RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 30 Mei 2009

AHLI-AHLI UMNO PENANTI AKAN MENGAJAR PEMIMPIN MEREKA

"Kira-kira 5,000 ahli Umno tidak akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil Penanti esok kerana calon BN tidak bertanding, kata Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman. "Jika mereka keluar (mengundi), ia seolah-olah mengkhianati parti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam. "Datuk dan nenek mereka adalah pengundi BN, jadi mereka setia kepada parti," katanya lagi. Di samping itu, katanya, tindakan tidak keluar mengundi itu boleh mengurangkan rasa sombong PKR yang didakwanya mengambil mudah terhadap pengundi."~~Sumber KLPOST/Malaysiakini.

Saya ingin mengambil sedikit petikan di atas untuk renungan kita bersama. Terbukti Umno tidak pernah berubah dan tidak akan berubah. Sifat suka menjadikan ahli-ahlinya seperti `kerbau dicucuk hidung' dan sikap menunjukkan kuasa serta tidak memperdulikan nasib rakyat menjadikan Umno kini parti yang ditolak rakyat. Kepimpinan Umno sudah berubah, tetapi Umno bukan semakin kuat dan berani, bahkan Umno semakin penakut, jiwa yang terlalu lemah, tiada semangat, dan teramat malang sekali pemimpin mereka yang bersikap sedemikian mahukan juga penyokong mereka menjadi seperti mereka.

Apakah ahli-ahli Umno masih sanggup menerima Umno di dalam keadaan sedemikian? Di Dun Penanti, pertaruhannya adalah nasib rakyat. Mereka perlu diwakili oleh pemimpin yang boleh menyelesaikan masalah mereka. Pejuang yang berani tidak akan takut berhadapan dengan sesiapa jika ikhlas untuk berbakti kepada rakyat. Mengapa Umno tidak sanggup menjadi di antara pemimpin yang boleh dipilih sebagai Wakil Rakyat di Dun Penanti? Tidak lain tidak bukan ianya hanyalah semata-mata untuk menjaga air muka pemimpin Umno itu sendiri. Pemimpin seperti ini tidak memperdulikan nasib rakyat asalkan maruah peribadi mereka terpelihara. Rakyat menjadi mangsa akibat mainan politik pemimpin Umno yang penakut ini. Tetapi rakyat di Dun Penanti harus bangun untuk membuktikan kepada pemimpin Umno, katakan pada pemimpin Umno bahawa jika Umno tidak mahu membela nasib kami , kami akan mencari `tuan' lain yang sanggup berjuang untuk kami.

Memang benar mungkin datuk nenek moyang ahli-ahli Umno dahulunya meyokong Umno, tetapi ketika itu bagaimanakah wajah Umno? Apakah sama dengan wajah Umno sekarang? Presiden Umno Tunku Abdul Rahman dan Tun Husein juga merupakan pejuang Umno tetapi akhirnya kedua-dua tokoh besar Umno ini meninggalkan Umno kerana telah melihat Umno bukan lagi pembela nasib Melayu jauh lagi sebagai pembela kepada agama Islam. Pengundi-pengundi di Dun Penanti mesti berani untuk menegur pemimpin mereka yang masih lena dibuai keegoan. Apakah tanpa Umno, pengundi-pengundi akan mati kekeringan? Buktikan bahawa tanpa Umno kamu masih boleh hidup kerana masih ada pemimpin yang berani membela nasib kamu.

Percayalah, jika semua pengundi-pengundi di kalangan ahli Umno yang turun beramai-ramai dan melakukan undi protes dengan menyokong calon PKR, sudah tentu pemimpin Umno yang penakut ini akan dapat belajar betapa bukan semua ahli Umno itu penakut sepertinya. Jika terdapat tawaran berapa banyak sekalipun, jika ada rombongan percuma ke mana-mana sekalipun, dan jika ada imbuhan untuk membeli belah yang ditawarkan, lupakan semua itu. Jangan kerana kebendaan dunia yang sedikit itu bakal menjual maruah diri. Renungkan seketika, apakah dengan semua tawaran itu akan dapat menyelesaikan segala permasalahan rakyat di Dun Penanti? Bagaimanakah nasib anak cucu kita sekiranya kita sendiri terlalu mudah menjual maruah harga diri? Jadilah kita manusia yang berakal dan berfikir dan bukan menjadi `lembu yang dicocok hidung' untuk disembelih.

Di dalam PRK Dun Penanti ini adalah merupakan satu peluang buat ahli-ahli Umno untuk menghukum pemimpin mereka yang penakut itu. Sokongan terhadap PR tidak akan merugikan sesiapa kerana PR lebih mengutamakan rakyat dari pemimpin. PR sanggup berkorban sekiranya rakyat tidak berpuas hati di atas tindakan atau khidmat mereka. Contoh terbaik, bekas Adun Penanti Fairus tidak merasa tamakkan jawatan dan suka rela melepaskan kerusinya apabila melihat dirinya seperti gagal memenuhi cita rasa rakyat di Dun Penanti. Apakah ada pemimpin Umno yang bersikap begitu? Kepada semua pengundi, keluarlah mengundi dengan hati yang tenang dan fikiran yang terbuka. Persetankan hasutan mereka-mereka yang mahu menyusahkan kamu kerana mereka-mereka yang menghasut itu kini senang lenang dengan sokongan kamu kepadanya dahulu. Kini, masa untuk berubah.

WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

JANJI-JANJI DR MANSOR - CALON PKR DUN PENANTI

Sekiranya saya menang Pilihan Raya Kecil Penanti dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Negeri Pulau Pinang, saya berazam memainkan peranan membantu dan melengkapkan kepemimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah YAB Ketua Menteri Lim Guan Eng ke arah menterjemahkan dasar-dasar semasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan:

  1. Mempraktikkan prinsip-prinsip demokrasi dan keadilan serta menghormati hak asasi manusia tanpa diskriminasi dalam pemerintahan negeri Pulau Pinang.
  2. Melaksanakan dasar ekonomi yang mementingkan pertumbuhan dan pembangunan mapan serta pengagihan kekayaan yang adil untuk semua rakyat negeri Pulau Pinang tanpa mengira kaum.
  3. Mengiktirafkan pendidikan berkualiti sebagai asas kemajuan setiap insan serta keseluruhan negeri Pulau Pinang, khasnya untuk bersaing dalam sektor teknologi maju (high-tech) dalam era pasca globalisasi.
  4. Membasmikan kemiskinan dan memastikan semua keperluan asas seperti makanan, kesihatan, perumahan dan pengangkutan awam dapat dikecapi oleh golongan miskin negeri Pulau Pinang.
  5. Menumpukan perhatian yang sewajarnya kepada kemajuan kawasan-kawasan pedalaman, dari segi infrastruktur serta corak hidup penduduk kawasan tersebut.
  6. Mengiktiraf dan menghargai sumbangan kaum wanita terhadap pembangunan sosial dan ekonomi Negeri Pulau Pinang.
  7. Mengembangkan potensi dan memantapkan peranan belia yang merupakan masa depan Negeri Pulau Pinang dengan program-program bermakna yang akan mengurangkan gejala sosial yang melibatkan anak-anak muda.
  8. Menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai negeri teladan di mana rakyat semua kaum dan agama menghormati dan membantu satu sama lain dan hidup bersama secara padu dan aman.
  9. Memupuk keperihatinan terhadap alam sekitar dan menggalakkan gaya hidup yang mesra alam agar persekitaran Pulau Pinang dipulih semula dan kembali menjadi habitat terpilih serta tarikan pelancong utama.
  10. Memandukan pemerintahan negeri Pulau Pinang berdasarkan prinsip dan nilai-nilai kerohanian sejagat dan mewujudkan suatu masyarakat murni dan progresif di Negeri Pulau Pinang.

MANSOR BIN OTHMAN
Calon Parti Keadilan Rakyat
Pilihan Raya Kecil DUN N. 12 Penanti

Pelajar sekolah agama buang bayi


Mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat dijumpai di rumah sewa seorang pekerja kilang di Taman Balok Makmur semalam.


KERATAN Kosmo! semalam.


KUANTAN - Seorang gadis berumur 16 tahun tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini kelmarin dan mengaku meninggalkan mayat bayi di hadapan sebuah rumah di Taman Balok Utama di sini.

Gadis itu yang juga seorang pelajar mendakwa dia mengandung pertengahan tahun lalu tanpa disedari ibu bapanya sehingga melahirkan bayi lelaki tersebut di dalam bilik di rumahnya di Balok pagi kelmarin.

Sebaik dilahirkan bayi itu meninggal dunia sebelum gadis itu membungkus anaknya menggunakan sehelai kain putih sebelum ia dibawa keluar dari rumah seorang diri secara senyap.

Gadis itu kemudian mendakwa dia berjalan kaki sehingga sampai ke sebuah kawasan perumahan di Taman Balok Makmur dan meninggalkan bayinya di hadapan sebuah rumah di situ berserta satu nota mohon mayat anaknya dikebumikan.

Keluarga gadis itu hanya mengetahui anak mereka melahirkan anak ketika ibunya mengemas rumah menemui kesan darah di sekitar bilik anaknya pada pukul 8 pagi kelmarin.

Gadis itu yang dilihat letih mula menceritakan perkara sebenar selepas didesak ibunya berkali-kali mengenai darah di dalam biliknya.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, gadis yang bersekolah di sebuah sekolah menengah agama di Balok hadir ke IPD Kuantan bersama ibunya pada pukul 11 pagi kelmarin.

"Gadis itu kelihatan sedih dan letih semasa membuat laporan polis," kata beliau di sini semalam.

Menurut beliau, gadis itu mendakwa dia mengandung selepas dirogol oleh seorang kenalan lelaki berusia 20-an setahun lalu.

~~Sumber Kosmo

Apakah kita hanya mampu mengeluh dan berdukacita di atas kejadian seperti ini yang semakin kerap terjadi? Malang sekali, perbuatan zalim dan tidak berperi kemanusiaan ini banyak terjadi kepada anak-anak Melayu yang berugama Islam. Adakah kita terlalu sibuk berpolitik sehingga membutakan mata kita terhadap peningkatan kes seperti ini? Keluarga adalah pihak yang bertanggungjawab kerana gagal mendidik anak-anak mereka, anak-anak pula bertanggungjawab melaksanakan didikan yang diberi manakala kerajaan pula bertanggungjawab menentukan dasar dan penguatkuasaan agar kejadian seperti ini dapat dikurangkan seminima mungkin. Oleh itu, pilihlah kerajaan yang boleh membantu kita mengawal anak-anak kita dan tiada kerajaan yang lebih layak untuk memikul tugas itu melainkan kerajaan yang menjalankan dasar dan perundangan Islam. Islam untuk semua. ~~ WFAUZDIN NS

KENANGAN KU BUAT EZAM TERSAYANG..

