RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 12 Mac 2011

ISU JUDI - BUKTI PAS KOMITED DENGAN PERJUANGAN ISLAM

Judi: Kerajaan Negeri kerap beri penjelasan

KOTA BHARU – Orang ramai sepatutnya sudah memahami penguatkuasaan kerajaan tempatan terhadap kegiatan judi kerana Kerajaan Negeri Kelantan sudah kerap kali memberi penjelasan.

Demikian pandangan bekas Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Chua Chin Hui selepas melihat operasi ke atas premis yang menjual tiket loteri mendapat bantahan sesetengah pihak.

Chin Hui berkata, beliau hairan kerana ada yang masih belum memahami dasar kerajaan negeri khususnya berkaitan judi sedangkan orang ramai termasuk bukan Islam diberi peluang mengikuti sesi penerangan mengenainya.

Katanya, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas, Hu Pang Chaw mengeluarkan kenyataan salah mengenai penguatkuasaan loteri.

“Saya hairan bagaimana beliau (Pang Chaw) boleh mengeluarkan kenyataan menyeleweng itu sedangkan beliau juga pernah menjadi Ahli Majlis MPKB.

“Setahu saya, lesen menjual loteri tidak pernah dikeluarkan lesen oleh MPKB sejak Pas memerintah Kelantan tahun 1990,” katanya kepada Sinar Harian.

Chin Hui berkata, loteri atau segala bentuk perjudian merupakan amalan bercanggah dengan amalan dan budaya sihat semua masyarakat, tidak mengira agama dan bangsa.

Katanya, beliau menyokong kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Hussein pada 8 Mac lalu yang mengatakan bahawa kejadian bunuh diri meningkat kerana masalah kewangan kritikal dan judi merupakan antara puncanya./Sinar

MEREKA TERGILA-GILA DENGAN DNA ANWAR UNTUK APA?

Oleh: WFAUZDIN NS

PENDAKWA kes fitnah Liwat II DS Anwar kelihatan bersungguh-sungguh mahu mendapatkan DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kita masih ingat di dalam kes fitnah Liwat I dahulu yang melibatkan Azizan Abu Bakar, pihak mereka telah pun mempunyai sampel DNA DS Anwar.

Persoalannya sekarang, adakah berbeza data sampel DNA DS Anwar yang dahulu dengan DNA beliau sekarang? Sekiranya data yang diperolehi melalui sampel itu sentiasa berbeza dari masa ke semasa, ada lojiknya mereka mahu mengambil DNA DS Anwar untuk kes fitnah II kali ini. Tetapi kita sedia maklum, DNA tidak akan pernah berubah sampai bila-bila. Seperti Kumpulan Darah, jika kita mempunyai Kumpulan Darah `A' , biar berapa kerap pun kita menderma darah, darah kita tetap statusnya dari Kumpulan `A'. Justeru itu, amat menghairankan mengapa begitu `selera' mereka inginkan DNA terbaru DS Anwar. Apakah rahsia di sebaliknya?

Kita jangan bertanya mengapa DS Anwar sukar sekali untuk menyerahkan DNA nya. Paling penting kita harus bertanya untuk apa DNA tersebut diperlukan lagi sedangkan mereka masih menyimpan data DNA DS Anwar dahulu? DS Anwar mempunyai cukup pengalaman di dalam menghadapi karenah tipu daya dan manipulasi pihak-pihak tertentu termasuk DNA nya sewaktu di dalam kes Liwat I terdahulu. Maka, DS Anwar ada sebab untuk tidak menyerahkan DNA nya kali ini.

DS Anwar di dalam blognya ada menyebut, "Dalam kes Altantuya, kenapa mereka tidak minta DNA Najib?” soal Anwar. Beliau juga merasa hairan kerana pihak pendakwa seolah-olah cuba mengalihkan beban pembuktian kes kepada peguam bela sedangkan ia tanggungjawab mereka dan menyifatkan permintaan pendakwa untuk mendapatkan DNA beliau, membuktikan kes Fitnah II sebenarnya bermotifkan politik. “(Pendakwa) hanya untuk menyampaikan mesej politik. Mereka seolah-olahnya berkata ‘kita sudah ada semua bukti dan sekarang apa yang kita perlukan adalah DNA Anwar (untuk mensabitkan beliau)’. Ini tidak masuk akal. “Beban pembuktian terletak pada pihak pendakwa,” kata Ketua Umum KEADILAN itu.

Harus kita ingat, DNA bukan bukti kukuh untuk menyabitkan seseorang kerana kemungkinan DNA boleh di manipulasikan juga agak besar. Bahkan, seorang pakar mengakui hakikat ini di mana tiada jaminan seseorang itu boleh mengelak dari menjadi mangsa akibat DNA yang bertujuan untuk menganiayainya. Baca di sini.

Bayangkan, jika anda memasuki sebuah tandas awam untuk membuang air dan tanpa anda sedari sehelai bulu anda tertinggal di tandas tersebut. Tidak beberapa lama selepas anda keluar dari tandas berkenaan, berlaku satu pembunuhan di dalam tandas yang anda masuki tadi. Apabila siasatan dijalankan, pihak berkuasa menjumpai bulu anda dan dilakukan ujian DNA. Maka, terbukti itu adalah data DNA anda dan anda pun dituduh sebagai pembunuh. Adakah itu adil buat anda? Sebab itu, DNA dikatakan bukan bukti kukuh untuk menyabitkan seseorang. DNA hanya berfungsi sebagai bukti sokongan sahaja.

Tidak dapat dinafikan DNA memang penting sebagai membantu di dalam beberapa kes terutamanya yang melibatkan jenayah. Di dalam kes DS Anwar ini, mereka telah mempunyai rekod data DNA DS Anwar yang terdahulu, maka adalah lebih praktikal jika data DNA itu diguna pakai tanpa memerlukan DNA yang baru apatah lagi dengan cara helah atau penipuan.

Mudah-mudahan kita yang mengikuti kes fitnah Liwat II kali ini tidak mudah diperdayakan oleh mereka dan media pencacai yang sering menggambarkan bahawa DS Anwar takut untuk menyerahkan DNA nya. Media pencacai ini akan terus mencari jalan untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap DS Anwar seperti apa yang telah mereka lakukan sebelum ini dengan isu sumpah laknat. Mereka tidak merujuk kepada hukum Islam asalkan mereka dapat memperdayakan kita. Peliknya, media pencacai ini tidak pula memberi perhatian apabila permohonan DS Anwar untuk membawa kes Qazaf ke Mahkamah Syariah ditolak angkara seorang Menteri yang kununnya berjiwa Islam. Bukankah jalan Qazaf itu adalah kaedah Islam?/wfauzdin.blogspot.com

KES LIWAT - SAIFUL ENGGAN ULAS BEBERAPA DNA DI KELILING DUBURNYA

Dari Malaysiakini

Belum sempat pihak pendakwaan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menutup kes mereka, peguam bela utama Karapal Singh memohon untuk memanggil semula saksi utama pendakwa, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Alasan Karpal, beliau ingin bertanya berkaitan hasil penemuan dua DNA oleh ahli kimia, Dr Seah Lay Hong di dalam rektum (saluran dubur) mangsa.

Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden bagaimanapun membantah kerana menurutnya ia bukan bahan bukti. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudiannya menangguhkan perbicaraan san semua pihak bermesyuarat di kamar hakim.

Mohd Saiful kemudian dipanggil semula dan Karpal memintanya menceritakan kejadian dan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur.

Karpal: Adakah awak pergi tandas?

Saiful: Ya, tapi saya tidak berak antara 26 hingga 28 Jun.

Karpal: Tandas, di mana?

Saiful: Ada beberapa.

Karpal: Menurut keterangan Dr Seah ada tiga profail DNA daripada orang berlainan di keliling dubur awak. Maknanya (awak) ada dua atau tiga rakan?

Saiful: Tidak. Saya tak boleh komen penemuan (Seah) itu.

