TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sabtu, 18 Jun 2011

JUALAN BAJU BERSIH - MENGAPA JUAL MAHAL? SAMM JUAL MURAH

Oleh: WFAUZDIN NS

BARU-baru ini sempat bertemu dengan Chegu Bard sejurus selesai program ceramah di Temerloh. Kami bersembang panjang di sebuah kedai makan bersama dengan Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman beserta beberapa pimpinan lain.

Kesempatan bertemu dengan Chegu Bard, saya membeli dua helai baju BERSIH yang dijual oleh Chegu Bard di bawah SAMM dengan harga RM 15 sehelai. Baju amat baik dan mempunyai design yang menarik. Oleh kerana harga yang berpatutan, saya dapat membeli dua helai.

Saya dapat maklumat AMK pula menjual dengan harga RM25 sepasang. Saya tak tahu pihak Penganjur BERSIH menjual baju tersebut berapa pula harganya. Saya rasa harga RM25 sehelai teramat mahal apatah lagi ianya bertujuan untuk menjayakan program BERSIH. Sepatutnya harga baju tersebut biarlah berpatutan bukan untuk mengambil kesempatan untung mendapat untung.

Syabas SAMM yang meletakkan harga baju tersebut dengan harga yang munasabah. Itu tanda SAMM lebih ikhlas untuk menjayakan program rakyat ini./wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. AMK ibarat si penjual dalam ceramah ceramah.
    Dalam ceramah Pakatan dia ada dengan jual kaset agama dan video Pakatan

    dalam majlis UMNO pun dia ada ,kali ini jual pula kaset dan video karaoke dangdut.

    Terlalu banyak penyamun dalam perniagaan ini bertopeng agama dan parti

    BalasPadam
  2. Ntah la weh. Tapi kalau di kaji, rasanya kalau utk dana parti takpe la kot. Mcm ex ketua Amk cabang Temerloh sdr Jamil, dia cuma kerja biasa2 je tp rajin buat program dan ada ketika guna duit poket sendiri bersama-sama beberapa ajk. Sekarang ni pun walau tidak lagi menjadi Ketua cabang AMK. dia tetap buat program utk AMK. Tak caya tanya Pak Jabit. Nak harapkan Ketua Cabang...hemmmm...sampai kiamat la parti tak buat program kecuali kalau yg di hadiri oleh Anwar. Kedekut beb....Aku ckp la, bior la si Jamil tu jadi ketua cabang walaupun dia mungkin tak belajar tinggi tapi dia rajin turun padang dari ketua cabang yg belajar tinggi, tubuh pun tinggi tapi haprak. Buat kerja malas, sayang duit tapi berangan nak jadi ahli parlimen!

    BalasPadam
  3. boleh tunjukkan gambar design baju yang tuan beli? boleh tolong dapatkan? nanti saya bayar wang dan pos

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini