RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 25 Julai 2014

PRESIDEN PAS TOLAK USAHA GUGURKAN KHALID?

KHABARNYA Presiden PAS telah keluarkan kenyataaan bahawa PAS tetap menyokong TS Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor atas beberapa sebab, di antaranya beliau telus dan amanah, tidak rasuah.  Rujuk sini  -->  http://www.astroawani.com/news/show/abdul-hadi-sokong-abdul-khalid-kekal-mb-selangor-40450?cp

Aku tidak pasti bila PAS Pusat bermesyuarat dan adakah ini kenyataan peribadi Tok Guru Hj Hadi atau pun memang itulah keputusan sebenar PAS Pusat.  Apa pun, sebagai penyokong PR kita harus terima pandangan rakan-rakan dari PR yang lain.  Di dalam isu ini kita harus hormati kenyataan Tok Guru Presiden, satu kenyataan yang sama sewaktu ada ura-ura untuk menukar MB Kedah, Almarhum Us Azizan dahulu.  Us Azizan sememangnya telus dan amanah, serta tidak rasuah.  Itu pandangan Presiden.

Di dalam PR, sikap hormat menghormati amat penting.  PAS mungkin telah buat mesyuarat dan ketetapan telah diambil seperti yang telah dinyatakan oleh Tok Guru.  PAS mahu TS Khalid kekal sebagai MB Selangor.  PKR Pula tidak restu TS Khalid sebagai MB Selangor atas beberapa sebab juga, bukan sebab beliau rasuah atau tidak cekap.  Ada sebab lain kerana bagi PKR, mahu lawan Umno/Bn tidak cukup anda hanya telus dan tidak rasuah.  Anda juga mesti tahu strategi dan bijak menghadapi musuh iaitu Umno/Bn.  PKR mahu TS Khalid ditukar kerana teguran dari parti sepenggal yang lalu dilihat tidak mengubah apa-apa.  Itu mungkin di antara faktornya.  Tetapi bukan juga sedikit ahli-ahli PKR yang mahu kekalkan TS Khalid.  Pandangan mereka juga harus dihormati, namun akhirnya kita terpaksa merujuk kepada parti juga.  Keputusan parti mahu TS Khalid gugur.

Kini, PKR mahu TS Khalid gugur, PAS pula mahu TS Khalid kekal.  Apa pula keputusan DAP?  Apa pula keputusan semua Adun-Adun PR di Dun Selangor?  Dan, akhirnya apa kata Tuanku? 

Selasa, 22 Julai 2014

DS WAN AZIZAH BUKAN MB SELANGOR SELAGI......

TERBARU difahamkan PKR melalui mesyuarat MPP malam tadi telah membuat keputusan bahawa jawatan MB Selangor sekarang ini haruslah ditukar bagi memantapkan lagi kekuatan PR di Selangor khususnya.  PKR juga telah menamakan DS Wan Azizah, Adun Kajang untuk DICADANGKAN kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang akan bermesyuarat Rabu ini.


Banyak berita di dalam FB yang telah mewar-warkan bahawa DS Wan Azizah selaku Presiden PKR bakal menggantikan TS Khalid Ibrahim.  Berita ini tidak tepat kerana TIDAK SEMESTINYA cadangan dari PKR ini wajib dipatuhi oleh Pakatan Rakyat.  DS Wan Azizah hanya satu calon dari PKR sebagai MB Selangor sekiranya PR masih mahu mengekalkan PKR sebagai MB Selangor.  Harus diingat, PAS memiliki lebihan satu Kerusi di Dun Selangor, dan tidak mustahil jika PAS turut menamakan calon MB dari parti tersebut.

Sekiranya Majlis PR bersetuju untuk menerima DS Wan Azizah sebagai MB Selangor yang baru, tentunya tiada sesiapa pun boleh menuduh DS Anwar atau PKR menggunakan kuasa 'veto' bagi menentukan Kerusi MB Selangor.  Aku yakin, para penyokong Azmin mahu pun TS Khalid mungkin ada segelintirnya akan membuat dakwaan yang bukan-bukan terhadap DS Anwar.  Tetapi aku cukup yakin kebanyakan daripada ahli-ahli PKR matang dan boleh berfikir secara rasional tentang isu ini.


