RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 24 Mei 2013

SEMPENA "HIMPUNAN RAKYAT BLACKOUT 505" 25HB MEI INI, SEPOL BERNIKAH

Aku terbaca artikel berkaitan isi hati Prof Agus DI SINI.  Aku turut bersetuju dengan pandangan beliau di dalam isu budak Sepol.  Jika Prof  Agus tidak percaya dengan "sumpah laknat" Sepol di hadapan Kaabah, aku dari awal lagi memang tidak percaya apatah lagi sumpah laknat berlaku dua kali seolah-olah sumpah laknat pertama tidak sah atau Sepol sendiri tidak yakin dengan sumpah laknat pertama di sebuah Masjid di Permatang Pauh dahulu.

Dikatakan pada 25hb Mei ini (Hari Black Out 505 di Armcop Mall, PJ), Sepol akan bernikah dengan seorang gadis 'selebriti' TV3 suku di Terengganu.  Aku bersetuju dengan Prof Agus kita tidak boleh mendoakan keburukan pasangan ini kerana beliau ingin melakukan kebaikan iaitu berkahwin.  Soal beliau melakukan fitnah atau sebagainya, itu soal lain, kita serahkan kepada Allah.  Yang baik kita sokong manakala yang tidak baik atau jahat bolehlah kita tegur kalau pun tidak kita hentam.

Manalah tahu, berkat perkahwinan yang sah itu nanti Allah bukakan hati Sepol ini untuk berada di dalam kebenaran.  Ada orang akan berubah dari tidak baik kepada yang lebih baik selepas berkahwin, tetapi tidak kurang juga sebaliknya.  Tidak tergamak aku untuk mendoakan kemusnahan atau keburukan pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga ini walaupun beliau pernah melakukan kerja yang boleh memporak-porandakan rumahtanga orang lain dengan fitnahnya.  Semoga Allah mengampuni kita semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan