MUFTI Perak, Harussani Zakaria dikatakan enggan membuat penjelasan kepada tuan Guru Nik Aziz berhubung isu `Undi PAS Masuk Syurga'. Sebelum ini Tuan Guru Nik Aziz telah menghantar surat kepada Harussani agar memberikan penjelasan tentang penulisan beliau berkaitan isu tersebut.
Memetik dari yang dilaporkan oleh Malaysian Insider, Mufti Perak itu berkata, "Saya tak perlu untuk buat penjelasan terhadap beliau (Nik Aziz), kalau saya jelaskan nanti sama juga apa yang akan beliau katakan. “Saya tegaskan masalah Nik Aziz kerana mengaitkan hukum agama dalam politik, saya tahu dalam Islam politik dan agama memang tak boleh lari tapi masalahnya apabila ada pemimpin yang gunakan hukum Islam untuk raih undi,” katanya.
Pelik sungguh, beliau mengaku bahawa Islam tidak boleh dipisahkan dari politik tetapi tidak mahu kaitkan hukum Islam di dalam politik. Jadi, mahu dikaitkan dengan hukum agama apa pula? Mahu PAS kaitkan dengan agama Kristian, Budha atau Hindu? Atau, adakah PAS akan berpolitik seperti orang sekular berpolitik? Kita bayangkan, seorang Jurulatih Bolasepak akan mengajar pelatih-pelatihnya tentang bermain badminton atau bercucuk tanam. Apa akan jadi?
Adakah maksud Harussani agar PAS hanya bercakap pasal pembangunan, bina jalanraya, janji sediakan WIFI, janji padang Futsal, janji peruntukan berjuta-juta semasa berkempen sepertimana puak di sebelah sana sering amalkan? Cuba Harussani sebutkan secara jelas sepatutnya sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam apakah yang patut PAS lakukan sewaktu berkempen?
Mungkin Harussani masih beranggapan bahawa Umno lebih memperjuangkan Islam dari PAS, justeru itu pelik apanya Harussani memberi komen yang senada dengan pimpinan Umno. Saya juga tidak merasa pelik jika beliau berdiam diri jika ada orang yang mengaku Islam mengalungkan bunga ke kubur Kamal Antartuk. Pelikkah kita jika beliau berdiam tatkala Muhyiddin mengkritik Kerajaan PAS Kelantan yang ingin mengharamkan judi di negeri tersebut?
Sebaik-baiknya Harussani berdepan dengan Tuan Guru Nik Aziz dan berilah pendapat beliau berpandukan hukum Islam. Jika PAS sebuah parti Islam tentulah PAS akan bercakap di mana-mana pun berkaitan dengan Islam. Jika Harussani sebagai seorang Mufti, masakan Harussani akan bercakap atau memberi ilmu tentang bagaimana untuk menjadi seorang ratu cantik yang terkenal. Itu bukan Mufti namanya./wfauzdin.blogspot.com
Sedara,
BalasPadamSoalan sedara :
"Cuba Harussani sebutkan secara jelas sepatutnya sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam apakah yang patut PAS lakukan sewaktu berkempen? "
Jawapan : ( x payah Harussani jawab .. aku pun boleh jawab )
" Kalau betul PAS parti yg memperjuangkan Islam, PAS kena berhenti daripada sikap suka menipu, memfitnah, mengumpat, mengutuk, mengejek, berlagak samseng, mempersenda keislaman orang lain (mcm la depa tu baguih sangat), bercakap besar, merendah-rendah org lain .. etc.etc.."
Tanpa Nama berkata...10 MAC 2011 7:00 PM
BalasPadamkesian ko ye.. cerdik buah pelior. Fanatik amno. Bukalah sikit minda tu jgn dok asyik mengadap suratkabar saje nak dapatkan ilmu. nak.. nak pulak utusan, berita hairan... bla..bla. Kalau itu saja sumber kamu... alamat jadi le engkau macam kata dibawah gelas. dalam kepala kamu hanya amno sahaja yang bagus baik..
Tapi saya rasa pun mmg gitu .. tengok contoh terbaru didedahkan kat Parlimen.. Gobala ... dapat jelaskan hutang setelah keluar PKR... dan mana2 orang yang dituduh rasuah dsb tapi bila lompat masuk ke amno atau mesra amno terus tak ada kes... masuk amno jamin masuk syurga... semua jadi suci seperti bayi baru dilahirkan.
sapa2 yang lawan amno ... jgn harap lepas? sampai mati dikerjakan (kes benghock).
soalan simple saya nak tanya kamu 2 x 2 berapa jawapannya? Laa ngapa tak tanya solan yg bodoh ni kat ko yang cerdik pandai tu ye?
