RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 18 Jun 2011

NEGERI PAKATAN RAKYAT WAJIB TOLAK UTUSAN SYAITAN INI

Oleh: WFAUZDIN NS

TINDAKAN Kerajaan Negeri Kelantan mengharamkan sebarang urusan atau kerjasama dengan akhbar Utusan iaitu akhbar laknat yang menghina hukum Islam memang patut diberi pujian. Sewajarnya tindakan ini turut diikuti oleh semua negeri di bawah Kerajaan PR lebih-lebih lagi Kerajaan Negeri di bawah PAS.

Perbuatan melampau akhbar milik sekutu Apco ini patut diberi `pelajaran' agar mereka faham dan sedar bahawa tidak semua umat Islam mahu ugama mereka dihina. Umat Islam yang berada di dalam sekutu Apco sememangnya tidak menyukai hukum hakam yang terdapat di dalam Al-Quran kerana beberapa hukum di dalamnya bertentangan dengan hasrat mereka untuk bebas melakukan rasuah, penipuan, kezaliman dan fitnah.

Ini terbukti apabila media sekutu Apco menggunakan media seperti TV3 suku dan Utusan Meloya dan Berita Hairan untuk terus memainkan isu fitnah terutamanya melibatkan Ketua Pembangkang dan sekarang fitnah terhadap pemimpin PAS pula. Adakah puak seperti ini suka kepada hukum hakam Al-Quran?

Kemuncak keghairan mereka untuk menunjukkan kehebatan mereka di dalam juara fitnah ini adalah dengan menfitnah Al-Quran itu sendiri. Lakaran kartun yang jelas menghina hukum Islam ini menunjukkan bahawa sekutu Apco bersedia berbuat apa sahaja demi mempertahankan seorang tokoh di Putrajaya hatta melawan hukum Allah itu sendiri.

Amat malang, masih terdapat beberapa golongan agama di dalam puak mereka termasuk para-para Imam kampung yang tidak bergigi itu bersetuju dengan mereka. Mereka membutakan mata mereka sehinggakan tidak tahu membezakan di antara kes rogol dan kes zina. Itulah yang digambarkan di dalam lakaran kartun tersebut.

Sekali lagi, kita mengharapkan agar semua negeri di bawah PR memboikot Utusan laknat ini dan biarkan akhbar ini hanya berurusan atau mencari makan di negeri-negeri sekutu Apco yang redha dengan kekufuran mereka. /wfauzdin.blogspot.com

JUALAN BAJU BERSIH - MENGAPA JUAL MAHAL? SAMM JUAL MURAH

Oleh: WFAUZDIN NS

BARU-baru ini sempat bertemu dengan Chegu Bard sejurus selesai program ceramah di Temerloh. Kami bersembang panjang di sebuah kedai makan bersama dengan Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman beserta beberapa pimpinan lain.

Kesempatan bertemu dengan Chegu Bard, saya membeli dua helai baju BERSIH yang dijual oleh Chegu Bard di bawah SAMM dengan harga RM 15 sehelai. Baju amat baik dan mempunyai design yang menarik. Oleh kerana harga yang berpatutan, saya dapat membeli dua helai.

Saya dapat maklumat AMK pula menjual dengan harga RM25 sepasang. Saya tak tahu pihak Penganjur BERSIH menjual baju tersebut berapa pula harganya. Saya rasa harga RM25 sehelai teramat mahal apatah lagi ianya bertujuan untuk menjayakan program BERSIH. Sepatutnya harga baju tersebut biarlah berpatutan bukan untuk mengambil kesempatan untung mendapat untung.

Syabas SAMM yang meletakkan harga baju tersebut dengan harga yang munasabah. Itu tanda SAMM lebih ikhlas untuk menjayakan program rakyat ini./wfauzdin.blogspot.com

Jumaat, 17 Jun 2011

MARI KITA KAJI APA NIAT UTUSAN HINA HUKUM ISLAM INI

Oleh: WFAUZDIN NS

APA yang boleh kita tafsirkan apabila melihat lakaran dan dialog kartun yang disiarkan oleh akhbar milik Umno iaitu Utusan Malaysia di atas? Saya sekadar boleh tafsir seperti berikut:

1. Ketua Pengarang dan bos-bos di dalam Utusan Malaysia adalah terdiri dari mereka yang jahil-jahil belaka jika pun tidak dengan sengaja mahu mencabar hukum Allah.

2. Mereka mahu menunjukkan bahawa Tok Penghulu yang biasanya dilantik oleh Kerajaan Umno/Bn adalah terdiri daripada mereka yang jahil-jahil agama belaka. Sebab itu lahirlah dialog seperti yang dinyatakan oleh Penghulu di dalam lakaran kartun di atas.

3. Utusan juga mahu memperbodohkan pembaca apabila dialog di atas menyebut mangsa rogol sempat merakam kejadian rogol yang berlaku dengan menggunakan telefon bimbit. Lojiknya, adakah mangsa rogol boleh merakamkan kejadian rogol? Sering terjadi, si perogol yang merakamkan kejadian tersebut atau mereka yang bersubahat dengan perbuatan rogol itu. Mana mungkin si perogol boleh membenarkan mangsa rogol merakamkan kejadian rogol? Seandainya kejadian itu bukan rogol tetapi berlaku secara suka sama suka, memang lojik gadis itu merakamkannya melalui telefon bimbit. Tetapi, peristiwa yang digambLinkarkan di dalam kartun di atas bukan ZINA (suka sama suka) tetapi yang berlaku adalah ROGOL.