Ezam Mohd Noor bolehlah diibaratkan umpama `lilin yang membakar dirinya' demi untuk Umno yang kini menjadi parti seumur hidupnya. Semenjak beliau `mufarrakah' dari Parti PKR serta tidak lagi bersama gabungan PR, kita lihat Ezam seperti `jentera bajak' buat Umno. Beliau terlalu kuat berusaha untuk meyakinkan ramai orang bahawa kemasukkannya ke dalam Umno adalah tepat, wajar dan bijak. Di dalam masa yang sama Ezam yang dikenali sebagai `raja sesumpah' ataupun `raja kotak' ini berusaha sedaya upaya mempengaruhi rakyat agar menolak PR terutamanya bekas mentornya DS Anwar. Malang seribu kali malang, rakyat telah mengenali Ezam bukan seperti Ezam yang dahulu. Raut wajah Ezam sekarang yang tidak lagi kelihatan bersih, ikhlas dan tenang cukup menggambarkan betapa Ezam kini sebaris dengan Najib, Ali Rustam, KJ dan Khir Toyo.

Umno sendiri cukup mengenali Ezam walaupun terpaksa menerima kemasukan Ezam ke dalam Umno selepas pilihanraya umum ke 12 yang lalu. TPM Muhyiddin Yasin sendiri pernah memberi komen yang menunjukkan beliau kurang yakin dengan kewibawaan Ezam tatkala terdapat khabar angin mengatakan Ezam akan menyertai Umno. Beberapa tokoh Umno yang lain juga turut merasakan bahawa Ezam memasuki Umno kerana ada tujuan tertentu dan mereka masih terasa pedih dengan kata nista Ezam terhadap Umno ketika dahulu. Tetapi oleh kerana Umno ketika itu di dalam keadaan terdesak, maka Ezam yang terbuang dari PKR ini dikutip oleh Umno. Umno tahu bagaimana untuk mengajar Ezam tentang budaya politik Umno yang sebenar.

Ezam sendiri mengaku beliau sedia untuk diperalatkan oleh Umno kononnya untuk agama, bangsa dan negara. Alasan Ezam itu sama juga dengan kata-kata Ibrahim Al-kataki MP Bebas Pasir Mas yang kononnya berjuang seperti yang Ezam perjuangkan. Bukankah semua pemimpin Umno juga berkata demikian? Mereka semua pejuang bangsa, mereka pejuang agama dan negara. Tetapi mengapa rakyat semakin menolak mereka? Mengapa setiap kali Ezam berbunyi, semakin meningkat `markah' di pihak pembangkang? Itulah hikmahnya Allah menjadikan Ezam sedemikan rupa kerana tanpa Ezam di dalam Umno agak sukar untuk PKR mendapatkan sokongan. Buktinya, sewaktu Ezam berada di dalam KeADILan dan PKR, parti ini semakin kurang mendapat sokongan, sekadar mampu meninggalkan Presiden mereka sahaja di Parlimen ketika itu. Di saat PKR menghadapi suasana tertekan dan mulai kehilangan sokongan rakyat selepas pilihanraya umum 2004, Ezam tanpa rasa bersalah kepada penyokong-penyokong setianya meninggalkan PKR kononnya untuk menubuhkan Gerak yang `Non Partisme'. Tidak ramai yang mengikuti jejak langkah Ezam walaupun beliau dikatakan tokoh terhebat ketika itu mengalahkan Azmin Ali bahkan mengatasi Mat Sabu.

Menyedari bahawa perjuangannya di dalam Gerak tidak membawa apa-apa erti buatnya apatah lagi perjuangan utama Gerak untuk menentang rasuah telah dilakukan lebih awal oleh PKR, maka Ezam mencari hala tuju yang lain. Teman-teman rapat beliau sewaktu bersama pembangkang simpati dengan nasib Ezam yang tidak tentu hala perjuangannya. Maka, PAS pernah menawarkan Ezam untuk berjuang bersama parti tersebut sekiranya Ezam merasa malu untuk kembali kepada PKR. Apalah yang ada pada PAS yang boleh menarik minat Ezam untuk bersama parti Islam tersebut. Ezam lebih berselera kepada Umno sebagaimana berseleranya kawan-kawan beliau seperti Roslan Kassim, Zahid Md arip, Lokman dan lain-lain yang lebih awal `menghidu' keenakan berada di dalam Umno. Dengan melupakan sumpah keramat, janji setia, sumpah seranah terhadap Umno/Bn, puji-pujian kepada DS Anwar sebelum ini, maka Ezam dengan wajah tanpa bersalahnya menghulurkan borang keahlian Umno seumur hidup kepada Pak Lah selaku Presiden Umno ketika itu. Hancur luluh penyokong-penyokong dan peminat Ezam ketika itu, bukan kerana Ezam memilih Umno tetapi mereka kesal dan sedih kerana mereka dapat merasakan bahawa Ezam pasti akan menjadi `jentera bajak' kalaupun bukan `pencacai' di dalam Umno nanti.

Kita terlalu sayangkan Ezam, oleh itu kita tidak mahu melihat tokoh yang selama ini dianggap pejuang yang berani dan ikhlas akhirnya akan menjadi hina sehinanya. Hingga saat ini siapakah yang lupa bahawa Ezam pernah berkata, " Tunjukkan pada saya, siapakah yang memasuki Umno yang ikhlas?" Tidak perlu kita menjawab soalan Ezam itu, kerana Ezam sendiri ada jawapannya. Mudah-mudahan di penghujung nyawa Ezam nanti beliau tidak terus berada di dalam Umno.


WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

KONSPIRASI LAGI??

KUALA LUMPUR [3.00 pm] - Datuk Mat Zain Ibrahim, pegawai polis yang menyiasat insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998, mendakwa menjadi mangsa konspirasi peringkat tertinggi yang menggunakan notis bankrap untuk memusnahkan kredibilitinya sebulan sebelum bermulanya perbicaraan kes liwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang bermula dari 1 hingga 24 Julai depan. Bernama melaporkan Rabu lalu bahawa Mat Zain telah diisytiharkan bankrap pada 21 April 2009 kerana gagal melangsaikan pinjaman berjumlah RM250,000 dan notos mengenainya telah diserahkan kepada beliau 26 Mei lalu. Berita mengenainya telah disiarkan oleh beberapa penerbitan tempatan termasuk The Malaysian Insider yang melanggan perkhidmatan Bernama. "Saya menyatakan dengan penuh keyakinan bahawa terdapat pengaruh-pengaruh yang amat berkuasa yang mahukan perkara ini berlaku. Ini kerana mereka mahu memusnahkan kredibiliti saya dan/atau melumpuhkan keupayaan saya untuk memberi keterangan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang didakwa memalsukan bukti berhubung kes mata lebam 1998 yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Mat Zain dalam satu kenyataan beliau. Mat Zain yang bersara awal pada 2001 sebagai Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur berkata beliau percaya notis bankrap yang diterimanya ada hubungkait dengan rayuan yang dibuatnya kepada Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membersihkan namanya selepas SPRM memutuskan hanya Gani dan Musa didapati tidak terlibat dalam tuduhan kesalahan jenayah berhubung isu memalsukan bukti dalam siasatan kes mata lebam Anwar.

"Saya mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa pihak pendakwa menjangka Anwar akan menimbulkan isu pemalsuan bukti dalam kes mata lebam tersebut pada satu ketika dalam perbicaraannya kelak. Keterangan saya saya akan amat penting ketika itu. Opsyen yang ada pada mereka adalah untuk menjahanamkan kredibiliti saya."Walaupun kenyataan ini akan menyebabkan sedikit keresahan kepada saya dan keluarga saya namun saya menganggapnya sebagai satu rahmat dan ia hanya akan menguatkan lagi iltizam saya untuk mendedahkan segala kebenaran berhubung episod mata lebam ini."Percayalah, ini bukanlah satu-satunya kes di mana kedua-dua individu ini mempunyai peranan campur tangan. Terdapat banyak lagi kes yang sama tahap sensasinya. Kebenaran akhirnya akan timbul," kata Mat Zain. Beliau mendakwa telah menyiasat kes mata lebam tersebut tanpa ragu atau takut dan kenyataan beliau telah dicatatkan sebanyak lima kali oleh agensi terdahulu daripada SPRM, Badan Pencegah Rasuah (BPR) apabila Anwar membuat laporan pada 1 Julai 2008 bahawa Gani, Musa dan Dr Abdul Rahman Yusof telah memalsukan laporan perubatan berhubung kes tersebut. Walau bagaimanapun Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mengumumkan pada 3 Mac bahawa tiga orang ahli panel bebas yang diketuai oleh Peguamcara Negara telah meneliti kertas siasatan dan mendapati Gani dan Musa tidak terlibat dalam apa-apa kesalahan berhubung kes tersebut, lantas menyebabkan Mat Zain membuat rayuan terhadap keputusan panel itu.

"Saya bagaimanapun mempunyai alasan kukuh bahawa Perdana Menteri tidak diberi keterangan yang sebenarnya dan juga keseluruhan fakta mengenai isu ini. Sekiranya kebenaran didedahkan saya percaya Perdana Menteri akan bertindak dengan sewajarnya,"
kata Mat Zain lagi. Mat Zain berkata beliau telah mengarahkan peguamnya untuk meneliti isu bankrap tersebut kerana beliau mendakwa tidak pernah menerima sebarang notis bagi mendengar saman yang difail pada 10 Ogos 2004 terhadap beliau oleh ahli perniagaan, Yap Thoong Choan, 72, dari Damansara Heights yang sepatutnya didengar di Mahkamah seksyen Bandar Baru Bangi bagi menuntut baki sebanyak RM250,000 daripada jumlah pinjaman yang gagal dilangsaikan. Ahli perniagaan tersebut dalam kenyataannya berkata Mat Zain, 60, telah mengambil pinjaman berjumlah RM500,000 melalui perjanjian yang ditandatangani pada 22 Februari 2002 dan dipersetujui dalam perjanjian tersebut untuk membayar balik kesemua hutang pada atau sebelum 21 Ogos 2002. Yap berkata setakat ini Mat Zain hanya membayar sebanyak RM250,000 daripada pinjaman tersebut. Surat tuntutan bagi baki RM250,000 bertarikh 14 Julai 2004 telah dihantar kepada Mat Zain tetapi gagal menjelaskan baki hutang tersebut. Mahkamah Tinggi Shah Alam 21 April lalu mengeluarkan notis bankrap terhadap Mat Zain mengarahkan beliau membayar RM250,000 berserta bunga dan kos berjumlah RM288,824.92. (Sumber Informasi: TV Antara)

HAKIM KES PERAK PERLU DI SIASAT?

Sebuah badan bukan kerajaan, Aliran Kesedaran Negara (Aliran) mendesak agar Kod Etika Hakim 1994 digunapakai bagi menyiasat hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang secara terang-terangan membuat penghakiman bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Negara dan semangat keadilan berhubung kes kemutlakan bidang kuasa Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang tidak boleh dicabar di dalam mana-mana mahkamah.

Dalam kenyataannya yang dikeluarkan semalam Presiden Aliran, P. Ramakrishnan berkata apabila hakim membuat keputusan yang menimbulkan rasa sangsi rakyat maka ia juga akan menimbulkan persoalan mengenai kesesuaian mereka dilantik ke jawatan tersebut.

Aliran juga membawa perhatian kepada sebuah artikel yang ditulis oleh bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk NH Chan yang mengemukakan hujah yang kukuh dan mantap bahawa hakim-hakim kedua-dua mahkamah terbabit telah melanggar Kod Etika Hakim 1994 kerana membelakangi Perlembagaan Persekutuan.

KERANAMU ALTANTUYA....

Athi Veeranggan May 29,
(malaysiakini)

Gara-gara membangkitkan isu Altantuya Shaariibuu pada pilihanraya DUN Penanti, seorang pemimpin PKR sekali lagi terpaksa memberikan keterangan kepada polis.

Badrul Hisham Shaharin berkata seorang pegawai polis Seberang Perai Utara memintanya hadir di balai tersebut semalam.

Menulis di blognya, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR itu bagaimanapun mengesahkan kehadirannya hari ini kerana semalam berada di Perak dan selepas itu terus ke Kuala Lumpur.

"Namun kira kira 2.30 petang (semalam, saya) dimaklumkan sekumpulan anggota polis telah hadir di rumah saya di Bangi dan Seremban," katanya.

Tambahnya, kira-kira jam 7 malam pula dimaklumkan oleh adik ipar beliau bahawa polis berpakaian seragam datang untuk mengingatkan kepadanya agar tidak mengabaikan arah hadir.

Selasa lalu, dalam ceramahnya bagi berkempen untuk calon PKR Mansor Othman, Badrul Hisham mengulas isu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikaitkan dengan isu wanita Mongolia itu di media antarabangsa.

Awal bulan ini, beliau pernah disiasat polis setelah mengepalai sekumpulan pemuda untuk menyerahkan "kek hari jadi Altantuya" kepada Najib di depan pejabat perdana menteri di Putrajaya.

Beliau juga pernah mengugut untuk mengadakan perarakan "keranda Altantuya" dari Rembau, kawasan parlimen yang pernah ditandinginya, menjelang pilihanraya kecil Penanti tetapi membatalkannya kerana BN tidak bertanding kali ini.

Badrul Hisham merancang mengadakan perarakan tersebut, kali ini dari Pekan menjelang pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Kelantan awal bulan depan.

Jumaat, 29 Mei 2009

`MINAH RONGGENG' TAK SABAR HENDAK MENANG PERCUMA?

Saya menggunakan gelaran `Minah Ronggeng' ini kerana mendapat maklum bahawa calon bebas Dun Penanti tersebut tidak kisah digelar begitu, bahkan berterima kasih kepada YB Azmin yang memberikan nama `glamour' tersebut. Tadi saya terbaca kenyataan beliau bahawa beliau menyatakan YB Azmin banyak mengajarnya terutama tentang politik dan kaedah berkempen. Tapi saya tidak pasti pula samada YB Azmin ada mengajar Minah Ronggeng ini bagaimana untuk `mengenakan' kawan-kawan rapat sendiri asalkan boleh naik. Itu saya kena bertanya pada YB Azmin nanti.

Minah Ronggeng seterusnya menyatakan agar SPRM menyegerakan siasatan ke atas aduan beliau tentang kononnya berlaku rasuah oleh PKR. PKR kononnya menawarkan sejumlah wang kepada beliau dan lebih melucukan PKR juga turut menawarkan beliau jawatan TKM 1 P.Pinang. Benar atau tidak, biarlah SPRM menyiasatnya terlebih dahulu dan kita semua pun maklum bahawa SPRM sekarang memang pantas dalam siasatan mereka. Cuma yang menjadi kemusykilan pada saya adalah mengapa Minah Ronggeng menyatakan SPRM perlu menyelesaikan siasatan tersebut sebelum berakhir pilihanraya Dun Penanti yang akan berakhir esok? Alasan Minah Ronggeng adalah jika SPRM menyelesaikan siasatan tersebut selepas pilihanraya, maka kononnya akan berlaku lagi pilihanraya dan ini merugikan duit rakyat, katanya. Apa pula kena mengenanya siasatan tersebut dengan pilihanraya sekali lagi? Mungkin Minah Ronggeng merasakan jika tuduhan beliau itu benar, maka terpaksa pilihanraya diadakan semula? Apa sebabnya? Minah Ronggeng ini nampaknya tidak tahu peraturan pilihanraya tetapi cuba untuk mengajar SPRM.


Saya dapat merasakan bahawa Minah Ronggeng berharap agar siasatan kes tersebut dapat diselesaikan lebih awal agar pencalonan Dr Othman calon PKR dibatalkan dan beliau ada harapan untuk menang mudah. Wah, hebat strategi Minah Ronggeng ini. Bagaimana pula jika SPRM mendapati bahawa Minah Ronggeng membuat tuduhan palsu atau telah melakukan satu konspirasi untuk memburukkan imej PKR? Bukankah Minah Ronggeng juga akan terbatal pencalonannya? Nampaknya Minah Ronggeng ini perasan bahawa strateginya akan mengena dan beliau merasa terlalu bijak. Saya percaya SPRM tidak akan menyebelahi sesiapa dalam perkara ini. Siasatan secara telus dan profesional mesti dilakukan tanpa mengikut arahan sesiapa baik di peringkat tertinggi mahu pun dari Minah Ronggeng. Saya yakin kewibawaan SPRM di dalam hal ini.


Minah Ronggeng merasa gembira apabila Wanita Umno menyuarakan sokongan kepadanya. Tahniah kepada beliau kerana sehati sejiwa dengan Wanita Umno. Minah Ronggeng sepatutnya juga berterima kasih kepada TV3 dan media-media perdana yang lain yang telah menonjolkan beliau seminggu dua ini sebagai ikon. Bukan mudah untuk Minah Ronggeng untuk popular seperti sekarang, kecuali Minah Ronggeng memasuki `Raja Lawak' terbitan Astro di masa akan datang. Saya melihat beliau mempunyai bakat sebagai Raja Lawak.

WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

PENANTI DAN MANIK URAI - `KATAK DUA SEJOLI' DAN SI TANGGANG

Setelah banyak kita bercerita tentang Kak Min di Dun Penanti, mari kita menjenguk sebentar di Kelantan khususnya saat menjelang PRK Dun Manik Urai. Bezanya sedikit sahaja, jika di Dun Penanti Kak Min atau `Minah Ronggeng' (gelaran oleh Azmin) adalah calon bebas sahaja, tetapi di Kelantan `Raja Katak' tersohor adalah Wakil Rakyat bebas Parlimen Pasir Mas. Kedua-duanya tidak banyak beza, seperti `katak dua sejoli'.

Baru-baru ini Ibrahim `Al-Kataki' mula berbunyi semula selepas beliau mempersendakan mogok lapar PR di Perak. Di Perak katanya, mengapa PR tidak mogok sampai mati sahaja? Itulah kata-kata seorang MP yang tidak sedar diri diuntung. Dahulu semasa beliau mencari makan dalam Umno, beliau pernah mempersendakan Tn Guru Nik Aziz dengan menyatakan beliaulah yang mengajar MB Kelantan itu memakai semutar (serban). Beliau dahulu pun pernah menyatakan bahawa Almarhum Ustaz Fadzil Noor (Presiden PAS) seperti Moshe Dayan (Bekas PM Israel) kerana `bermata satu'. Ibrahim Al-kataki ini juga sewaktu era kebangkitan reformasi, beliau menyatakan bagaimana DS Anwar merayu dan memeluk beliau agar beliau dapat membantunya dari dipecat dari jawatan dalam Umno ketika itu. Itulah cara Ibrahim Al-kataki berpolitik dan caranya itu tidak pernah berubah.

Saya dapat merasakan betapa menyesalnya rakyat Pasir Mas mengundi beliau di dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Tapi, apakan daya ketika itu Tuan Guru Nik Aziz yang pernah dihina oleh Ibrahim Al-kataki ini tidak pernah menyimpan dendam terhadap sesiapa dan bersangka baik terhadap Ibrahim Al-kataki ini. Apatah lagi, Tuan Guru amat kesihan dan simpati apabila melihat Ibrahim Al-kataki ini `disepak serta dihumban' oleh Umno ke dalam `tong najis'. Tuan Guru ambil beliau, bersihkan tubuhnya dari segala kekotoran najis tersebut dan memberikan ruang untuk beliau bercakap serta berkempen untuk membela nasibnya sendiri selepas dizalimi oleh Umno. Akhir sekali, Tuan Guru membuat keputusan yang amat kritikal ketika itu iaitu memberi kerusi Parlimen Pasir Mas kepada Ibrahim Al-kataki. Mungkin selepas Tuan Guru melihat betapa Ibrahim Al-kataki tidak mampu berjuang bersendirian dan beberapa kali tewas di dalam pilihanraya di Pasir Mas sebagai calon bebas. Ternyata Ibrahim Al-kataki bukan seorang yang hebat tanpa bantuan PAS.

Kini, selepas bergelar Ahli Parlimen dengan ehsan PAS, Ibrahim Al-kataki mula lupa diri seperti kisah `Si Tanggang'. Beliau berkata akan mendedahkan segala kelemahan kerajaan PAS di Kelantan di bawah Tuan Guru yang telah `memberi' nya makan. Kita tidak kisah tentang apa pun pendedahan yang mungkin akan didedahkan oleh Ibrahim Al-kataki ini kerana rakyat Kelantan khususnya di Manik Urai telah begitu lama mengenali siapa Ibrahim Al-kataki ini. Sebelum beliau ditabalkan menjadi Ahli Parlimen, di dalam ceramahnya di Kelantan tidak lekang mulutnya memuji kepimpinan Tuan Guru. Tetapi setelah menyedari bahawa di dalam pilihanraya umum akan datang kemungkinan besar beliau akan bertanding bersendirian atau mewakili Umno (jika Umno masih selera memilihnya) beliau akan hilang deposit, maka tiada pilihan lain terpaksa Ibrahim Al-kataki ini menjilat kahaknya kembali.

