RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 29 Oktober 2011

FINAL PIALA MALAYSIA - JUARA MALAM INI ADALAH FAM


Oleh: WFAUZDIN NS

MALAM ini maka bertemulah dua pasukan terbaik dalam Liga Malaysia, Negeri Sembilan akan bertemu Terengganu di dalam Perlawanan Akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam.



Kehangatan perlawanan ini dirasai lebih awal apabila FAM buat kerja menyakitkan hati apabila menaikkan harga tiket kepada RM50. Bayangkan lah sampai ada yang mengodam laman web FAM dengan menukar logo FAM dengan gambar yang menjijikkan serta dengan komen-komen yang begitu kotor ditujukan kepada FAM. Namun, FAM begitu besar kuasanya sehingga teguran Menteri pun tidak dipedulikan.



Laman Web FAM digodam malam kelmarin....

Peminat-peminat bolasepak mahu mengadu dengan siapa? Paling mengecewakan, Presiden FAM juga memberi kenyataan agar peminat-peminat bolasepak usah peduli dengan berapa harga tiket, janji penuhi stadium katanya. Maka, suka atau tidak demi minat kepada sukan ini lebih-lebih lagi ingin menyokong pasukan negeri masing-masing terpaksa jugalah hadir.

Diberitakan ada peminat yang tetap akan hadir ke Stadium Shah Alam malam ini dengan hati yang `berbuku' terhadap FAM. Lantaran itu, mereka bercadang untuk memenuhi stadium dengan sepanduk dan banner membantah keegoan FAM. Bayangkan nanti, andainya pasukan yang mereka sokong itu kalah, bertambah `bengkak' hati mereka. FAM peduli apa semua ini, janji `fulus' masuk.

Sebagai anak jati Negeri Sembilan, sudah tentu saya mahukan Negeri Sembilan menjadi Juara malam ini walaupun hati kecil saya merasakan Terengganu ada kelebihan. Hanya 90 minit di padang malam ini bakal menentukan siapa Juara. Bagi saya, samada Negeri Sembilan atau Terengganu yang menjadi Juara, Juara dan Hero sebenar adalah FAM yang berjaya mengambil kesempatan `mengisi poket' mereka./wfauzdin.blogspot.com

Jumaat, 28 Oktober 2011

MALAM INI (28 OKT) DI KG GAGU, JELEBU - CHEGU BARD BAWA `CINCIN PUAKA"

Oleh: WFAUZDIN NS

ISU cincin bernilai RM24 juta masih belum terjawab setelah Parlimen mengesahkan memang wujud cincin itu dan pernah masuk ke negara ini walaupun dikatakan telah keluar tanpa diistiharkan. Pelik, tetapi benar.

Meminjam kata Chegu Bard, cincin puaka itu masuk sebagai `pelancung' walaupun boleh diumpamakan sebagai `pendatang haram' kerana tiada cukai yang dikenakan dan keluarnya cincin itu dari negara ini setelah ianya kecoh.

Untuk mengetahui lebih lanjut pasal cincin puaka yang dikatakan melibatkan seorang `wanita puaka', maka malam ini hadirlah beramai-ramai ke Jelebu bertempat di Kg Gagu, Kuala Klawang. Chegu Bard dengan bermurah hati akan membawa cincin puaka itu untuk diperkenalkan kepada orang-orang Jelebu warisan `Robengah'. Chegu Bard akan menghikayatkan kisah cincin puaka, bagaimana ia hadir ke negara ini, untuk siapa, dan bagaimana secara tiba-tiba keluar dari negara ini.

Mungkin pihak Kastam tahu cerita sebenar kisah cincin puaka ini sebagaimana mereka juga mungkin tahu bagaimana nama Altantuya boleh hilang di dalam rekod kemasukan ke negara ini. Tiada yang ajaib di negara ini.

Ayuh, kita ke Kg Gagu, Kuala Klawang, Jelebu malam ini kerana di samping berceramah, Chegu Bard juga akan mengedarkan risalah cincin puaka yang bakal menakutkan `wanita puaka'. Kg Gagu, adalah kampung Rais anak Yatim seorang Menteri Komunikasi yang kawasannya sendiri bertahun tiada bas melainkan bas ke Seremban sahaja. Entah apa yang di`komunikasi'kannya tiadalah diketahui. Mungkin bas ke Indonesia sahaja yang disediakan.

