pas bukan kerana itu kawasan tradisi mereka tetapi atas sebab Pas adalah calon di situ sewaktu PRU13 yang lalu meskipun tewas.

Pujukan untuk Pas bersama juga berlaku di Kelantan.  Amanah Kelantan berkali mencadangkan agar Pas dan Amanah bersama untuk mempertahankan Kelantan dari dirampas oleh Umno/Bn.  Malangnya, Nik Amar secara emosi menjawab bahawa Pas rela terlepas Kelantan daripada mengadakan hubungan dengan Amanah.  Amanah adalah pengkhianat, kata Pas.  Malah, jika dilihat dari banyak kenyataan pimpinan Pas dan tingkah laku mereka, Amanah dilihat oleh Pas lebih 'jahat' dari Umno/Bn.

Apakah ada harapan lagi untuk kita bersama dan berpakat?  Aku tentunya mengharapkan agar Pembangkang dapat bersama.  Hujah seorang AJK Pas Pusat yang juga Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Ustaz Mohtar Senik bahawa mengapa mesti mahu berunding dan bergabung setelah macam-macam diperkatakan kepada Pas, bagi aku hujah itu amat negatif dan tidak menunjukkan kepada keikhlasan untuk berdamai.  Apakah Ustaz Mokhtar merasakan hanya Pas sahaja yang menjadi bahan kecaman?  Apakah ahli-ahli Pas tidak pernah mengecam Amanah atau Dap juga Keadilan?  Ustaz Mokhtar Senik juga patut semak semula status-statusnya di dalam FB, apakah tiada kecaman dari beliau kepada Amanah, Dap atau Keadilan?  Jika semua ini mahu kita ungkit, nampaknya tiada penyelesaian yang akan berlaku.  

Tidak mustahil penyatuan boleh berlaku asal saja ada keikhlasan dan melupakan salah silap masing-masing.  Islam yang didakwa oleh Pas sebagai prinsipnya tidak akan tercemar jika berada bersama PH.  Ini dibuktikan sewaktu bersama PR.  Yang menjadi perbezaan hanyalah pendekatan kita di dalam satu-satu isu yang melibatkan Islam.  Aku rasa, Islam yang dibawa oleh Pas itu lebih merbahaya dan berisiko sekiranya Pas mengambil pendekatan untuk lebih lunak dan berhemah dengan Umno/Bn.  Banyak terbukti selama ini bahawa Umno/Bn tidak pernah setuju dengan dasar Pas.  

Kalau Dap dikatakan tidak setuju dengan Hudud, tetapi Dap menyokong banyak perkara yang menjadi dasar Pas terutamanya yang dituntut oleh Islam.  Jika sepuluh perkara dituntut oleh Islam, Dap mungkin tidak setuju dengan satu perkara, iaitu Hudud, apakah kita tidak boleh bersama di dalam sembilan perkara yang lain yang mana ianya juga satu tuntutan Islam?  Melawan GST, menentang perjanjian TPPA, menentang rasuah, menentang skandal 1MDB, membongkar wang di dalam akaun PM sebanyak RM 2.6 Bilion, penyalagunaan wang tabung haji, KWAP. LTAT dan sebagainya, bukankah itu menjadi kewajipan kita sebagai umat Islam untuk menentang kemungkaran tersebut?  Itu belum lagi dikira meningkatkan taraf hidup rakyat, ekonomi, pendidikan, pertahanan, masalah sosial, pembangunan dan sebagainya, ini semua kewajipan yang dituntut oleh Islam.  Semua ini diperjuangkan juga oleh Dap dan Keadilan.  

Seandainya kita berlapang dada dan mengakui bahawa rejim Umno/Bn ini harus dijatuhkan dari Putrajaya, maka tidak mustahil kita mampu bersatu semula.  Ini bukan soal siapa perlukan siapa.  Ini bukan soal siapa harus mengalah.  Ini soal rakyat.  Ini kemahuan rakyat yang telah mereka terjemahkan melalui PRN Sarawak dan PRK baru-baru ini.  Terimalah hakikat bahawa Umno/Bn memang mahu perpecahan sesama Pembangkang akan berterusan sehingga PRU14 akan datang agar mereka mampu dapat kembali 2/3 majoriti di dalam Parlimen.  Waktu itu kita akan melakukan satu dosa besar terhadap anak cucu dan warisan kita akan datang akibat keegoan kita.

