RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 19 Mei 2015

PERWAKILAN TAHU ATAU TIDAK MENGAPA US AHMAD AWANG PERLU BERTANDING PRESIDEN?

HUSAM Musa akhirnya mengumumkan hanya bertanding untuk mengekalkan jawatan Naib Presiden PAS sahaja.  Satu keputusan yang bijak walaupun beliau mendapat pencalonan tertinggi selepas Presiden PAS sekarang, Haji Hadi.  Ini membuka ruang dan peluang kepada Us Ahmad Awang, bekas YDP Persatuan Ulamak Malaysia dan Ketua Ulamak Sedunia Cawangan Malaysia.  

Aku berpendapat Hj Hadi akan terus dikekalkan oleh perwakilan sebagai Presiden di dalam Muktamar PAS yang akan diadakan pada Jun ini.  Walaupun saingan memang sengit dari Us Ahmad Awang tetapi atas faktor 'status quo" amat janggal jika Presiden ditentang.  Tetapi sejarah PAS pernah menunjukkan atas beberapa faktor Presiden akan ditentang mahupun ditekan untuk meninggalkan jawatan itu.

Apakah sudah cukup faktor untuk menukarkan Hj Hadi?  Perwakilan PAS bakal menentukan dan kempen di saat-saat akhir oleh Us Ahmad Awang nampaknya memungkinkan beliau tipis untuk menang.  Ramai perwakilan yang tidak mengerti mengapa perlu Us Ahmad Awang bertanding.  Mereka lebih banyak tahu mengapa Hj Hadi perlu dikekalkan.

Mungkin jika ada yang menyokong Us Ahmad Awang pun mereka adalah terdiri dari golongan yang banyak membaca maklumat dari berbagai sumber dan yang peka terhadap situasi politik semasa terutamanya tentang perkembangan PAS.  Mereka ini mungkin telah membuat analisa kenapa PAS menjadi separah ini.  Apakah kerana Presiden itu Ulamak?  Dahulu pun golongan Ulamak memimpin PAS, tetapi PAS mantap.  Dahulu pun Hj Hadi Presiden PAS tetapi tidak berlaku masalah seperti sekarang.  Mengapa?  Mengapa selepas pemergian Almarhum Tok Guru Nik Aziz PAS sudah berbeza?  Adakah perbezaan itu memperkuatkan parti islam ini atau sebaliknya?  Ini yang difikirkan oleh perwakilan yang mungkin boleh mengubah posisi Presiden sekarang.

Manakala bagi yang mengundi untuk mengekalkan Hj Hadi, mereka tentunya berpendapat tiada sebab untuk turunkan Ahli Parlimen Marang ini dari Kerusi Presiden PAS.  Apa silap Hj Hadi?  Apakah pemimpin ini telah melakukan rasuah, penyelewengan mahu pun salah laku sehingga patut diturunkan?  Ini sama seperti Hj Hadi pernah katakan mengapa TSKI perlu diturunkan sebagai MB Selangor.  TSKI tidak rasuah.  TSKI tidak melakukan perkara-perkara yang menyalahi syarak.  Tidak Syarie untuk menurunkan TSKI.  Atas faktor ini juga menyebabkan perwakilan mungkin akan mengekalkan Hj Hadi.

Aku masih tetap dengan keyakinan aku Hj Hadi akan mengekalkan jawatannya sebagai Presiden.  Apatah lagi media kawalan Umno nampaknya bermurah hati membantu kempen untuk beliau.  Umno tentunya berminat agar Hj Hadi kekal sebagai Presiden, mungkin untuk memudahkan kerjasama di antara Umno dan PAS di dalam merealisasikan Hudud di negara ini.  Satu perkembangan yang menarik.


14 ulasan:

  1. anda menyokong BN kaaa? cukup berbeza kat FB..

    BalasPadam
  2. Kenapa UAA perlu bertanding?
    Inilah persoalan pokok yg perlu kepada penjelasan? Bagi sebuah parti yang berteraskan syura dan muafakat, pertandingan peringkat tertinggi parti amat menghairankan. Walaupun UAA tidak mendapat sokongan percalonan terbanyak, namun cabaran UAA ke atas TGHH menjadi tanda tanya.
    UAA bukan orang kampung yang tersesat dan mencuba nasib untuk menentang Presiden parti. Beliau merupakan ahli PAS yang memiliki nama dan rekod yang baik dalam parti. Bahkan beliau juga seorang dari kelompok ulamak seperti juga presiden PAS. Persaingan kedua calon presiden ini walaupun terdapat jurang yang jauh dari segi percalonan. Namun perwakilan terpaksa berfikir dua kali untuk memilih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perwakilan tahu...dap...pkr dan jebon2 pasma yg duk blkg ustaz aa

      Padam
  3. Seorang ketua tidak boleh mengejek ketua kumpulan lain walaupun dalam satu pakatan. Seorang ketua tidak boleh menunjukan moral yang buruk dengan menggunakan perkataan "Barua" kepada ahli atau orang lain. Sealim manapun seseorang itu perlulah menjaga maruah orang seagamanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila taat pd fatwa tuan guru lim kit siang ini jadinya...jadi barua...