Di samping Chegu Bard, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan YB Taufik juga akan berucap bersama seorang bekas Pegawai Tentera berpangkat Leftenan Kolonel dari DAP berbangsa Melayu Islam. InsyaAllah, saya akan hadir di sana nanti./wfauzdin.blogspot.com

Khamis, 27 Oktober 2011

SETIAUSAHA AGUNG FAM `KURANG AJAR DAN BIADAB' - PERSATUAN BOLASEPAK TGANU DAN NS SUBAHAT NAIKKAN HARGA TIKET BOLA?


Oleh: WFAUZDIN NS

FAM nampaknya begitu angkuh dan sombong apabila berdepan dengan kritikan peminat bolasepak tanahair yang membantah kenaikan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Negeri Sembilan bertemu Terengganu, Sabtu ini.

Meskipun dikritik ramai pihak, termasuk Menteri yang selama ini kita sangka berkuasa penuh terhadap sukan tanahair, namun FAM terutamanya yang berjawatan Setiausaha Agung, Datuk Azzuddin tetap menunjukkan kesombongannya apabila di dalam akhbar Sinar hari ini beliau menyatakan, " Malaysia adalah sebuah negara demokrasi di mana penyokongnya bebas memilih untuk memulau perlawanan akhir nanti dan FAM tidak mempunyai sebarang kuasa bagi menyekat keputusan mereka itu". Ini adalah jawapan yang kurang ajar, tidak beradab dan teramat bodoh. Beliau lupa FAM pernah merayu para penyokong hadir memenuhi stadium ketika pasukan Kebangsaan mula mahu memuncak naik.

Bayangkan betapa ego, angkuh dan sombongnya FAM setelah semenjak kebelakangan ini peminat-peminat bolasepak negara telah mula membanjiri stadium. terutamanya yang melibatkan pasukan Kebangsaan walaupun kita tewas dengan teruk. Apabila semangat ini mula menyemarak, begini pula perangai pegawai-pegawai di FAM dan ini lah salah satu faktor mengapa sukar mutu bolasepak negara meningkat atau konsisten. Jawapan sombong dan bodoh dari Setiausaha Agung FAM itu amat memalukan.

Paling mengecewakan, mengikut Sinar hari ini juga rupa-rupanya kenaikan harga tiket kepada RM50 itu telah dipersetujui oleh Persatuan Bolasepak Terengganu dan Negeri Sembilan. Patutlah Terengganu sanggup memberi diskaun 50% kepada para penyokongnya, manakala Negeri Sembilan pula menjual tiket dengan harga RM30 sahaja. Kita ucapkan tahniah dan terima kasih di atas `pengorbanan' kedua-dua negeri ini untuk membantu para penyokong masing-masing, tetapi `drama' mereka bersama FAM amat tidak wajar samasekali.

Menyedihkan, Timbalan Presiden FAM Tan Sri Anuar Musa berkata beliau juga tidak bersetuju dengan kenaikan harga tiket tersebut tetapi tidak mampu berbuat apa-apa. Menteri yang menjaga sukan pun tidak boleh melakukan apa-apa kerana FAM menjawab bahawa permintaan Menteri berkenaan hanya dihormati oleh FAM tetapi FAM tidak berganjak. Lihatlah, ego dan bongkaknya FAM dan memang wajar mutu bolasepak negara ini lingkup selepas ini selagi puak itu berada di kerusi masing-masing./wfauzdin.blogspot.com

PERWAKILAN PERKASA `TERKENTUT' DAN `TERKINCIT' ?

Oleh: WFAUZDIN NS

TERLEBIH dahulu saya mahu ucapkan tahniah kepada Zul Kulim kerana sekarang dipilih untuk berada dalam Saf hadapan PERKASA dan amat sesuai benar sokongan kuat kemasukan beliau datangnya dari Zahid Md Arip. Jika bukan PERKASA, siapa lagi mahu terima Zul Kulim?