Apa yang ingin didedahkan oleh Ibrahim Al-kataki? Bagaimana beliau ingin mendedahkan keburukan orang lain sedangkan dirinya kini telah terdedah dengan segala kejelekan? Saya agak hairan bagaimana beliau mampu mempunyai kulit muka yang `tebal' untuk terus berada di kerusi Parlimen Pasir Mas? Itulah kelebihan Ibrahim Al-kataki dan keajaibannya yang sukar ditandingi termasuk oleh Raja Sesumpah mahupun Kak Min walaupun dari `spesis' yang sama. Raja Sesumpah meskipun termasuk dalam kategori Al-kataki, tetapi sekurang-kurangnya beliau tidak pernah memakan hasil suapan orang yang ditentangnya. Begitu juga dengan Kak Min yang baru hendak belajar dari Ibrahim Al-kataki dan juga dari Raja sesumpah.

"Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan" dan "Alang-alang katak melompat, biar sampai ke dalam tong najis". Mungkin inilah prinsip Ibrahim Al-kataki sekarang. Kita akan melihat gelagat Ibrahim Al-kataki ini nanti sewaktu kempen di Manik Urai tidak berapa lama lagi. Saya berharap agar semasa kempen itu nanti, cuaca dalam keadaan baik di Manik Urai kerana saya bimbang jika Katak berbunyi, maka hujan pun turun.

WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

Khamis, 28 Mei 2009

SPR PERLU BERTINDAK TERHADAP KENYATAAN KJ

Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda Umno yang tidak diberi sebarang jawatan di dalam kabinet baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan menyeru pengundi-pengundi di Dun Penanti agar tidak keluar mengundi pada PRK ini nanti. Alasannya adalah kerana PRK tersebut sengaja diadakan akibat perletakan jawatan oleh Fairus. Saya tidak tahu samada kenyataan KJ tersebut merupakan satu kesalahan kerana menghasut rakyat agar tidak keluar mengundi dan adakah SPR akan berdiam diri atas perbuatan seperti ini.

SPR baru-baru ini bingkas bangun untuk menyiasat aduan oleh salah seorang calon Bebas, Kak Min yang mendakwa dirinya telah disogok oleh PKR. Bahkan SPR menyatakan akan bekerjasama rapat dengan SPRM untuk menyiasat aduan Kak Min tersebut. Tahniah, atas kecekapan SPR di dalam melaksanakan tugasnya. Bagaimana pula dengan hal KJ yang menghasut rakyat Dun enanti agar tidak keluar mengundi? Bahkan kenyataannya dikeluarkan melalui media termasuk di Akhbar Sinar Harian. Memang benar, tiada akta untuk mewajibkan semua rakyat yang mencapai usia 21 tahun ke atas untuk mengundi, tetapi tiadakah juga akta yang melarang kegiatan menghalang atau menghasut rakyat untuk tidak keluar mengundi? Jika tiada, SPR ternyata tidak serius di dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Sewajarnya sesiapa yang merasakan tidak mahu keluar mengundi atas apa jua alasan boleh berbuat demikian, tetapi tidak perlu orang lain menjadi penghasut.

Seharusnya KJ yang perlu mencerminkan diri beliau jika ingin menyebut soal ketelusan dalam demokrasi. Beliau didapati terlibat di dalam rasuah politik wang semasa pemilihan jawatan Ketua Pemuda Umno baru-baru ini tetapi dibenarkan bertanding. Beliau memenangi jawatan tersebut tetapi kemenangannya tdak dapat membersihkan imej beliau sebagai orang yang terlibat di dalam politik wang. Begitu juga dengan Ali Rustam yang sehingga kini terus menjadi KM Melaka. Tidakkah KJ terasa begitu hinanya Umno di dalam situasi begini? Tidak terhinakah KJ sebagai Ketua Pemuda Umno yang julung kalinya tidak terpilih menganggotai kabinet sedangkan Naib beliau terpilih bahkan Mukhriz yang tewas juga terpilih? KJ perlu mencerminkan diri terlebih dahulu sebelum mahu mengajar rakyat di Dun Penanti.

Saya percaya selaku Ketua Pemuda, KJ merasa amat malu apabila Umno mengangkat bendera putih di Dun Penanti. Parti yang didokonginya ternyata begitu kecil jiwa dan semangatnya untuk berjuang membela nasib rakyat di Dun Penanti. Begitulah jika menghampiri `nazak' sesungguhnya tiada lagi kekuatan dan tenaga. Umno kini menghampiri nazak atau semakin menemui `sakratul maut' sepertimana yang dikatakan oleh Mat Sabu. Sekiranya Umno sendiri tidak berani bertempur di dalam gelanggang, Umno harus diam bukan menjadi hero di luar gelanggang. Ahli-ahli Umno mungkin ramai yang malu kerana selekeh-lekeh `Minah Rempit' (pinjam kata Azmin) pun berani menyengseng kain bertempur dengan PKR di Dun Penanti.

WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com





TUNGGU !! `ALBUM TERBARU' KAK MIN DI PENANTI BERTAJUK " MASIHKAH KAU INGAT..."

Bekas Ketua Wanita PKR P.Pinang yang telah `membuangkan' diri serta `terbuang' kini menjadi `Super Women' dan diangkat sebagai ikon TV3 serta media-media bangkrap idea di negara ini. Sebelum ini, tidak ramai yang mengenali Aminah binti Abdullah atau lebih glamour dipanggil Kak Min. Semenjak beliau menawarkan diri menjadi calon bebas di dalam PRK Dun Penanti akan datang ini, nama tersebut menjadi `ratib' kepada media kerajaan yang semakin dahaga kepada berita-berita sensasi. Meski pun sebelum ini telah banyak kita melihat calon-calon bebas yang masuk bertanding di dalam PRK termasuk yang mencipta rekod calon bebas teramai di Dun Bukit Selambau baru-baru ini, tetapi tiada calon bebas yang mendapat liputan luar biasa dari pihak media seperti yang diperolehi oleh Kak Min.

Nampaknya Kak Min benar-benar seorang wanita yang bersikap lebih `jantan' dari Umno. Kak Min berani menawarkan dirinya untuk menentang calon lain terutamanya dari calon PKR. Sebagai tanda terima kasih, memang wajar Kak Min diberi ruang yang luas oleh media perdana untuk beliau berkata apa jua asalkan dapat memburukkan imej PKR. Baru-baru ini Kak Min mendedahkan tentang perlakuan rasuah yang kononnya dilakukan oleh PKR melalui wakilnya agar Kak Min menarik diri dari bertanding di Dun Penanti. Beliau mendakwa kononnya ditawarkan sejumlah wang serta beberapa jawatan termasuk yang menggelikan ketiak kita apabila Kak Min mendakwa beliau turut ditawarkan jawatan TKM 1 P.Pinang. Wah, hebat sungguh Kak Min ini sehingga PKR menawarkan beliau jawatan kedua tinggi di P.Pinang tersebut. Namun demikian, Kak Min sendiri berkata, beliau tidak percaya kepada tawaran-tawaran tersebut. Nasib baik Kak Min mudah tersedar siapa diri beliau untuk berada di sisi KM P.Pinang Lim Guan Eng.

Setelah beliau terhidu bahawa `drama' nya mudah dapat dibaca oleh PKR, maka sasarannya kini tertumpu kepada Pengerusi PKR P.Pinang Datuk Zahrain. Di dalam berita TV hari ini disiarkan amaran oleh Kak Min terhadap Datuk Zahrain bahawa beliau akan mendedahkan kisah di sebuah hotel di Jawi pada tahun 2007. "Masihkah kau ingat......" begitulah maksud Kak Min untuk mengingatkan Datuk Zahrain tentang peristiwa tersebut. Walaupun Kak Min cuba untuk memberi amaran kepada Datuk Zahrain agar mengingati peristiwa di hotel tersebut, jelas kita lihat Kak Min sendiri tidak ingat tarikh dan di mana peristiwa itu berlaku dan sering mendapat bantuan dari orang sebelahnya (mungkin suaminya) di dalam memberikan kenyataannya semasa disoal oleh wartawan. Sebelum ini pun kita lihat sendiri Kak Min memberi kenyataan kepada media dengan menggunakan teks yang telah disediakan. Ini bermakna Kak Min masih lemah di dalam ilmu tipu muslihat politik dan perlu lebih banyak menuntut dengan Raja Sesumpah.

Calon PKR yang bertanding di Dun Penanti adalah Dr Othman bukannya Datuk Zahrain. Kak Min mungkin terlupa pasal itu atau sengaja menggunakan taktik karat tersebut sepertimana yang pernah Raja Sesumpah lakukan. Di dalam PRK Parlimen K.Terengganu sebelum ini calon PR adalah PAS dan bukan PKR mahu pun DS Anwar, tetapi Raja Sesumpah setiap malam menjaja keburukan DS Anwar sehinggalah ke PRK Bukit Selambau. Seandainya Raja Sesumpah ini diberi peluang berkempen di Indonesia, India atau di Bangladesh tidak mustahil Raja sesumpah akan menyebut nama DS Anwar berkali-kali. Semakin kerap dan lantang disebut nama DS Anwar, semakin hebat dan kuat pula DS Anwar dan PKR. Akhirnya Raja Sesumpah termakan sumpah dan hilang dengan kotak-kotaknya. Kini, Kak Min ingin mencuba cara sedemikian untuk menonjolkan dirinya. Saya yakin, pengundi=pengundi di Dun Penanti akan memberi pelajaran berguna buat Kak Min sepertimana pelajaran yang telah diperolehi oleh Raja Sesumpah di dalam beberapa PRK baru-baru ini.

Tidak mustahil akan berlaku lagi upacara `sumpah' di bumi Permatang Pauh. Jika dahulu, Najib dan Raja Sesumpah bersumpah sewaktu pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh, kini rekod bakal tercipta bila mana seorang wanita akan bersumpah. Sumpahnya mungkin berkaitan dengan "masihkah kau ingat kejadian di hotel......" (kejadian apa di hotel? Adakah sama seperti kejadian yang berlaku kepada Chua Soi Lek? ) Wallahu Aklam. Apa pun yang pasti dan kita ingin ingatkan kepada wanita ini, jangan sehingga kamu tidak mendapat apa yang dihajati dan lebih malang lagi turut kehilangan kawan-kawan rapat kamu. Kalau saya yang menjadi kawan rapatnya yang makan di rumah beliau baru-baru ini, saya pasti akan `muntah'kan kembali makanan yang saya makan. Selepas PRK Dun Penanti ini, adakah lagi kawan-kawan yang berani berkawan dengan Kak Min ? Entahlah.

WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 27 Mei 2009

EZAM BERKOKOK SEORANG DIRI DI TV9


Awal malam tadi mungkin ramai yang tertunggu-tunggu rancangan Hujah di TV9 yang bakal menampilkan calon Timbalan Presiden PAS iaitu YB Husam Musa dengan Menteri Pertahanan iaitu YB Zahid Hamidi yang juga bekas anak didik DS Anwar. Saya terlalu yakin bahawa Zahid Hamidi pasti akan muncul dalam rancangan tersebut kerana beliau dikenali di dalam Umno sebagai tokoh politik yang berani, pandai berpidato serta kelihatan `bersih' keperibadiannya. Apatah lagi, topik yang akan dibincangkan adalah berkenaan dengan politik wang, masakan Zahid mahu mengelak diri dari memperkatakan topik tersebut kerana beliau sendiri pernah menyatakan Umno teramat serius untuk membenteras politik wang.

Sudah tentu bukan sahaja penyokong-penyokong pembangkang yang ingin melihat kehebatan Husam Musa di dalam mengulas isu ini, tetapi saya percaya ramai di kalangan ahli-ahli Umno dan Bn yang ingin mendengar bagaimana formula Zahid untuk menghapuskan politik wang yang sudah sebati dengan Umno ketika ini. Malang sekali, Menteri Pertahanan yang sepatutnya mempunyai jiwa keberanian umpama tentera, disaat-saat akhir menarik diri dari menyertai rancangan tersebut. Saya rasa semacam sudah menjadi `badi' pula buat Zahid dengan penarikan diri Umno untuk bertanding di dalam PRK Dun Penanti hinggakan terpaksa menarik diri dalam rancangan yang sudah diatur ini. Saya tidak ingin mengatakan Zahid pengecut, tetapi kalau ada yang berkata demikian sukar untuk saya menepisnya. Saya juga tidak tergamak menuduh Umno pengecut di Dun Penanti, tetapi jika ada yang beranggapan demikian mungkin saya terpaksa bersetuju. Pada anggapan ahli-ahli Umno, parti mereka adalah parti yang kuat dan gagah serta pantang dicabar, oleh yang demikan wajar Umno tarik diri dari bertanding di PRK Dun Penanti. Kelakar tapi tidak pelik juga.

Memandangkan rancangan Hujah TV9 telah diatur, maka terpaksa dibawa masuk Raja Sesumpah yang terlalu banyak jasanya kepada Umno itu. Atas kapasiti apa Raja Sesumpah itu dipanggil? Ketua Cawangan Umno? Ketua Pemuda Cawangan Umno? AJK Bahagian Umno atau Ahli MKT Umno ? Menteri atau Timbalan Menteri jauh sekali. Topik yang hendak dibincangkan adalah melibatkan dasar parti dan kerajaan, maka pelik juga mengapa sebarangan orang dibawa untuk mengulas isu tersebut? Apakah rancangan tersebut bertujuan untuk memperkecilkan Umno? Pada hemat saya, tindakan Husam Musa yang menangguhkan dahulu penyertaan beliau di dalam rancangan tersebut tepat sekali. Biar buku bertemu ruas, dan Husam akan membuang banyak masa melayani Raja Sesumpah yang mempunyai ` lidah bercabang' itu. Raja Sesumpah yang tiada jawatan di dalam Umno itu hanya sesuai berbicara atau bertegang urat di warung-warung kopi sambil kena teh tarik sahaja.

Saya berharap di lain masa, TV9 akan dapat mempertemukan tokoh-tokoh yang hebat di dalam rancangan tersebut. Penonton tidak mahu melihat pencacai-pencacai yang tidak ketahuan berbicara di dalam rancangan berbentuk ilmiah tersebut. Kita masih menunggu bilakah masanya TV9 akan mempertemukan dua tokoh iaitu Najib dan DS Anwar. Mungkin harapan kita ini seperti mengharapkan `kucing bertanduk'. Tetapi, ianya tidak mustahil berlaku sepertimana kita tidak pernah menjangkakan Speaker Dewan boleh `diragut' dan diheret keluar dari Dewan. Tiada yang mustahil di bawah PMR (Perdana Menteri Rakyat).


WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com





KETIDAKHADIRAN ZAHID HAMIDI DALAM DEBAT TV9 - SURAT HUSAM PADA ZAHID

YB. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Pejabat Menteri Pertahanan
Kementerian Pertahanan Malaysia
Tingkat 5, Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur Fax: 03: 26985372



YB Dato’ Seri,

PENYERTAAN DALAM RANCANGAN ‘HUJJAH’ DI TV9 PADA 26HB MEI 2009 JAM 9.30 MALAM

Sukacita saya menarik perhatian YB Dato’ Seri kepada perkara di atas. Saya telah dimaklumkan oleh pihak TV9 bahawa YB Dato’ Seri telah membuat keputusan untuk membatalkan penyertaan YB Dato Seri di dalam rancangan tersebut pada saat-saat akhir oleh kerana sebab-sebab yang tertentu. Pada asalnya, saya dijadualkan akan menjadi ahli panel di dalam rancangan tersebut bersama-sama dengan YB Dato’ Seri, dengan Prof Madya Dr Agus sebagai moderator dalam rancangan tersebut pada malam ini 26hb Mei 2009 jam 9.30 malam. Saya merasakan bahawa tajuk yang akan dibincangkan mengenai ‘Politik Wang’ adalah merupakan suatu tajuk yang amat mustahak dan relevan dengan situasi sekarang, dan rakyat secara keseluruhannya amat ternanti-nanti untuk mendengar buah fikiran YB Dato’ Seri dan juga saya sebagai wakil dari PAS, untuk menangani permasalahan politik wang ini. Oleh yang demikian, saya memandang berat keputusan YB Dato’ Seri untuk membatalkan kehadiran di dalam rancangan ‘Hujjah’ pada malam ini. Saya memohon agar YB Dato’ Seri dapat mempertimbangkan semula keputusan tersebut supaya saya dan YB Dato’ Seri dapat sama-sama mengupas dan berbincang mengenai politik wang di dalam rancangan ‘Hujjah’ pada malam ini. Sukacita saya memberikan tempoh sehingga jam 7.30 malam ini untuk pihak YB Dato’ Seri memberikan pengesahan untuk hadir dan ikut serta di dalam rancangan tersebut pada malam ini. Di atas kesudian dan kerjasama YB Dato’ Seri itu, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

YANG BENAR,

Husam Haji Musa

~~Sumber Marhaen

Selasa, 26 Mei 2009

Khalid perjelas perletakan jawatan pegawai khasnya

26 May 2009 2:23PM SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan peletakan jawatan Pegawai Khasnya, Zahir Hasan, kerana tidak tahan dengan tekanan politik pihak tertentu.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, Zahir meletak jawatan itu kerana mahu memberi tumpuan dan memulihkan perniagaan beliau yang semakin merosot sejak kebelakangan ini.

"Syarikat beliau tidak berfungsing sepenuhnya dan saya menerima peletakkan jawatan ini," katanya selepas merasmikan penjenamaan baru Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) di Perpustakaan Raja Tun Uda di sini, hari ini./ ~~Sumber BHM

ZAMBRY CUBA LEPASKAN TANGAN ATAS KRISIS DI PERAK ?

Terbaca laporan di dalam akhbar baru-baru ini tentang kenyataan Zambry MB Perak yang dinamakan oleh mahkamah, saya menjadi hairan mengapa Zambry masih tidak mengaku bahawa segala krisis yang berlaku di Perak kini adalah berpunca dari pihaknya. Sukar sangatkah bagi Zambry untuk mengerti erti `semangat' dan roh demokrasi sebenarnya. Apakah Zambry masih perasan bahawa majoriti rakyat Perak masih menyokongnya? Mungkinkah Zambry berpendapat bahawa dengan melompatnya 3 Adun PR ke pihak beliau, maka keseluruhan rakyat yang diwakili oleh ke tiga-tiga Adun `katak' tersebut turut menyokong beliau? Jika ini lah yang dibanggakan oleh Zambry yang tetap mempertahankan kerusi MB nya sekarang, kalau bukan jenis `gila kuasa' , saya tidak tahu lagi apa yang dimaksudkan dengan `gila kuasa'.

Tuduhan beliau yang menganggap YAB Ir Nizar sebagai MB Mahkamah adalah satu tuduhan yang dangkal, jauh dari fakta dan kenyataan. Jika sekalipun YAB Ir Nizar memenangi kes beliau di mahkamah, beliau adalah pilihan mahkamah dan yang lebih pentingnya beliau juga pilihan rakyat Perak sebenarnya. Ketika Mahkamah Tinggi memutuskan YAB Ir Nizar sebagai MB Perak yang sah, majoriti rakyat Perak juga tetap menganggap beliau sebagai MB Perak. Bahkan, ketika Mahkamah Rayuan pula memutuskan bahawa Zambry adalah MB Perak yang sah, majoriti rakyat Perak tetap menyatakan YAB Ir Nizar adalah MB Perak. Untuk membuktikan perkara ini, ayuh bubarkan Dun Perak sekarang dan kita akan ketahui siapa MB Perak pilihan mahkamah atau MB Perak pilihan rakyat. Soalnya mengapa tidak berani bubarkan Dun? Mengapa perlu takut hadapi kenyataan?

Adakah kerana YAB Ir Nizar bawa kes ini ke mahkamah, maka beliau dianggap MB mahkamah? Beliau cuba untuk mencari keadilan di mahkamah selepas kuasanya terlucut akibat konspirasi politik yang kotor dan jijik. Beliau faham bahawa keputusan mahkamah bukan cara terbaik untuk menonjolkan semangat demokrasi yang sebenarnya kerana kuasa hakiki adalah ditangan rakyat. Oleh sebab itulah apa pun keputusan mahkamah terhadap kes beliau, YAB Ir Nizar tetap komited untuk membubarkan Dun. Mengapa Zambry tidak seberani YAB Ir Nizar? Atau paling kurang pun, adakan pilihanraya kecil di kawasan ketiga-tiga `spesis' makhluk yang melompat itu. Rakyat Perak akan hormati Zambry jika ada sedikit keberanian seperti itu.

Saya berpendapat tiada kuasa yang mutlak untuk menafikan hak rakyat. Demokrasi adalah hak untuk semua. Di Perak kini, lambang demokrasi pun sudah musnah dan rosak teruk di mana Dewan Undangan Negeri seperti bar tempat cowboy bersukaria dan bergaduh. Apa yang berlaku di dalam dewan baru-baru ini amat tragis sekali. Jelas terpampang bagaimana undang-undang dewan dan kemuliannya langsung tidak dipelihara. Zambry wajib memulihkannya, dan tiada cara lain melainkan dengan kembali kepada rakyat. Biarpun pengkhianatan sebenarnya telah dimulakan oleh tiga `spesis' makhluk yang melompat, tetapi rakyat tetap menganggap Zambry bersubahat di dalam menidakkan kuasa rakyat.

