RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 7 Mac 2011

INI BUKAN KEKALAHAN TERAKHIR BUAT PR, KECUALI PIMPINAN KITA BERANI LAKUKAN SESUATU

Oleh: WFAUZDIN NS

PAS menyertai pilihanraya adalah kerana menganggap bahawa itu adalah salah satu kewajipannya di dalam melaksanakan perintah Allah. Sekiranya PAS tidak bertanding, rakyat tidak mempunyai peluang untuk mengangkat pemimpin mereka yang mahu melaksanakan hukum Islam kerana PAS adalah satu-satunya parti di dalam negara ini yang dasarnya adalah Islam.

Begitu juga dengan sekutu PAS di dalam PR yang masuk bertanding kerana ingin melakukan perubahan. Walaupun sudah lama kita mengetahui bahawa kita menyertai pilihanraya di dalam keadaan demokrasi yang pincang serta penuh ketidakadilan, namun kita tetap menawarkan diri kepada rakyat untuk menjadi pilihan mereka. Ramai yang mempersoalkan sampai bila PR harus bertanding di dalam suasana yang kita sendiri tahu akan risikonya. Samada PR bangkit menentang ketidakadilan di dalam sistem demokrasi yang ada sekarang atau tidak, kita mesti menyertai pilihanraya kerana itu satu kewajipan. Jika kita tidak berupaya bangkit, kita harus bersedia untuk menerima kekalahan demi kekalahan lagi.

Saya bukan ingin menafikan beberapa kelemahan di pihak kita yang mungkin menjadi faktor kita tewas sejak kebelakangan ini. Kita harus akui kita masih punyai kelemahan yang perlu kita perbaiki. Namun pada pendapat saya, sehebat mana pun kita jika kita bertanding di dalam keadaan padang yang tidak rata dengan pengadil yang bersikap berat sebelah, kita lebih banyak berpeluang untuk kalah dari mencapai kemenangan. Jika kita menang sekali pun, bukan bererti kita menang kerana pilihanraya itu bersih dan adil. Mungkin kita menang oleh kerana terlalu kuat sokongan pada kita sehingga tidak mampu untuk mereka menghalangnya lagi. Adakah kita selama-lamanya mahu mengharapkan situasi begitu?

Sehubungan itu, suka saya cadangkan kepada pimpinan PR agar lakukan sesuatu yang lebih serius dan bersungguh-sungguh agar kita tidak lagi dipermainkan setiap kali kita menyertai pilihanraya. Siapa boleh nafikan jentera kerajaan, media, rasuah politik, undian pos dan segalanya digunakan oleh pihak mereka setiap kali adanya pilihanraya? Kita sedar sudah lama semua ini, namun kita seperti tidak bersungguh bangkit menentangnya. Ini lah punca sebenar atau faktor utama mengapa kita selalu tewas.

Memadaikah kita hanya bercakap menentang ketidakadilan ini, selepas itu kita masuk juga gelanggang dalam situasi yang tidak pernah berubah? Percayalah, selagi semua itu tidak kita halang, selagi itu kita akan terus ditertawakan dengan kekalahan demi kekalahan. Contoh terbaru, PRK di Dun Tenang, Merlimau dan Dun Kerdau terlalu menonjol kecurangan demokrasi yang mereka lakukan. Bila kita tewas, kita buat komen yang nadanya tetap sama bertahun-tahun iaitu kita tewas akibat amalan rasuah mereka, undi pos, pengundi hantu, media, jentera kerajaan yang mereka gunakan. Kita tahu, tapi apa yang kita rancang untuk menghalangnya?