Jumaat, 11 Mac 2011

VIDEO - BIDAS BUKU MAHATHIR DAN FAKTA MAHATHIR PENGECUT




Oleh: WFAUZDIN NS

TIDAK perlu saya ulas panjang, anda boleh dengar sendiri hujah YB Saifuddin Nasution terhadap Tun Mahathir di dalam klip video di atas berkenaan:

- Mengapa Mahathir takut hadir ke mahkamah setelah disapina oleh pihak Peguambela Anwar untuk memberikan keterangan semasa Kes Liwat 1 dahulu? Bukankah Mahathir sebelum itu siang malam bercakap di hadapan TV menyebut beliau ada bukti kukuh tentang salah laku Anwar?

- Bolehkah diterima pakai cakap Mahathir bahawa beliau mendapat maklumat tentang salahlaku Anwar awal lagi iaitu di awal tahun 1990 melalui Tun Hanif Omar (Bekas Ketua Polis Negara)? Sekiranya benar, mengapa Mahathir tetap melantik Anwar menjadi Menteri Kabinet selepas tahun 1990 sehingga ke jawatan Timbalan Perdana Menteri? Adakah Mahathir mahu Menteri Kabinetnya berkelakuan buruk dengan melantik Anwar menjadi Menteri walaupun beliau dakwa tahu maklumat kelakuan Anwar awal tahun 1990?

- Tun Hanif Omar pernah memberi keterangan di dalam mahkamah sewaktu kes liwat 1 DS Anwar, bahawa beliau tidak menjumpai ayat mengharamkan judi di dalam Al-Quran. Adakah insan seperti ini boleh kita terima kenyataannya yang melaporkan kegiatan Anwar pada Tun Mahathir? Atau, mungkinkah Mahathir ditipu oleh Tun Hanif ketika itu? Tidak mustahil, kerana bukankah Ling Liong Sik didakwa menipu Mahathir dan kabinet dalam isu berkaitan PKFZ ?

- Jelas, Mahathir takut untuk berdepan dengan Anwar, sebab itu beliau hanya keluarkan buku yang tidak boleh disoal jawab lagi. Memang Mahathir tidak takut jika Anwar saman beliau kerana penulisan di dalam buku itu kerana beliau lebih arif tentang mahkamah di negara ini.

wfauzdin.blogspot.com

Khamis, 10 Mac 2011

TAHNIAH DS ANWAR, PKR PERLUKAN KUALITI BUKAN KUANTITI

Oleh: WFAUZDIN NS

DS ANWAR nampaknya sudah tidak bimbang lagi berapa ramai pemimpin atau ahli-ahli PKR yang akan keluar parti. Beliau bahkan mencabar sesiapa yang berada di dalam PKR yang hanya mahu menjadi calon di dalam pilihanraya tetapi tidak mahu bersusah dan berkorban agar keluar segera dari PKR.

Ketua Umum PKR ini tidak marah sekiranya terdapat pemimpin atau ahli-ahli PKR yang menegur atau mengkritik parti dengan baik, jujur dan berasas tetapi beliau amat marah sekiranya mereka tidak mahu berjuang, tidak mahu berkorban untuk parti walaupun tidak pernah menegur parti. Ini bezanya dengan pemimpin Umno yang sentiasa mahu dikipas dan sesiapa paling kuat kipasnya maka ada harapan di dalam Umno.

Walaupun parti boleh ditegur dan dikritik, namun setiap ahli mesti menggunakan kebijaksanaan sendiri untuk menimbang samada pendekatan yang mereka ambil itu menguntungkan parti atau tidak. Sekiranya tidak menguntungkan parti pun, paling tidak jangan sampai menguntungkan musuh parti. PKR mesti terus ditegur dan dikritik agar parti ini sentiasa berjaga dan tidak tidur. Pemimpin pula mesti mengambil setiap teguran itu dengan pandangan yang positif kecuali jika ternyata kritikan itu dibuat semata-mata untuk mencari jalan untuk keluar dari parti. PKR banyak pengalaman semacam ini. Cuba tanya mereka yang telah bertukar menjadi `spesis katak' itu.

Kita tahu mengapa Zahrain keluar kerana Lim Guan Eng telah dedahkan tembelang Zahrain sebelum beliau menjadi katak. Sejarah juga memperlihatkan bagaimana seorang Adun dari Perak yang terlepas dari dakwaan rasuah seks setelah menjadi katak. Tidak lupa kita bagaimana seorang TKM P.Pinang yang bermasalah kewangan, menjadi katak dan masalah selesai. Terbaru, katak hitam pula berjaya menyelesaikan bayaran membeli tanah berharga jutaan ringgit sekelip mata sebaik sahaja menjadi katak.

Oleh sebab itulah, kita harus menyokong kuat usaha DS Anwar untuk membersihkan parti dari pemimpin seperti ini. Biarlah kita kembali mempunyai seorang wakil tunggal di Parlimen seperti dahulu sekiranya yang lain hanya mahu hidup senang lenang dan tidak mahu berkorban untuk rakyat bawahan. PKR perlukan kualiti, bukan kuantiti. Tahniah DS Anwar. /wfauzdin.blogspot.com

ALAHAI HARUSSANI, TOLONG AJAR PAS BOLEH?

Oleh: WFAUZDIN NS

MUFTI Perak, Harussani Zakaria dikatakan enggan membuat penjelasan kepada tuan Guru Nik Aziz berhubung isu `Undi PAS Masuk Syurga'. Sebelum ini Tuan Guru Nik Aziz telah menghantar surat kepada Harussani agar memberikan penjelasan tentang penulisan beliau berkaitan isu tersebut.

Memetik dari yang dilaporkan oleh Malaysian Insider, Mufti Perak itu berkata, "Saya tak perlu untuk buat penjelasan terhadap beliau (Nik Aziz), kalau saya jelaskan nanti sama juga apa yang akan beliau katakan. “Saya tegaskan masalah Nik Aziz kerana mengaitkan hukum agama dalam politik, saya tahu dalam Islam politik dan agama memang tak boleh lari tapi masalahnya apabila ada pemimpin yang gunakan hukum Islam untuk raih undi,” katanya.

Pelik sungguh, beliau mengaku bahawa Islam tidak boleh dipisahkan dari politik tetapi tidak mahu kaitkan hukum Islam di dalam politik. Jadi, mahu dikaitkan dengan hukum agama apa pula? Mahu PAS kaitkan dengan agama Kristian, Budha atau Hindu? Atau, adakah PAS akan berpolitik seperti orang sekular berpolitik? Kita bayangkan, seorang Jurulatih Bolasepak akan mengajar pelatih-pelatihnya tentang bermain badminton atau bercucuk tanam. Apa akan jadi?

Adakah maksud Harussani agar PAS hanya bercakap pasal pembangunan, bina jalanraya, janji sediakan WIFI, janji padang Futsal, janji peruntukan berjuta-juta semasa berkempen sepertimana puak di sebelah sana sering amalkan? Cuba Harussani sebutkan secara jelas sepatutnya sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam apakah yang patut PAS lakukan sewaktu berkempen?

Mungkin Harussani masih beranggapan bahawa Umno lebih memperjuangkan Islam dari PAS, justeru itu pelik apanya Harussani memberi komen yang senada dengan pimpinan Umno. Saya juga tidak merasa pelik jika beliau berdiam diri jika ada orang yang mengaku Islam mengalungkan bunga ke kubur Kamal Antartuk. Pelikkah kita jika beliau berdiam tatkala Muhyiddin mengkritik Kerajaan PAS Kelantan yang ingin mengharamkan judi di negeri tersebut?

Sebaik-baiknya Harussani berdepan dengan Tuan Guru Nik Aziz dan berilah pendapat beliau berpandukan hukum Islam. Jika PAS sebuah parti Islam tentulah PAS akan bercakap di mana-mana pun berkaitan dengan Islam. Jika Harussani sebagai seorang Mufti, masakan Harussani akan bercakap atau memberi ilmu tentang bagaimana untuk menjadi seorang ratu cantik yang terkenal. Itu bukan Mufti namanya./wfauzdin.blogspot.com

LEBIH BAIK MUHYIDDIN JAGA KEMENTERIANNYA YANG SEMAKIN TERUK ITU

Oleh: WFAUZDIN NS

BETAPA bankrapnya Muhyiddin berhujah sebagai orang politik. Timbalan Presiden Umno ini mendakwa bahawa Anwar adalah liabiliti kepada PAS. Terlalu berat untuk Muhyiddin akui betapa Anwar lah seorang tokoh yang paling digeruni dan ditakuti oleh Umno. Betapa tidak, kerusi Permatang Pauh sewaktu ditandingi oleh DS Wan Azizah, isteri Anwar pun Umno tidak boleh makan. Bila Anwar bertanding di situ, ghuyub Umno menikus tidak tunjuk muka.