      Padam
  4. Barua ni maksud dia...ejen...ejen apa? Ejen yg menyelinap masuk dlm parti tetapi taat kpd parti lain...berbaiah.utl setia.kpd dasar parti ttp dihati.ttp taat pd dasar parti lain...diberi pangkat dan kedudukan utk menjadi lidah parti tetapi menjadi musang beebulu ayam....mengaku islam tetapi enggan menerima amalan islam...menghentam ketua sendiri di pentas parti lain...malah bangga dipuji kafirin dan kafirun...maruah kafir dijaga...maruah sesama islam dipersenda...hak kafir dibela...hak islam dianaktirikan...hubbu dunia.

    BalasPadam
  5. Untuk Meliwat kamu lah boddoh...

    BalasPadam
  6. Din Tok Guru @ Din ayam (menantu Hj Hadi) mampu mengajar kitab-kitab turath di Markaz Tanta, seperti kitab Al-Asybah wa An-Nazoir, Waraqat dan kitab usul yang paling sukar difahami iaitu kitab Al-Minhaj karangan Imam Baidhawi. justeru itu beliau menjadi tempat rujukan pelajar-pelajar.

    Selain menjadi best student dikalangan pelajar malaysia Tanta pada setiap tahun, kecemerlangannya di dalam bidang akademik terbukti apabila beliau menjadi "best student" di peringkat pelajar asing (waafidin) pada tahun 2007 dimana beliau mendapat kurang 7 markah untuk mencapai tahap Mumtaz, satu keputusan yang tidak pernah dicapai oleh mana-mana pelajar waafidin (pelajar bukan Mesir) sebelum ini.

    Di atas kecemerlangan ini, beliau mendapat anugerah Al-Fanjari dengan diberikan biasiswa bulanan. Pelajar waafidin kerana silibus mereka khususnya Al-Quran adalah berbeza dengan pelajar Al-Azhar dari Mesir.

    Beliau ke Universiti Kaherah di dalam bidang Shariah adalah sesuatu yang special. Pada waktu itu, zaman Al-Marhum Dr. Baltaji kemasukan ke jabatan Syariah agak ketat dengan mensyaratkan pencapaian Jayyid Jiddan hampir setiap tahun, satu pencapaian yang sangat jarang dicapai oleh Pelajar Malaysia pada waktu itu.

    Ko ado?heee

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya, biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa guna jd pandai..alim ..tp curi rezeki dr pangkat pak metua...ade islamajo gitu...

      Padam
  7. macai pkr, pasma dan jebon terlalu wala kpd tuan guru mereka yg baru tuan guru LKS dan LGE. Apa saja yg keluar dpd mulut mereka berdua semuanya betul. Tak mustahil apabila aktiviti lgbt direstui oleh dua org tok guru ni maka puak2 macai turut sama ambil bahagian dan perjuangkan hak kebebesan utk lgbt ! Tanda2 sokongan puak macai terhadap lgbt sekarang ni pun dah jelas........................Tapi tak pa sebab tok guru depa akan berhujjah dgn Tuhan utk membimbing puak2 macai masuk syurga !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn bekafak alim la...ingat sikit ...bg anak bini dgn bertopeng serban..igat tuhan redho ke.. org lain macai. Ko tu ikut kepala tota sape...porah

      Padam
  8. Biarlah pertandingan berlaku.. saya sokong sgt2.. dah kurang sikit sekarang ni kata2 nista yg hj hadi x nk letak jawatan.. tp atas dasar apa kena letak jawatan? Oh ye.. mungkin sbb LKS dah x suka.. hmmmmmmmmm....

    BalasPadam
  9. Din,
    Kau tak faham ke tugas perwakilan? Mereka tak perlu tahu untuk apa calun bertanding, mereka hanya WAKIL yang membawa amanah suara akar umbi ke muktamar, itu saja. Kena faham betul-betul tu.

    BalasPadam
  10. saya pak junaidih. posisi sekarang di taiwan
    bekerja sebagai buruh bangunan dan
    gaji saya pun cuma pas-pasan
    setiap gajian selalu mengirimkan
    orang tua di kampung
    sebenarnya pengen pulang tapi
    uang saya tidak cukup.
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka2 internet ada seseorng berkomentar
    tentang MBAH jonoseuh. katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di taiwan ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun mau berbuat apa lagi.
    saya minta angka sama MBAH jonoseuh
    angka yang di berikan 4d untuk pemasangan taiawan tembus 100%
    dan saya menang 250 jt terima kasih banyak MBAH jonoseuh
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    dan rencana mau pulang ke indon untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI mbah jonoseuh DI NO: 0823 4444 5588
    tak ada salahnya anda coba
    karna angka ritual MBAH jonoseuh tidak perna meleset
    daningat kesempatan tidak akan datang untuk yang kedua kalinya..!!!

    BalasPadam