Beigtulah juga jawapannya bila ditanya (dikata) undi PAS masuk syurga. PAS cuma sampaikan apa yang disebut Allah dalam Al-Quran "sesiapa yang berbuat kebajikan walau sebesar zarrah akan diberi ganjaran, dan sesiapa yang melakukan kesalahan walau sebesar zarrah akan diberi balasan"
jawapan 2 x 2 = 4 tu bukan cikgu yang reka. Tapi itulah fakta. Itulah analogi mudah daripada apa yang disampaikan PAS terutama TGNA.
Tu kes TPM sokong mca lawan kelantan isu loteri. agak2nya sapa yang dapat pahala? TGNA ke TPM... lu pikir le sendiri
tampa nama7:00pm
BalasPadamtulong cermin parti anda dulu!!!
adakah umno tidak pernah menipu,menolak hukum islam(dasar islam) dari dilaksanakan dinegara ini, mempersenda islam,sunah nabi,berlagak samseng dan merendahkan orang lain terutama TG NIK AZIZ dan pemimpin pas yang lain yang beritiqamah dengan dasar islam kalau ada itulah kezaliman kemunkaran yang wajib dicegah dengan tangan(kuasa,pas tak ada kuasa)maka pas cegah kemungkaran itu dengan lidah untok memberi peringatan tetang kemungkaran yang dilakukan oleh umno(pemimpinnya)kepada semua orang supaya menolak umno sayangnya anda terlalu jahil tentang agama maka anda beranggapan orang lain pun seperti anda juga terutama pemimpin2 pas yang termasok dikalangan orang berilmu.
Puak Umno Cakap Tadi
BalasPadam''Kalau betul PAS parti yg memperjuangkan Islam, PAS kena berhenti daripada sikap suka menipu, memfitnah, mengumpat, mengutuk, mengejek, berlagak samseng, mempersenda keislaman orang lain (mcm la depa tu baguih sangat), bercakap besar, merendah-rendah org lain .. etc.etc.."
Semua tu semua tindakan puak-puak umno. Merlimau kite dpt tgk, risalah2 fitnah UMNO, Merosak kenderaan penyokong Pas, Menghina pemimpin2 pakatan bila raih undi. BAPAK RASUAH ALI RUSTAM bercakap TAKABBUR je.
Puak UMNO ni kate semua sifat pemimpin2 diorang. Wassalam
Cehh..korang nih, aku baru nk jwp hujah budak Tadika KEMAS tu, korang dh jawab plak...abih arr modal aku..ehehhh
BalasPadamHmm mula2 kita petik dulu,
BalasPadam“Saya tegaskan masalah Nik Aziz kerana mengaitkan hukum agama dalam politik, saya tahu dalam Islam politik dan agama memang tak boleh lari tapi masalahnya apabila ada pemimpin yang gunakan hukum Islam untuk raih undi,” katanya.
Nampak x, beliau kata masalahnya kalau hukum digunakan untuk raih undi.
saya belum pernah dengar lagi, undi UMNO, akan terhapus dosanya seperti bayi baru lahir.
Petik dari sdr. aidono,
Beigtulah juga jawapannya bila ditanya (dikata) undi PAS masuk syurga. PAS cuma sampaikan apa yang disebut Allah dalam Al-Quran "sesiapa yang berbuat kebajikan walau sebesar zarrah akan diberi ganjaran, dan sesiapa yang melakukan kesalahan walau sebesar zarrah akan diberi balasan"
Apa pula jaminannya undi PAS itu merupakan kebaikan? dan undi UMNO itu merupakan kejahatan? Lainlah kalau UMNO ZERO dalam pembangunan fizikal dan rohani.
Kalau BN itu zalim terhadap agama, mungkin dah lama kut diorang dah haramkan sekolah agama, haramkan sekolah pondok, haramkan masjid and so on.
X kisahlah siapa pun pemimpin tuh, asalkan dia boleh angkat Islam, no hal lah..
Nak cakap soal perkara mazmumah ni, 2 2 parti x terpelas kut.. Nama pun manusia, mana ada yang baik sangat.. lagi2 nak akhir zaman ni..
Bila aku tengok cara tulisan & komen balas puak-puak PAS & empunya blog aku rasa memang betul kata Anon 7:00 (komen atas sekali)
BalasPadam" Kalau betul PAS parti yg memperjuangkan Islam, PAS kena berhenti daripada sikap suka menipu, memfitnah, mengumpat, mengutuk, mengejek, berlagak samseng, mempersenda keislaman orang lain (mcm la depa tu baguih sangat), bercakap besar, merendah-rendah org lain .. etc.etc
Tak payah la korang mendabik dada mengaku memperjuang kan Islam tapi nilai-nilai Islam korang langsung tak amalkan. Inilah hasil nya bila taksub dgn Islam cara PAS, bukan cara Nabi. Tu la sebab PAS semakin di jauhi... kesian korang.. x faham2 lagi.