4. Akhbar Utusan mempunyai niat jahat untuk mempersendakan hukum Allah dengan menyamakan hukum terhadap kes rogol dengan kes zina. Ini satu perbuatan meminda hukum Allah dan kita tahu apa akibat perbuatan mereka ini.

Saya membaca ulasan Dr Asri di sini, beliau memperjelaskan bahawa di dalam kes ROGOL /Cabul, Islam memang boleh menerima bukti `Qarinah' seperti video atau rakaman dan bukti yang lain seperti yang terjadi di dalam kisah Nabi Yusuf AS dengan Zulaikha. Di dalam kisah tersebut, Nabi Yusuf tidak merogol Zulaikha tetapi difitnah oleh Zulaikha bahawa Nabi Yusuf cuba menggoda atau mencabulnya. Maka, baju yang koyak dijadikan bukti atau kesaksian Qarinah. Ini bukan kes zina.

Dr Asri juga memperjelaskan bahawa di dalam kes tuduhan Zina, Islam memerlukan 4 orang saksi melainkan bagi suami atau isteri yang menuduh di antara mereka berzina, maka sumpah dilakukan (Li'an). Hukum ini hanya untuk pasangan suami isteri sahaja.

Ertinya, sumpah laknat yang dilakukan oleh orang yang menuduh orang lain berzina yang bukan suami atau isteri mereka maka itu tidak terpakai di dalam Islam. Begitu juga, bukti video juga tidak terpakai sebagai Qarinah di dalam kes zina. Di dalam kes rogol, bukti qarinah boleh diterima.

Sehubungan itu, amat wajar akhbar ini diambil tindakan tegas oleh kerajaan sekiranya kerajaan kita ini serius di dalam hal ehwal Islam. Tetapi sekiranya kerajaan juga bersubahat dengan perkara terkutuk seperti ini demi kepentingan mereka, kita serahkan kepada Allah untuk menghukum golongan laknat ini./wfauzdin.blogspot.com

DEMO 09 JUL - PEMUDA UMNO DAN PERKASA BERDEMO BANTAH UTUSAN?

Oleh: WFAUZDIN NS

PEMUDA Umno agak terlewat mengambil keputusan untuk bersama-sama `meraikan' perhimpunan pada 09 Jul nanti. Nampaknya PERKASA di bawah Ibrahim Alkataki `Panglima Perang Sabil' beserta persatuan `silat pulut' lebih cekap bertindak daripada Pemuda Umno. Mengapa lembab sangat Pemuda Umno?

Malaysiakini melaporkan Pemuda Umno telah bermesyuarat dan mengambil keputusan untuk turut bersama berhimpun pada 09 Jul nanti bersamaan dengan Perhimpunan BERSIH. Pada hari yang sama, kumpulan songkok tinggi dari PERKASA juga akan turut serta, ini bermakna ada `pertandingan tiga penjuru'.

Suka saya mencadangkan agar Pemuda Umno atau PERKASA mengadakan perhimpunan pada tarikh yang sama, tetapi memandangkan mereka dari pihak yang bersetuju bahawa selama ini SPR telah melaksanakan tugasnya dengan `adil dan bersih', maka lebih baik mereka tidak melibatkan diri dengan bantahan dari kumpulan BERSIH tetapi pada hari yang sama mereka boleh berhimpun untuk membantah sikap kurang ajar Utusan Meloya yang menyiarkan kartun menghina hukum Islam.

Jika ini dilakukan, maka ada dua faedah boleh diperolehi oleh kumpulan-kumpulan yang berdemontrasi iaitu satu kumpulan menuntut pilihanraya yang adil, dan satu lagi kumpulan menentang perbuatan media yang menghina Islam. Adakah Pemuda Umno atau PERKASA sanggup atau berani melakukan sedemikian?

Saya rasa mereka tidak sanggup kerana siapa berani melawan Utusan sebuah akhbar milik Umno itu? Jika begitu, tidak perlulah mereka mahu menunjuk `hero' pada 09 Jul nanti./wfauzdin.blogspot.com

Khamis, 16 Jun 2011

PERHIMPUNAN BERSIH `HARAM', PERHIMPUNAN PERKASA SUNAT, KOT?

Oleh: WFAUZDIN NS

SEPERTI dijangka, tiada yang `halal' jika ianya dilakukan oleh pihak Pembangkang. Perhimpunan haram seringkali dikaitkan dengan PR. Hari ini, akhbar Sinar memetik kenyataan dari Ulamak Muda Umno, Fathul Bari yang menghukumkan haram perhimpunan yang mungkin merujuk kepada Perhimpunan BERSIH pada 09 Jul nanti.

Namun demikian, beliau memberi tafsiran `haram' itu jika perhimpunan tersebut membawa kepada kekerasan dan huru-hara. Tidak pula beliau ulas kebiasaannya pihak mana yang memulakan kekecohan atau provokasi. Berbeza dengan kenyataan Dewan Ulamak PAS Pusat yang menyebut Wajib mengadakan perhimpunan secara aman kerana untuk menentang kemungkaran dan ketidakadilan.