Muhyiddin cari jalan lain untuk pecah belahkan PR terutamanya PAS dengan PKR. Beliau kata PAS sebenarnya tidak suka Anwar turun berceramah di pentas PAS, tetapi Anwar sahaja yang mahu turun sesuka hati. Lihat sendiri betapa `cerdik'nya hujah Muhyiddin ini. Ruginya ahli Umno jika tabalkan Muhyiddin lagi sebagai Timbalan Presiden Umno kerana pemikirannya lebih teruk dari pemikiran Ketua Cawangan Umno. Ketua Cawangan Umno sendiri pun tidak percaya dengan apa yang beliau sebut.

Di dalam setiap program ceramah PAS, semua penceramah undangan telah ditetapkan lebih awal. Selepas itu, poster atau banner program ceramah dipamerkan. Mana lojik Anwar sesuka hati hadir untuk berceramah jika beliau tidak diundang? Bak kata Naib Presiden PAS sendiri, PAS jika boleh mahu Anwar turun setiap hari dalam program partinya. Mana kita mahu dengar samada cakap Muhyiddin atau Mahfuz?

Hakikatnya, Muhyiddin yang menjadi liabiliti kepada Kementerian Pelajaran. Apa sudah jadi dengan prestasi pendidikan di negara ini? Apa sudah jadi dengan isu moral dan disiplin budak-budak sekolah sekarang ? Berapa banyak wang rakyat rugi kerana tersilap mencetak buku teks budak sekolah? Jika yang ini pun Muhyiddin tidak boleh urus dan kawal, pelik apanya jika dia bercakap merapu umpama Ketua Cawangan Umno di ulu kampung? /wfauzdin.blogspot.com

BILA KUCING TIADA, KATAK PUN MENJADI HERO

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA kucing tiada, katak pun berani. Apabila Anwar dan Azmin tiada di dalam Parlimen, katak hitam dari Bagan Serai pun bukan main lagi hari ini. Maklumlah spesis baru di dalam kerabat katak kena lah tunjuk hebat di kalangan spesis katak.

Dulu katak hitam ini ada mendakwa kununnya Azmin pernah gelar dia `paria' di dalam satu mesyuarat. Lepas tu dia dakwa Azmin menghina orang India dengan gelaran `paria'. Dulu di era reformasi, ramai yang gelar Mahdey Kutty tu `Mahafiraun', adakah semua Melayu atau mamak terasa mereka adalah `Mahafiraun'? Tidak, itu hanya untuk Mahdey Kutty saja. Maka, jika benar Azmin ada gelar katak hitam ini sebagai `paria' maka itu khusus untuk dia saja.

Nampaknya terasa hebat dan hero lah puak-puak sekutu Apco di dalam Parlimen bila Anwar digantung menghadiri Parlimen. Jika tidak, teruk mereka mahu menjawab depan Anwar sampai Najib pun panas keluar Parlimen bila Anwar berucap. Begitulah hebatnya mereka yang sentiasa penakut baik di dalam Parlimen mahu pun di luar. Tempat mereka tunjuk hebat hanyalah di depan kamera TV dan akhbar Utusan Meloya./wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 9 Mac 2011

BODOHNYA PAS JIKA MEMUSUHI BLOGGERS YANG MENYOKONGNYA

Oleh: WFAUZDIN NS

ADAKAH benar bahawa PAS memusuhi atau menjauhi Bloggers Pro-PR sehinggakan PAS tewas di dalam PRK baru-baru ini? Sekali lagi saya rasa Tulang Besi menembak tidak tepat ke sasarannya.

Jika tidak silap, Tuan Guru Nik Aziz bersama Kerajaan Negeri Kelantan ada membuat satu program berjumpa dengan Bloggers Pro PR di Selangor jika tidak salah dan dihebahkan kepada semua Blogger untuk hadir. Tidak tahu pula saya samada Tulang Besi hadir atau tidak. Saya sememangnya tidak hadir pada perjumpaan tersebut tetapi mengikutinya dari jauh. Bukankah ini salah satu program merapatkan hubungan Kerajaan Negeri di bawah PAS dengan Bloggers?

Dan, sebelum kempen bermula di PRK Dun Merlimau terdapat juga satu pertemuan di antara PAS dengan Bloggers di sana. Pertemuan tersebut juga dihebahkan melalui beberapa blog pro PR. Justeru itu, di mana Tulang Besi mendapat ilham untuk mengatakan Bloggers PR dipinggirkan?

Tulang Besi masih tidak jemu membicarakan soal Kerajaan Perpaduan yang pimpinan PR telah secara terbuka mahu isu tersebut dihentikan. Beliau juga seolah-olah tidak berputus asa dan masih bekerja kuat untuk menentukan kepimpinan PAS ditukar. Adakah Tulang Besi juga mahu DS Anwar ditukar setelah beberapa MP dari PKR melompat atau PKR tewas di dalam pilihanraya? Jika itu formula yang beliau fikir untuk menjayakan cita-cita PR, saya rasa bukan sahaja ianya akan berjaya malahan PR akan hancur lebih teruk.

Memang benar, ada waktunya Bloggers juga dikritik oleh pimpinan PAS sepertimana Bloggers juga mengkritik pimpinan. Jika kita boleh kritik pemimpin, mustahil pemimpin tidak boleh kritik kita sebagai pengikut. Tegur menegur sesama kita akan memperbaiki perjuangan kita bersama. Jika kita ada hujah, kita tulis dan berhujah lah dengan baik. Jika pemimpin pula merasakan perlu menjawab hujah kita, maka pemimpin akan berhujah. Setahu saya belum ada Bloggers samada dari PKR atau PAS yang dipecat sebagai ahli semata-mata mengkritik pemimpin. Jika itu lah keadaannya, mustahil pemimpin pula perlu berundur semata-mata dikritik oleh Bloggers.

Tulang Besi cuba membawa kisah seorang sahabat Aduka Taruna yang kununnya di belasah di perkarangan masjid Rusila. Saya ada mengulas isu tersebut sebelum ini di dalam blog saya. Pandangan saya tidak berubah iaitu Aduka Taruna bersalah dan lebih bersalah lagi adalah mereka yang didakwa memukulnya. Pendapat saya ini adalah berpandukan cerita dari Aduka Taruna sendiri. Maksud saya, Aduka yang bersalah tetapi tidak berhak untuk sesiapa memukulnya. Itu pandangan saya.

Justeru itu, pendapat Tulang Besi bahawa PAS meminggirkan atau memusuhi Bloggers PR adalah satu tuduhan semata-mata. Tiada satu bukti pun menunjukkan Bloggers PR dipinggirkan bahkan bukti PAS semakin mendekati para Bloggers boleh kita buktikan. /wfauzdin.blogspot.com

MENENTANG LARANGAN JUDI DI KELANTAN - BEZA MCA DAN DAP, PAS DAN UMNO

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA Chua Soi Lek mengambil langkah untuk menyaman Kerajaan Negeri PAS Kelantan di dalam isu mengharamkan judi, terfikir pula oleh saya apa tindakan Umno selanjutnya? Kita tahu bahawa beberapa pemimpin DAP juga menentang tindakan Kerajaan Negeri PAS di bawah Tuan Guru Nik Aziz di dalam isu tersebut, tetapi tidak seorang pun pemimpin DAP yang menentang sehingga ke tahap mahu menyaman Kerajaan Negeri.