Menjadi harapan kita agar pimpinan PR lebih serius di dalam hal ini. Jika keadaan ini tidak dapat diperbaiki, tiada gunanya kita siang malam berkempen meminta rakyat menyokong kita. Sekiranya semuanya dapat kita perbetulkan, barulah kita boleh mengkaji sebenar-benarnya kelemahan kita jika kita masih tewas lagi./wfauzdin.blogspot.com

9 ulasan:

  1. TAHNIAH YANG TERAMAT BESAR PADA PENGUNDI-PENGUNDI YANG MENGUNDI UNTUK KEMENANGAN PARTI SEKUTU APCO ARUS JAHILIAH, KITA BERTANGGUNG JAWAB MENGANGKAT PEMIMPIN YANG ...

    BalasPadam
  2. unday, March 6, 2011
    KEKALAHAN DEMI KEKALAHAN - PAS KEMBALI PADA REALITI ASALNYA...
    Sunday, March 06, 2011 Desperado

    Pemimpin2 PAS harus musibah diri, PAS bukan parti pilihan rakyat. PRU-12 PAS cuma meraih 23 kerusi parlimen dan 83 kerusi DUN berbanding dengan 140 kerusi parlimen dan 307 DUN bagi BN. PAS lupa diri dengan kemenangan 'besar' itu. PAS bertambah sombong dan terus mencaci dan menghina UMNO. PAS harus sedar bahawa UMNO yang di caci hina nya itu ada lah kaum yang sebangsa dan se agama dengan nya.

    Apa yang PAS boleh buat dengan 23 kerusi parlimen jika PR berkuasa memerintah negara? Mampukah PAS menubuhkan negara Islam nya dengan 23 suara dalam parlimen? Mungkin PAS mengharaf kan pertambahan kerusi pada PRU-13 akan datang. PAS ber angan2 kunun nya semua kaum melayu/Islam akan bersatu tinggalkan UMNO dan menyokong PAS pula.

    Khayalan PAS ini tidak mungkin terjadi. PAS jangan anggap kaum melayu/Islam begitu mudah di perbodohkan. PAS mendapat kecederaan teruk apabila parti itu bergabung (sementara) menghadapi PRU atau PRK dengan DAP dan PKR. Kaum melayu/Islam semua nya sudah faham siapa DAP dan PKR itu. Gabungan PAS, PKR dan DAP boleh di ibarat kan kucing, anjing dan tikus ke dalam sebuah keranjang.

    PAS ibarat tikus, mampukan bersaing dengan kucing(PKR) dan anjing(DAP)? Yang pasti kucing dan anjing akan terus bercakaran dan akhirnya tikus juga jadi mangsa makanan si kucing dan anjing.

    PAS tidak pernah melakukan apa2 terhadap agama, bangsa dan negara. Sebalik nya PAS menggalak kan perpecahan kaum melayu dan umat Islam. Sekarang melayu sudah terbahagi kepada 4 kumpulan parti politik. Secara langsung ianya telah melemahkan kuasa politik melayu yang bertanggung jawab membela agama, bangsa dan negara.

    Kaum melayu bosan dengan permainan politik PAS, 3 PRK yang di adakan membukti kan PAS bukan parti pilihan melayu/Islam.

    lebai mangkuk

    BalasPadam
  3. Kemenangan UMNO APCO hanya melalaikan BN itu sendiri. UMNO APCO akan terus lupa tentang kelemahan2 mereka seterusnya akan mengagalkan mereka utk menang 2/3 dlm PRU akan datang. UMNO APCO perlu sedar yang kemenangan mereka adalah disebabkan segala bentuk jentera dan kewangan HAK kerajaan digunakan sepenuhnya seperti HAK mak bapak mereka. Analisa yg menyatakan sokongan rakyat kembali kepada UMNO APCO adalah tidak tepat. Memang, dlm PRK ini bolehlah kamu mendabik dada. Hatta sekiranya aku sekali pun akan undi UMNO sekiranya mendapat habuan dlm PRK tetapi tidak dlm PRU. Jadi ingatlah UMNO APCO. dosa kamu terhadap Agama Islam dan Bangsa Melayu tidak dimaafkan. Tunggulah PRU ke -13 ....

