RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 21 Mei 2015

ISU UG MULA BERKUMANDANG - SIAPA BERBOHONG?

TUAN Guru Hj Hadi menyatakan cadangan UG (Kerajaan Perpaduan) dulu telah dipersetujui oleh DS Anwar selaku Ketua Pembangkang dan juga Almarhum Tok Guru Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS waktu itu.

Tidak sampai 48 jam, kenyataan Hj Hadi itu telah dinafikan oleh Setiausaha Agong yg juga Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli kemudiannya ditegaskan semula oleh Presiden KEADILAN, DS Dr Wan Azizah.  Anwar tidak dapat menjawab waktu ini kerana beliau berada di penjara.  Almarhum Tok Guru Nik Aziz juga begitu kerana Almarhum telah tiada lagi bersama kita.

Namun, semua tahu yang ditentang keras sewaktu hayat Almarhum masih ada ialah UG.  Kita boleh dapatkan banyak kenyataan dari Almarhum berkaitan UG ini di dalam klip video di Youtube.  Begitu juga, kita semua tahu yang ingin dicadangkan oleh Anwar bukan UG tetapi Konsensus Nasional (KN) yang samasekali jauh berbeza dengan UG.  

Ertinya, belum dipastikan adakah Hj Hadi tersilap di dalam kenyataannya kerana Anwar tidak boleh menjawab, mustahil Almarhum juga boleh mengesahkannya.  Namun kita boleh merujuk kepada kenyataan kedua-dua tokoh ini iaitu Anwar dan Almarhum Tok Guru melalui klip-klip video yang mudah kita perolehi melalui Youtube.
 
Apapun, sewajarnya isu UG ini tidak bijak sekali ditimbulkan kembali.  Melalui Muktamar PAS terdahulu juga sering Presiden PAS sebut isu UG tidak lagi berbangkit.  Kita faham Hj Hadi ditanya tentang isu UG ini di dalam wawancara tersebut, tetapi sebijaknya Hj Hadi patut komen rengkas dengan menyebut bahawa PAS telah menutup isu UG ini, tanpa beliau ulas panjang lebar dan kenyataannya itu pula kini menjadi kontroversi.
 
 


Selasa, 19 Mei 2015

PERWAKILAN TAHU ATAU TIDAK MENGAPA US AHMAD AWANG PERLU BERTANDING PRESIDEN?

HUSAM Musa akhirnya mengumumkan hanya bertanding untuk mengekalkan jawatan Naib Presiden PAS sahaja.  Satu keputusan yang bijak walaupun beliau mendapat pencalonan tertinggi selepas Presiden PAS sekarang, Haji Hadi.  Ini membuka ruang dan peluang kepada Us Ahmad Awang, bekas YDP Persatuan Ulamak Malaysia dan Ketua Ulamak Sedunia Cawangan Malaysia.  

Aku berpendapat Hj Hadi akan terus dikekalkan oleh perwakilan sebagai Presiden di dalam Muktamar PAS yang akan diadakan pada Jun ini.  Walaupun saingan memang sengit dari Us Ahmad Awang tetapi atas faktor 'status quo" amat janggal jika Presiden ditentang.  Tetapi sejarah PAS pernah menunjukkan atas beberapa faktor Presiden akan ditentang mahupun ditekan untuk meninggalkan jawatan itu.

Apakah sudah cukup faktor untuk menukarkan Hj Hadi?  Perwakilan PAS bakal menentukan dan kempen di saat-saat akhir oleh Us Ahmad Awang nampaknya memungkinkan beliau tipis untuk menang.  Ramai perwakilan yang tidak mengerti mengapa perlu Us Ahmad Awang bertanding.  Mereka lebih banyak tahu mengapa Hj Hadi perlu dikekalkan.

Mungkin jika ada yang menyokong Us Ahmad Awang pun mereka adalah terdiri dari golongan yang banyak membaca maklumat dari berbagai sumber dan yang peka terhadap situasi politik semasa terutamanya tentang perkembangan PAS.  Mereka ini mungkin telah membuat analisa kenapa PAS menjadi separah ini.  Apakah kerana Presiden itu Ulamak?  Dahulu pun golongan Ulamak memimpin PAS, tetapi PAS mantap.  Dahulu pun Hj Hadi Presiden PAS tetapi tidak berlaku masalah seperti sekarang.  Mengapa?  Mengapa selepas pemergian Almarhum Tok Guru Nik Aziz PAS sudah berbeza?  Adakah perbezaan itu memperkuatkan parti islam ini atau sebaliknya?  Ini yang difikirkan oleh perwakilan yang mungkin boleh mengubah posisi Presiden sekarang.

Manakala bagi yang mengundi untuk mengekalkan Hj Hadi, mereka tentunya berpendapat tiada sebab untuk turunkan Ahli Parlimen Marang ini dari Kerusi Presiden PAS.  Apa silap Hj Hadi?  Apakah pemimpin ini telah melakukan rasuah, penyelewengan mahu pun salah laku sehingga patut diturunkan?  Ini sama seperti Hj Hadi pernah katakan mengapa TSKI perlu diturunkan sebagai MB Selangor.  TSKI tidak rasuah.  TSKI tidak melakukan perkara-perkara yang menyalahi syarak.  Tidak Syarie untuk menurunkan TSKI.  Atas faktor ini juga menyebabkan perwakilan mungkin akan mengekalkan Hj Hadi.

Aku masih tetap dengan keyakinan aku Hj Hadi akan mengekalkan jawatannya sebagai Presiden.  Apatah lagi media kawalan Umno nampaknya bermurah hati membantu kempen untuk beliau.  Umno tentunya berminat agar Hj Hadi kekal sebagai Presiden, mungkin untuk memudahkan kerjasama di antara Umno dan PAS di dalam merealisasikan Hudud di negara ini.  Satu perkembangan yang menarik.


MAHATHIR VS NAJIB - MAHU SOKONG SIAPA?

NAJIB hentam Mahathir. Mahathir hentam Najib. Mahathir pernah menzalimi Anwar. Najib pula meneruskan kezaliman Mahathir. Ertinya, kedua2nya musuh kpd penyokong2 Anwar.

Apabila kedua2 musuh ini bertumbuk, Kita nak tolong siapa?

Ada yg kata, elok tolong Najib dulu, kita belasah Mahathir. Bila Mahathir dah terduduk, kita belasah Najib pulak. Ada yg kata kena tolong Mahathir dulu, bila Najib dan terduduk senang kita ganti.

Eh, betul ke bila Najib dah terduduk kita boleh ganti? Tak mungkin semudah itu. Kalau Najib dah terduduk, ertinya Mahathir berjaya. Mahathir mahu ke kita ganti tempat Najib? Mustahil.

Paling bijak, kita lagakan kedua2 kepala mereka biar sama2 terduduk....lepas tu pandai2 la nak hidup.....