TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

Selasa, 9 Januari 2018

SUKA DUKA DAN PENGORBANAN KONVENSYEN PAKATAN HARAPAN DEMI RAKYAT


Alhamdulillah, baru sampai rumah dari IDCC Shah Alam yg membekalkan satu pengalaman suka dan duka, namun dapat dirasai limpahan taufik dan hidayah dari Allah yg merungkai segala2nya yg terpendam.

Apabila berlaku perbezaan pendapat di kalangan pimpinan dan parti, kita di bawah selalu menyeru agar pimpinan parti berunding dan terus berunding agar satu keputusan bersama dapat dibuat. Bukan sedikit masa yg mereka ambil untuk berunding, ertinya perundingan itu amat serius kerana setiap parti mahukan kesemua ahli parti masing2 puas hati dengan rundingan. Pemimpin2 kita telah lakukan apa yg kita mahu sehingga masa yg mereka ambil untuk buat keputusan terlalu lama dan kita mendesak mereka agar segera tentukan keputusan terbaik yang dipersetujui bersama.

Menjelang Konvensyen semalam, sehari sebelum itu pimpinan kita bercekang mata untuk meneruskan rundingan demi untuk memuaskan hati semaksima mungkin para penyokong masing2. Sudah pasti di dalam setiap rundingan akan ada tawar menawar dan bertolak ansur. Sekiranya rundingan dijalankan di dalam keadaan emosi, kita tidak akan dapat keputusan seperti yg diumumkan petang semalam di IDCC Shah Alam.
 

Dalam rundingan itu, tidak ada satu parti pun dapat semua yg mereka mahu. Tetapi tidak ada satu parti pun hilang kesemuanya. Bagi saya, Keadilan hilang beberapa Kerusi yg kita harap2kan, namun apabila memikirkan ada parti rakan yang turut hilang Kerusi yg mereka idam2kan, bahkan lebih banyak hilang, saya rasa tidak adil untuk saya menyanggah keputusan yg telah dibuat.

Amanah. contohnya terlalu banyak berkorban untuk menjayakan agihan Kerusi yang dibuat. Air mata Timbalan Presiden Amanah, Salehuddin Ayob besar nilainya kepada keputusan bersama yang telah dibuat. Saya dapat merasakan apa yang Salehuddin rasakan apabila berlaku pertembungan di antara memenuhi kehendak ahli dan parti dengan kehendak rakyat. Tidak mudah untuk Amanah menelan semua ini tetapi parti ini parti yang sejak awal penubuhannya berjuang demi rakyat.
 

PPBM, walaupun parti baru yang berada di dalam Pakatan Harapan, parti ini juga berperanan penting terutamanya menarik sokongan orang2 Melayu di luar bandar, di desa dan kawasan2 felda. Umno sinonim di kawasan2 ini sejak merdeka dan di kawasan2 ini lah batu penghalang kita sejak dulu lagi untuk merampas Putrajaya. PPBM adalah parti serpihan Umno yang dipimpin oleh mantan Presiden Umno selama lebih kurang 22 tahun, Tun Dr Mahathir. Sudah selayaknya PPBM meminta untuk lebih tempat sejajar dengan peranan yang dimainkan oleh parti yang digeruni oleh Umno ini. Apakah PPBM dapat semua tempat yang dimintanya? Tidak, PPBM mungkin kecewa tetapi demi rakyat, PPBM menerimanya seperti yang disebut oleh Tun Dr Mahathir di dalam ucapannya petang semalam. PPBM diperuntukan 52 Kerusi Parlimen, lebih satu Kerusi dari Keadilan yang hanya diperuntukan 51 Kerusi Parlimen. Di Semenanjung, Ya, PPBM melebihi satu Kerusi dari Keadilan. Tetapi Keadilan patut berlapang dada kerana kita masih ada Kerusi di Sabah dan Sarawak. PPBM sanggup berkorban mengenepikan kepentingan partinya demi rakyat.