Asasnya bagi aku cukup mudah.  Sesiapa pun calon yang bakal menduduki Kerusi MB Selangor calon itu mahu tidak mahu mesti melalui tiga proses 'wajib' ini ;

1.  Calon itu mesti mendapat sokongan dari partinya sendiri.  Seandainya PR mahu letakkan calon PAS sebagai MB Selangor, calon tersebut juga semestinya perlu dapat sokongan dari parti itu sendiri.  Mana mungkin seseorang itu boleh dilantik menjadi MB Selangor tanpa 'restu' partinya sendiri walaupun parti-parti sekutu menyokongnya.

2.   Bakal MB Selangor itu juga perlu mendapat perkenan dari rakan-rakan di dalam PR.  Seandainya PKR mencadangkan DS Wan Azizah sebagai MB Selangor, ditakdirkan PAS atau DAP tidak bersetuju, mana mungkin DS Wan Azizah boleh menjadi MB Selangor.  Begitu juga jika PAS meletakkan seorang tokoh untuk dinamakan sebagai MB Selangor, tokoh itu juga perlu mendapat sokongan dari PKR dan DAP.  Itu konsep yang WAJIB diikuti untuk menjaga perpaduan di dalam PR.

3.   Laluan terakhir adalah perkenan Sultan Selangor.  Di dalam hal ini aku tidak menyatakan WAJIB mendapat perkenan Sultan tetapi perkenan Sultan itu perlu.  Sekiranya pihak Istana memahami konsep Raja Berpelembagaan, tidak timbul pihak Istana mahu menolak mana-mana calon samada dari PKR mahupun PAS.  Sekiranya ditolak juga, maka terjadi satu krisis perlembagaan negeri yang amat malang.

Maka, tidak timbul soal pertukaran itu membelakangkan rakyat kerana yang menentukan siapa MB Selangor juga adalah dari parti-parti di dalam PR dan juga Adun-Adun PR yang mewakili rakyat.  Jika ikut kepada kehendak dan kepuasan sendiri, tentulah para penyokong Azmin mahu pun TS Khalid akan mendakwa mereka punyai sokongan kuat dari rakyat Selangor.  PAS juga boleh mendakwa mereka lebih layak menduduki jawatan itu kerana mereka lebih Kerusi.  Kita tidak perlu marah kepada PAS jika PAS mahu menjadi MB Selangor, tetapi tertakluk juga kepada perkara Perkara Nombor 2 di atas.

Tentu ada yang bertanya mengapa TS Khalid perlu ditukar.  Lojiknya gila lah PKR jika sengaja-sengaja mahu menukar TS Khalid jika tidak bersebab.  Aku cukup yakin, di dalam MPP kesemua mereka telah pun maklum mengapa TS Khalid harus diganti.  Bahkan aku juga yakin, secara awalnya rakan-rakan di dalam PR juga sedikit sebanyak faham mengapa TS Khalid difikirkan oleh partinya sendiri tidak lagi boleh meneruskan perkhidmatannya sebagai MB Selangor.  Dan, pada Mesyuarat Pimpinan PR Rabu nanti tentulah lebih terperinci akan dimaklumkan mengapa harus ada pertukaran jawatan ini.  Jelas, bahawa tiada tindakan diktator atau membelakangkan sesiapa pun di dalam isu ini.

Jika ditanya pada aku secara peribadi, memang aku mahu TS Khalid kekal sebagai MB Selangor.  Tetapi apakah kerana kehendak aku dan sekumpulan yang sama seperti aku boleh melangkau keputusan parti sendiri dan keputusan PR?  Sudah tentu itu bukan politik yang matang.  Usaha dan kempen telah dibuat untuk menyokong seseorang yang kita suka, tetapi selebihnya kita harus kembali kepada keputusan secara berjemaah.

Tidak munasabah samasekali jika kita gagal mencapai kehendak kita, maka kita sanggup bersekongkol dengan Umno/Bn.  Jika itu pilihan kita, terbuktilah kita juga berpolitik kerana ada agenda peribadi bukan agenda kepentingan bersama.  

Kesimpulannya, kita serahkan kepada parti kita dan rakan-rakan kita di dalam PR untuk menentukan pengakhiran kemelut ini.  Langkah Kajang benar-benar menyedarkan sesetengah pemimpin mereka tidak boleh ego dan bertindak sesuka hati. " Kajang Move" pada aku berjaya.