Semasa kumpulan PERKASA mengadakan demontrasi serentak di seluruh negeri mendesak DNA DS Anwar, tidak pula timbul kenyataan dari Ulamak Muda Umno ini. Mungkin perhimpunan itu wajib, sunat, harus atau makruh sahaja.

Oleh yang demikian, dapat kita rumuskan bahawa perhimpunan Bersih nanti adalah satu perhimpunan untuk menuntut keadilan di dalam sistem demokrasi di negara ini. Satu perhimpunan yang aman dan terkawal. Justeru itu, tidak timbul soal haram perhimpunan tersebut.

Ulamak Muda Umno ini tidak perlu bimbang akan jatuh `haram' jika perhimpunan ini diadakan sekiranya tiada provokasi dari mana-mana pihak. Jadi, jangan menghukum terlebih awal. Banyak lagi yang haram di negara ini yang telah berpuluh tahun berlaku, wajar perkara tersebut diulas oleh Ulamak Muda Umno ini dari mengulas perkara yang belum berlaku. Lagipun, sejarah telah membuktikan bahawa tiada perhimpunan yang huru-hara dilakukan oleh Pembangkang melainkan ada `syaitan' yang datang mengangu./wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 15 Jun 2011

UTUSAN BIADAP, SEMOGA MENDAPAT LAKNAT

Oleh: WFAUZDIN NS

SEMOGA Allah melaknat talibarut akhbar Utusan yang sanggup menghina dan mempersendakan hukum Allah. Memang wajar PAS menjauhi Umno kerana Umno gagal mendidik akhbar milik parti tersebut agar menghormati Islam kalaupun tidak menyokong perjuangan Islam.

Ruangan kartun yang disiarkan oleh akhbar itu hari ini jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam iaitu hukum tentang persaksian kes zina. Dalam hukum Islam jelas dinyatakan bahawa apabila seseorang Islam di tuduh melakukan zina orang yang menuduh perlu dibawakan 4 orang saksi yang tidak fasiq,” katanya.

Apakah tiada sedikit perasaan orang-orang Islam yang memakan gaji bekerja dengan Utusan ini tidak merasa berdosa dengan tingkah laku akhbar mereka? Atau mereka masih sanggup bersekongkol dengan akhbar laknat itu? Tidak cukup mereka memainkan isu liwat, video seks, mengapi-apikan perkauman, mengada-adakan cerita permusuhan Islam-Kristian, kini mereka lebih berani iaitu dengan menghina hukum Allah. Terasa lucu sangatkah kartun yang mereka siarkan itu?

Tiada perkataan lain yang paling sesuai untuk mereka yang menghina hukum Allah, melainkan mereka digelar `laknatullah'. Mereka sanggup mempersendakan hukum Islam semata-mata ingin memuaskan nafsu bos mereka.

Tunggulah masanya nanti, mereka akan tahu betapa langit itu tinggi atau rendah. Berpolitik secara `gampang dan celaka' seperti ini akan kita musnahkan sehancur-hancurnya. Mereka tidak merasa malu apabila kaum bukan Islam melihat perbuatan keji mereka menghina ugama sendiri, sedangkan pengikut agama Kristian atau Budha terlalu menjaga agama mereka.

Sekali lagi, boleh jahanam dengan cita-cita ingin bersatu dengan PAS. Marilah kita bersama yang masih ada kekuatan untuk pertahankan Islam bangun untuk mentalqinkan Umno yang semakin lama semakin melampau perbuatan mereka./wfauzdin.blogspot.com

SIAPA BETINA INI YANG MAHU PINGAT ANWAR DITARIK?

Oleh: WFAUZDIN NS

UMI Hafilda, betina yang dulunya adik kandung kepada YB Azmin Ali dan juga kakak kepada Pengacara Azwan Ali, yang dikatakan telah dibuang dari keluarga oleh Alllahyarham ayahnya telah mengeluarkan kenyataan menggesa agar Pingat dan Darjah Kebesaran yang dimiliki oleh Ketua Pembangkang, DS Anwar ditarik balik.

Betina berumur yang masih belum mempunyai laki ini semakin meroyan dan masih tidak mahu insaf dengan apa yang telah terjadi di dalam seluruh kehidupannya. Sifat dendam, sakit hati dan cemburu beliau terhadap pengaruh DS Anwar seolah-olah menggambarkan beliau adalah musuh politik DS Anwar yang utama, sedangkan Umi Hafilda tiada pengaruh hatta menjadi Ketua Wanita Umno Cawangan sekalipun. Maka, memang wajar DS Anwar tidak melayani betina yang mengaku memiliki berbelas-belas video lucah ini.

DS Anwar sejak mula lagi menyebut beliau tidak hairan jika Pingat/Darjah Kebesarannya ditarik balik kerana beliau tidak pernah memintanya dulu. Bahkan, beliau bersedia untuk mengarahkan isterinya DS Wan Azizah meletakkan kesemua Pingat/Darjah Kebesaran yang dimilikinya ke dalam dulang dan diletakkan di pintu pagar rumahnya jika ada yang ingin menariknya kembali.

