RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 6 November 2010

SAYA PUN PERNAH BERTEMU AZMIN - NURUL IZZAH

Biarpun berulang-kali disifatkan sebagai pertarungan dalam satu keluarga, namun dunia politik tidak terpisah daripada percaturan strategi dan taktik. Setiap gerak-geri ahli politik akan dikaji motif yang tersirat di sebaliknya, lebih-lebih lagi mereka yang meragui keikhlasan Zaid Ibrahim dalam konteks ini. Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah motif di sebalik pujian tersebut?

"Beginilah, saya tidak suka untuk meneliti kenyataan sebegitu. Yang terbaik untuk menjawab adalah benam. Pada saya, sekarang kita pergi kepada visi beliau (Zaid Ibrahim) selaku jawatan Timbalan Presiden. Itu yang lebih penting. Kalau memang beliau nak memenangkan diri beliau, jadi ahli-ahli perlu dimaklumkan tentang visi beliau. Sama seperti YB Azmin."

"Jadi, untuk isu sama ada beliau memuji saya, saya hargai. Tentunya, siapa yang tidak? Pada masa yang sama, adakah itu akan memastikan saya akan berdiam diri sahaja mengikuti satu aliran? Tidak."

Menjawab kepada spekulasi bahawa dirinya dilihat memihak kepada Zaid Ibrahim, sementara Anwar dilihat menyebelahi Azmin Ali, Nurul Izzah cuba menyangkal dakwaan tersebut.

"Saya rasa kamu perlu tengok track rekod saya. Di mana saya berceramah untuk pemilihan, saya berkempen di mana? Saya berkempen di Kuala Pilah, Dato Kamarul ada, Shamsul Iskandar ada. Dan di Kuala Pilah, ada banyak lagi calon lain. Saya juga berkempen di Melaka, di Alor Gajah. Siapa ada? Dato Zaid ada situ, berkempen sekali, dan juga beberapa calon lain. Kemudian di Pahang. Di Pahang, yang ada bersama adalah YB Azmin Ali, di Kuantan. Dan di Perak, yang bersama saudara Mustaffa Kamil Ayub."

Beliau meneruskan, "Saya rasa, kita perlu wujudkan medan di mana semua calon patut bersuara, bertemu dengan ahli. Itu medan yang paling saksama. Jadi, dalam ucapan saya, saya kata, saya serahkan kepada ahli-ahli untuk memilih. Jadi pilihlah dengan baik, yang ada integriti, yang ada visi yang boleh menggerakkan ke depan untuk parti."

"Jawatan nombor dua. Jawatan nombor dua bukan jawatan yang senang, terutamanya dalam konteks kita berdepan dengan banyak cabaran kepada Ketua Umum. Jadi kepada saya, yang lain kalau nak spekulasi, spekulasi. Saya tidak lihat...(tapi) Akan menjadi kerugian kepada kita kalau kita meminggirkan mana-mana pimpinan. Parti kita ini parti yang hanya boleh berjaya bila reformasi mekar dalam parti. Bila kita dapat menggamit harapan dan imaginasi masyarakat luar."

Beliau menyimpulkan, "Kalau kita inward looking (lebih mengambil berat hal ehwal diri), lupa tentang isu-isu yang relevan di luar, you should just close shop (kamu harus gulung tikar sahajalah). Itu pandangan saya."

Berunding dengan sesiapa sahaja

Desas-desus tidak terhenti begitu sahaja. Rundingan demi rundingan berlangsung sebelum hari pencalonan. Wartawan senior The Star, Joceline Tan dalam kolumnya Anwar puts his foot down pada 17 Oktober, mengisahkan bagaimana rundingan berlaku di antara Zaid Ibrahim dengan tiga orang wanita, bernama Wan Azizah, Nurul Izzah dan Faekah Husin (Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim), sebelum hari pencalonan pemilihan PKR peringkat pusat.