Ingin kita mengingatkan Zambry bahawa penentuan siapa yang dipilih oleh rakyat hanyalah dengan membubarkan Dun. Percayalah, kerajaan Perak yang ada sekarang tidak mampu mengurus dan mentadbir Perak dengan baik hanya bergantung kepada 3 `spesis' yang tidak bermoral itu. Mahukah zambry dianggap sebagai MB sebuah kerajaan yang tidak bermoral?


WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

APA SUDAH JADI USTAZ AKIL ? KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN

KUALA LUMPUR: “Ustaz (Akhil Hayy) pernah buat pengakuan mengenai hubungannya dengan penyanyi wanita itu dan meminta izin untuk berkahwin dengannya.

“Saya izinkan mereka berkahwin dan sedia menerimanya sebagai madu, namun kini saya tak tahu sama ada mereka sudah berkahwin atau belum,” kata isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, mengulas isu hubungan suaminya dengan penyanyi Norwahidah Abdul Wahab, 31, atau Waheeda yang sedang hangat diperkatakan.

Menurut Maizawati, secara peribadi dia tidak mengenali Waheeda, tetapi mengetahui gosip hubungan suaminya dengan penyanyi itu melalui media.

Menurutnya, dia tekadkan hati untuk tidak mempercayai apa yang dipaparkan di media kerana diajar untuk tidak mengambil tahu perkara seumpama itu serta meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suami.

“Kesabaran saya sudah sampai ke penghujung apabila ustaz tidak pulang ke rumah dan anak pula terpaksa bertukar sekolah kerana menjadi mangsa perli rakan mengatakan mereka mempunyai ibu tiri,” katanya yang mempunyai enam anak hasil perkahwinan dengan Akhil Hayy.

Hati Maizawati terguris apabila Akhil tidak memaklumkan di mana dia tinggal, malah tidak memberitahu apa yang dilakukan menyebabkannya tertanya-tanyakan haknya sebagai isteri.

Menurutnya, kali terakhir suaminya pulang ke rumah Februari lalu dan selepas itu, dia hanya mengetahui perkembangannya melalui media.

“Saya tetapkan dalam hati bahawa ustaz keluar bekerja mencari rezeki untuk kami sekeluarga dan tidak pernah menyimpan prasangka buruk terhadapnya,” katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9, semalam.

Dia berkata, walaupun ada pihak terkejut dengan keputusannya mengizinkan Akhil berkahwin lagi, namun dia menganggap itu cara terbaik untuk menjaga nama baik suaminya.

Sebagai isteri, dia tidak mahu nama suami tercemar disebabkan cerita kurang enak yang menjadi buah mulut orang.

“Kerana itu saya mengizinkannya berkahwin dengan penyanyi wanita berkenaan. Saya rasa tidak salah membenarkan suami saya berkahwin lagi kerana dia mampu serta boleh berlaku adil.

“Tambahan pula, ia langkah terbaik untuk menyelamatkan mereka daripada melakukan perkara tidak elok.

“Bagaimanapun, sehingga kini, saya tak tahu apa yang terjadi kerana tidak dimaklumkan apa-apa. Mungkin pihak di sana (Waheeda) tidak sudi menerima saya sebagai madu, jadi biarlah saya mengundur diri dan mendoakan yang terbaik untuk mereka,” katanya.

Yang membuatkannya hairan adalah sikap Waheeda bermati-matian menafikan hubungannya dengan Akhil hingga pernah membuat kenyataan media untuk menepis gosip itu.

Apapun Maizawati mengetahui apa yang berlaku dan dengan hati terbuka membenarkan suaminya mengambil Waheeda sebagai isteri.

“Tapi, saya hairan kenapa dia (Waheeda) seolah-olah enggan menerima saya sedangkan saya sudah mengizinkan dia hadir dalam keluarga kami, malah tampil membuat kenyataan dia dan suami saya tidak mempunyai hubungan,” katanya.

Menurut Maizawati, dia mengambil keputusan memohon perceraian untuk membina kehidupan baru.

“Saya sering mengingatkan anak supaya jangan ambil peduli apa orang kata. Yang penting, saya terima hakikat bahawa jodoh kami sampai sini saja dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ustaz dan wanita itu,” katanya.

Harian Metro cuba mendapatkan reaksi Akhil, namun dia gagal dihubungi.

Waheeda pula enggan mengulas apabila dihubungi satu laman berita online.

~~Sumber Harian Metro

KISAH `KATAK' BEHRANG

Kali ini biarlah teman menyentuh dahulu tentang Si Lompat Behrang. Dalam siri 1 pendedahannya di Agenda Daily, ada dua perkara yang disentuh iaitu tentang Camry dan Hak Milik Tanah Bukan Melayu.

Si Lompat dengan bangganya memberitahu bahawa dialah yang mempertahankan duit rakyat daripada dibazirkan untuk membeli 15 buah Camry. Beliau juga yang menentang pemberian hak milik tanah kepada bukan Melayu. Beliau mendakwa yang MB Nizar menurut segala perintah dan kehendak Ngeh dan Nga.

Sibuk betul Si Lompat dengan urusan tanah dan Camry. Tugasnya sebagai Exco Pertanian diabaikan. Setiap kali Mesyuarat Pertanian Negeri diadakan, Si Lompat hanya duduk di kerusi pengerusi tanpa mempengerusikan mesyuarat. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Pertanian Perak.

Si Lompat mendakwa bahawa nisbah Melayu yang mendapat tanah hanya tiga berbanding sembilan bukan Melayu. Bodoh benar rupanya MB Nizar mengagih-agihkan tanah Perak kepada rakyat.

Tetapi sedarkah Si Lompat berapa luas tanah yang diberi kepada Melayu dan bukan Melayu? Setiap rakyat Melayu yang mendiami tanah TOL atau tanah lesen di kampung-kampung Melayu tradisional akan menerima paling kurangpun dua ekar tanah pertanian untuk kediaman dan dusun.

Tanah TOL yang diwarisi turun temurun begitu berat untuk diberi status hak milik oleh UMNO sebelum ini. Manakala rakyat bukan Melayu yang mendiami kampung-kampung baru hanya diberi hak milik tapak kediaman sahaja yang keluasannya kurang daripada 90’x90’.

Agaknya Si Lompat tidak pandai menggunakan kalkulator untuk menghitung dan membahagikan keluasan tanah per pemilik. Dia hanya mampu menggunakan sepuluh jari untuk mengira jumlah penerimanya sahaja. Bengap.

Si Lompat juga pandai menyindir dan memperli keputusan MB Nizar. Adakah Si Lompat sedar yang pengundi di DUN Behrang telah dan sedang menyumpah seranah celaka tujuh keturunan kepadanya?

Si Lompat peduli apa, janji kebodohannya untuk memajukan pertanian rakyat dapat ditutup rapat serapat-rapatnya. Kuat betul semangat patriotik Si Lompat kepada negara. Utamakan Perdana V6 daripada Camry. Jangan bazirkan duit rakyat demi Camry. Perdana V6 lebih murah berbanding Camry.

Kerajaan negeri boleh jimat lebih RM700k jikalau membeli Perdana V6. Pandai juga Si Lompat mengira. Tetapi kira tak habis. Kos penyelenggaraan Perdana V6 lebih mahal berbanding harganya.

Si Lompat buat-buat tidak mengetahui tentang rekod-rekod dan kos penyelenggaraan V6 exco terdahulu. Camry ada tiga tahun gerenti berbanding setahun untuk Perdana V6. Memang Camry mahal, tetapi untuk jangka masa panjang Camry menjimatkan duit rakyat. Tengin.

Teman tidak begitu yakin Si Lompat bijak menyusun kata-kata untuk membuat kenyataan akhbar. Penulis kenyataannya ialah Hanapiah Man. Memang mereka berdua mempunyai hubungan awal semasa menggerakkan PKR di Perak.

Hanapiah Man berkebolehan dalam mengolah dan memutar belit kenyataan yang tidak betul menjadi kelihatan betul. Jikalau Si Lompat seorang yang bijaksana menyusun kata-kata indah, sudah tentu ia mampu mempengerusikan mesyuarat. Sudah tentu Si Lompat mampu menjana idea untuk memajukan ekonomi pertanian orang-orang Melayu.

Alangkah bagusnya jikalau Si Lompat mendesak MB Nizar memperuntukkan harga sebuah Camry untuk setiap daerah bagi memulakan CERIA. Tetapi Si Lompat tetap tongong dan terus tongong.

Soalan untuk Si Lompat, kenapa Jelapang pun lompat sedangkan MB Nizar dikatakan sentiasa mengutamakan orang Cina? Takkanlah Jelapang lebih sayangkan Melayu daripada duit. Tetapi Behrang dan Changkat Jering adalah manusia yang beriman. Rakyat didahulukan. Duit tak mainler …

~~Sumber Sesamaislam blog

Isnin, 25 Mei 2009

SIAPA AMINAH UNTUK MINTA PKR DIBUBARKAN ?


SIAPA Aminah Abdullah ? Beliau adalah salah seorang calon bebas yang akan bertanding di PRK Dun Penanti nanti. Beliau adalah bekas pimpinan PKR P.Pinang yang ditolak oleh PKR P.Pinang termasuk suaminya lantas keluar dari PKR. Beliau sememangnya seorang ahli yang senior dan lama bergiat di dalam PKR iaitu semasa era reformasi lagi. Beliau menyatakan bahawa Presiden PKR sendiri boleh mengesahkan bahawa beliau adalah `pejuang' lama di dalam PKR berbanding dengan Pengerusi Perhubungan PKR P.Pinang sekarang. Tetapi beliau lupa, di dalam perjuangan, `lama' bukan bererti bagus dan hebat. Kadangkala yang `lama' itu lah pembawa `karat' kepada perjuangan. Pada saya, Aminah Abdullah adalah pembawa `karat' kepada PKR.

Oleh sebab itu, Aminah langsung tiada idea untuk menambah baik perjuangan PKR sewaktu beliau berada di dalam parti PKR. Jika sekadar hadir berhimpun atau berdemontrasi, budak-budak bekerja `despatch' pun ramai yang menyertai perhimpunan. Tanyalah ahli-ahli PKR khususnya di P.Pinang, berapa ramai yang kenal Aminah ini. Saya juga sentiasa mengikuti perkembangan PKR di seluruh negeri bermula dari era reformasi, bermula dengan nama ADIL, kemudiannya dikenali sebagai KeADILan seterusnya kini PKR. Nama Aminah langsung tidak saya kenali sehinggalah beliau keluar dari PKR dan menjadi calon bebas. Bagi saya nama Nora atau Norazimah lebih wajar dikenang sebagai pejuang di kalangan wanita daripada Aminah walaupun kini Nora tidak lagi bersama PKR tetapi berjuang bersama PKR di dalam PAS.