Untuk pengetahuan betina itu, sokongan dan dokongan rakyat terhadap DS Anwar bukan terletak kepada Pingat/Darjah Kebesaran yang beliau miliki. Rakyat menyokong kerana prinsip perjuangannya sama seperti sokongan terhadap Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu walaupun beliau tidak mempunyai satu Pingat/Darjah Kebesaran sekalipun. Seandainya kesemua Pingat/Darjah Kebesaran yang dimiliki oleh DS Anwar itu ditarik balik kemudiannya diserahkan kepada Umi Hafilda, adakah rakyat akan menyokong dan menyanjung "Dato' Seri Umi Hafilda"? Sekejap, terasa mahu muntah pula.

Kenyataan Umi di dalam Malaysiakini, " Justeru, beliau mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Majlis Raja-Raja mempertimbangkan supaya menggugurkan gelaran dan darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Anwar ketika berkhidmat dalam kerajaan sebelum ini. "Beliau adalah pengerak reformis dalam parti pembangkang yang menentang ketuanan negara dan mempertikaian kredibiliti Majlis Raja-Raja, dia tidak layak diberikan sebarang anugerah dan pingat," katanya.

Menurut Umi lagi, Anwar tidak boleh diberi muka lebih-lebih lagi pemimpin terbabit pernah menerima hukuman penjara. Umi Hafilda, 37, mengeluarkan kenyataan itu sebaik hadir memberikan sokongan kepada 13 NGO yang membuat laporan polis berkenaan Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) di Balai Polis Melaka Tengah.

Hujah bodoh dari Umi dapat membayangkan betapa rosaknya pemikiran anak terbuang ini. Semenjak bila DS Anwar mempertikaikan kredibiliti Majlis Raja-Raja? Apakah ketuanan negara yang dimaksudkan oleh Umi itu? Saya percaya, Umi Hafilda pun tidak tahu apakah ketuanan negara kita sekarang. Adakah ketuanan Melayu atau 1 Malaysia? Hujah Umi bahawa DS Anwar pernah masuk penjara maka wajar Pingat/Darjah Kebesaran beliau ditarik balik. Mengapa tidak gesa agar Presiden Perkasa, Ibrahim Alkataki juga diambil tindakan sedemikian? Mengapa Umi Hafilda tidak menggesa Najib memecat Ezam raja Sesumpah dari menjadi Senator? Bukankah Ibrahim Alkataki dan Ezam juga pernah masuk penjara?

Demi untuk mencari sesuap nasi, betina ini sanggup berbuat apa sahaja hatta memakan `bangkai' yang disajikan. Memang kadangkala kita merasa simpati dengan anak yang terbuang ini, jika dahulu adiknya Azwan Ali bersamanya tetapi sekarang adiknya sendiri sering mengungkap perkataan `betina neraka ke tujuh' di dalam Twitternya. Memang sudah nasib dan balasan terhadap orang yang derhaka kepada ayahnya./wfauzdin,blogspot.com

ISU NELAYAN MOGOK - SATU TAMPARAN MEMALUKAN DARI MCA KEPADA PEMIMPIN UMNO

Oleh: WFAUZDIN NS

TUDING menuding jari terus berlaku di antara pemimpin di dalam Bn dalam isu mogok nelayan lantaran kerja menyusahkan rakyat oleh pemimpin Umno. Pemotongan subsidi minyak bagi nelayan laut dalam nampaknya sekali lagi membuktikan kerajaan Bn tidak prihatin dengan masalah rakyat.

Paling menarik, telatah Menteri dari Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyebut bahawa Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek gagal mengetengahkan masalah dan keluhan nelayan laut dalam Kelas C2 berhubung isu berkenaan.

NONEKenyataan Menteri yang popular dengan jasanya menaikkan harga barang ini disangkal keras oleh Presiden MCA itu sendiri. Satu `tamparan memalukan' dari Dr Chua apabila beliau berkata `Menteri itu tidor'.Link
Kenyataan Malaysiakini, " Dr Chua sebaliknya berkata, beliau tiada ketika mesyuarat itu bulan lalu membincangkan tindakan menamatkan "super subsidi" untuk sembilan jenis kenderaan komersial, seperti didakwa Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Saya rasa menteri mungkin tidur, kerana saya tidak hadir mesyuaat itu," katanya dalam sidang media.(Malaysiakini).

Malang sungguh Umno memiliki Menteri seperti ini yang diperlekehkan oleh pemimpin MCA. Sebab itu tidak menghairankan jika ada yang berkata rakyat kini susah kerana pemimpin tidak tahu bekerja. Apabila sudah terdesak, rakyat bangkit membantah maka mulalah mereka mencari sasaran untuk menuding jari. Kali ini sasarannya memakan diri.

Justeru itu, tiada pilihan lagi. Pemimpin-pemimpin di dalam Bn sekarang sudah menjadi huru-hara dan hubungan Umno dengan MCA dan Gerakan tidak semesra dahulu. Umno kini keseorangan akibat perbuatan mereka sendiri. Sudah sampai masanya rakyat bangkit menghukum mereka./wfauzdin,blogspot.com

Selasa, 14 Jun 2011

UMNO HULUR TANGAN, KITA TAMPAR MEREKA - MAT SABU

Oleh: WFAUZDIN NS

SEMEMANGNYA PAS tidak silap memilih Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden parti tersebut. Dan, memang wajar Umno amat bimbang sebelum ini jika Mat Sabu memenangi jawatan nombor dua itu kerana Umno tahu tipu helah mereka untuk bersama PAS kununnya demi perpaduan Melayu pasti akan ditentang sehebat-hebatnya oleh `ayam sabung' PAS berkenaan.