Masalah puak-puak PAS ni depa tak boleh kena tegur atau kena kritik kerana depa perasan depa sempurna. Bila kena kritik atau acah sikit mula la depa gila meroyan semacam. Habis keluar sumpah seranah & maki hamun ..Nilai-nilai Islam yang konon nya depa perjuangkan terus hilang sekelip mata terbang entah ke mana. Tapi yg kelakar nya puak-puak ni mengaku depa lah yg paling pandai & paling Islamik kat Msia ni. Org lain semua x betul.
BalasPadamFasal kutuk mengutuk dan umpat mengumpat ni aku rasa depa lah jaguh. Tengok jer macam mana Tuan punya blog mengutuk & mengumpat Harussani dan komen2 dari penyokong dia ..kelas beb.! Aku ingat kalau korang masuk pertandingan mengumpat mesti korang boleh jadi Juara Mengumpat Malaysia 2011 ? Mesti pemimpin korang bangga sakan dgn korang .. Apa macam ?
Aku cakap doh, tu bukan mufti jaga agama, mufti tu jaga melayu. Kepada pencacai2 najis umno yang komen dlm blog ni memang itulah mentaliti mereka, susah nak nak terima kebenaran, bagi mereka yang dikatakan islam itu adalah maulidurrasul,sambut maalhijrah,ceramah israk mikraj, dan kalau kuliah ugama,hanya tentang haidh dan nifas. Korang kena belajar banyak2 lagi tentang mengumpat,mengomen dan bla,bla,bla. Ustaz umno pun jenis2 cari makan saje, ada ustaz sepak tong,ada ustazah haruskan melacur, ada ustaz gezetkan masjid untuk orang melayu saje dan macam2 lagi , bukan tak ada ilmu tapi sebab fulus, terpaksalah beb, cari makan. Harussani ni, bila pendapat dia dengan Dr Asri tak sebulu, mulalah sindir dan emosional. kena komen sikit dengan Dr Asri mulalah melatah, rileklah Tan Sri. UMNO pulak kalau rasa dipihak yang benar dan perjuangkan islam, pasai apa tak berani bila PAS ajak muzakarah dan debat sejak tahun 1983 lagi,PAS sedia bila2 masa, dah berapa kali dah, jenis penakut. Kalau rasa hebat dan kuat lawanlah! Kepada pencacai aku nak tanya, kalu nak kan kebenaran kenapa pemimpin2 kamu berhadapan dengan PAS dalam muzakarah? Debat olok2 pun dah kalah! Kalau nak cerita pasal jahat UMNO ni aku rasa 3 hari 3 malam tak habis.UMNO berani dalam TV jah,suratkabo, lepas tu bila tersepit, ISA, tu je modal, sama je dengan kamu dengan MESIR.! Aku hairan betullah pencacai2 ni, tak letih2 ke kena tipu di umno, dah lebih 50 tahun. Kesian pulak, nak buat macsmana ketuanan melayu, tapi tanah rezab melayu habis kena rembat! Pak Kadok , menang sorak ,kampung tergadai! Kalau tak faham lagi, hantuk kepala hangpa kat dinding tandas,kalaulah penyakit bodoh boleh berjangkit, dah habis satu Malaysia jadi bodoh disebabkan orang2 umno.Sebenarnya pencaci,pemzalim,penakut, pemaki,perasuah,perogol,pembunuh,pengumpat,pemfitnah,penjahat,pemalas dan berbagai sifat mazmumah lagi adalah datang dari parti gerombolan melayu bersatu, Khalas!
BalasPadamKepada Tanpa Nama 11 Mac 11:03,
BalasPadamAku rasa engkau ni dah ketinggalan zaman dan kena banyak membaca. Silap engkau & pengikut-pengikut PAS yg nyata adalah menganggap bahawa sesiapa yang mengkritik PAS adalah penyokong UMNO. Itu menunjukkan bahawa kau ni bengap & bangang. Bila kau mewakili PAS & mengutuk UMNO, sebenar nya kutukan kau tu memakan diri sendiri sebab org yg betul-betul Islam tak suka orang yg suka mengumpat, memaki hamun & merendah rendahkan keislaman orang lain macam kau & tuan punya blog ni tulis. Automatik imej PAS tercemar & sokongan ke UMNO akan bertambah. Itu pun kau x faham lagi ke ..?