"Pada saya, dalam konteks parti, tidak ada salah saya berunding dengan sesiapa sahaja untuk mana-mana jawatan dalam parti. Saya pun bertemu dengan YB Azmin Ali (gambar kiri) dengan saudara Mustaffa Kamil Ayub, dan juga Dato Zaid Ibrahim sebelum memberikan kertas pencalonan saya," akui Nurul Izzah, yang enggan berasa apologetik kerana ianya bukan pertemuan dengan orang luar dari parti lain.

"Ini parti sendiri, kenapa nak jadi masalah? Kenapa nak jadi satu yang kontroversi?" beliau mempersoalkan.

Bagaimanapun, keputusan Nurul Izzah yang berubah-ubah, dari "tumpu kepada cabang Lembah Pantai" (tidak bertanding di peringkat Pusat), hinggalah "menawarkan diri di barisan Naib Presiden", dan memberi persepsi "mungkin bertanding untuk Timbalan Presiden" pada saat-saat akhir, turut mencungkil kesangsian. Nurul sebenarnya mempunyai ruang di sayap AMK mahupun Wanita, bahkan mungkin lebih senang diterima jikalau bertanding untuk mendapatkan kerusi di Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Nurul (gambar kanan) cuba menjustifikasikan dengan alasan mendekatkan keperluan generasi muda dengan parti, namun alasan ini agak lemah untuk menyanggah tafsiran sesetengah analisa, bahawa beliau menyasarkan Naib Presiden kerana mahu mengimbangi kuasa Timbalan Presiden, seandainya dimenangi Azmin Ali.

"Kenapa perlu berpaksi atau bertumpu kepada YB Azmin? Mungkin Dato Zaid akan menang. Mungkin Mustaffa Kamil Ayub akan menang. Jadi, bagaimanakah boleh terus dirumuskan bahawa keputusan saya hanya ditumpukan pada Azmin? Pada saya, you make the wrong decision sebab you make it based on your supposed enemy."

Menyedari realiti bahawa "lebih tinggi kita menaiki tangga sosial politik, lebih banyak lagi serangan yang dikemukakan", beliau tetap mahu meluahkan pandangannya, "Tapi bagi saya, dalam mana-mana parti sekali pun, bila ada banyak power bases, lebih sihat budaya parti. Itu pandangan peribadi saya."/Merdeka Review

PENULIS HARAKAH BERKEMPEN UNTUK DATO ZAID ?

Oleh: WFAUZDIN NS

PEMILIHAN di dalam pimpinan PKR biarlah orang-orang PKR yang tentukan. Setakat ini tiada pemimpin dari PAS mahupun DAP yang secara terbuka menyokong mana-mana tokoh yang bertanding di dalam PKR. Jawatan yang menjadi tumpuan sekarang hanyalah jawatan Timbalan Presiden PKR dan juga jawatan Ketua AMK.

Sewaktu PAS mengadakan Muktamar Pemilihan pimpinan mereka, pemimpin dari PKR dan juga DAP pun tidak mahu campurtangan kerana itu adalah hak ahli-ahli PAS yang menentukan. Pemilihan di dalam PKR sekarang sememangnya hebat bagi kedua-dua jawatan tersebut. Hebatnya adalah kerana semua tokoh yang masuk bertanding pun adalah hebat belaka. Tentulah di dalam sebarang pertandingan mesti ada yang menyokong calon-calon tertentu. Persepsi dan berbagai cerita itu sudah biasa di dalam pemilihan termasuk juga sewaktu Muktamar Pemilihan di dalam PAS.

Membaca tulisan Zukri Aksah di sini, membuatkan saya merasa pelik mengapa Zukri yang telah keluar dari KeADILan/PKR tiba-tiba menulis untuk menunjukkan beliau menyokong Zaid? Saya difahamkan Zukri adalah ahli PAS dan Penulis Tetap di dalam Harakah. Beliau mendakwa mereka yang tidak menyokong Zaid untuk jawatan Timbalan Timbalan Presiden PKR kerana Zaid itu bekas ahli Umno dan masih baru di dalam PKR. Maka Zukri mengeluarkan berbagai hujah sehinggakan memberi contoh kisah Nabi Musa dan Firaun untuk menyebut betapa Zaid patut disokong. Persoalannya, benarkah mereka yang tidak menyokong Zaid itu semata-mata Zaid bekas Umno atau pun baru di dalam PKR?

