Nampaknya Kak Min benar-benar seorang wanita yang bersikap lebih `jantan' dari Umno. Kak Min berani menawarkan dirinya untuk menentang calon lain terutamanya dari calon PKR. Sebagai tanda terima kasih, memang wajar Kak Min diberi ruang yang luas oleh media perdana untuk beliau berkata apa jua asalkan dapat memburukkan imej PKR. Baru-baru ini Kak Min mendedahkan tentang perlakuan rasuah yang kononnya dilakukan oleh PKR melalui wakilnya agar Kak Min menarik diri dari bertanding di Dun Penanti. Beliau mendakwa kononnya ditawarkan sejumlah wang serta beberapa jawatan termasuk yang menggelikan ketiak kita apabila Kak Min mendakwa beliau turut ditawarkan jawatan TKM 1 P.Pinang. Wah, hebat sungguh Kak Min ini sehingga PKR menawarkan beliau jawatan kedua tinggi di P.Pinang tersebut. Namun demikian, Kak Min sendiri berkata, beliau tidak percaya kepada tawaran-tawaran tersebut. Nasib baik Kak Min mudah tersedar siapa diri beliau untuk berada di sisi KM P.Pinang Lim Guan Eng.
Setelah beliau terhidu bahawa `drama' nya mudah dapat dibaca oleh PKR, maka sasarannya kini tertumpu kepada Pengerusi PKR P.Pinang Datuk Zahrain. Di dalam berita TV hari ini disiarkan amaran oleh Kak Min terhadap Datuk Zahrain bahawa beliau akan mendedahkan kisah di sebuah hotel di Jawi pada tahun 2007. "Masihkah kau ingat......" begitulah maksud Kak Min untuk mengingatkan Datuk Zahrain tentang peristiwa tersebut. Walaupun Kak Min cuba untuk memberi amaran kepada Datuk Zahrain agar mengingati peristiwa di hotel tersebut, jelas kita lihat Kak Min sendiri tidak ingat tarikh dan di mana peristiwa itu berlaku dan sering mendapat bantuan dari orang sebelahnya (mungkin suaminya) di dalam memberikan kenyataannya semasa disoal oleh wartawan. Sebelum ini pun kita lihat sendiri Kak Min memberi kenyataan kepada media dengan menggunakan teks yang telah disediakan. Ini bermakna Kak Min masih lemah di dalam ilmu tipu muslihat politik dan perlu lebih banyak menuntut dengan Raja Sesumpah.
Calon PKR yang bertanding di Dun Penanti adalah Dr Othman bukannya Datuk Zahrain. Kak Min mungkin terlupa pasal itu atau sengaja menggunakan taktik karat tersebut sepertimana yang pernah Raja Sesumpah lakukan. Di dalam PRK Parlimen K.Terengganu sebelum ini calon PR adalah PAS dan bukan PKR mahu pun DS Anwar, tetapi Raja Sesumpah setiap malam menjaja keburukan DS Anwar sehinggalah ke PRK Bukit Selambau. Seandainya Raja Sesumpah ini diberi peluang berkempen di Indonesia, India atau di Bangladesh tidak mustahil Raja sesumpah akan menyebut nama DS Anwar berkali-kali. Semakin kerap dan lantang disebut nama DS Anwar, semakin hebat dan kuat pula DS Anwar dan PKR. Akhirnya Raja Sesumpah termakan sumpah dan hilang dengan kotak-kotaknya. Kini, Kak Min ingin mencuba cara sedemikian untuk menonjolkan dirinya. Saya yakin, pengundi=pengundi di Dun Penanti akan memberi pelajaran berguna buat Kak Min sepertimana pelajaran yang telah diperolehi oleh Raja Sesumpah di dalam beberapa PRK baru-baru ini.
Tidak mustahil akan berlaku lagi upacara `sumpah' di bumi Permatang Pauh. Jika dahulu, Najib dan Raja Sesumpah bersumpah sewaktu pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh, kini rekod bakal tercipta bila mana seorang wanita akan bersumpah. Sumpahnya mungkin berkaitan dengan "masihkah kau ingat kejadian di hotel......" (kejadian apa di hotel? Adakah sama seperti kejadian yang berlaku kepada Chua Soi Lek? ) Wallahu Aklam. Apa pun yang pasti dan kita ingin ingatkan kepada wanita ini, jangan sehingga kamu tidak mendapat apa yang dihajati dan lebih malang lagi turut kehilangan kawan-kawan rapat kamu. Kalau saya yang menjadi kawan rapatnya yang makan di rumah beliau baru-baru ini, saya pasti akan `muntah'kan kembali makanan yang saya makan. Selepas PRK Dun Penanti ini, adakah lagi kawan-kawan yang berani berkawan dengan Kak Min ? Entahlah.
WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com
Terbuktilah PKR bukanlah baik sangat. Temberang saja lebih. Kalau Kak Min teruk sangat macam hang cakap, takkan PKR nak lantik dia jadi TKM Penang kalau dia menang?