 

Ahad, 19 Jun 2016

KEPUTUSAN PRK SG BESAR DAN K.KANGSAR - AMANAH BERJAYA TAWAN KERUSI TRADISI PAS

ALHAMDULILLAH.  Keputusan PRK Sg Besar dan K.Kangsar telah pun diumumkan awal malam tadi.

Kita sedar, Sg Besar dan K.Kangsar adalah kubu Umno/Bn setelah mereka menang di dua kawasan tersebut di dalam PRU13 yg lalu. Kita juga sedar, Sg Besar dan K.Kangsar juga diwar2kan oleh Pas sebagai 'kawasan tradisi' mereka sehinggakan diberi amaran oleh Pas sila 'ukur baju dibadan sendiri' bagi sesiapa yang ingin bertanding di dua kawasan tersebut. Ertikata lain, Pas mengaku hebat dan gagah di 'gelanggang tradisi' mereka.

Apabila Amanah dipilih untuk mewakili PH bertanding di dua Kerusi berkenaan, lojiknya tentulah Amanah akan menjadi 'lauk' bukan sahaja oleh Umno/Bn tetapi oleh Pas di situ. Apatah lagi Amanah baru berusia 7-8 bulan saja berbanding dengan Pas yg lebih tua dari Umno/Bn.

Walaupun Amanah dikira masih mentah, tidak miliki kekuatan jentera yg hebat seperti Pas jauh sekali berbanding Umno/Bn, namun Amanah bertuah kerana bersama PH di mana Keadilan dan Dap bersedia membantu Amanah. Bukan mudah untuk bertanding di Kubu Umno/Bn dan \kawasan tradisi' Pas, tapi Amanah tidak pernah gentar untuk lawan rejim dan sekutunya.

Amanah hanya ada kekuatan semangat dan sedikit jenteranya dan tentulah Amanah bergantung juga kepada jentera rakan2 di dalam PH. Pas pula seperti yg kita selalu dengar memiliki jentera yg kuat apatah lagi di kawasan tradisinya sendiri. Lebih2 lagi semenjak berjinak dengan rejim Umno/Bn, hampir setiap malam Pas berpeluang keluar di TV3 suku untuk berkempen dan mnghentam Dap dan Amanah yang lazimnya kerja2 seperti ini Umno yang lakukan. Pimpinan Amanah atau Dap tidak berpeluang untuk menjawab fitnah atau tuduhan2 dari Pas. Itu kelebihan besar yg ada pada Pas.

Alhamdulillah, tanpa ramai menjangka Amanah mampu mengatasi undi Pas di Sg Besar yakni di kawasan tradisi Pas. Sewaktu PRU13 yg lalu, Pas dapat undi di Sg Besar sebanyak 18, 296 undi. Kali ini, dalam PRK yg diumumkan semalam, Pas hanya dapat undi 6, 902 undi. Ke mana larinya ribuan undi lagi?

Begitu juga di K.Kangsar. Ini juga 'kawasan tradisi' Pas dan tentulah mempunyai jentera yg hebat. Pada PRU13 yg lalu, Pas dapat undi di kawasan ini berjumlah 13, 136 undi. Di dalam PRK kali ini, Pas hanya dapat jumlah undi sebanyak 5, 684 undi sahaja. Ke mana perginya yang lain?

Daripada dua kawasan tersebut, Pas kehilangan pengundi sejumlah 18, 846 pengundi. Katakanlah 5K tak balik mengundi, takkan selebihnya lari kepada Umno/Bn? Ke mana perginya undi Pas? Di K.Kangsar, undi Pas melebihi undi Amanah dengan jumlah yg amat tipis sekali meskipun itu 'kawasan tradisi' Pas.

Oleh itu, memang wajar Amanah diberi pujian kerana berjaya tawan satu "kwasan tradisi' Pas dan beri saingan sengit di satu kawasan lagi serta menafikan jangkaan sesetengah pihak bahawa parti 'nyamuk' ini akan hilang deposit.

Bagi PH, tentulah keputusan ini akan dijadikan pencetus semangat bagi menghadapi PRU14 akan datang. Kami yakin, tanpa penyatuan kami pasti gagal untuk beri saingan atau menumpaskan rejim dan kami tidak percaya bersendirian itu lebih baik dari bersatu.