RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 20 Mei 2013

AZMIN ALI MESTI BERADA DI DALAM EXCO SELANGOR

SEBELUM ini aku ada menulis mengkritik YB Azmin Ali dan juga YB Zuraida khususnya berkaitan sidang media mereka berdua berkaitan dua perkara iaitu isu MB Selangor dan juga isu Himpunan "BLACK 505 - Suara Rakyat Suara Keramat" yang kini rancak diadakan ke seluruh negeri oleh DS Anwar Ibrahim beserta beberapa tokoh yang mahu menyelamatkan rakyat negara ini dari terus terpedaya dengan SPR.

Aku kritik atas isu dan tidak menolak kesemuanya atas batang tubuh kedua-dua tokoh berkenaan.  Mereka memang di antara pimpinan parti yang dipilih oleh ahli-ahli parti melalui pemilihan parti.  Sehubungan itu, aku amat bersetuju jika YB Azmin Ali disenaraikan sebagai Exco di dalam Kerajaan Negeri Selangor.  Hujah aku adalah YB Azmin adalah Pengerusi KEADILAN Selangor dan amat memalukan jika selaku ketua parti di Selangor beliau tidak dipilih di dalam Exco yang mana MB Selangor adalah ahli parti KEADILAN.  Itu lojiknya yang mesti difikirkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.  

Mesti profesional tetapi mesti ada roh politik
Aku setuju jika Exco Kanan diserahkan kepada wakil dari PAS kerana faktanya PAS memiliki lebih satu kerusi dari KEADILAN di Dun Selangor.  Lojiknya lagi, kesediaan PAS memberi laluan kepada KEADILAN di Kerusi MB Selangor patut diberi penghargaan oleh Tan Sri Khalid.  YB Azmin boleh berada di dalam Exco tetapi bukan sebagai Exco Kanan.  Kita harus faham, Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi MB Selangor di atas nama parti yang beliau gunakan di dalam PRU 13 yang lalu, bukan di atas lantikan Korporat.  Sehubungan itu, beliau harus mengambil berat tentang permasalahan parti khususnya di Selangor di samping beliau meneruskan agendanya untuk membangunkan negeri.

Wajib dipilih di dalam Exco
YB Azmin mesti disenaraikan di dalam Exco kerana dengan cara itu imej parti boleh dipertahankan di samping memberi peluang terbuka buat Ahli Parlimen Gombak dan Dun Bukit Antarabangsa itu memberikan pandangan atau cadangan terhadap apa jua pengurusan dan pentadbiran Tan Sri Khalid.  Kita tidak mahu melihat YB Azmin meluahkan cadangan atau tegurannya menggunakan media lantaran suara beliau tidak boleh didengari melalui Mesyuarat Exco.  Sudah tentu ada beza suara di dalam Dun Selangor berbanding suara di dalam Mesyuarat Exco.  Suara di dalam Mesyuarat Exco sudah tentu lebih efisyen lagi.

Diharapkan Tan Sri Khalid boleh memikirkan semasak-masaknya tentang isu perlantikan Exco ini.  Beliau mesti profesional dan berjiwa politik di dalam menangani isu tersebut.


3 ulasan:

  1. kalau semua yb meroyan mcm azmin ali, so, semua harus dilantikkah??
    diorang semua cerdik pandai, seharusnya pandai menilai.. kalau ikhlas krna allah, xde nk komplen pasal jawatan tu..
    husam musa pun diam jee.. contoh terbaik dlm perjuangan..

    BalasPadam
  2. Salam admin..
    Saya tak berapa setuju dengan pendapat tuan kerana TS Khalid mesti memilih team yang sama2 nak bekerja dengan dia membangunkan Selangor. Bukan seseorang yang sudah beberapa kali cuba utk menjatuhkan dia..
    Dan lebih penting, bukan parti yg diutamakan tetapi rakyat Selangor sbb ini sudah merupakan pentadbiran negeri bukan lagi parti walaupun TS Khalid tu dari PKR.
    Sentimen kepartian kena diketepikan demi utk memajukan negeri. Negeri maju maka pengundi dengan senang hati akan memberikan undi lagi dalam PRU akan dtg..

    BalasPadam
  3. Tolonglah carik orang lain. Nama melayu yang hujung ada Ali aku cuak sikit.

    BalasPadam