RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 25 Oktober 2011

FINAL PIALA MALAYSIA - BOIKOT HADIR KE STADIUM, FAM CEKIK DARAH?

Oleh: WFAUZDIN NS

FINAL Bola Sepak Piala Malaysia di antara pasukan Negeri Sembilan menentang Terengganu akan berlangsung pada 29 Okt 2011 ini di Stadium Shah Alam. FAM telah menetapkan harga tiket adalah berharga RM 50 bagi dewasa dan RM 5 bagi kanak-kanak.

FAM nampaknya ingin mengambil kesempatan dengan peningkatan sokongan peminat terhadap bolasepak di negara ini. Mengapa FAM tergamak mencekik darah peminat dengan harga tiket yang tidak munasabah itu? Sudah kering kontang sangatkah tabung FAM sehingga terpaksa menaikkan harga tiket seolah-olah mutu bolasepak negara kita sudah sampai ke tahap mutu bolasepak Liga Inggeris atau Eropah?

Mereka tahu bahawa puluhan ribu penyokong-penyokong dari kedua-dua pasukan akan hadir ke stadium pada Final itu nanti, maka FAM menjadi lupa daratan sehingga tidak langsung menunjukkan timbang rasa atau berterima kasih di atas sokongan peminat bolasepak negara ini terhadap liga tempatan.

Saya menyeru agar FAM kembali merenung zaman kemunduran bolasepak negara sehingga ke tahap ini. Amat zalim FAM menghukum peminat bolasepak dengan keadaan ekonomi negara sekarang dengan menetapkan harga yang tidak masuk akal itu. Pegawai FAM malam tadi memberi alasan kononnya harga tiket terpaksa dinaikkan demi membantu kedua-dua pasukan yang beraksi di Final nanti. Apakah selama ini pasukan-pasukan tidak mendapat untung hasil dari kutipan di stadium masing-masing sepanjang Liga Super dan Liga Malaysia?

Sekiranya FAM masih degil dan ego untuk menaikkan harga tiket, saya menyeru agar kita semua memboikot hadir ke stadium pada Final tersebut dan lebih baik kita menonton siaran langsung melalui TV sahaja. Bayangkan jika harga tiket RM50 seorang, jika hadir bersama isteri dan anak-anak sudah berapa? Itu belum dikira kos minyak kenderaan, makan dan minum. Apakah FAM tidak fikir semua ini atau hanya memikirkan kantung FAM sahaja?

Tentang stadium pula, amat memalukan Stadium Nasional Bukit Jalil tidak boleh digunakan untuk Pertandingan Akhir yang berprestij seperti ini. Mengapa berlaku sedemikian? Ini menunjukkan FAM tidak bersedia dari awal sebelum Liga bermula lagi. Oleh itu, usahlah negara ini mengada-ngada untuk berangan menjadi Tuan Rumah Bola Sepak Olimpik jauh Linksekali untuk menjadi Tuan Rumah Piala Dunia. Memalukan.

Mengapa Stadium Nasional Bukit Jalil tidak boleh digunakan? Malaysian Insider melaporkan, " Bumbung Stadium Nasional Bukit Jalil, pusat sukan yang menjadi lokasi nadi Sukan Komanwel 1998, telah tamat tempoh jaminan tiga tahun lalu dan memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan segera demi keselamatan dan keselesaan pengguna, kata laporan Ketua Audit Negara 2010. Selanjutnya baca di sini.

Sekali lagi kita pohon agar FAM menimbang kembali agar harga tiket dijual seperti biasa kerana menghargai sokongan peminat bolasepak negara selama ini. FAM jangan tamak dan lupa diri./wfauzdin.blogspot.com

8 ulasan:

  1. boikot jer... ajar sket makhluk2 penipu ni... yg dok jadi boddoh pergi jugak berbondong2 ke stadium tu apasal... minat sangatlah kononnya... tapi bila bab solat tak pulak minat begitu... ini semua kerja2 yg tak da faedah dan tak dapat pahala... berebut2 nak buat... betapa boddohnya anda..

    BalasPadam
  2. Btol..Biokot jer..
    Yg dtg tgk tuh semua rakyat biasa yg pd mereka rm 50 tuh boleh buat belanja makan kt kedai satu famili sambil tgk bola kt tv..
    Pegi daaah..nak charge pun agak2 la munasabah ke tidak..Jgn ikut tekak jer..Nak bantu pasukan yg bertanding bkn dgn sembelih penyokong woooiiii!!!!!
    Igt org neh berduit sgt ker smpai nk keluar beratus termasuk kos logistik bg mereka yg dtg dari jauh..
    VIP lain la,free pass entrance ble dpt kt juak2 korang..
    Fikir2kan org yg susah yg kebanyakannya suka tgk bola dari golf,tenis dan sukan2 yg mahal..

    BalasPadam
  3. Bukan kerana harga RM50 kita boikot. Tapi kalau permainan kelas dunia berapa harga pun akan datang. Tak sehebat mana taraf bola sepak kat Malaysia ni. Kalau free pun patut boikot. Harapkan gaya jer tapi mutu tak de langsung. Boikot terus walaupun pun free.

    BalasPadam
  4. Dari sudut lain,inilah masanya untuk menguji kesetian penyokong.Inilah waktunya yang menuntut pengorbanan penyokong.

    Kalau peminat setia seperti penyokong Kelantan,mereka tetap membanjiri stadium kerana pentas akhir bukan hadir selalu.

    BalasPadam
  5. pergi mampos la ngan klantan ko..ni bkn psl stia xstia.kalo mutu permainan pon mcm tahi nk charge tket mgalahkan klas dunia..

    BalasPadam
  6. Aku tak kisah sangat pasal harga tu, tapi berbaloi ke dengan taraf yang tak seberapa tu, what I can say tak de brand equity, namun aku tetap tengok kat tv

    BalasPadam
  7. Bisa bena Anon 25/10/8.09pm. Kalu boleh kenal tuannya lagi baik

    BalasPadam
  8. kalu korg boikot tiket, tv tak kuar siaran langsung..

    tp korg gi ceramah agama kat stadium free pun korg boikot gak..

    BalasPadam