Terbaru, Aminah menunjukkan kononnya sebahagian bukti yang beliau ada tentang sogokan rasuah oleh PKR kepada beliau. Bukti rakaman audio telah ditunjukkan kepada wartawan baru-baru ini untuk menunjukkan PKR benar-benar menagih jasa dan khidmatnya kembali. Bahkan, PKR kononnya menawarkan kepada beliau untuk jawatan TKM 1 P.Pinang. Hendak termuntah dan loya tekak saya bila memikirkan Aminah ingin ditawarkan jawatan tersebut. Bukan saya hendak menghina atau merendah-rendahkan Aminah, tetapi beliau seharusnya sedar diri beliau siapa sebelum `merepek dan merapu' tidak tentu pasal. Mengapa beliau menunjukkan bukti tersebut kepada wartawan terlebih dahulu, mengapa tidak terus melaporkan kepada pihak berkuasa? Mengapa masih tertunggu-tunggu? Bertindaklah pantas jika dakwaan itu benar, jangan sampai rakyat menggelarnya sebagai `pelacur politik' yang murahan. Saya teringat kisah beberapa tahun dahulu, terdapat rakaman audio perbualan telefon yang dianggap `feeling' antara DS Anwar dengan isteri Azmin Ali. Itu juga kononnya sebagai bukti menunjukkan skandal DS Anwar bersama isteri orang. Tetapi, apakah yang berlaku kepada bukti-bukti tersebut? Bagaimana pula dengan bukti-bukti video (CCTV) bergambar (bukan audio semata-mata) yang jelas menunjukkan perbuatan rasuah yang berlaku di Kedah sepertimana yang telah didedahkan oleh DS Anwar di dalam Parlimen? Jika bukti video pun tidak disiasat, tentulah ganjil bukti audio semata-mata boleh diterima.

Dunia politik di negara kita ini sudah terlalu ramai `pelacur politik' yang murahan samada lelaki dan perempuan. Kesemuanya ini akan `berdagang' apabila musim pilihanraya sahaja. Saya percaya dakwaan Aminah ini akan senyap dan hilang selepas pilihanraya Dun Penanti nanti. Bermacam-macam dakwaan muncul ketika menjelang pilihanraya dan ianya akan hilang selepas itu. Dakwaan Aminah ini sepantas kilat diulas oleh mantan MB selangor yang pernah menunjukkan `kehebatan'nya membongkar kisah lembu korban di Selangor. Sememangnya antara Aminah dan Khir Toyo banyak persamaannya. Siapa Khir Toyo yang mahu bercerita soal maruah PKR ? Semenjak bila Khir Toyo ada maruah ? Ahli-ahli Umno sendiri tahu siapa Khir Toyo. Mungkin `Mickey Mouse' pun kenal siapa Khir Toyo ini. Kerajaan Selangor di bawah pemerintahannya dahulu sangat berminat dengan `Mickey Mouse' dan penyapu. Nampaknya, Aminah ada pembela kuat iaitu Khir Toyo. Selepas ini, mungkin Raja Sesumpah serta rakan-rakan seperti Lokman Noor Adam akan mengangkat Aminah sebagai pejuang terhebat.

Saya mendapat tahu melalui blog Chegubard, ramai di kalangan wartawan yang mendapat salinan audio yang diberikan oleh Aminah tersebut ketawa besar bila mendengar bahan bukti berkenaan. Wartawan yang dikatakan ramai menulis di dalam akhbar media perdana sendiri pun merasa lucu dengan apa yang Aminah lakukan sepertimana lucunya mereka apabila mendapat bukti pendedahan surat DS Anwar kepada Tun Mahathir yang telah didedahkan oleh raja sesumpah sewaktu PRK Parlimen K. Terengganu baru-baru ini. Mungkin Aminah adalah anak murid raja sesumpah tetapi masih belum tamat pengajian lagi.

Kadangkala timbul rasa simpati terhadap Aminah yang begitu bersungguh-sungguh untuk melihat PKR berkubur. Jika mahu tunjuk bukti pun, mengapa perlu bersyarat agar PKR sanggup dibubarkan? Apakah tujuan syarat-syarat tersebut dan apa kena mengena dengan bukti yang kononnya beliau ada? Kini beliau adalah calon bebas dan beliau boleh dedahkan bukti-bukti yang beliau ada di merata pelusuk bumi Penanti, tetapi bukti itu tidak akan ke mana selagi Aminah kecut perut untuk melaporkannya ke pihak berkuasa. Saya bertambah simpati jika Aminah hilang depositnya nanti di PRK Dun Penanti, kemudiannya terpaksa pula membayar saman akibat tindakan bodoh beliau itu.

PKR telah masak dengan berbagai tuduhan oleh pihak-pihak yang cemburu dengan kebangkitan parti tersebut. Mereka gagal untuk meruntuhkan kerjasama padu PKR dengan PAS dan DAP. Sumpah laknat Saiful ternyata memakan tuan. Pendedahan surat DS Anwar kepada Tun Mahathir juga menjerat diri. Memfitnah Fairus Khairuddin juga gagal untuk mengkucar kacirkan PKR. Kini, Aminah terus mencuba dengan modal basi yang lapor dek zaman itu.

WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

Debat Nizar vs Zambry Menjadi Kenyataan ?



PROSES perundangan dalam mencari penyelesaian kemelut politik Perak, semakin hampir kepada kemuncaknya. Ini kerana proses mahkamah untuk menentukan tuntutan Datuk Seri Nizar Jamaluddin bahawa beliau masih Menteri Besar yang sah hanya tinggal di peringkat Mahkamah Persekutuan jika beliau ingin terus merayu.

Agendadaily menerima banyak panggilan meminta siri Debat Agendadaily diadakan di antara Nizar dengan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Sehubungan itu, pihak kami telah menghubungi Dr Zambry mengajukan soalan sama ada beliau sedia atau tidak untuk berdebat dengan Nizar berhubung dengan kemelut politik negeri Perak itu.

Menurut Dr Zambry, beliau pada prinsipnya tidak ada halangan dan sedia untuk berhujah mengenai isu kemelut politik Perak melalui program debat yang hendak dianjurkan.

“Saya tiada ada halangan. Pada prinsipnya saya setuju,” kata beliau.

Hari Sabtu semasa dalam perjalanan ke Penanti bagi membuat liputan penamaan calon pilihan raya kecil DUN Penanti, Agendadaily kebetulan bertemu dengan Nizar di kawasan rehat Bukit Merah, Lebuhraya Utara Selatan.

Kesempatan bertemu itu tidak dilepaskan dengan terus memberitahunya bahawa Agendadaily bercadang untuk mengajurkan debat berhubung dengan isu politik negeri Perak dan Dr Zambry pada prinsipnya telah menyatakan persetujuan beliau.

“Baguslah macam tu. Kalau beliau setuju saya pun tidak ada halangan, baik sangat cadangan itu,” katanya sambil meminta agar debat itu diadakan selepas Muktamar PAS awal Jun ini kerana beliau sibuk dengan persiapan untuk muktamar parti berkenaan.

Sekiranya debat ini menjadi, ia adalah siri ketiga yang dianjurkan oleh Agendadaily setelah hampir setahun lalu, debat antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Chek ketika itu dengan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan.

Kemudiannya siri debat Agendadaily mempertemukan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Ketua Menteri sekrang, Lim Guan Eng dalam isu tanah di Pulau Pinang.

Kedua-dua siri debat yang dianjurkan tersebut telah disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen.

Bagi debat antara Dr Zambry dan Nizar, pihak Agendadaily sedang mengadakan rundingan dengan stesen televisyen. Sekiranya mendapat kelulusan, debat berkenaan direncana akan diadakan penghujung bulan Jun 2009.

Bagi Agendadaily, tujuan debat ini dianjurkan ialah bagi membolehkan kedua-dua pihak memberikan penjelasan berhubung kemelut politik Perak secara objektif dan tidak diselubungi dengan sentimen serta emosi politik.

Malah format debat yang akan diadakan sama dengan siri debat yang lalu di mana kedua-dua pihak mendapat peluang yang sama bagi mengemukakan hujah masing-masing. Pada akhirnya rakyat dapat membuat kesimpulan tentang isu sebenar yang berlaku. /KLpost/ Agendadaily

Pas ajak rakyat berpuasa


TELUK INTAN - Pas Perak mengajak seluruh rakyat di Perak untuk bersama-sama berpuasa sunat selama tiga hari bermula Selasa sempena 1 Jamadil Akhir sehingga Khamis.

Timbalan Pesuruhjaya 2 Pas Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, puasa sunat ini diadakan untuk mengajak rakyat bersama-sama Pakatan Rakyat (PR) untuk menunjukkan sokongan mereka kepada PR.

Menurutnya, puasa sunat ini juga tidak ada kena mengena dengan mogok lapar yang akan disertai oleh masyarakat bukan Islam cuma perkara ini berlaku secara kebetulan.

“Kita adakan puasa sunat ini untuk meminta supaya hak rakyat dihormati dan kita mahu tunjukkan sokongan rakyat kepada PR.

“Kita menyeru kepada semua rakyat di Negeri Perak supaya bersama-sama berpuasa sunat pada hari Selasa sehingga hari Khamis,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media sempena Konvensyen Pas Perak Kali ke-14 di Dewan Bandaran Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Pas menyokong mogok lapar yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di Perak pada 26 Mei 2009 seperti yang dinyatakan oleh Setiausaha DAP Negeri Perak, Nga Kor Ming.

Menurutnya, Pas mahu bersama-sama rakyat menunjukkan kepada Tuanku Sultan mengenai hasrat rakyat yang mahu Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan tetapi kita melaksanakannya dengan cara Islam iaitu berpuasa.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang berkata, dalam Islam digalakkan untuk berpuasa sunat pada awal bulan dan terpulang kepada kemampuan diri masing-masing.

Mengenai penyerahan kereta rasmi Menteri Besar Toyota Camry 2.4, Nizar berkata, beliau menerima arahan pada 22 Mei daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri supaya menyerahkan kereta berkenaan dan telah pun berbuat demikian pagi semalam. ~~Sumber SH

Anak peneroka dicekup separuh bogel bersama kekasih


DUNGUN – Terkejut, cemas dan sedih, begitulah keadaan seorang gadis yang ditemui dalam keadaan separuh bogel di dalam bilik air ketika cuba menyembunyikan diri setelah bilik penginapannya diserbu pihak berkuasa, di sini, awal pagi kelmarin.