"Kita tidak mahu kejadian 1969 berulang kerana bertanding atas tiket Barisan Nasional dan mereka berjaya, kita ditendang keluar menjelang pilihan raya umum selepas itu. "Pemimpin UMNO sekarang cuba berbaik dengan PAS...bila dihulur tangan, ku tampar tangan mereka," katanya semasa menyampaikan ceramah di Kompleks PAS Kedah di Alor Setar malam tadi (Malaysiakini).

Mengapa begitu sekali anggapan Mat Sabu terhadap Umno? Bukankah Umno terdiri daripada orang-orang Melayu sebangsa dengan beliau dan mereka juga berugama Islam? Mengapa Mat Sabu lebih selesa bersama DAP dan PKR? Sebenarnya bukan Mat Sabu saja yang merasa demikian, bahkan kita juga begitu. Umno sebenarnya tahu dan maklum mengapa PAS tidak lagi berselera dengan parti sekutu Apco tersebut.

PKR dan DAP sebenarnya sudah lama memancing PAS kerana mereka tahu banyak dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS bersamaan dengan apa yang diperjuangkan oleh kedua-dua parti ini. Soal membasmi rasuah, menuntut demokrasi dan keadilan, menentang akta zalim ISA, memperkasakan institusi kehakiman, Polis, SPR, SPRM, menuntut hak royalti, membasmi masalah sosial, meningkatkan mutu pendidikan dan banyak lagi yang dituntut di dalam Islam bersamaan dengan yang diperjuangkan oleh rakan sekutu PAS di dalam PR.

Jika ditanya pada Umno, mereka juga akan berkata perjuangan mereka pun begitu. Tetapi, bagaimana dengan perlaksanaannya selama 50 tahun lebih Umno berkuasa? Adakah mereka berupaya melaksanakannya atau bertambah buruk? Usah disebut tentang rasuah di dalam Umno, sehingga kini pemimpin rasuah ada yang masih menjadi Ketua Menteri. menjadi Wakil Rakyat dan menjadi pemimpin parti. Hak royalti minyak masih dirampas sedangkan negeri-negeri yang patut mendapat hak tersebut adalah negeri-negeri majoritinya Melayu Islam.

Tidak perlu kita bicara soal yang lain, apatah lagi soal agama. Umno jelas gagal sejak dulu lagi untuk memartabatkan Islam. Tidakkah malu Umno dengan kepimpinan DAP di P.Pinang yang sanggup menaikkan peruntukan untuk perkembangan Islam di negeri tersebut dua kali ganda daripada sebelumnya? Terlalu banyak peruntukan dan elaun diberi kepada perkembangan Islam di negeri tersebut termasuk elaun para Imam dan Hafiz. Bantuan kepada SAR juga lebih jauh baik daripada sebelum ini.

Soal-soal berkaitan institusi kehakiman, Polis, SPRM dan SPR tidak perlu kita panjangkan. Terlalu banyak kontroversi dan persoalan yang tidak terjawab. Isu seks juga sudah sinonim bagi mereka sehingga ke tahap menggunakan media untuk menyebarkannya. Budaya fitnah disuburkan siang dan malam. Justeru itu, tepat, wajar dan wajib PAS menjauhi Umno selagi Umno tidak berubah. Tahniah atas ketegasan Mat Sabu./wfauzdin.blogspot.com

Isnin, 13 Jun 2011

UMNO - BENCI NAMA ISLAM TAPI MAHU NEGARA ISLAM ?

Oleh: WFAUZDIN NS

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd. Puad Zarkashi kelmarin mencabar PAS menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu bagi menjaga hubungannya dengan parti pembangkang yang lain. Terfikir juga dibenak hati ini mengapa terlalu bencinya pemimpin Umno ini kepada nama `Islam'.

Pemimpin Umno semenjak dahulu hingga kini masih gagal mengemukakan hujah apakah kesalahan PAS di dalam menggunakan nama `Islam' di dalam parti tersebut. Kita tahu di zaman Tun Dr Mahathir menjadi PM, sudah ada usaha untuk mengharamkan nama `Islam' di dalam parti. Alhamdulillah, ketika itu Majlis Fatwa tegas menyebut bahawa tiada salahnya nama `Islam' dimartabatkan.

Sekiranya Umno yang memartabatkan nama bangsa Melayu dan semangat kebangsaannya di dalam parti mereka, apakah dosa besar bagi PAS untuk memartabatkan nama `Islam'? Jika mahu disebut dengan hujah betapa Umno lah sebenarnya `menjual' nama bangsa di dalam parti berkenaan, tidak cukup halaman untuk kita membuktikannya. Paling mudah, Dasar Ekonomi Baru (DEB) ternyata gagal mengangkat bangsa Melayu walaupun telah berpuluh tahun ianya dilaksanakan sehingga dasar tersebut tenggelam begitu sahaja.

