RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 24 Mei 2013

"SALUTE" PAS, PENANGAN BERHARGA BUAT SEKUTU APCO!!

"SALUTE" buat PAS yang akhirnya membuat keputusan tepat, adil lagi memenuhi syarak apabila membuat keputusan menyokong dan akan menyertai Himpunan "Suara Rakyat Blackout 505" yang dianjurkan oleh lebih 50 NGO bermula petang esok (25 Mei 2013) bertempat di ArmcopMall, PJ.


PAS akan bersama rakyat menyertai perhimpunan aman tersebut, sebagai tanda membantah segala penipuan yang berlaku di dalam PRU 13 baru-baru ini, jelas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali. “PAS akan diwakili Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar,” katanya kepada Harakahdaily hari ini. Himpunan anjuran gabungan labih 50 NGO itu dijadul berlangsung di Padang Timur (Amcorp Mall) bermula jam 5 petang sehingga ke sebelah malam.

Aku mulai rasa kurang enak apabila beberapa pimpinan PAS bahkan dari Dewan Ulamak PAS yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan seolah-olah memberi gambaran PAS tidak menyedari bahawa di dalam PRU 13 yang lalu Pakatan Rakyat 'tertipu' dengan SPR. Paling mengecewakan adalah apabila beberapa (tidak semua) pimpinan PAS mengeluarkan kenyataan seolah-olah menggambarkan perhimpunan yang dirancangkan esok adalah Demontrasi Jalanan yang akan menghuru-harakan negara di mana ianya bukan dari ajaran Islam.

Mungkin akibat kurangnya maklumat atau maklumat tidak sampai langsung kepada mereka, maka tidak boleh kita persalahkan 100% kepada mereka. Akhirnya hari ini menjelang tidak sampai 24 jam sebelum himpunan tersebut, PAS telah membuat keputusan yang amat melegakan semua pihak yang mahu menentang kezaliman dan penipuan di mana Islam juga mewajibkan tindakan ini. Tiada istilah 'redha' dan 'berserah; kepada kezaliman dan penipuan sebelum kita berusaha untuk menentangnya.

Sudah pasti keputusan yang diambil oleh PAS ini begitu mengecewakan sekutu Apco yang bergelar "Umporno" itu kerana dua tiga hari lalu mereka begitu megah memainkan isu bahawa pimpinan PAS sendiri tidak setuju dengan perhimpunan berkenaan. Hari ini, PAS telah memberikan penangan berharga buat Umporno agar mereka mengerti bahawa tiada manusia yang bijak dan waras akan terima sebuah kerajaan minoriti yang menipu.

SEMPENA "HIMPUNAN RAKYAT BLACKOUT 505" 25HB MEI INI, SEPOL BERNIKAH

Aku terbaca artikel berkaitan isi hati Prof Agus DI SINI.  Aku turut bersetuju dengan pandangan beliau di dalam isu budak Sepol.  Jika Prof  Agus tidak percaya dengan "sumpah laknat" Sepol di hadapan Kaabah, aku dari awal lagi memang tidak percaya apatah lagi sumpah laknat berlaku dua kali seolah-olah sumpah laknat pertama tidak sah atau Sepol sendiri tidak yakin dengan sumpah laknat pertama di sebuah Masjid di Permatang Pauh dahulu.

Dikatakan pada 25hb Mei ini (Hari Black Out 505 di Armcop Mall, PJ), Sepol akan bernikah dengan seorang gadis 'selebriti' TV3 suku di Terengganu.  Aku bersetuju dengan Prof Agus kita tidak boleh mendoakan keburukan pasangan ini kerana beliau ingin melakukan kebaikan iaitu berkahwin.  Soal beliau melakukan fitnah atau sebagainya, itu soal lain, kita serahkan kepada Allah.  Yang baik kita sokong manakala yang tidak baik atau jahat bolehlah kita tegur kalau pun tidak kita hentam.

Manalah tahu, berkat perkahwinan yang sah itu nanti Allah bukakan hati Sepol ini untuk berada di dalam kebenaran.  Ada orang akan berubah dari tidak baik kepada yang lebih baik selepas berkahwin, tetapi tidak kurang juga sebaliknya.  Tidak tergamak aku untuk mendoakan kemusnahan atau keburukan pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga ini walaupun beliau pernah melakukan kerja yang boleh memporak-porandakan rumahtanga orang lain dengan fitnahnya.  Semoga Allah mengampuni kita semua.