    BalasPadam
  4. Apabila Allah hendak menaikkan taraf seseorang itu lalu ia akan diuji.. sebaliknya Allah juga akan memberi kemewahan dan kelalaian kpd mrk yg tidak mahu mengingatinya serta mrk percaya apa yg mrk dpt dr Allah itu adalah anugerah padahal itu adalah istidraj dr ALLah..

    BalasPadam
  5. Heran apa PAS kalah di Melaka dan Pahang. Kalau PAS menang tu yang heran. Mereka lebih sukakan hiburan, mestilah pilih parti yang menghalalkan segala yang haram. Islam moderate kata Najib.

    BalasPadam
  6. PAS kalah pasai kebodohan pemimpin PAS sendiri.Tak mau dengar cadangan supaya PRK ni tidak disertai.Imej PAS jatuh,imej Pakatan juga jatuh sebab hampa ketegaq.So alasan nak dakwah,tak payahlah guna.Cukup katakan ,PAS (PR) tak mahu berpegang pada realiti yang memang dari awal dia tau apa akan terjadi.
    Pengundi dah meluat dengan kenyataan demi kenyataan tapi tindakan tak ada.ELEK.
    SPR sebahagian dari jentera UMNO.Betoi dan PAS(PR)sedaq perkara ni.
    BN guna sepenuh jentera Kerajaan.Betoi dan PAS(PR) sedaq perkara ni.
    Cukupkah dengan kenyataan dan bantahan.
    Aku minta dalam PRU13 nanti PAS(PR) akan khuyub semua kerusi.Mungkin bila ini terjadi barulah kekuatan dan keberanian mai semula,macam dulu dulu.Jelas terbukti,bila dah jadi MP,ADUN,keberanian yang dulunya ada telah hilang,pasai takut hilang kerusi.
    Untuk BARUA BARUA UMNO dalam ulasan ni pula,aku nak ingatkan hampa,waktu PRK 1-8 dulu,BN bungkus pasai Najib waktu tu kata,BN tak akan adakan projek mee segera.Dan memang betoi,tak ada jentera korek jalan-tar,hantu melilau bagi duit waktu PRK 1-8,hasilnya BN kalau 6 drp 8 PRK.

    BalasPadam
  7. Kalah x apalah. Lawan tetap lawan. Dulu masa PAS sorang diri, PAS lawan jugak. Sekarang dah ada parti gabungan, PAS lawan jugak. Teruskan melawan. Tapi selagi BN gunakan media elektronik dan cetak secara berleluasa, selagi itulah BN akan terus berjaya membohongi rakyat terutamanya orang Melayu yang cukup mudah tertipu dengan pembohongan selamba pemimpin BN di kaca TV dan orang Melayu cukup mudah dibeli undi dan maruah mereka dengan taburan wang ringgit dan harta benda. Macam mana lah nak ubah pemikiran orang Melayu di kampung-kampung dan Felda ni!!..cuba lah berfikir sikit macam orang-orang Melayu yang tinggal di bandar ni..kami orang Melayu di bandar berjuang bersungguh-sungguh untuk kesenangan orang Melayu di kampung-kampung dan Felda dan untuk anak cucu mereka tapi mereka tak mahu membantu diri mereka sendiri..apa nak jadi ni??...sampai kiamatlah kamu akan diperalat oleh BN...

    BalasPadam
  8. Apa pun PR jangan jadi bodoh lagi dengan membiarkan SPR mengadili perlawanan yg berat sebelah, PR hanya cuba nasib jika ada lonjakan sokongan rakyat yg luarbiasa utk atasi ketidakadilan sistem itu, tapi sampai bila jika berharap dgn otak melayu yg mudah lupa ni...

    BalasPadam
  9. Ikut perangai pemancing ikan...apabila dimakan hulur dulu...kemudian sentap pancing tu...pasti lekat punya....

    BalasPadam