BalasPadamEloklah semua berlepas diri dari PKR.
sapa kata pkr nak lantik dia jadi TKM1 Penang...,? publisiti murahan je la cik minah ngok ngek ni..., aku tgk muka dia ni pun dah menyampah.., dah tua tu dok umah jaga cucu lagi baik.., jaga ibadat.., cik minah.., ko tu mentah lagi dalam politik.., ntah cd porno apa yang dipegangnya.... atas kapasiti apa dia harus dilantik sebagai TKM1 dan apakah pula kelayakan akademiknya? sila jawab?>
BalasPadamMacam mami jarum je muka kak min tu....giller glamour gaknya!!
BalasPadamBismilah Hir Rahman Nir Rahim
BalasPadamSaudara DSAI tidak pernah hargai pengorbanan perjuangan Kak Min Sekeluarga selama bertahun tahun . Memang dasar Saudara DSAI suka menepikan orang2 yang beperlajaran tak tinggi. wal hal orang2 yang tak beperlajaran tinggi macam Kak Min Sekeluarga lah yang memperjuangkan Parti Keadilan Rakyat walaupun Saudara DSAI merengkuk dalam penjara . Wang ringgit,kudrat, masa , dan LLN yang selama ini di korbankan oleh orang2 semacam Kak Min Sekeluarga untuk memperjuangkan parti Saudara DSAI walaupun Saudara DSAI masih didalam penjara tanpa mengeluh pengorbanan demi masa depan Parti Saudara DSAI .
Tapi apabila Saudara DSAI keluar penjara ramai lah ahli profesional dan graduan graduan pengampu pengampu berduyun duyun tunjuk muka memberi sokongan kepada Saudara DSAI ,walhal semasa Saudara DSAI masih dalam penjara ,ahli profesional dan graduan graduan pengampu batang hidung pun tak nampak . Golongan yang beperlajaran rendah macam Kak Min lah kuat memperjuangkan PKR dengan ihklas tanpa bayaran pun . Tapi hati mana tak terguris bila golongan macam Kak Min Diketepikan oleh Saudara DSAI . Malah golongan ahli profesonial dan graduan ini memperkecilkan dan menghina perjuangan orang seangkatan Kak Min yang selama ini memperjuangkan Parti Saudara DSAI dengan berkhemah . Contoh yang ditunjukkan oleh Kak Min perihal dua ekor lembu yang berpelajaran tinggi ahli PKR Tertinggi jawatannya yang cuba memperlekehkan malah merendahkan martabat keluarga Kak Min dengan lawak bodoh mereka ini ( tawaran jawatan dan duit ) . Cuba kita fikir patut ke? dua ekor lembu ini buat lawak bodoh kat sekeruti Airport dengan berjenaka isi kandungan beg baggasi mereka ada "BOM" . So YB Saifudin jangan lah nak mempertahankan dua ekor lembu ini yang terang terang menghina keluarga Kak Min dengan lawak bodoh mereka e2. Saya rasa Kak Min nak tunjuk perihal keburukkan ahli ahli profesional dan graduan graduan PKR ini ( yang selalu menghina dan memperlekehkan perjuangan orang orang seangkatan Kak Min yang beperlajaran tak tinggi tapi masih ada maruah diri ) kepada Saudara DSAI yang selama ini ditipu oleh orang2 sekelilingi Saudara DSAI . Saudara DSAI jangan lah lupa perjuangan orang2 macam Kak Min ini. So saya menyeru kepada pengundi pengundi PRK Penanti undilah calon BEBAS supaya kita dapat menghukum Parti Saudara DSAI yang terlalu hina penjuangan orang2 macam Kak Min . Kalau tidak orang2 profesional dan graduan2 PKR akan menencingkan perjuangan orang2 yang beperlajaran rendah yang masih setia memperjuangkan Parti Saudara DSAI . walaupun Parti keadilan Rakyat kalah pun di Penanti tidak akan tumbang Pakatan Rakyat . Saya cuma memohon pengundi pengundi Penanti ajar sikit golongan2 profesional dan graduan2 ini yang suka menghina dan memperlekehkan dengan lawak bodoh mereka ini. Lawan Tetap Lawan . Syabas Kak Min berani kerana kebenaran supaya Saudara DSAI tidak lupa golongan macam Kak Min ini/ Hidup Kak Min.
bismillahirrahmanirrahim...
BalasPadamtulisan tuan hj jamaludin ternyata silap. DS Anwar terlalu byk jasanya pd semua golongan , bangsa dan ugama. Mmg beliau bukan maksum, tetapi perjuangan eliau byk mmbantu rakan2 yg lain di dlm menentang kezaliman. puak2 reformsis yg jujur tidak akan meminta balasan utk dirinya sendiri, tetapi mereka akan gembira apabila perjuangan mereka berbaloi melihat rakyat kini semakin berani menentang kezaliman. DS Anwar bukan keluar dr penjara semata-mata untuk membalas jasa puak2 reformis tetapi untuk rakyat jelata. Reformis dahulu kental berjuang dan ikhlas, kecuali beberapa orang yg mahukan balasan. Termasuk juga Kak Min dan mungkin Tuan Hj yg menulis di atas. Sekian. Wallahu Aklam.