Saya mahu ulas sedikit jawapan Presiden PERKASA, Berahim Ali apabila ditanya oleh anggotanya sendiri mengapa PERKASA tidak hadir berhimpun sewaktu Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 09 Jul yang lalu. Semua maklum, menjelang Himpunan BERSIH 2.0, selain dari Guru Silat Lincah, Omar Din termasuk Ali Rustam dan juga PERKASA, hampir setiap malam di kaca TV mereka muncul sebagai pendekar memberi amaran kepada BERSIH agar jangan berhimpun. Langkah mayat mereka dahulu, kononnya. Berpuluh ribu anggota bawahan masing-masing akan menjadi benteng menghalang peserta perhimpunan BERSIH, begitulah lebih kurang dua tiga ekor pendekar itu bercakap.

Apabila tiba masanya, seekor umat pun tidak muncul. Ada yang berkata terdapat juga ahli-ahli PERKASA yang bersedia untuk hadir, tetapi melepak di restoren mamak. Geng Silat bawah Omar Din dan Ali Rustam dikhabarkan hadir tetapi masing-masing menggunakan `ilmu ghaib' di celah ketiak bini masing-masing. Sebab itulah, wajar juga perwakilan PERKASA mahu tahu kenapa PERKASA tidak menjadi `Perkasa' pada hari tersebut?

Maka, Presiden PERKASA pun memberi alasan yang boleh buat semua perwakilan PERKASA terkentut menahan ketawa. Beliau menjelaskan bahawa keputusannya supaya pertubuhan itu tidak turut berdemonstrasi dalam perhimpunan 9 Julai merupakan satu tindakan strategik. Baca di sini.

`Strategik'nya mengikut beliau adalah Perhimpunan BERSIH akhirnya tidak diberi permit oleh pihak Polis, kononnya disebabkan PERKASA juga mahu berhimpun. Kita mahu beritahu Berahim alkataki, selama ini pun perhimpunan yang dianjurkan oleh Pembangkang atau NGO yang pro Pembangkang tidak juga mendapat permit walaupun PERKASA tidak camportangan. Jadi, usahlah PERKASA perasan bahawa kerana PERKASA maka BERSIH tidak mendapat permit. Soalnya sekarang, perhimpunan itu berjaya atau tidak? Jawapannya, BERSIH berjaya menghimpunkan rakyat di luar jangkaan, dan yang tidak berjaya sebenarnya adalah PERKASA dan beberapa puak sekutu dengannya. Jawapan bodoh dari Berahim alkataki itu sudah cukup untuk memperbodohkan semua perwakilan di dalam PERKASA.

Kononnya kata Berahim, laporan Polis yang dibuat oleh PERKASA terhadap BERSIH itu merupakan `perang saraf'. Sekali lagi perwakilan PERKASA mungkin terkentut. Akibat perang saraf PERKASA, akhirnya yang lemah `urat saraf' adalah PERKASA sendiri. PERKASA dilihat lebih `pondan' dari `Patriot' walaupun Patriot di bawah KJ hadir juga bersama beberapa Mat Bangla, tetapi berani jugalah hadir ke perhimpunan tersebut.

Selepas beberapa kali perwakilan PERKASA terkentut dengan jawapan `cover line' oleh Berahim, kali ini perwakilan terus `terkincit' apabila Berahim alkataki mengaku merasa malu apabila Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) gagal samasekali. Katanya, "Kata sejuta umat, tapi sampai jam 4 petang, tak sampai 10, 000 orang, malunya kita". Begitulah keluhan Berahim di depan perwakilan PERKASA yang mungkin membuatkan ramai yang berebut-rebut ke tandas akibat `terkincit' mendengar ulasan MP Pasir Mas yang bakal hilang deposit ini.

Berahim alkataki silap di dalam jumlah tersebut. Bukan tidak sampai 10, 000 orang hadir sebelum 4 petang tetapi tidak sampai 8,000 pun hadir pada waktu tersebut. Itu pun kita sudah kasi `advance', ada yang kata lebih kurang 5,000 sahaja yang hadir. Itu pun telah diberi permit, jika tiada permit mungkin ramailah agaknya.