Harus difahami sokongan terhadap Azmin mahupun Zaid bukan kerana bekas Umno, lama atau baru di dalam PKR. Azmin pun bekas Umno juga. Jika faktor baru di dalam PKR, masakan Zaid dilantik sebagai Ketua bagi Wilayah Persekutuan bahkan dicalonkan sebagai calon PRK di Parlimen Hulu Selangor. Itu bukan penyebabnya. Ahli-ahli melihat lebih jauh dari itu. Zukri menyebut Zaid mungkin boleh membawa PKR menjadi sebuah parti yang benar-benar berbilang kaum tidak seperti Parti Gerakan. Maksudnya, sekarang ini PKR masih belum menjadi parti yang berbilang kaumkah?

Cuba kita lihat di dalam senarai calon-calon yang layak bertanding di dalam pemilihan PKR kali ini. Berbagai kaum telah dipilih oleh Cabang-Cabang PKR, bahkan jawatan Timbalan Ketua AMK dari kumpulan Chegu Bard turut menampilkan calon berbangsa Cina. Begitu juga jawatan Naib Presiden dan jawatan-jawatan lainnya. Ini menunjukkan PKR adalah parti yang berbilang kaum sebelum munculnya Zaid di dalam PKR.

Zukri sepatutnya tidak menzahirkan pilihannya demi menghormati PKR rakan sekutu PAS itu apatah lagi PKR adalah partinya terdahulu. Buat apa Zukri bersusah payah berkempen untuk Zaid di samping mengheret nama Pengerusi PKR Pahang? Masih adakah dendam beliau kepada Dato Fauzi? Sepatutnya dendam itu jika ada sudah terlerai apabila beliau keluar dari PKR dan menyertai PAS. /wfauzdin.blogspot.com

RASUAH PILIHANRAYA - JIKA TIDAK MAMPU MELAWANNYA, APA KATA KITA TIDAK SERTAI MEREKA?

Oleh: WFAUZDIN NS

LAZIMNYA setiap kali PR tewas di dalam mana-mana pilihanraya kecil, hati ini terasa sungguh lebih-lebih lagi jika yang dirampas itu adalah kerusi kita awalnya. Lebih terasa lagi jika kita tewas di bumi Kelantan, bumi yang sepatutnya rakyat Kelantan tidak mempunyai sebab untuk berpaling selain dari PAS. Tetapi, kali ini PAS tewas di Dun Galas terasa tidak seperti lazimnya.

Saya sejak awal lagi pernah menulis betapa masalah bagi PAS di Galas adalah kerana berdepan dengan Ku Li. Bukan sedikit jasa Ku Li pada Kerajaan PAS Kelantan terutamanya dalam isu royalti minyak. Usah kita berbicara tentang Umno menggunakan seluruh jentera kerajaan, menyalahgunakan peruntukan kewangan dan media kerana kita faham semenjak bila mereka tidak menggunakan kesemuanya itu? Namun, kita terus menyertai pilihanraya walaupun kita sedar `penyakit'nya.

Berbalik kepada Ku Li yang menjadi salah satu faktor kita tewas di Galas. PAS sejak awal lagi seolah-olah memberi isyarat bahawa di dalam PRK di Galas kali ini `maruah' Ku Li mesti dijaga. Kita sanggup membatalkan satu program memungut derma membiayai pemergian 40 Ulamak ke Mekah untuk bermunajat bagi mengembalikan hak royalti minyak ke Kelantan semata-mata menghormati Ku Li. Sebab itu tidak menghairankan di dalam kebanyakan ceramah kita di Galas, isu royalti dipadamkan dari ingatan rakyat Kelantan. Kita banyak tertumpu kepada isu nasional yang mana mungkin pengundi-pengundi yang ramai di kalangan orang Asli boleh memahami isu ini. Bukankah kita sedar undi-undi mereka itu penting?