Itu beza MCA dan DAP walaupun mereka kebanyakan dari bangsa dan agama yang sama. Tetapi oleh kerana MCA berkawan dengan Umno, dan DAP pula berkawan dengan PAS maka itulah bezanya pendekatan mereka. Bukan susah untuk difahami mengapa mereka menentang tindakan Kerajaan Negeri Kelantan tersebut. Pertamanya, mereka Non Muslim dan sudah tentu mereka tidak tahu apa yang Islam mahu capai dengan langkah pengharaman tersebut. Keduanya, mereka berhujah dari segi Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada iaitu kebebasan kepada Non Muslim.

DAP walaupun menentang tetapi masih boleh Kerajaan Negeri runding dan beri kefahaman agar mereka faham aspek perlaksanaannya serta kesan dari larangan tersebut. Ertinya, DAP tidak menentang secara mutlak. Tuan Guru Nik Aziz juga telah membuat kenyataan untuk berjumpa dengan kepimpinan DAP agar mereka memahami tentang hukum ini kepada orang Islam. Berbeza dengan pemimpin MCA, mereka menentang secara mutlak iaitu bercadang untuk menyamannya tanpa meminta penjelasan atau keterangan terlebih dahulu daripada Kerajaan Negeri. Jika mahu ditafsirkan siapa `Kafir Harbi' di sini, saya tidak berani huraikan.

Langkah MCA ingin menyaman Kerajaan Negeri di dalam isu ini tidak ubah dengan cara Mahathir yang pernah mengutus surat kepada Kerajaan Negeri Kelantan dahulu agar tidak melaksanakan Hukum Hudud di negeri tersebut. Kedua-duanya sama iaitu menentang hukum Islam secara mutlak. Bezanya, Mahathir itu mengaku Islam dan Chua Soi Lek adalah Non Muslim. Sekeras-keras teguran dari DAP adalah dari Karpal Singh suatu ketika dahulu di mana beliau pernah berkata, 'langkah mayat saya dahulu jika mahu Hudud dilaksanakan'.

Di dalam konvensyen PR baru-baru ini, Karpal menyebut perkataannya itu adalah di luar konteks sebenar. Beliau mengambil pendirian terbaru bahawa DAP bersedia untuk berbincang dengan PAS berkaitan hukum Islam. Pendirian terbaru DAP ini tidak dihebahkan oleh media pencacai melainkan sering mengungkit kenyataan lama Pengerusi DAP tersebut. Oleh itu, tindakan Tuan Guru Nik Aziz yang sanggup berbincang dengan DAP di dalam isu ini adalah selaras dengan apa yang Karpal Singh suarakan.

Chua Soi Lek berani berbuat demikian kerana beliau beranggapan bahawa haramnya judi itu adalah kehendak PAS semata-mata, sedangkan itu bukan kehendak PAS tetapi itu adalah perintah Allah. Mengapa Chua Soi Lek tidak faham? Jawapannya mudah, kerana beliau berkawan dengan Umno dan Umno tidak memaklumkan kepadanya tentang hukum berjudi di dalam Islam. Bahkan, Umno sebagai tunjang kerajaan pusat meluluskan lesen judi terbesar di genting dan pernah bercita-cita untuk melaksanakan judi bolasepak Piala dunia baru-baru ini. Oleh yang demikian, pemimpin di dalam MCA dan Gerakan atau MIC menganggap judi dibenarkan di dalam Islam kerana Umno sendiri redha dan pemimpin dan ahli Umno semuanya mengaku Islam. Pada fikiran Chua Soi Lek, jika Umno yang Islam kata boleh mengapa PAS yang Islam juga kata tidak boleh? Justeru itu, siapa yang menyesatkan siapa? Jangan nanti Chua Soi Lek mahu agar hubungan seks bebas atau oral seks dibenarkan kerana itu hak mereka yang Non Muslim.

Kepada Kerajaan Negeri Kelantan, teruskan usaha tersebut di dalam masa yang sama terangkan kepada mereka bahawa hukum Islam ini menjamin keharmonian semua. Biarlah Umno pula menerangkan kepada sekutu mereka dari MCA, Gerakan dan MIC tentang hukum berjudi di dalam Islam pada pandangan Umno. Adakah berjudi itu `halal' bila berlesen dan `haram' bila tidak berlesen, biarlah pemimpin Umno terangkan. Persoalannya, mampukah pemimpin Umno terangkan tentang Islam kepada sekutu mereka itu sedangkan isteri sendiri pun tidak tahu hukum menutup aurat. /wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 8 Mac 2011

USAHA NAJIB MAHU PECAH BELAHKAN PAS DAN PKR

Oleh: WFAUZDIN NS

AKHBAR hari ini memetik kenyataan Najib bahawa semasa PRK Dun Merlimau dan Dun Kerdau, terdapat pimpinan PAS tidak menggalakkan DS Anwar datang berkempen ke kawasan tersebut. Satu lagi usaha Najib untuk melaga-lagakan kerjasama PKR dan PAS setelah usaha memperdayakan PAS dengan `Kerajaan Perpaduan' gagal.

Najib selaku PM tentunya mempunyai ramai SB yang ditugaskan meninjau kempen PR di dua kawasan tersebut, malangnya beliau masih tidak tahu apa-apa maklumat atau sememangnya beliau tidak diberitahu. Najib tidak tahu betapa Anwar telah menjelajah dari satu tempat ke satu tempat di dalam satu hari sahaja di Merlimau. Begitu juga di Kerdau, di mana kehadiran Anwar disambut secara `samseng' berperangai `monyet' oleh sekumpulan pemuda yang mengepung dan melontar batu ke kereta Anwar.

Kehadiran Anwar di dalam mana-mana kempen PRK amat dinantikan oleh semua penyokong PR termasuk PAS, ini dibuktikan semua ceramah Anwar mendapat sambutan yang hangat. Jika tidak, masakan ada `monyet upahan' yang menanti kehadiran Ketua Pembangkang itu. Tidak seperti Umno, jika Najib atau Muhyiddin tidak membawa `bekal' serta uncang-uncang yang mahu ditaburkan kepada pengundi, sudah pasti kehadiran beliau tidak dipedulikan rakyat. Bayangkan, Umno sampai ke tahap memanggil betina tua yang masih bujang itu untuk mengajar anak-anak muda dio Merlimau dan Kerdau bagaimana untuk mencarut, bercakap lucah dan melakukan fitnah.

Betina itu mahu anak-anak muda Melayu khususnya menjadi sepertinya yang tiada moral sehingga dibuang oleh keluarganya sendiri. Umno juga sanggup menjemput raja golek punggung M.Daud Kilau dan berdangdut selepas ceramah Ezam sesumpah dan Berahim raja katak. Mengapa bergelek dan berdangdut selepas ceramah? Ini adalah kerana untuk mengelakkan penonton lari sebaik sahaja selesai bergelek dan ceramah pun tidak laku. Itu bezanya cara kita dengan cara mereka.

Namun puak mereka menang bukan kerana Najib, Muhyiddin, betina tua atau ketiga-tiga raja itu iaitu raja gelek, raja sesumpah atau pun raja katak. Mereka menang kerana `habuan' yang diberi dan dijanjikan. Dijanjikan wang tunai RM13 Ribu dibayar Isnin selepas selesai pilihanraya bagi beberapa ratus Peneroka Felda. Terbukti ianya dibayar juga tetapi dengan cek. Tidak kisah cek atau tunai, tetapi mereka telah mendapat apa yang mereka mahu. Peduli apa mereka dengan perjuangan Islam yang ingin dibawa oleh PAS. Selepas ini mereka akan bayar balik wang itu, itu tiada masalah kerana setiap tahun mereka sudah pasti ada bonus kerana harga sawit tetap akan tinggi sehingga kiamat. Peneroka felda orang bertuah di Malaysia sekarang.

Bagaimana dengan warga felda yang lain yang mencukupi syarat untuk mendapat imbuhan seperti yang diperolehi oleh wara felda di Kerdau? Kamu jangan bimbang, bersabarlah manalah tahu ada pula PRK di kawasan kamu selepas ini. Cuma, jangan berdoa Wakil Rakyat kamu mati pula. /wfauzdin.blogspot.com

TIDAK CUKUP DENGAN MULUT, MAHATHIR BURUKKAN ANWAR MELALUI TULISAN PULA

Oleh: WFAUZDIN NS

KES liwat DS Anwar `Siri 2' kini sedang dibicarakan oleh mahkamah. Di dalam kes Liwat `Siri 1' mahkamah akhirnya membebaskan Anwar dari pertuduhan tersebut walaupun pihak tertentu menyebut bahawa pembebasan Anwar hanyalah kerana teknikal sahaja.