Khamis, 23 Mei 2013

HIMPUNAN SUARA RAKYAT 505 PADA 25HB MEI - JANGAN TERLALU PROTOKOL SANGAT

AKU baca akhbar Sinar hari ini melaporkan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali yang mengulas isu "Himpunan Suara Rakyat 505" yang akan diadakan di depan Armcop Mall, PJ pada 25hb Mei ini mulai jam 5.00 petang.  Himpunan tersebut melibatkan lebih 50 buah NGO yang mahu menunjukkan bantahan terhadap keputusan PRU 13 yang terlalu banyak 'kontroversi' yang satu demi satu terbongkar.


Mustafa Ali menegaskan PAS tidak terlibat di dalam perhimpunan tersebut atas alasan bukan anjuran Pakatan Rakyat.  Bagi aku, ini jawapan terlalu 'protokol' yang agak kurang bijak disaat majoriti rakyat yang bersedia untuk bangkit menentang penipuan.  Mustafa Ali menegaskan, PAS hanya menyokong Program "Black 505" yang dianjurkan disetiap negeri.  Aku tidak menyalahkan tindakan PAS ini kerana jawapan Mustafa Ali itu hanya berbentuk 'protokol' dan ianya tidak bermaksud PAS melarang pemimpin atau ahli-ahlinya menyertai himpunan pada 25hb Mei ini.

Jika mengikut 'protokol', aku rasa semua parti di dalam PR tidak pernah berbincang untuk mengadakan program ini.  Difahamkan Ketua Umum KEADILAN, DS Anwar Ibrahim akan turut turun pada 25hb Mei ini.  Begitu juga dengan Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mat Sabu serta pimpinan utama DAP.  Aku rasa di dalam keadaan 'genting' sekarang, kurangkan sedikit 'protokol' asalkan semua program yang dijalankan boleh menjamin keamanan dan mendatangkan kebaikan kepada rakyat, ia perlu disokong.

Aku yakin, rakyat tidak lagi memandang semua tindakan perlu melalui 'protokol' disaat kita ditipu hidup-hidup kecuali bagi mereka yang ragu-ragu lagi samada benarkah mereka telah 'ditipu'.  Rakyat akan turun kerana mereka tahu mereka bukan bukanlah bodoh sangat untuk ditipu sedemikian rupa.

HIMPUNAN "SUARA RAKYAT 505" 25 MEI INI, ANWAR, MAT SABU TURUN, KITA LIHAT SIAPA YANG TIDAK TURUN....

 
Kenyataan Media
Gabungan "Suara Rakyat 505"
22 Mei 2013
KEPIMPINAN PR AKAN SERTAI HIMPUNAN #SuaraRAKYAT505

Perkembangan paling menarik akhirnya muncul sekaligus bakal menyemarakkan semangat rakyat untuk bersama dalam himpunan #SuaraRakyat505. Gabungan "Suara Rakyat 505" menyifatkan berita baik ini hadir tepat pada masanya.

Semalam 21 Mei 2013 dalam himpunan bersiri #Blackout505 peringkat negeri Kedah, menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi signal yang jelas di hadapan 70 ribu hadirin, betapa semua pimpinan harus hormat aspirasi majoriti rakyat. Beliau juga menyebut dengan jelas bahawa protes penipuan pilihanraya ini bukan persoalan Anwar secara peribadi, tetapi ia adalah soal hak demokrasi rakyat yang dinafikan dengan penipuan PRU.

Anwar selaku pemimpin harus respon kehendak rakyat. Rakyat mengambil keputusan untuk turun maka Anwar Ibrahim juga perlu turun bersama. Ini termasuklah detik penting acara 25 Mei ini yang dianjur gabungan 60 NGO gagasan "Suara Rakyat 505" pada jam 5 petang di Padang Timur (depan Amcorp Mall). Anwar turut yakin bahawa ratus ribu rakyat akan bersama dalam himpunan #SuaraRakyat505 dan beliau pasti akan bersama, malah Anwar Ibrahim yakin pemimpin-peminpin Pakatan Rakyat yang lain juga pasti akan bersama.

Dalam acara yang sama sebelum itu, Timbalan Presiden PAS Tn Hj Mat Sabu juga menyatakan penegasan bahawa beliau akan bersama dalam himpunan #SuaraRakyat505.

Selaku penganjur, Gabungan "Suara Rakyat 505" mengalu-alukan kehadiran semua pimpinan Pakatan Rakyat. Kepedulian pimpinan Pakatan Rakyat ini memberi gambaran bahawa rakyat tidak bersendirian dalam survival menjulang demokrasi demi masa depan agama, anak bangsa dan tanahair.