Di mana salahnya PAS di dalam menggunakan nama `Islam' di dalam parti tersebut? Adakah PAS melakukan perkara yang bertentangan dengan Islam? Adakah PAS merestui amalan rasuah dengan melantik kaki rasuah menjadi Ketua Menteri/MB Negeri atau Ketua Pemuda? Mungkin Ali Rustam dan KJ boleh menjawab hujah ini. Adakah PAS juga memilih kaki rasuah sebagai Wakil Rakyat? Mungkin Isa Samad tahu hal ini. Pernahkah PAS bercita-cita untuk meluluskan judi bola sepak Piala Dunia? Atau, pemimpin PAS terlibat dengan tragedi pembunuhan Altantuya? Mungkin Najib boleh terangkan jawapannya.

Pernahkan PAS merestui akta zalim Akta ISA yang diharamkan oleh Islam itu? Cuba buktikan siapa pemimpin PAS yang tidak bermoral dan isterinya tidak menutup aurat? Hal ini boleh ditanya kepada Najib dan Rosmah atau pun Shahrizat Jalil. Cuba pemimpin Umno berani sedikit untuk berhujah bagi menyatakan betapa PAS perlu membuang nama Islam di dalam parti tersebut kerana PAS melakukan perkara yang bertentangan dengan Islam.

Adakah dengan Konsep Negara Berkebajikan, bersahabat dengan DAP dan PKR boleh dianggap bertentangan dengan Islam? Adakah bersubahat dengan Umno yang menjadi sekutu Apco serta terus mengekalkan kezaliman dan penindasan terhadap rakyat, menyalahgunakan kuasa, mempertahankan kroni dan banyak lagi dasar Umno yang bertentangan dengan moral, akhlak serta Islam itu boleh dianggap bersesuaian dengan Islam?

Nampaknya Umno semakin tidak menentu apabila PAS kini membuka lebih luas ruang untuk rakyat menerima perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Jika sebelum ini Umno terlalu gilakan DNA atau sumpah laknat DS Anwar, kini Umno mula tergila-gilakan `Negara Islam dan Hukum Hudud' pula. Setiap hari media pencacai mereka menyebut tentang Negara Islam yang kununnya telah ditinggalkan oleh PAS. Jika benar ikhlas, kuasa kini berada di tangan mereka, Nah, laksanakan lah jika benar-benar ikhlas.

Sehingga saya selesai menulis artikel ini, saya masih belum mendapat jawapan mengapa pemimpin Umno terlalu benci kepada nama `Islam' tetapi mahu kepada Negara Islam. Mungkinkah tahap meroyan Umno kini semakin kritikal?/wfauzdin.blogspot.com

PERHIMPUNAN BERSIH, KITA ALU-ALUKAN KUMPULAN RAJA KATAK

Oleh: WFAUZDIN NS

SELAMAT datang kita ucapkan kepada PERKASA di bawah `Panglima Perang Salib' nya iaitu Ibrahim Alkataki ke Perhimpunan BERSIH pada 09 Julai nanti. Bukan sahaja PERKASA, malahan sesiapa pun boleh datang berhimpun asalkan menjaga keamanan dan ketenteraman awam, itu pokoknya.

Jika PERKASA berhajat untuk datang bagi mencetuskan provokasi, lebih baik lupakan sahaja niat buruk itu. Jika sekadar hadir untuk mengangkat sepanduk yang tertera `KAMI MENYOKONG PENGUNDI HANTU DAN UNDI POS' itu lebih baik daripada puak-puak PERKASA melompat-lompat macam `katak' walaupun pemimpin mereka dikenali sebagai `raja katak'. Baca sini.

Helah PERKASA yang menyebut akan turut serta berhimpun tidak lain tidak bukan hanyalah satu taktik agar pihak berkuasa melarang perhimpunan BERSIH yang telah dirancang. Atas alasan, jika PERKASA berhimpun akan berlaku provokasi dan berlaku pergaduhan. Ertinya, jika PERKASA tidak hadir perhimpunan berjalan dengan aman dan teratur. Maka, apa pihak berkuasa perlu buat? Jika mereka bijak, sudah tentu sekumpulan yang datang ke program orang lain perlu dihalang. Demontrasi PERKASA yang diadakan serentak diseluruh negeri meminta DNA Anwar dahulu pun kita tidak ganggu. Mengapa mereka ingin menganggu program kita?

Terserlah sekarang bahawa PERKASA adalah alat Umno. Kita tidak harus peduli dengan ugutan PERKASA yang sentiasa berhati busuk itu. Adakah kerana ingin mengikut kehendak PERKASA yang tidak berapa kerat ahlinya itu, kita sanggup mengecewakan majoriti rakyat yang mahukan negara ini melaksanakan sistem, pilihanraya yang adil? Alasan PERKASA kununnya akan berlaku pecah bangunan, bakar kereta dan sebagainya adalah alasan dari mereka yang tidak bertamaddun. Perhimpunan sebelum ini berlakukah seperti itu? Berapa biji kereta dibakar? Yang ada cuma air dari Water Canon.