Jika mahu disebut soal teknikal, di dalam kes Liwat `Siri 1' dulu terlalu banyak teknikal bahkan fakta yang dipersoalkan. Kita masih ingat bagaimana tarikh kejadian di dalam pertuduhan dipinda beberapa kali kununnya `typing error'. Kita juga tidak lupa keterangan Azizan yang menyebut beliau tidak diliwat oleh Anwar, dan banyak lagi. Oleh itu, pelik apanya Anwar dibebaskan kununnya atas sebab teknikal?

Kini, Anwar diheret lagi di dalam kes yang sama melibatkan seorang pemuda yang kuat dan gagah berani jika dibandingkan dengan Azizan. Tidak cukup dengan itu, kini Mahathir mengeluarkan sebuah buku atau Memoir Dr Mahathir bertajuk "A Doctor In The House' yang menulis juga tentang kisah seks Anwar bersama lelaki dan wanita.

Malaysiakini melaporkan, "Tun Dr Mahathir Mohamad memuatkan 20 halaman dalam memoirnya yang bertajuk - A Doctor In The House - mengenai bagaimana beliau mendapat tahu tentang dakwaan kisah seks Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan lelaki dan wanita, yang membawa kepada pemecatannya pada 1998. Ia diceritakan di bawah bab bertajuk 'Anwar's Challenge' dalam memoir setebal 800 halaman itu. Mahathir menulis, empat tahun selepas ketua polis negara, Tun Hanif pertamakali memberitahunya tentang dakwaan yang mengaitkan Anwar dengan aktiviti homoseksual, seseorang menghantar kepadanya buku '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri'."

Ertinya, kerja-kerja untuk memusnahkan karier politik Anwar tidak akan terhenti di mahkamah. Mahathir tidak akan berpuas hati selagi Anwar masih memimpin PR untuk ke Putrajaya kerana beliau cukup bimbang rahsia beliau dan kroni-kroninya akan terbongkar sekiranya Anwar berada di Putrajaya. Mahathir cukup ngeri membayangkan apa yang telah terjadi kepada pemimpin Tunisia dan juga Hosni Mubarak di Mesir.

Apa yang ditulis oleh Mahathir di dalam buku tersebut, seolah-olah Mahathir tahu kesemua cerita seks Anwar dan Mahathir akui beliau mempunyai bukti. Hairannya, Mahathir tidak berani tampil ke mahkamah sebagai saksi di dalam kes liwat `Siri 1' ketika itu. Bukan Mahathir sahaja, wanita-wanita yang Mahathir menyimpan fotonya yang dikatakan terlibat dengan seks bersama Anwar juga tidak tampil sebagai saksi ketika itu. Hanya Umi Hafilda sahaja yang tampil, tetapi wanita ini tidak membawa apa-apa bukti kukuh untuk menyabitkan Anwar di dalam kes tersebut. Berbeza dengan ceramah Umi sejak kebelakangan ini yang mendakwa beliau punyai bukti kukuh, malahan mempunyai pita video rakaman lagi. Mengapa tidak didedahkan di mahkamah dahulu? Kununnya, Umi tidak mahu dedahkan ketika itu kerana mahu beri peluang kepada Anwar untuk insaf. Jika benar ingin memberi peluang, mengapa sanggup jadi saksi ketika itu?

Ini semua kerja-kerja jahat puak yang begitu takut Anwar berada di Putrajaya. Kehebatan Anwar bukan saja ditakuti oleh penguasa sekarang bahkan yang sudah bersara pun takut seperti Mahathir. Mengapa takut jika tidak pernah melakukan penyelewengan? Mahathir sentiasa berdendam dengan Anwar, jika beliau tidak mampu lagi bersuara kerana sudah semakin tua, beliau tetap akan burukkan dan aibkan Anwar melalui tulisan pula. /wfauzdin.blogspot.com

Isnin, 7 Mac 2011

KERDAU - KISAH TETAMU YANG DITIPU DAN DIKHIANATI

Oleh: WFAUZDIN NS

DI DALAM kehangatan kempen PRK Dun Kerdau baru-baru ini, kita digemparkan dengan berita kemasukan bekas Ketua cawangan Umno Jengka 25, Muzammil Mualip yang menyerahkan borang menyertai PAS bersama 11 lagi rakannya pada 01 Mac yang lalu.

Kemasukan beliau ke dalam PAS kita raikan dan disyukuri walaupun kita tahu kemasukannya bukan menjadi satu laluan mudah untuk PAS memenangi PRK tersebut kerana penghalang yang lebih besar menanti di situ iaitu umpan dan sogokan kepada pengundi-pengundi.

Namun, sebagai sebuah parti yang sentiasa menjalankan usaha dakwahnya maka kemasukan beliau kita syukuri dan kita raikan sebagai penambah semangat kita di PRK tersebut. PAS tidak memaksa atau mengugut beliau, jauh sekali untuk memberikan apa-apa habuan kepada Muzammil dan rakan-rakannya. Sebagai meraikannya, PAS memberi penghormatan terhadapnya dengan Presiden PAS sendiri Tuan Guru Hj Hadi bersama Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man datang ke rumahnya untuk menerima borang penyertaan ke dalam PAS.

Terlalu istimewa kita raikan beliau, dan saya percaya mungkin tidak ramai ahli-ahli PAS yang mendapat layanan istimewa seperti itu. Siapa di antara kita yang memasuki PAS yang Presiden PAS sendiri terima borang kita di rumah kita sendiri? Oleh kerana ketika itu PAS sedang berdepan dengan situasi getir berdepan dengan seluruh jentera kerajaan, maka Presiden PAS bersedia hadir ke rumah beliau menandakan keikhlasan PAS menerimanya sebagai jemaah.

Amat menyedihkan, selang tiga hari lebih kurang Muzammil kembali `rujuk' kepada Umno. Mengapa Muzammil tergamak bermain politik semurah itu? Mengapa tergamaknya beliau mengkhianati Tuan Guru Hj Hadi dan Tuan Ibrahim Tuan Man yang pernah menjejakkan kaki ke rumahnya sebagai tetamu? Kita tidak sedih jika beliau tidak mahu bersama PAS tetapi mengapa cara itu beliau lakukan? Bukankah jelas itu merupakan satu cara terancang untuk memalukan PAS terutamanya Tuan Guru Hj Hadi?

Mustahil Muzammil keluar PAS kerana tidak setuju dengan dasar PAS kerana di dalam masa tiga hari mana mungkin Muzammil boleh mengenali PAS secara mendalam. Sebenarnya beliau telah merancang itu semua dan beliau sanggup menjadikan rumahnya sebagai saksi pengkhianatannya terhadap PAS. Sedikit pun beliau tidak menghargai kedatangan Tuan Guru Hj Hadi dan Tuan Ibrahim Tuan Man ke rumahnya, sebaliknya beliau sanggup menipu demi untuk memalukan PAS sekaligus kemenangan moral buat Umno.

Perbuatan Muzammil pada saya adalah satu perbuatan yang jahat dan tidak bermoral. Adakah PAS merasa marah terhadap beliau? Tidak, malahan dengan sabar dan tenang Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan ahli-ahli PAS agar tidak memusuhi Muzammil. Sepatutnya Muzammil tidak perlu berbuat demikian jika inginkan kemenangan buat Umno kerana Umno sudah cukup kuat dengan segala jentera kerajaan dan wang rakyat yang mereka curahkan di Kerdau. Tidak perlu melakukan perbuatan tidak bermoral seperti itu. Menipu di siang hari nescaya kehidupan orang seperti ini tidak aklan mendapat keberkatan.