Akhir sekali, Gabungan "Suara Rakyat 505" tetap bertegas bahawa tuntutan utama masih tidak berubah dengan perkembangan terbaru ini. Sesungguhnya rakyat tidak rela ditipu lagi setelah kian lama bersabar. Rakyat menuntut keadilan demokrasi sebenar dan dalang penipuan harus dihumban keluar. Kali ini rakyat tidak akan berganjak selagi Jawatankuasa tertinggi SPR tidak meletak jawatan.

Sekian

Gabungan "Suara Rakyat 505"

Rabu, 22 Mei 2013

HASIL USAHA PAPAGOMO TIDAK PERNAH BERJAYA, MANA BELIAU MAHU LARI ?

WAN Muhammad Azri Wan Deris yang disaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung paparan video seks dengan seorang lelaki, menafikan beliau pemilik blog 'Papa Gomo'.
 
Aku dari awal lagi dah agak si bacul ni hanya tunjuk hebat selama ini kerana Umporno sering lindungi dia.   Dulu bukan main hebat, cabar Anwar saman semua artikel beliau yang menfitnah Anwar di dalam blognya.  Blog beliau cukup dikenali dan digemari oleh puak-puak yang minat melihat video lucah.  Popularnya si bacul ini hanya kerana bahan lucah dan fitnahnya sahaja.  Rata-rata pemimpin PR dicabar oleh si bangsat ini agar menyamannya setiap kali beliau mencipta sesuatu fitnah.  Ertikata lain, bangsat ini hanya makan dari hasil bikin cerita lucah atau buat cerita fitnah.

Sekarang bila berdepan di mahkamah, baru orang tahu rupa-rupanya si bangsat ini penakut sebenarnya.  Mahu mengaku dia punya blog pun tidak ada kekuatan lagi.  Al-maklumlah Umporno seolah-olah tidak lagi mahu melayani si bangsat ini kerana telah banyak duit habis disapunya, Anwar bukan sahaja kecundang bahkan berganda sambutan dan sokongan kepada Ketua Umum KEADILAN ini.  Ertinya, tugas dan amanah Umporno kepada jantan celaka ini tidak mendatangkan hasil.

Papagomo dilanda musibah satu demi satu.  Bininya telah meninggalkannya.  Namanya semakin buruk bukan sahaja di mata penyokong-penyokong PR, bahkan ahli-ahli Umporno sendiri sudah rimas dengan tindakan si bodoh ini.  Mereka harap bangsat ini boleh menyelamatkan Umporno dengan menjatuhkan imej Anwar, malangnya Papagomo sedikitpun tidak pernah berjaya melakukannya.

Akhirnya, Papagomo cuba untuk melarikan diri dengan tidak mahu mengakui bahawa beliaulah empunya blog Papagomo yang melucah itu.  Sekarang balasan Allah kepada bangsat ini mulai dirasakannya.


Selasa, 21 Mei 2013

UMNO PALING POPULAR? AKU SETUJU...

SINAR edisi Pahang hari ini tajuk utamanya "Umno Paling Popular".  Tentulah merujuk kepada keputusan PRU 13 baru-baru ini.  Laporan tersebut pada aku memang benar dan sungguh tepat, tetapi ianya sedikit pun tidak memeranjatkan.

Pertamanya, Umno telah membuktikan bahawa parti tersebut tetap dominan di kawasan pendalaman atau ulu-ulu kerana di situlah majoriti kaum Melayu wujud.  Buktinya, mana ada kawasan Bandar atau kawasan yang telah maju di seluruh Malaysia ini yang rakyatnya menyokong Umno, kecuali Kangar dan Johor Bharu sahaja?  Ertikata lain, rakyat yang maju, celik IT dan tahu maklumat isu-isu semasa tidak akan sokong parti bernama Umno ini.

Keduanya, benarkah Pakatan Rakyat tidak menerima sokongan orang-orang Melayu?  Jawapannya sudah pasti tidak.  Di dalam PAS, hampir 100 % ahli-ahlinya adalah Melayu dan 100 % ahlinya berugama Islam.  Parti yang benar-benar komited kepada Islam, sekaligus tidak meninggalkan Melayu adalah PAS.  Umno memang parti Melayu, tetapi siapa boleh jamin ahli-ahli Umno tiada yang berbangsa Siam atau lain-lain bangsa?  Bahkan tiada jaminan Umno kesemua ahlinya berugama Islam.  Jangan lihat pada nama sahaja untuk menunjukkan keislaman kerana nama Idris Jala seperti nama orang Islam juga.

