RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 12 Mac 2011

ISU JUDI - BUKTI PAS KOMITED DENGAN PERJUANGAN ISLAM

Judi: Kerajaan Negeri kerap beri penjelasan

KOTA BHARU – Orang ramai sepatutnya sudah memahami penguatkuasaan kerajaan tempatan terhadap kegiatan judi kerana Kerajaan Negeri Kelantan sudah kerap kali memberi penjelasan.

Demikian pandangan bekas Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Chua Chin Hui selepas melihat operasi ke atas premis yang menjual tiket loteri mendapat bantahan sesetengah pihak.

Chin Hui berkata, beliau hairan kerana ada yang masih belum memahami dasar kerajaan negeri khususnya berkaitan judi sedangkan orang ramai termasuk bukan Islam diberi peluang mengikuti sesi penerangan mengenainya.

Katanya, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas, Hu Pang Chaw mengeluarkan kenyataan salah mengenai penguatkuasaan loteri.

“Saya hairan bagaimana beliau (Pang Chaw) boleh mengeluarkan kenyataan menyeleweng itu sedangkan beliau juga pernah menjadi Ahli Majlis MPKB.

“Setahu saya, lesen menjual loteri tidak pernah dikeluarkan lesen oleh MPKB sejak Pas memerintah Kelantan tahun 1990,” katanya kepada Sinar Harian.

Chin Hui berkata, loteri atau segala bentuk perjudian merupakan amalan bercanggah dengan amalan dan budaya sihat semua masyarakat, tidak mengira agama dan bangsa.

Katanya, beliau menyokong kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Hussein pada 8 Mac lalu yang mengatakan bahawa kejadian bunuh diri meningkat kerana masalah kewangan kritikal dan judi merupakan antara puncanya./Sinar

2 ulasan:

  1. BENAR. TAPI KELANTAN KELUARKAN 44 LESEN JUAL ARAK? BOLEH PULAK YER..

    BalasPadam
  2. mengaku sajalah yang isu ni semata-mata hendakkan sokongan melayu. isu timbul masa prk merlimau dan kerdau. apasal tak diharamkan 20 tahun lepas.....

    temberang saja. nanti dap tepuk-tepuk kepala pak lebai pas, tunduk sajalah.

    BalasPadam