Sekiranya beliau terasa rugi menyertai PAS setelah mendengar pengumuman wang tunai RM13 ribu itu akan dibayar selepas PRK, kita berharap Muzammil akan berbahagia dan senang dengan apa yang dihajati olehnya. PAS bukan parti senang lenang dan mungkin Muzammil tidak layak berada di dalam jemaah PAS. Buat kita yang menyokong perjuangan PAS teruskan perjuangan ini. Meski pun kita tewas, kita mesti bersyukur kerana kita tidak tergolong di dalam golongan orang yang memikirkan kebendaan duniawi yang sementara ini. Teruskan berjuang./wfauzdin.blogspot.com

TEWAS PILIHANRAYA, PRESIDEN PAS MESTI DITUKAR ?

Oleh: WFAUZDIN NS

MENGAPA perlu disalahkan kepada Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi, Timbalan Presiden dan juga Ketua Pemuda PAS apabila PAS tewas di dua kerusi Dun Merlimau dan Dun Kerdau baru-baru ini? Pada saya tulisan Tulang Besi di sini agak keterlaluan di dalam mencari punca sebenar kekalahan PAS termasuk di PRK Dun Tenang.

Beliau mempersoalkan peranan pemimpin PAS tersebut di dalam menarik sokongan terutamanya pengundi-pengundi muda. Tulisan beliau seolah-olah menunjukkan Najib, Muhyiddin dan KJ adalah lebih diyakini oleh golongan muda daripada ketiga-tiga pemimpin PAS tersebut. Justeru itu, beliau menyarankan agar dilakukan perubahan pimpinan di dalam PAS membabitkan ketiga-tiga pemimpin yang disebutkan tadi.

Pada saya, hujah Tulang Besi langsung tidak releven. Adakah jika berlaku perubahan pada pimpinan PAS maka PAS tidak boleh tewas lagi? Faktor terbesar yang paling lojik mengapa PR tewas adalah kerana kita memasuki pertandingan yang amat tidak adil dan dipenuhi dengan amalan korupsi di pihak mereka. Di dalam keadaan begitu pun kita masih mengekalkan momentum sokongan rakyat kepada kita. Bayangkan jika kita berdepan dengan Umno/Bn sahaja tanpa adanya sokongan dari belakang oleh semua jentera kerajaan, tanpa rasuah dan SPR yang telus, tentu sudah lama Umno/Bn `ghuyub'.

Pemimpin kita telah lakukan yang terbaik, dan peranan pemimpin PAS yang paling berjaya adalah `menjinakkan' DAP dengan Islam yang dibawa oleh PAS. Cuma satu sahaja yang pernah saya tulis sebelum ini bahawa pemimpin PR masih gagal menekan kerajaan agar melaksanakan sistem demokrasi yang adil. Itu sahaja yang kita perlu utamakan, bukannya menukar kepimpinan yang ada. Sekiranya ditukar sebulan sekali, atau diletakkan pemimpin mana sekali pun dari langit, jika demokrasi yang ada seperti sekarang diteruskan maka kita tidak hairan jika kita akan tewas lagi di masa akan datang.

Bukan kita nafikan kita ada kelemahan di sana sini, tetapi kita harus realistik bahawa jika kita perbaiki kelemahan kita setiap masa, tetapi di hadapan kita masih dihalang dengan berbagai kepincangan, penipuan dan ketidakadilan, adakah kita yakin kita boleh mencapai kemenangan? Umpama pasukan bolasepak yang mempunyai pemain-pemain yang hebat, tetapi mereka masuk padang tanpa kasut, berdepan dengan pihak lawan yang lengkap dan diadili pula oleh Pengadil yang dilantik oleh Tim mereka. Jika Pengadil sudah berniat untuk memberikan kemenangan kepada Tim nya, bukan suatu kerja yang susah. Paling mudah berikan sahaja tendangan penalti kepada Timnya, dan kita tewas.

Justeru itu, saya berpandangan bahawa PAS tidak memerlukan perubahan pimpinan sehinggalah ahli-ahli PAS sendiri ingin melakukan perubahan itu, bukan kerana menang atau tewas di dalam pilihanraya. Pokok utamanya, pimpinan PR mesti lakukan sesuatu untuk mengubah sistem yang sedia ada. Jika tidak, kita harus bersedia untuk menerima kekalahan lagi di masa-masa akan datang. Kesimpulannya, kelemahan yang ada mesti diperbaiki serentak itu juga perbaiki sistem demokrasi yang korup ini./wfauzdin.blogspot.com

INI BUKAN KEKALAHAN TERAKHIR BUAT PR, KECUALI PIMPINAN KITA BERANI LAKUKAN SESUATU

Oleh: WFAUZDIN NS

PAS menyertai pilihanraya adalah kerana menganggap bahawa itu adalah salah satu kewajipannya di dalam melaksanakan perintah Allah. Sekiranya PAS tidak bertanding, rakyat tidak mempunyai peluang untuk mengangkat pemimpin mereka yang mahu melaksanakan hukum Islam kerana PAS adalah satu-satunya parti di dalam negara ini yang dasarnya adalah Islam.

Begitu juga dengan sekutu PAS di dalam PR yang masuk bertanding kerana ingin melakukan perubahan. Walaupun sudah lama kita mengetahui bahawa kita menyertai pilihanraya di dalam keadaan demokrasi yang pincang serta penuh ketidakadilan, namun kita tetap menawarkan diri kepada rakyat untuk menjadi pilihan mereka. Ramai yang mempersoalkan sampai bila PR harus bertanding di dalam suasana yang kita sendiri tahu akan risikonya. Samada PR bangkit menentang ketidakadilan di dalam sistem demokrasi yang ada sekarang atau tidak, kita mesti menyertai pilihanraya kerana itu satu kewajipan. Jika kita tidak berupaya bangkit, kita harus bersedia untuk menerima kekalahan demi kekalahan lagi.

Saya bukan ingin menafikan beberapa kelemahan di pihak kita yang mungkin menjadi faktor kita tewas sejak kebelakangan ini. Kita harus akui kita masih punyai kelemahan yang perlu kita perbaiki. Namun pada pendapat saya, sehebat mana pun kita jika kita bertanding di dalam keadaan padang yang tidak rata dengan pengadil yang bersikap berat sebelah, kita lebih banyak berpeluang untuk kalah dari mencapai kemenangan. Jika kita menang sekali pun, bukan bererti kita menang kerana pilihanraya itu bersih dan adil. Mungkin kita menang oleh kerana terlalu kuat sokongan pada kita sehingga tidak mampu untuk mereka menghalangnya lagi. Adakah kita selama-lamanya mahu mengharapkan situasi begitu?

Sehubungan itu, suka saya cadangkan kepada pimpinan PR agar lakukan sesuatu yang lebih serius dan bersungguh-sungguh agar kita tidak lagi dipermainkan setiap kali kita menyertai pilihanraya. Siapa boleh nafikan jentera kerajaan, media, rasuah politik, undian pos dan segalanya digunakan oleh pihak mereka setiap kali adanya pilihanraya? Kita sedar sudah lama semua ini, namun kita seperti tidak bersungguh bangkit menentangnya. Ini lah punca sebenar atau faktor utama mengapa kita selalu tewas.

Memadaikah kita hanya bercakap menentang ketidakadilan ini, selepas itu kita masuk juga gelanggang dalam situasi yang tidak pernah berubah? Percayalah, selagi semua itu tidak kita halang, selagi itu kita akan terus ditertawakan dengan kekalahan demi kekalahan. Contoh terbaru, PRK di Dun Tenang, Merlimau dan Dun Kerdau terlalu menonjol kecurangan demokrasi yang mereka lakukan. Bila kita tewas, kita buat komen yang nadanya tetap sama bertahun-tahun iaitu kita tewas akibat amalan rasuah mereka, undi pos, pengundi hantu, media, jentera kerajaan yang mereka gunakan. Kita tahu, tapi apa yang kita rancang untuk menghalangnya?