Sebelum saya tutup kalam ini, sekali lagi tahniah buat Zul Kulim yang akhirnya ditakdirkan Allah berada bersama insan yang setaraf dan `standard' dengan beliau. Simpati juga kepada Ruslan Kassim yang lebih `senior' di dalam PERKASA tetapi masih menjadi Setiausaha. Tidak mengapa, apa jua jawatan di dalam PERKASA tidak memberi perbezaan kerana `katak tetap katak'./wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 26 Oktober 2011

BOIKOT - PAS JELEBU BANTAH KENAIKAN HARGA TIKET BOLASEPAK FINAL PIALA MALAYSIA

Oleh: WFAUZDIN NS

BARU-baru ini saya ada menulis mengkritik FAM kerana bertindak melampau dengan menaikkan harga tiket Perlawanan Akhir Bolasepak Piala Malaysia di antara Negeri Sembilan menentang Terengganu pada 29 Okt 2011 nanti bertempat di Stadium Shah Alam. Baca di sini.

Sekiranya FAM masih berdegil dengan keputusannya, saya merasakan adalah wajar peminat-peminat bolasepak memboikot perlawanan akhir tersebut dengan tidak hadir ke stadium cuma menonton di televisyen sahaja. Terbaru, Shabery Cheek Menteri yang menjaga kebudayaan dan sukan turut mengeluh dengan tindakan FAM berkenaan. Apakah seorang Menteri hanya boleh mengeluh sahaja dengan kelakuan FAM itu? Siapa lebih berkuasa? Atau, adakah keluhan menteri ini benar-benar ikhlas atau sandiwara semata-mata?

Sebentar tadi, saya ada bertemu dan berbual dengan Timb YDP PAS Jelebu, Sdr Nooranif Selamat yang kebetulan `classmate' saya semasa bersekolah rendah dahulu. Beliau turut merasa kesal dengan tindakan FAM tersebut. Tidak munasabah harga tiket bagi semua tempat duduk berharga RM 50 bagi dewasa. Mengapa peminat bolasepak yang kini semakin memberi perhatian dan sokongan kepada bolasepak negara dilayan sedemikian rupa? Tidak cukupkah keuntungan yang diperolehi sepanjang musim liga tahun ini ditambah pula setiap pasukan mendapat tajaan untuk pasukan mereka?

Akibat kenaikan melampau ini, tidak pasal-pasal Kerajaan Terengganu terpaksa keluarkan wang yang banyak bagi memberikan subsidi 50% kepada para penyokong Terengganu yang ingin menyaksikan perlawanan tersebut. Bagaimana pula dengan penyokong Negeri Sembilan?
Adakah Kerajaan Negeri Sembilan akan terpaksa belanjakan wang rakyat hanya untuk menampung harga tiket buat para penyokong Negeri Sembilan?

Sdr Nooranif berkata, PAS Jelebu membantah tindakan tidak berperikemanusiaan FAM ini. Hari ini, PAS Jelebu akan mengadakan sidang akhbar untuk menyuarakan bantahan terhadap tindakan FAM ini. Di saat rakyat hidup tertekan dengan kenaikan harga barang dan bagi kaum India yang baru sahaja merayakan Hari Deepavali, kenaikan harga tiket tersebut dilihat sebagai tidak bertanggungjawab.

Sekiranya FAM masih mengekalkan keputusan menaikkan harga tiket perlawanan akhir itu nanti, PAS Jelebu akan melancarkan kempen memboikot perlawanan akhir tersebut dengan mengajak peminat-peminat bolasepak menonton melalui TV sahaja dan tidak hadir ke stadium./wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 25 Oktober 2011

FINAL PIALA MALAYSIA - BOIKOT HADIR KE STADIUM, FAM CEKIK DARAH?

Oleh: WFAUZDIN NS

FINAL Bola Sepak Piala Malaysia di antara pasukan Negeri Sembilan menentang Terengganu akan berlangsung pada 29 Okt 2011 ini di Stadium Shah Alam. FAM telah menetapkan harga tiket adalah berharga RM 50 bagi dewasa dan RM 5 bagi kanak-kanak.

FAM nampaknya ingin mengambil kesempatan dengan peningkatan sokongan peminat terhadap bolasepak di negara ini. Mengapa FAM tergamak mencekik darah peminat dengan harga tiket yang tidak munasabah itu? Sudah kering kontang sangatkah tabung FAM sehingga terpaksa menaikkan harga tiket seolah-olah mutu bolasepak negara kita sudah sampai ke tahap mutu bolasepak Liga Inggeris atau Eropah?

