RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 10 Mac 2011

TAHNIAH DS ANWAR, PKR PERLUKAN KUALITI BUKAN KUANTITI

Oleh: WFAUZDIN NS

DS ANWAR nampaknya sudah tidak bimbang lagi berapa ramai pemimpin atau ahli-ahli PKR yang akan keluar parti. Beliau bahkan mencabar sesiapa yang berada di dalam PKR yang hanya mahu menjadi calon di dalam pilihanraya tetapi tidak mahu bersusah dan berkorban agar keluar segera dari PKR.

Ketua Umum PKR ini tidak marah sekiranya terdapat pemimpin atau ahli-ahli PKR yang menegur atau mengkritik parti dengan baik, jujur dan berasas tetapi beliau amat marah sekiranya mereka tidak mahu berjuang, tidak mahu berkorban untuk parti walaupun tidak pernah menegur parti. Ini bezanya dengan pemimpin Umno yang sentiasa mahu dikipas dan sesiapa paling kuat kipasnya maka ada harapan di dalam Umno.

Walaupun parti boleh ditegur dan dikritik, namun setiap ahli mesti menggunakan kebijaksanaan sendiri untuk menimbang samada pendekatan yang mereka ambil itu menguntungkan parti atau tidak. Sekiranya tidak menguntungkan parti pun, paling tidak jangan sampai menguntungkan musuh parti. PKR mesti terus ditegur dan dikritik agar parti ini sentiasa berjaga dan tidak tidur. Pemimpin pula mesti mengambil setiap teguran itu dengan pandangan yang positif kecuali jika ternyata kritikan itu dibuat semata-mata untuk mencari jalan untuk keluar dari parti. PKR banyak pengalaman semacam ini. Cuba tanya mereka yang telah bertukar menjadi `spesis katak' itu.

Kita tahu mengapa Zahrain keluar kerana Lim Guan Eng telah dedahkan tembelang Zahrain sebelum beliau menjadi katak. Sejarah juga memperlihatkan bagaimana seorang Adun dari Perak yang terlepas dari dakwaan rasuah seks setelah menjadi katak. Tidak lupa kita bagaimana seorang TKM P.Pinang yang bermasalah kewangan, menjadi katak dan masalah selesai. Terbaru, katak hitam pula berjaya menyelesaikan bayaran membeli tanah berharga jutaan ringgit sekelip mata sebaik sahaja menjadi katak.

Oleh sebab itulah, kita harus menyokong kuat usaha DS Anwar untuk membersihkan parti dari pemimpin seperti ini. Biarlah kita kembali mempunyai seorang wakil tunggal di Parlimen seperti dahulu sekiranya yang lain hanya mahu hidup senang lenang dan tidak mahu berkorban untuk rakyat bawahan. PKR perlukan kualiti, bukan kuantiti. Tahniah DS Anwar. /wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. SEPATUTNYA DARI AWAL LAGI TAPIS SEGALA KATAK,TENUK DAN BADAK PEKAK SEMUA TU TAPI ALHAMDULILLAH MASIH TAK TERLAMBAT ! UBAH SEBELUM PARAH SEGALA DAJAL-DAJAL PRO PARTI SEKUTU APCO ARUS JAHILIAH !

    BalasPadam
  2. taniah saudara anwar...kekalkan pejuangan,persetankan mereka ni..kami mahukan pemimpin seperti anda..semoga ALLAH S.W.T merahmati saudara...

    BalasPadam
  3. najis itu bangyak tapi busuk...
    bunga itu sedikit tapi wangi...

    BalasPadam
  4. Betul tu Wan, walaupun nanti ditakdirkan PR akan tinggal hanya satu Parlimen sekalipun, aku tetap akan sokong PR. Hanya jauhari yg mengenal manikam...

    Aku tidak mahu termasuk dlm kategori org bodoh yg menyokong parti umngok yg mengamalkan cara politik jahat, menindas dan fitnah...

    BalasPadam