Pada aku, cabaran debat sana sini oleh PAS tu cuma untuk menunjukkan ego & keangkuhan PAS, bukan keikhlasan utk mencapai penyelesaian.. elok pun UMNO tak layan.
Kepada tanpa nama 12 mac 2011 8:55 am,
BalasPadamSebaenarnya engkau yang bengap dan bengong!Aku tak kata mung UMNo Bodoh, aku cakap umum, yang mu terasa tu apasal?Mengumpat tu ada dibolehkan bodoh, contohnya orang nak bercerai pergi repot kat kadi, mesti dia kena cerita pasal suami/isteri dia pada kadi, dah tentu dia cakap pada kadi dibelakang suami/isteri dia, dah tu tak nama ngumpat ke bodoh? samalah nak cerita keburukan pemimpin yang jahat pada rakyat, kenalah bagitau dalam ceramah(nak cakap dalam Tv Umno tak bagi). Barulah rakyat tau pemimpin2 tu jahat,tak begitu bengong, mung sepatut kena banyak baca buku lagi barulah tak bengap,faham!Dah Mufti tu terang-terang dah kata yang tak betul, kena lawan lah, tak kiralah Mufti ke, mufta ke, dah mende tak betul. Cabaran debat tu bukan nak tunjuk ego, bengong. Dah kalau UMNO cakap dia betul,PAD pun cakap dia betul duduklah semeja barulah dapat cari jalan penyelesaiannya, ...bukan elok UMNO tak layan tapi takut, sebab UMNO bukan berda pada landasan yang betul.
Aku tak kata mung UMNO, ingat tu, kalu mung terasa mung punya pasal lah!!!!!. Satu lagi kalua tak suka baca blog ni pergi jauh2, baca buku Upin dan Ipin ,Tak begitu WFauzdin? Anda bebas untuk bersuara!
islamic neutron
BalasPadamTu le... orang suruh ngaji kamu lari...
saya bagi contoh mudah. Kalau seorang ustaz tu atau kamu sendiri le pandai A-Quran (oppss.. silap tadi saya kata kamu lari bila suruh ngaji... sori)
Kamu atau ustaz tu ajar anak2nya atau anak2 muridnya ngaji AlQuran sampai jadi Al-Hafiz pastu beramal pulak dgn ilmu itu dan mereka juga mengajar pulak perkara yang sama kpd yang lelainnya... sampai ke anak cucu cicit piut piat ... kau dapat apa? Tentu pahala (bukan PAS tentukan, tapi Allah swt).
kamu tak komen pulak pasal bhg hujung catatan saya diatas "Tu kes TPM sokong mca lawan kelantan isu loteri. agak2nya sapa yang dapat pahala? TGNA ke TPM... lu pikir le sendiri"
Disebabkan PAS buat usaha beginilah antara perkara (pahala) yang akan menyebabkan kita dapat masuk syurga. haa.. macam tu lah sebaliknya.. amno lulus lesen judi tu agak2nya dapat apa kepada ahli & penyokong (pengundi)kerana disebabkan undi mereka inilah amno dapat kuasa dan meluluskan lesen judi tu. boleh masuk syurga ke?
Sebab itu saya dah kata kat atas tu "PAS", saya ulangi PAS cuma menyampaikan bukan menghukum, tapi kalau menghukumpun apa ada hal, hukum yang PAS katakan tu bukannya boleh PAS sendiri kuatkuasakan punnnn.... kannn, TAPI ALLAH di Akhirat nanti? PAS cuma sampaikan 2 x 2 = 1
Kepada Tanpa Nama 12 Mar 2011, 11:56 am
BalasPadamMarah nampak .. tulis pun macam orang hilang akal & gila meroyan. Nak tergelak pun ada bila aku baca komen balas kau sebab kau tulis tonggang terbalik macam tongkang pecah. Hujah kau nak menegakkan benang basah untuk menghalalkan kau mengutuk lagi kelakar. Nasihat aku banyakkan la membaca tambah kan ilmu. Berfikir lah dengan kepala otak bukan dgn kepala lutut.
Aku dah mula setuju & rasa memang betul komen kat atas sekali yang di tulis oleh Tanpa Nama 10 Mac 7:00 Mac
" Kalau betul PAS parti yg memperjuangkan Islam, PAS kena berhenti daripada sikap suka menipu, memfitnah, mengumpat, mengutuk, mengejek, berlagak samseng, mempersenda keislaman orang lain (mcm la depa tu baguih sangat), bercakap besar, merendah-rendah org lain .. etc.etc.."
Memang tepat - Bull's eye ..!