Kesimpulannya, pedulikan PERKASA beserta dengan `katak-katak'nya./wfauzdin.blogspot.com

TULANG BESI JANGAN JALANKAN TUGAS MEDIA PENCACAI UMNO

Oleh: WFAUZDIN NS

PEMILIHAN pimpinan di dalam PAS telah berakhir, dan ahli-ahli PAS diarahkan untuk menumpukan kepada persiapan menghadapi pilihanraya umum akan datang. Namun, masih ada yang mahu bercakap dan ingin menjadi `batu api' untuk melepaskan dendam dan geram kepada puak yang mereka tidak berkenan.

Membaca tulisan Tulang Besi di sini, saya tidak nampak beliau ingin melihat PAS berada di dalam keadaan harmoni. Kekalahan Us Nasha dan Tuan Ibrahim di dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden PAS digunakan oleh Tulang Besi semahu-mahunya. Beliau menggunakan perkataan `dari sumber-sumber' untuk menunjukkan bahawa Us Nasha gembira apabila Tuan Ibrahim Tuan Man tewas. Sikap untuk melaga-lagakan Us Nasha dan Tuan Ibrahim adalah salah satu sifat yang ada pada Pengarang Utusan Meloya atau TV 3 suku. Tulang Besi memainkan peranan ini.

Kekalahan Dr Hasan Ali juga menjadi modal besar buat Tulang Besi membalas dendamnya. Apabila perwakilan PAS telah membuat pilihan, kita perlu akur dengan siapa jua yang menang tetapi jangan kita cuba melaga-lagakan pula yang telah tewas. Saya juga mulanya menyokong Mat Sabu, tetapi apabila Us Tuan Ibrahim tawarkan diri saya beralih sokongan kepada beliau. Akhirnya, perwakilan memilih Mat Sabu. Itu biasa di dalam demokrasi seperti ini. Kita terima dan akur dengan pemilihan.

Mengapa perlu kita `lanyak' orang yang sudah tewas? Apatah lagi melaga-lagakan mereka? Bukankah mereka di antara pemimpin di dalam parti ini? Tidakkah terasa di sanubari Tulang Besi perasaan Us Nasha dan Us Tuan Ibrahim dengan apa yang beliau tuliskan itu? Mengapa perlu dikaitkan dengan Us Dr Haron Din?

Saya tahu, isu `Kerajaan Perpaduan' menjadi punca Tulang Besi melakukan tuduhan demi tuduhan seperti ini. Memang benar, isu ini melanda PAS beberapa tahun dahulu, tapi PAS telah memadamkan isu ini dan perwakilan telah pun memahami isu ini. Mengapa perlu dinyalakan api yang telah padam? Bukankah itu kerja media pencacai Umno?

Cukuplah Tulang Besi, terimalah hakikat bahawa semua ahli PAS tidak mahu pecah belah berlaku di dalam PAS. Mereka mahu PAS bersatu untuk tumbangkan Umno. Semua pemimpin yang tewas di dalam pemilihan ini menerima takdir yang ditetapkan untuk mereka, mengapa perlu kita mengada-adakan cerita seburuk ini?/wfauzdin.blogspot.com

NASIB NELAYAN MOGOK DAPAT SIMPATI PKR KUANTAN

PEMIMPIN PKR BERSAMA NELAYAN YANG MOGOK DI KUANTAN

Akhbar Sinar hari ini melaporkan lebih kurang 1,000 pemilik bot, nelayan dan peniaga ikan telah melakukan mogok tidak keluar ke laut selama 3 hari bermula semalam. Mogok tersebut diadakan di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuantan.


Sekitar pertemuan Dato' Fauzi bersama kumpulan nelayan di jeti LKIM Kuantan

Mereka terpaksa mengadakan mogok kerana ingin menunjukkan rasa kekecewaan di atas tindakan kerajaan menarik subsidi harga diesel sehinggakan mereka kini terpaksa membeli diesel dengan harga RM 1.80 se liter bagi bot pukat tunda C2 yang berkuatkuasa bulan ini.

Kekecewaan mereka turut dikongsi oleh Pengerusi Keadilan Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman yang mewakili MP Kuantan YB Fuziah Salleh yang telah turun menemui sekumpulan nelayan tersebut pagi ini (12 Jun) dan mendengar sendiri keluhan golongan tersebut. Meskipun awal kedatangan Dato' Fauzi iaitu bekas MP Kuantan dan Adun Beserah sewaktu di dalam Umno itu cuba dihalang oleh salah seorang AJK Persatuan Nelayan Kuantan, namun majoriti dari mereka bersedia menerima kehadiran Pengerusi Keadilan Pahang ini.

Dato' Fauzi turut melahirkan rasa simpati di atas nasib yang mereka alami. Beliau juga telah menceritakan bagaimana beliau sewaktu di dalam Umno dan juga MP Kuantan turut terlibat menubuhkan LKIM di Kuantan. Bagaimana sebagai ahli Umno yang setia dan menjadi ahli persatuan ada di antara mereka tidak mempunyai bot sendiri, katanya.

Hakikatnya, langkah kerajaan menaikkan harga minyak sememangnya menyusahkan semua pihak. Penarikan balik subsidi minyak ke atas bot nelayan dan juga lori-lori pengangkutan memperlihatkan wajah sebenar kununnya kerajaan kebajikan berkonsep `rakyat didahulukan' oleh Umno/Bn.