Keadilan, bagi saya parti ini tidak merasai sangat tentang pengagihan Kerusi ini walaupun terdapat beberapa Kerusi Parlimen yang telah kita terokai dengan gerak kerja selama ini terlepas dari tangan. Keadilan lebih merasai begitu perit dan beratnya pengorbanan yang kita lakukan apabila tokoh reformasi kita Anwar Ibrahim gagal kita tabalkan sebagai PM sebaik sahaja InsyaAllah, kita berjaya ke Putrajaya. Hanya kuasa ajaib sahaja yang boleh meletakkan Anwar di Kerusi PM selepas InsyaAllah, kita menang di Putrajya di dalam PRU14 nanti. Hakikatnya, hukum akal menyatakan Anwar tidak boleh jadi PM sertamerta jika Allah izinkan Pakatan Harapan menang di dalam PRU14 nanti.

Anwar sendiri di dalam amanatnya yang dibacakan oleh anak sulungnya Nurul Izzah petang semalam, dengan penuh rendah diri, jujur, ikhlas dan tegas, meminta agar parti Keadilan khususnya dan Pakatan Harapan, amnya, perlulah memegang kepada konsep rundingan dan disiplin mematuhi sebarang keputusan pucuk pimpinan, asalkan agenda reform itu tetap menjadi agenda utama. Anwar tidak mahu mengotorkan nama baik Keadilan sekiranya agenda Keadilan hanya untuk batang tubuh beliau. Anwar tidak mahu mengiyakan kata2 dan propaganda musuh bahawa Keadilan hanya berjuang untuk Anwar semata2. Keadilan untuk semua, itu cogankata keramat parti reformasi ini.

Sekiranya kesemua prinsip dan kehendak reform yang diinginkan oleh tokoh reformasi ini boleh dilakukan, soal siapa yang akan memimpin dan akan mendukung serta melaksanakan prinsip2 itu tidak timbul. Keadilan berkorban besar di dalam menentukan perkara ini apabila Kak Wan, Presiden Keadilan dengan berlapang dada dan menaruh kepercayaan penuh kepada mantan bos Anwar sendiri, Tun Dr Mahathir untuk diamanahkan sebagai pemimpin pembawa agenda reform ini.

Amat tepat sekali apabila Tun Dr Mahathir di dalam ucapannya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Anwar dan Kak Wan yang telah berkorban untuk kali yang ke entah berapa demi rakyat. Tun Dr Mahathir sedar, seandainya Anwar mementingkan dirinya, seandainya Kak Wan mementingkan partinya sendiri, maka pada detik dan saat ini sudah pasti kita tidak akan dapat menyelesaikan masalah sesama kita di dalam Pakatan Harapan. Tun Dr Mahathir bukan meminta untuk dijadikan PM. Tun Dr Mahathir dipilih oleh semua pimpinan di dalam Pakatan Harapan sebagai pembuka jalan dan terowong kepada pembebasan Anwar Ibrahim.

Berilah peluang kepada Tun Dr Mahathir untuk menebus kesilapannya. Sejarah akan merakamkan bahawa Tun Dr Mahathir adalah tokoh yang telah menjatuhkan Anwar dan tokoh yang sama akan menarik tangan Anwar untuk bangkit semula.

Terimakasih juga kepada Dap yang konsisten untuk menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim. Dap juga terkesan dengan keputusan yang dibuat di dalam pengagihan Kerusi. Namun, Dap adalah parti yang sentiasa mempunyai rekod cemerlang di dalam disiplin muafakat.

Ertikata lain, rakyat harus memberi peluang kepada Pakatan Harapan di dalam PRU14 akan datang kerana kami masing2 telah membuktikan pengorbanan kami, mengenepikan kepentingan parti kami demi untuk rakyat. Terbukti, cara Pakatan Harapan berunding, memberi, menerima, menyerah dan bertolak ansur di dalam perundingan terlalu jauh dengan cara Umno/Bn.

Alhamdulillah, Konvensyen Pakatan Harapan telah selesai dijalankan. Persefahaman ditandatangani bersama dalam suasana mesra dan penuh semangat.

Hayatilah pesan Kak Wan semalam, " Bila berbicara, jangan lukai hati kawan di samping menggembirakan musuh kita".

"Terdengar guruh bunyinya kuat,
Bercahayanya bumi dipanahi kilat,
Kurangkan musuh perbanyakkan sahabat,
Bersihkan hati perjuangan berkat."


 
WFAUZDIN NS