Menjadi harapan kita agar pimpinan PR lebih serius di dalam hal ini. Jika keadaan ini tidak dapat diperbaiki, tiada gunanya kita siang malam berkempen meminta rakyat menyokong kita. Sekiranya semuanya dapat kita perbetulkan, barulah kita boleh mengkaji sebenar-benarnya kelemahan kita jika kita masih tewas lagi./wfauzdin.blogspot.com

PILIHANRAYA PALING MELAMPAU - TUAN IBRAHIM

Kerdau p'raya 'paling melampau', kata Tuan Ibrahim
Mac 6, 11

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, parti itu tewas dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau disebabkan peningkatan jumlah para pemilih.

"Bagaimanapun daripada sudut jumlah undi di tiga kawasan Felda, ada peningkatan," katanya dalam sidang media di markaz PAS di Kerdau malam ini selepas keputusan rasmi diumumkan. Ditanya sama ada keputusan hari ini menunjukkan PAS kehilangan undi Melayu, Tuan Ibrahim menafikannya kerana Kerdau merupakan kubu kuat BN.

azlan

"Dengan segala jenteranya, agak sukar bagi kita. Bagi saya ini cuma kemerosotan kecil," katanya lagi. Tuan Ibrahim juga terus menyatakan perasaan tidak puas hati kepada perjalanan proses pilihan raya kali ini sebagai "pilihan raya paling melampau".

Justeru, tambahnya, PAS akan menyarankan supaya dilakukan reformasi melalui program pemutihan pilihan raya Bersih 2.0. Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut menafikan dakwaan Pakatan gagal menterjemahkan kandungan Buku Jingga dalam pilihan raya kali ini. Beliau memberi alasan, pilihan raya Kerdau lebih tertumpu kepada isu tempatan.

Sementara itu, exco kerajaan tempatan Selangor Ronnie Liu pula berkata Pakatan tidak perlu susah hati kerana ujian sebenar adalah dalam pilihan raya umum. Ditanya tentang sokongan undi Cina di Kerdau kali ini, Ronnie berkata perkara itu tidak dapat diukur kerana bercampur dengan kaum lain dalam satu daerah mengundi.

Calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad memperolehi kemenangan besar dengan majoriti 2,724 undi, menewaskan Hassanuddin yang mendapat 2,336 undi.

Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya, Datuk Tarif Abdul Rahman kira-kira 8.20 malam ini. Majoriti kemenangan BN itu menunjukkan parti itu berjaya mengembalikan tahap sokongan yang dinikmatinya pada pilihan raya umum 2004 di mana parti itu mendapat majoriti sebanyak 2,565 undi. Ia juga menunjukkan pertambahan hampir 70 peratus berbanding majoriti yang diperolehi BN sebanyak 1,615 undi pada 2008.

Pilihan raya kecil itu turut mencatatkan jumlah keluar mengundi sebanyak 83 peratus atau 7,480 orang pemilih keluar mengundi selepas semua 13 pusat mengundi ditutup 5 petang tadi./Malaysiakini

Ahad, 6 Mac 2011

KEJUTAN DI KERDAU, MUNGKINKAH MENCAPAI 90 % MENGUNDI ?

LAPORAN LANGSUNG DI KERDAU

3.27pm: Jumlah keluar mengundi meningkat kepada 7,149 (79.44%) sehingga jam 3 petang.

2.25pm: Seramai 6,805 pengundi (75.62%) telah keluar mengundi sehingga jam 2 petang.

2pm: Kesesakan teruk berlaku di sebatang jalan yang menghubungkan pusat mengundi di Rumpun Makmur dan Kerdau.

Keadaan itu hampir menyebabkan kenderaan yang melalui jalan berkenaan tidak bergerak langsung.

1.25pm Jumlah keluar mengundi hingga hingga jam 1 petang telahpun mencatat angka 6,467 pengundi – 71.86%./Malaysiakini

JIKA SEMUA PENGUNDI MUDA TURUN, PAS ADA HARAPAN DI KERDAU - TUAN IBRAHIM

LAPORAN LANGSUNG DI KERDAU

1.25pm Jumlah keluar mengundi hingga hingga jam 1 petang telahpun mencatat angka 6,467 pengundi – 71.86%.

NONE1pm: Ramai petugas dan golongan yang hadir ke kawasan pengundian mengambil peluang untuk berehat, termasuk sekumpulan aktivis daripada Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM).

Kumpulan aktivis berkenaan pada awalnya dilihat menyertai kumpulan petugas BN.

Kelihatan beberapa orang daripada mereka sedang bermain ping pong di hadapan bilik gerakan MBFM yang terletak kira-kira 30 meter daripada SK Jengka 25.

12.30pm: Jumlah keluar mengundi hingga jam 12 tengahari ialah seramai 5,874 orang – 65.29 peratus.

11.30am: Jumlah keluar mengundi hingga jam 11 pagi ialah seramai 4,890 orang – 54.34 peratus.

Sementara itu, suasana lebih meriah dikesan di Felda Jengka 23, di mana penyokong BN dan PAS saling ejek-mengejek di luar pusat pengundian di SK LKTP Felda 23.

NONEKumpulan penyokong dengan kekuatan masing-masingnya seramai kira-kira 100 orang itu berhimpun di pinggir jalan yang menuju ke pusat pengundian berkenaan.

Penyokong BN itu melaungkan "murah" dan "tak sedap" apabila sebuah kereta tiba dengan membawa muatan air botol untuk penyokong PAS.

Penyokong PAS berkenaan bagaimanapun sekadar mengibarkan bendera mereka apabila diejek begitu.

Keadaan di sini secara umumnya aman dengan dikawal sekumpulan anggota polis yang sebahagiannya dilengkapi pistol dan senapang gas pemedih mata.

11.25am: Sekumpulan lebih 200 sedang berkumpul di jalan masuk ke SK Jengka 25, tetapi para penyokong parti itu hanya bersorak sekali sekala sahaja.

NONEPada waktu ini juga, seramai kira-kira 30 orang anggota polis bertugas mengawal keadaan. Jumlah ini adalah lebih ramai berbanding pada awal pagi ini.

PAS mematuhi arahan SPR dengan tidak mendirikan 'pondok panas' di kawasan ini, tetapi BN sebaliknya.

10.50am: Naib presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dan rakan sejawatannya dari PKR Fuziah Salleh dilihat meninjau kawasan pengundian di Felda Jengka 25.

Menurut Tuan Ibrahim, PAS bergantung pada pengundi muda yang mewakili 38 peratus daripada 8,999 pengundi.

"Jika mereka turun semua, insya-Allah kita ada harapan," katanya kepada Malaysiakini./Malaysiakini

PRK DUN MERLIMAU/KERDAU - BERITA YANG MENYENANGKAN NAJIB TETAPI TIDAK PULA MENDUKACITAKAN PAS


Oleh: WFAUZDIN NS

SEORANG Pensyarah yang mempunyai Ijazah Kedoktoran Sains Politik iaitu Ong Kian Ming, telah membuat kajian terhadap dua kawasan PRK iaitu di Dun Merlimau dan Dun Kerdau yang akan membuang undi hari ini. Hasil kajian beliau mungkin boleh melegakan Umno/Bn di mana kajiannya menunjukkan kedua-dua Dun tersebut kekal milik Bn.

Di Dun Merlimau, kajian beliau menunjukkan Bn menang besar dan beliau meramalkan undian kaum Cina terhadap Bn juga akan meningkat. Di kawasan tersebut, Bn dikatakan bakal mendapat majoriti melebihi 4 ribu.

azlan

Rengkasnya, undi Melayu, Cina dan India meningkat terhadap Bn di Merlimau. Laporan ini tentunya melegakan Najib dan Ali Rustam. Sekiranya benar, maka tocang dan keegoan Ali Rustam akan bertambah kerana ini membuktikan bahawa rakyat Melaka di kawasan berkenaan tidak kisah apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Bagaimana pula di Dun Kerdau? Kajiannya menunjukkan tiada banyak bezanya sokongan kaum Melayu terhadap Bn, namun yang jelas adalah pertambahan undi di kalangan kaum Cina sehingga 7 %, dan paling meningkat adalah undi kaum India sekitar 20 %.