Mereka tahu bahawa puluhan ribu penyokong-penyokong dari kedua-dua pasukan akan hadir ke stadium pada Final itu nanti, maka FAM menjadi lupa daratan sehingga tidak langsung menunjukkan timbang rasa atau berterima kasih di atas sokongan peminat bolasepak negara ini terhadap liga tempatan.

Saya menyeru agar FAM kembali merenung zaman kemunduran bolasepak negara sehingga ke tahap ini. Amat zalim FAM menghukum peminat bolasepak dengan keadaan ekonomi negara sekarang dengan menetapkan harga yang tidak masuk akal itu. Pegawai FAM malam tadi memberi alasan kononnya harga tiket terpaksa dinaikkan demi membantu kedua-dua pasukan yang beraksi di Final nanti. Apakah selama ini pasukan-pasukan tidak mendapat untung hasil dari kutipan di stadium masing-masing sepanjang Liga Super dan Liga Malaysia?

Sekiranya FAM masih degil dan ego untuk menaikkan harga tiket, saya menyeru agar kita semua memboikot hadir ke stadium pada Final tersebut dan lebih baik kita menonton siaran langsung melalui TV sahaja. Bayangkan jika harga tiket RM50 seorang, jika hadir bersama isteri dan anak-anak sudah berapa? Itu belum dikira kos minyak kenderaan, makan dan minum. Apakah FAM tidak fikir semua ini atau hanya memikirkan kantung FAM sahaja?

Tentang stadium pula, amat memalukan Stadium Nasional Bukit Jalil tidak boleh digunakan untuk Pertandingan Akhir yang berprestij seperti ini. Mengapa berlaku sedemikian? Ini menunjukkan FAM tidak bersedia dari awal sebelum Liga bermula lagi. Oleh itu, usahlah negara ini mengada-ngada untuk berangan menjadi Tuan Rumah Bola Sepak Olimpik jauh Linksekali untuk menjadi Tuan Rumah Piala Dunia. Memalukan.

Mengapa Stadium Nasional Bukit Jalil tidak boleh digunakan? Malaysian Insider melaporkan, " Bumbung Stadium Nasional Bukit Jalil, pusat sukan yang menjadi lokasi nadi Sukan Komanwel 1998, telah tamat tempoh jaminan tiga tahun lalu dan memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan segera demi keselamatan dan keselesaan pengguna, kata laporan Ketua Audit Negara 2010. Selanjutnya baca di sini.

Sekali lagi kita pohon agar FAM menimbang kembali agar harga tiket dijual seperti biasa kerana menghargai sokongan peminat bolasepak negara selama ini. FAM jangan tamak dan lupa diri./wfauzdin.blogspot.com

Isnin, 24 Oktober 2011

`BERKAT' UMI HAFILDA - 300 ORANG SERTAI KEADILAN DI PALONG 6

Pada 22hb Okt baru-baru ini, bertempat di Padang Bola Palong 6, penceramah wanita yang terkenal dengan ucapan lucah yang dibawa oleh Umno iaitu Umi Hafilda telah hadir berceramah bersama Pengerusi Felda iaitu `perampas' Pengerusi KPF, Isa Samad. Program sebelah petang itu telah dihadiri ramai petugas-petugas KEMAS sekitar Palong 4, 5 dan 6 di samping mereka yang mahu `berhibur' dengan ucapan lucah dari Umi Hafilda.

Seperti lazimnya, Umi Hafilda akan membuka `Hikayat' basi tentang DS Anwar dan terus memburukkan keluarganya sendiri. Wanita yang telah dibuang dari senarai anak oleh ayahnya itu membuka cerita kononnya DS Wan Azizah juga dibuang oleh keluarga. Namun, usaha wanita berumur yang masih bujang itu untuk memburukkan pemimpin PKR ternyata gagal samasekali.



Ketua Serikandi PKR, Siti Aishah
berucap penuh semangat

Buktinya pada hari yang sama, malam itu Palong 6 telah menerima kehadiran Ketua Serikandi PKR, Siti Aishah bersama beberapa pimpinan lain termasuk Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal, Tuan Hj Suhaimi Said.