KEADILAN, sebuah parti yang masih mempunyai majoriti Melayu berugama Islam.  Parti ini banyak bertanding di kawasan pengundi-pengundinya yang bercampur, Melayu, Cina, India dan sebagainya.  Begitu juga dengan DAP, sebuah parti yang majoritinya adalah kaum Cina, tetapi di dalamnya terdapat kaum Melayu, India dan sebagainya.  DAP bukan parti perkauman seperti MCA.  Di dalam MCA tiada kaum Melayu, tetapi di dalam DAP kaum Melayu pun diberi peluang bertanding dan ada yang menang.

Ini bermakna di dalam Pakatan Rakyat, PAS, KEADILAN dan DAP mempunyai ramai kaum Melayu.  Justeru itu, untuk mengatakan Umno sahaja mendapat sokongan Melayu itu tidak benar samasekali.  Apa yang benar, Umno hanya mendapat sokongan Melayu yang ketandusan maklumat.  Ertikata lain, Melayu yang tidak cerdik memang berhak berada di dalam Umno.

Kesimpulannya, selagi ada orang-orang Melayu yang tidak cerdik selagi itulah Umno tetap akan wujud.


Isnin, 20 Mei 2013

AZMIN ALI MESTI BERADA DI DALAM EXCO SELANGOR

SEBELUM ini aku ada menulis mengkritik YB Azmin Ali dan juga YB Zuraida khususnya berkaitan sidang media mereka berdua berkaitan dua perkara iaitu isu MB Selangor dan juga isu Himpunan "BLACK 505 - Suara Rakyat Suara Keramat" yang kini rancak diadakan ke seluruh negeri oleh DS Anwar Ibrahim beserta beberapa tokoh yang mahu menyelamatkan rakyat negara ini dari terus terpedaya dengan SPR.

Aku kritik atas isu dan tidak menolak kesemuanya atas batang tubuh kedua-dua tokoh berkenaan.  Mereka memang di antara pimpinan parti yang dipilih oleh ahli-ahli parti melalui pemilihan parti.  Sehubungan itu, aku amat bersetuju jika YB Azmin Ali disenaraikan sebagai Exco di dalam Kerajaan Negeri Selangor.  Hujah aku adalah YB Azmin adalah Pengerusi KEADILAN Selangor dan amat memalukan jika selaku ketua parti di Selangor beliau tidak dipilih di dalam Exco yang mana MB Selangor adalah ahli parti KEADILAN.  Itu lojiknya yang mesti difikirkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.  

Mesti profesional tetapi mesti ada roh politik
Aku setuju jika Exco Kanan diserahkan kepada wakil dari PAS kerana faktanya PAS memiliki lebih satu kerusi dari KEADILAN di Dun Selangor.  Lojiknya lagi, kesediaan PAS memberi laluan kepada KEADILAN di Kerusi MB Selangor patut diberi penghargaan oleh Tan Sri Khalid.  YB Azmin boleh berada di dalam Exco tetapi bukan sebagai Exco Kanan.  Kita harus faham, Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi MB Selangor di atas nama parti yang beliau gunakan di dalam PRU 13 yang lalu, bukan di atas lantikan Korporat.  Sehubungan itu, beliau harus mengambil berat tentang permasalahan parti khususnya di Selangor di samping beliau meneruskan agendanya untuk membangunkan negeri.

Wajib dipilih di dalam Exco
YB Azmin mesti disenaraikan di dalam Exco kerana dengan cara itu imej parti boleh dipertahankan di samping memberi peluang terbuka buat Ahli Parlimen Gombak dan Dun Bukit Antarabangsa itu memberikan pandangan atau cadangan terhadap apa jua pengurusan dan pentadbiran Tan Sri Khalid.  Kita tidak mahu melihat YB Azmin meluahkan cadangan atau tegurannya menggunakan media lantaran suara beliau tidak boleh didengari melalui Mesyuarat Exco.  Sudah tentu ada beza suara di dalam Dun Selangor berbanding suara di dalam Mesyuarat Exco.  Suara di dalam Mesyuarat Exco sudah tentu lebih efisyen lagi.

Diharapkan Tan Sri Khalid boleh memikirkan semasak-masaknya tentang isu perlantikan Exco ini.  Beliau mesti profesional dan berjiwa politik di dalam menangani isu tersebut.