Tentu kajian ini amat menyenangkan hati Najib dan Adnan Yaakob. Seperti juga Ali Rustam, pastinya Adnan Yaakob akan bertambah tegak berdirinya walaupun negeri yang dipimpinnya dipenuhi dengan pelbagai masalah kewangan dan ekonomi. Namun, rakyat di Kerdau tetap setia menyokong Bn.

Mungkin berbaloi bagi mereka yang keluar Umno masuk PAS selama 3 hari kemudiannya masuk Umno semula. Siapa yang sanggup susah bersama PAS? Jika mahu susah pun, biarlah bersama Umno asalkan pemimpin mereka senang lenang. Berbeza dengan PAS, pemimpin boleh susah asalkan rakyat dapat merasai kesenangan.


azlan

Banyak pemimpin PR yang pernah melalui rasa susah masuk penjara bukan kerana rasuah atau jenayah, tetapi kerana memperjuangkan hak rakyat. Adakah di kalangan pemimpin Umno begitu? Pemimpin Umno boleh selamat selagi ada kuasa. Lihatlah mereka yang didakwa atas kes rasuah kebanyakannya setelah tiada kuasa atau jawatan di dalam parti.

Bahkan, ada pemimpin yang rasuah masih kekal di dalam kuasa dan memegang jawatan utama di dalam parti. Tidak percaya, cuba tanya Ali Rustam, Isa Samad atau KJ. Tetapi jika rakyat sudah suka pemimpin sedemikian, apa yang kita boleh buat? Kita kena teruskan perjuangan walaupun kalah beribu kali.

Di Dun Kerdau, Pensyarah ini meramalkan Umno/Bn menang dengan majoriti sekitar 2,500 undi.

Ini semua hanya kajian di atas kertas. Di dalam hati sanubari pengundi tiada siapa boleh menentukan. Kita mesti menaruh baik sangka kepada pengundi-pengundi di Dun Merlimau dan Dun Kerdau. Beberapa hari kita berdepan dengan seluruh jentera kerajaan di belakang Umno/Bn dengan berbagai umpan dan habuan yang diberi dan dijanjikan, kita hanya berserah kepada Yang Maha Esa.

Buat semua pengundi yang berugama Islam, apabila anda menapak ke tempat membuang undi, sambil anda berjalan beristighfar dan berzikir mengingati Allah sebanyak-banyaknya. Mudah-mudahan Allah butakan mata anda dari melihat umpan duniawi yang dijanjikan dan Allah bukakan mata hati anda untuk bersama PAS di dalam memperjuangkan Islam serta hak anda sebagai insan di muka bumi ini. Jangan fikir habuan hari ini, esok atau lusa, tetapi fikirkan tentang nasib anak cucu kita di masa hadapan. Tiada yang lebih memberi keinsafan selain dari memikirkan hari kematian dan hari kebangkitan. /wfauzdin.blogsspot.com

AKU TIADA UPAYA, PADAMU AKU MENGADU..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,

Alhamdulillah, Segala Puji-pujian bagi Mu Ya Allah dan Selawat Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW,

Ya Allah Ya Tuhan Ku,

Pada pagi yang sepi dan hening ini, Aku memohon pertolongan dari Mu.
Dikau Maha Mendengar dan Maha Kuasa Atas Segalanya. Aku memohon agar kau berilah kemenangan kepada pejuang-pejuang Islam khususnya di Negara ini. Kau hancurkanlah musuh-musuh Islam dan mereka yang bersekutu dengannya.

Ya Allah Ya Robbi,

Berikanlah kemenangan kepada pejuang ugama Mu, Berikanlah kemenangan kepada Parti Islam SeMalaysia di dalam pilihanraya kecil di Merlimau dan Kerdau ini seterusnya kemenangan di masa-masa akan datang. Kami telah diuji dengan kemenangan dan kami juga telah diuji dengan kekalahan, namun kami tetap bersyukur kerana kami masih berpegang dengan ugama Mu.

Ya Allah, Berikanlah kemenangan kepada calon kami yang akan bekerja kuat untuk membawa amanah darimu serta memperjuangkan keadilan, mencegah kezaliman seperti yang Kau perintahkan.

Ya Allah, Tiada upaya kami untuk menentang ketidakadilan mereka tanpa pertolongan dari Mu. Kami mahukan kemenangan tetapi kami tidak takut kepada kekalahan. Kami lebih takut sekiranya kami tidak lagi berjuang untuk agama suci ini. Berikan lah kami kemenangan agar kami lebih bertenaga untuk menghadapi mereka.

Kepada Dikau kami sembah , kepada Dikau kami mohon pertolongan. Berilah kekuatan kepada jemaah kami dan bukalah hati setiap mereka untuk mengikuti perjuangan kami.

Ya Allah, Ampuni segala dosa kami dan seluruh Kaum Muslimin dan Muslimat samada yang masih hidup dan yang telah kembali kepada Mu.

Amin Ya Rabbil Alamin...

TV 3 SUKU UMPAMA BILIK GERAKAN UMNO/BN

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA menonton TV 3 suku terutamanya di dalam laporan tentang PRK Dun Merlimau dan Kerdau, bahkan di dalam beberapa PRK sebelum ini pun kita akan tergambarkan bahawa seolah-olah TV 3 suku itu adalah Bilik Gerakan Umno/Bn. Itu hakikat yang saya tahu orang di dalam TV 3 suku pun tahu dan sedar.

Bukannya semua kakitangan TV 3 suku selesa dengan sikap pengurusan TV 3 suku yang menyalahgunakan hak penyiaran sedemikian, tetapi apakan daya. Sebab itu, bila Umno/Bn memenangi mana-mana PRK apatah lagi PRU, kita amat menyedari betapa besarnya sumbangan TV 3 suku kepada Umno/Bn. Setiap kali ada tuduhan terhadap parti PR, berita tersebut disensasikan tanpa diberi peluang untuk pimpinan PR menjawabnya terlebih dahulu.

Tiada siapa boleh mengubah sikap bangsat TV 3 suku ini melainkan rakyat. Bukan mudah untuk mengubah minda rakyat yang telah diracun oleh media haprak seperti ini. Tidak mustahil suatu hari nanti TV 3 suku akan menjadi seperti akhbar Utusan Meloya yang hidup segan mati tak mahu itu. /wfauzdin.blogspot.com

AKHIR ZAMAN, ORANG BUAT BAIK LAGI KUAT DIFITNAH

Guru tampil 'selamatkan' Tuan Ibrahim

Mac 5, 11

Seorang guru tampil mempertahankan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang didakwa membeli tanah seorang peneroka Felda dengan menggunakan nama isterinya.

Pendidik itu - Ibrahim Osman - mengakui membeli tanah itu dengan meminjam duit pemimpin popular PAS itu, lapor Harakahdaily.

"Memandangkan saya tidak ada duit, saya telah bertanya kepada Datuk Tuan Ibrahim untuk membantu saya.

"Dia bersetuju meminjamkan dahulu duit kepada saya dan sebagai jaminan terhadap pinjaman tersebut saya bersetuju menggunakan nama isteri beliau sementara saya menjelaskan kesemua pinjaman itu.

"Apabila saya mempunyai duit, saya telah mengambilalih tanah itu dan menggunakannya untuk dicagarkannya kepada pihak MARA atas nama syarikat saya, Syarikat Pintar Kesuma Sdn Bhd (gambar)," Ibrahim dipetik sebagai berkata dalam sidang media khas di Markas PAS Kerdau lewat petang ini.

Sehubungan itu, beliau berkata dukacita kerana bantuan Tuan Ibrahim itu kini "bertukar menjadi satu fitnah".

Utusan Malaysia versi dalam talian hari ini melaporkan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Tuan Ibrahim tidak sepatutnya mengambil kesempatan daripada peneroka tanah yang kesempitan dengan membeli tanah mereka.

Sementara itu, Tuan Ibrahim yang hadir sama dalam sidang media itu dilaporkan berkata tidak mempunyai apa kaitan dengan isu ini.

"Media dan Umno hanya cuba mengalih isu sebenar di Kerdau iaitu masalah hutang kerajaan negeri dengan membangkitkan perkara yang tidak benar ini," Tuan Ibrahim dipetik sebagai berkata./Malaysiakini