Difahamkan pihak KEMAS turut mengarahkan anggota-anggotanya hadir di ceramah Pakatan Rakyat malam itu utuk membuat laporan. Kehadiran pada program malam itu jauh lebih hebat dari program ceramah Umi Hafilda.






Sdr Rebin dan juga Tuan Hj Suhaimi turut berucap


Paling mengejutkan, pada hari yang sama dengan program Umi Hafilda dan Isa Samad, Parti Keadilan Rakyat telah menerima seramai 300 orang menyertai parti tersebut di Palong 6. Jelas ini menunjukkan bahawa kehadiran Umi Hafilda dan Isa Samad membuatkan lebih ramai merasa meluat dan jijik dengan Umno. Apatah lagi dengan kehadiran Umi Hafilda yang berucap penuh dengan maki hamun dan berunsur lucah ditambah pula dengan kehadiran Isa Samad, `perampas' Pengerusi KPF.



Pelakon Man Kadir@Pak Jabit juga turut hadir





Sambutan amat menggalakkan di kawasan Felda Palong 6





Foto: Ihsan Suhaimi Said/Lubok Kawah.blogspot

NAJIB BUAT PERBANDINGAN YANG MEMPERBODOHKAN DIRI SENDIRI

Oleh: WFAUZDIN NS

NAJIB mengeluarkan kenyataan yang membezakan perhimpunan BERSIH 2.0 dengan Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang diadakan baru-baru ini. Malangnya Najib membuat perbandingan seperti budak tidak bersekolah atau cuba untuk memperbodohkan rakyat yang rata-ratanya lebih cerdik dari PM ini.

Malaysiakini melaporkan kenyataan Najib suami Rosmah dengan katanya, " Perhimpunan semalam (HIMPUN) berlangsung secara aman dan terkawal, tidak ada sesiapa pun yang rasa terganggu, tertekan atau tidak selamat. "Itulah hasrat kerajaan apabila kita menawarkan stadium untuk BERSIH 2.0 mengadakan perhimpunan mereka," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Perdana Bersama Perdana Menteri Dengan Pesara Dan Bekas Polis di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, hari ini.

Kita mahu tanya Najib, berapa banyak FRU datang menggempur peserta perhimpunan di Stadium tersebut? Berapa banyak sekatan Polis dibuat ke atas jalan-jalan menuju ke lokasi perhimpunan Sabtu lalu? Ertinya, jika pihak Polis tidak membuat kacau, pelik apanya jika perhimpunan tersebut berjalan dengan baik? Andainya BERSIH 2.0 tidak diganggu oleh Pihak Polis, kita jamin perhimpunan BERSIH 2.0 akan berjalan dengan aman dan tenteram. Jika ada yang tidak aman dan tenteram pun mungkin Najib, Umno atau SPR sahaja.

Najib berhujah kononnya sebab itu beliau benarkan BERSIH 2.0 gunakan Stadium untuk berhimpun. Najib memang kuat menipu dan putar belit. Kita mahu Najib jawab mengapa peserta perhimpunan mahu berhimpunan ke Stadium Merdeka dihalang? Bukankah beliau sebelum itu berucap di Putrajaya akan memberi kebenaran kepada BERSIH untuk berhimpun di mana-mana Stadium? Belum pun sampai ke Stadium, sehari sebelum hari perhimpunan BERSIH lagi semua jalan ke Ibu Kota ditutup.

Oleh itu, teramat bodoh jika Najib mahu bandingkan perhimpunan HIMPUN dengan BERSIH 2.0. Cuba Najib berikan satu contoh, mana satu perhimpunan yang berlaku huru-hara tanpa gangguan dari FRU atau pihak upahan seperti PERKOSA? Masalahnya bukan di dewan atau stadium mahu pun di tempat awam, masalahnya ada pihak yang datang untuk menganggu maka tentulah berlaku sedikit sebanyak huru-hara.

Cukuplah Najib utuk memperbodohkan rakyat. Rakyat kini boleh berfikir jauh dari apa yang Najib fikirkan. Rakyat kini sudah tahu banyak dari yang Najib tahu termasuk kisah Altantuya dan cincin 24 Juta itu. Maka, Najib perlu berundur kerana pemikirannya kini sudah lapuk dan tidak sesuai lagi sebagai seorang pemimpin./wfauzdin.blogspot.com