Tiada pilihan lain, rakyat mesti bangun menumbangkan kerajaan Bn dan bersama-sama kita merasai suasana baru di bawah kerajaan Pakatan Rakyat di negara tercinta ini./pkrpahang

Ahad, 12 Jun 2011

PEDULIKAN JAMIL KHIR, KERAJAAN P.PINANG TERUSKAN MARTABAT ISLAM

Oleh: WFAUZDIN NS

JAMIL KHIR sekali lagi menunjukkan `bijak'nya di dalam isu agama dan politik. Apabila Kerajaan Negeri P.Pinang bercadang untuk mengadakan pilihanraya bagi melantik AJK Masjid, maka Jamil Khir pun mengaitkan DYMM YDP Agung di dalam isu ini.

Jamil Khir mahu Kerajaan Negeri P.Pinang merujuk dahulu kepada YDP Agung kerana P.Pinang tiada mempunyai Raja yang bertanggungjawab di dalam hal ehwal agama Islam. Ertinya, untuk menentukan perlantikan AJK Masjid, perlu ada perkenan YDP Agung/Sultan Negeri. Kita mahu bertanya adakah Melaka, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan selama ini mendapat perkenan YDP Agung sebelum melantik AJK Masjid?

Di dalam konteks Islam, perlantikan AJK Masjid termasuk Imam dan Bilal hendaklah dipilih mengikut keredhaan ahli Jemaah Qariah masjid berkenaan. Imam wajib diredhai oleh majoriti Makmum. Hanya ahli Qariah masjid sahaja yang tahu menilai seseorang itu layak atau tidak menjadi pemimpin atau Imam di masjid berkenaan tidak mengira fahaman politik. Mereka akan menilai ilmu dan akhlak Imam dan AJK masjid tersebut sebelum memilihnya. Inilah yang sebaiknya dilakukan dan sepatutnya Jamil Khir menyokong kaedah seperti ini.

Kerajaan Negeri P.Pinang nampaknya lebih peka terhadap kehendak Islam di dalam aspek ini berbanding dengan Jamil Khir seorang tokoh yang berkelulusan agama. Kerajaan Negeri P.Pinang tidak menetapkan syarat bahawa mesti AJK masjid itu di kalangan PAS, PKR mahupun DAP. Jadi, apa masalahnya di dalam isu ini?

Kununnya akan berlaku pecah-belah jika diadakan pemilihan suara majoriti, adalah satu alasan yang remeh. Jika benar begitu, haramkan sahaja sistem pilihanraya di negara ini. Haramkan juga pilihanraya di kampus. Pemilihan di dalam AJK PIBG juga wajar diharamkan.

Saya berharap Kerajaan Negeri P.Pinang meneruskan usaha baik ini demi kebaikan umat Islam. /wfauzdin.blogspot.com

PKR PAHANG WUJUDKAN KOBAT UNTUK BEKAS TENTERA


Oleh: WFAUZDIN NS

SYABAS dan tahniah kepada Pengerusi Keadilan Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman kerana di atas usahanya mewujudkan satu lagi biro yang setaraf dengan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal yang telah diiktiraf di peringkat Pusat di dalam Parti Keadilan Rakyat. Biro yang baru ditubuhkan di peringkat Negeri Pahang ini di namakan `KOBAT' iaitu Kor Bekas Angkatan Tentera Malaysia.

Meskipun biro yang baru diwujudkan ini dimulakan di peringkat Negeri Pahang, namun saya yakin biro ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan dari bekas anggota tentera atau perajurit dan dibuka juga kepada bekas-bekas anggota Polis dan keselamatan. Laman Rasmi KOBAT ini boleh anda kunjungi di sini (klik).

KOBAT bertujuan untuk membela nasib dan kebajikan bekas perajurit dengan beberapa perancangan tertentu agar segala jasa dan pengorbanan mereka dihargai sekiranya Pakatan Rakyat menjadi kerajaan selepas Pilihanraya Umum nanti. Di peringkat Negeri Pahang sendiri, Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk memberikan perhatian terhadap kebajikan semua bekas perajurit ini sekiranya Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Negeri.

Sekiranya Pakatan Rakyat tidak menjadi kerajaan, suara-suara mereka dan permasalahan mereka tetap akan dibawa ke peringkat atasan samada di Dun Negeri mahupun di Parlimen. Menyedari bahawa badan atau persatuan seperti Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) sering menjadi mangsa politik kerajaan sekarang, maka KOBAT adalah alternatif bagi mereka. Kegagalan persatuan yang sedia ada untuk membela nasib bekas perajurit adalah kerana pemimpin persatuan yang terikut-ikut dengan rentak politik pemerintah.

KOBAT akan memastikan suara bekas perajurit dihormati sejajar dengan jasa dan pengorbanan mereka kepada tanahair. Justeru itu, saya menyeru kepada semua bekas perajurit samada tentera, Polis atau pasukan keselamatan yang lain menjadi ahli agar kita boleh mendapat maklumat lengkap apakah fungsi KOBAT ini dan apakah faedahnya kepada kita.

Sebarang keterangan lanjut, anda boleh mengunjung blog tersebut.