Gadis sunti berusia 20 tahun yang bekerja sebagai juruwang di sebuah pasar raya di bandar Dungun itu dipercayai mendaftar masuk di hotel kira-kira jam 11.45 malam dengan tujuan melakukan hubungan seje-nis bersama pasangan.

Bagaimanapun, tindak-an sumbang bersama te-man lelakinya yang berasal dari Kampung Gemia itu berjaya dihidu pihak berkuasa lalu operasi khas dilancarkan.

Sebaik pintu diketuk anggota penguat kuasa, seorang remaja lelaki membuka pintu bilik mengaku tinggal seorang diri, namun anggota penguat kuasa yang sudah berpengalaman dengan taktik itu akhirnya berjaya menemui seorang gadis sedang bersembunyi dalam bilik air dengan keadaan separuh bogel.

Setelah disoal siasat, keduanya gagal menunjuk-kan sebarang bukti bahawa mereka adalah pasangan atau muhrim yang sah.

Gadis yang menyewa di Alor Tembesu bersama rakan itu mengaku menginap di hotel untuk memadu as-mara dengan kekasihnya.

Coli dan seluar dalam milik gadis lulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia itu serta seluar dalam pasangannya dirampas Ang-gota Penguatkuasa sebagai bahan bukti proses per-bicaraan mahkamah nanti.

Anak peneroka di Felda Kerteh 5 itu turut mengaku telah dua kali berkunjung ke hotel terbabit bersama teman lelakinya, namun kali ini membawa padah.

Ketua Unit Penguatkuasa Syariah, Jabatan Agama Daerah Dungun, Yusuf Musa mengesahkan gadis itu, anak kelima daripada tujuh beradik; bersama pasangan, yang bekerja di sebuah sya-rikat kejuruteraan dekat Paka; menghadapi pertu-duhan mengikut seksyen 29, Enakmen Kesalalahan Jenayah Syariah Takzir Ne-geri Terengganu jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. ~~Sumber SH

komen: Awasi anak-anak kita.....

NYAWA UMNO BERAKHIR DI UBUN-UBUN NAJIB ?


Di bawah kepimpinan Najib Tun Razak Umno khususnya dan Bn, amnya terlalu mengharapkan agar imej Umno/Bn dapat dipulihkan daripada sakit tenat sewaktu penghujung era kepimpinan di bawah Pak Lah. Ahli-ahli Umno terutamanya percaya bahawa Najib pasti mampu memimpin Umno paling kurang pun setara dengan kepimpinan ayahandanya Allahyarham Tun Razak. Harapan mereka begitu tinggi dan takdir telah menentukan bahawa Najib telah diberi peluang untuk merealisasikan hasrat ahli-ahli dan penyokong Umno/Bn. Kini, Najib awal mula pertama mula mengorak langkah memperkenalkan `Satu Malaysia' sepertimana juga `Islam Hadhari ' diperkenalkan pada awal kepimpinan Pak Lah dahulu.

Misi penting Najib sebaik sahaja mengambil tampuk kepimpinan parti dan negara adalah memainkan peranan di dalam `skandal rampasan kuasa' di Perak. Pelbagai `misteri ' telah berlaku di Perak bermula semenjak `ghaib'nya 2 Adun dari PKR beberapa hari atas alasan kononnya `sakit'. Drama kemasukan seorang Adun dari Umno ke dalam PKR dengan `menipu' rakyat Perak di dalam satu ceramahnya kononnya beliau tidak lagi percaya kepada Umno terutamanya di bawah kepimpinan Najib. Puluhan ribu rakyat Perak yang hadir di dalam ceramah tersebut bersyukur ke hadrat Illahi kerana `terbuka'nya hati Adun tersebut untuk bersama rakyat memperjuangkan keadilan. Namun, nikmat yang diberi oleh Allah kepada Adun tersebut tidak lama kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib seseorang, melainkan dengan usaha dan kekuatan semangat orang itu sendiri. Adun tersebut memilih untuk terus senang bersama pemimpin yang berkuasa dan tidak sanggup susah untuk bersama rakyat. Beliau berpaling tadah, beliau mempersetankan janji-janjinya kepada rakyat. Begitu juga halnya yang berlaku terhadap seorang Adun dari DAP yang mempersembahkan `drama' yang berlainan. Beliau mempersia-siakan perjuangannya selama ini di dalam DAP serta mengecewakan puluhan ribu rakyat yang sentiasa sanggup susah bersamanya dahulu.

Semua kisah ini tidak berakhir setakat itu sahaja. Peristiwa Persidangan Dun di bawah pokok telah menjadi satu sejarah hitam demokrasi di Perak. Kemuncaknya, demokrasi di Perak punah ranah apabila Persidangan Dun yang terakhir diadakan menyaksikan Speaker Dewan telah dihina-sehinanya. Paling mendukacitakan apabila Raja Muda Perak terpaksa `menunggu' berjam-jam untuk menyampaikan titah kepada seluruh Adun akibat salah laku dan kesombongan mereka yang tamak kuasa ketika itu. Apabila Dewan dihina, Speaker dihina dan Raja Muda juga terhina oleh mereka sedemikian rupa, apakah yang ada lagi di bumi Perak sekarang ? Menyedari bahawa Dewan Undangan Negeri tidak lagi berupaya berfungsi untuk melaksanakan demokrasi, maka mahkamah adalah pilihan mereka. Apa yang berlaku di dewan kesemuanya dibawa ke mahkamah bukan kembali kepada rakyat yang menentukan keahlian mereka di dewan. Mahkamah di dunia tidak seperti mahkamah di akhirat kelak. Mahkamah di dunia sentiasa boleh dicabar dan tiada jaminan bahawa mahkamah itu akan berlaku adil atau pun tidak melakukan kesilapan.

Kisah tragis ini masih berterusan dan rakyat Perak semakin tertekan dengan lagak pemimpin mereka yang rakus. Suara rakyat Perak agar mereka diberi peluang untuk memperbaiki kerosakan yang berlaku tidak diendahkan samasekali. Rakyat Perak mahukan mereka diberi peluang untuk menjadi penentu pemimpin dan kerajaan yang mereka mahukan. Mengapa begitu sukar untuk kembali kepada rakyat ? Ini semua pasti akan menerima pembalasan dari Allah yang Maha Esa.

Akibat dari perbuatan mereka, kini Umno/Bn mulai terhimpit dengan berbagai masalah dan `petaka'. Parti komponen mereka seringkali tidak sependapat dengan mereka bahkan kadangkala bersuara seperti pembangkang. Parti PPP kini menjadi duri dalam daging buat Umno. Kini, PPP punyai 2 Presiden yang telah `di pecat'. Masalah dalaman Umno di Terengganu amat kritikal dan menunggu masa untuk terkubur. Umno di Selangor, Kedah dan Terengganu khususnya semakin lumpuh, maka terpaksa diketuai oleh pemimpin ` import' bagi memulihkan semangat ahli Umno di negeri tersebut. Siapa boleh terbayang betapa Pengerusi Perhubungan Umno Kedah boleh dipegang oleh rakyat Sabah? Tidakkah Umno Kedah terasa malu? Dan, benarkah Umno sememangnya tidak tahu erti malu ?

`Petaka' buat Umno bertambah apabila lepas satu, satu pilihanraya kecil terpaksa mereka hadapi. Pilihanraya kecil yang lepas terlalu berat untuk Umno mengubati luka parahnya, kini terpaksa pula hadapi dua lagi pilihanraya kecil iaitu di Dun Penanti dan Manik Urai. Apalah malang nasib yang menimpa Najib selaku PM yang baru. Najib dilihat bukan mengubati luka lama yang melanda Umno sewaktu era Pak Lah, tetapi Najib telah menambahkan lagi luka buat Umno. Tanda-tanda bahawa Umno akan ditalkinkan semakin jelas dan kita akan menyaksikan nanti bahawa `nyawa' pada jasad Umno akan ditarik keluar melalui ` ubun-ubun' Najib. Selepas itu, Umno akan kekal sebagai bahan sejarah.


WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

Apa Bezanya Kes Penanti Dan Bukit Selambau?


Maka , tidak timbul soal mengikut perlembagaan atau tidak seperti yang diperkatakan oleh Najib Razak. Jika Najib mengatakan bahawa isunya di Penanti kerana ADUN terbabit meletakkan jawatan sesuka hati, apa bezanya dengan bekas ADUN Bukit Selambau dulu iaitu YB V.Arumugam? Bukankah isunya tetap sama "perletakkan jawatan" atas tekanan yang mereka terima daripada UMNO dan Barisan Nasional.

Malah ada laporan mereka dipaksa untuk melompat parti atau akan menerima ugutan demi ugutan termasuk mereka cipta berbagai "isu rasuah dan trick" sama seperti yang berlaku kepada dua ADUN PKR Perak dulu. Bila mereka "melompat parti" dan menyokong BN, kes mereka seolah-olah telah dibuang begitu sahaja. Inilah juga yang berlaku kepada V.Arumugam dan Fairus Khairuddin. Isunya juga hampir sama buat Fairus, iaitu disiasat kerana terbabit dengan rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Manakala V.Arumugam pula kerana isu moral atas perkahwinannya yang dipertikaikan.

Akhirnya kedua-dua wakil rakyat itu menerima tekanan demi tekanan. Cuma bezanya, mereka lebih bermaruah daru dua ADUN Perak itu. Akhirnya kedua-duanya meletakkan jawatan dan menyebabkan pilihanraya kecil perlu diadakan. Anehnya, bila Fairus meletakkan jawatan sahaja mulalah pemimpin UMNO dan BN bagai "cacing kepanasan'. Mulalah mereka menuduh, tidak wajar Fairus meletakkan jawatan sesuka hati. Walhal seantero dunia tahu yang Fairus telah disiasat oleh SPRM dan mengesahkan ada bukti untuk pendakwaan, hanya menunggu arahan daripada Peguam Negara.

Tetapi dengan tidak disangka-sangka, secara tiba-tiba SPRM pula mengeluarkan kenyataan bahawa "tiada asas untuk mendakwa Fairus". Kononnya, dengan alasan itu Fairus akan menarik balik surat perletakkan jawatan dan pilihanraya kecil tidak perlu diadakan di DUN terbabit. Namun, Fairus lebih bijak apabila tetap bertegas dengan alasannya malah turut menyangkal dakwaan rasuah itu sebagai puncanya. ~~ Sumber Pahangdaily