Maklumat kita kepada penduduk orang Asli ini dikatakan sukar untuk disampaikan kerana penempatan mereka di`kawal' rapi oleh JHEOA. Di dalam masa yang sama peruntukan demi peruntukan terus dicurahkan kepada kaum mereka. Kita menghadapi gerombolan perasuah yang besar di dalam PRK ini. Ku Li yang kita hormati itu bukan tidak sedar bahawa beliau bersekongkol dengan perasuah yang datang dari Kuala Lumpur, tetapi demi kerusi Galas Ku Li tidak mampu menepisnya.

Saya tertarik dengan tulisan sahabat di sini. PAS telah melakukan sedaya upayanya di Galas dengan dibantu oleh rakan-rakan dari PR. Amat tidak wajar menyalahkan pemimpin PAS samada di Kelantan mahupun Pusat akibat kekalahan ini. Tentulah kita juga punyai kelemahan yang sedikit sebanyak menyumbang kepada kekalahan seperti ini.

Kadangkala teringin juga mahu syorkan kepada pimpinan PR agar tidak masuk ke gelanggang selagi kita tahu gelanggang itu dipenuhi dengan amalan rasuah dan ketidakadilan yang seringkali `membuli' kita. Jika kita tidak mampu untuk melawan amalan rasuah seperti itu, lebih baik rasanya kita tidak sertai mereka di dalam pilihanraya. Tetapi, jika kita masih juga ingin mencuba nasib maka bolehlah kita mencubanya./wfauzdin.blogspot.com

BILA KALAH, TUDING JARI PADA PEMIMPIN

Bila tewas saja di dalam pilihanraya, maka mulalah nak menyalahkan pemimpin. Kununnya pemimpin tak disukai oleh ahli parti sendiri. Cuba sebut mana satu pemimpin yang disukai oleh semua ahli? Berjuang kerana dasar parti atau pemimpin?

Peliknya, bila menang tidak pula nak memuji pemimpin. Maklumlah, pemimpin pun tidak mahu dipuji dan dipuja, tetapi pemimpin pun bukan boleh dihina sesuka hati. Tewas di Galas, itu pun salah pemimpin juga ke? Kalau silap parti kira ok la juga, mungkin silap strategi tetapi untuk salahkan pemimpin itu tidak masuk akal langsung.

Kajian dari Ilham Centre diambil kununnya PAS tewas akibat ahli sendiri tidak suka kepada pemimpin atau hubungan kurang mesra. Tidak bolehkah kita berjuang untuk parti tanpa kita dibelai, dimanja oleh pemimpin. Jika benar ada pemimpin yang sombong atau berlagak, percayalah di dalam PAS pemimpin seperti itu tidak akan lama. Jadi, pedulikan perangai pemimpin macam itu asalkan kita sebagai ahli bekerja kuat untuk parti.

PAS tewas pun bukan tewas tanpa maruah. Kita tewas dengan gerombolan perasuah. Kita tewas kerana adanya pengundi yang buta hati dan jahil. Pengundi tidak tahu yang mana satu selama ini menghisap darah mereka. Tugas kita menyedarkan mereka. Bukan mudah untuk PAS menang dengan seluruh jentera berada sebagai benteng mereka. Kita menang sebelum ini pun nasib menyebelahi kita, bukan kerana mereka tidak melakukan rasuah. Di Manek Urai pun, rasuah begitu banyak tetapi nasib tetap menyebelahi kita.

Oleh itu, jangan PAS terus menerus mengharapkan nasib. Ada baiknya PAS bangun secara lebih keras dan radikal untuk menentukan tiada lagi rasuah dapat dilakukan oleh puak Apco itu. Jika kita gagal untuk menghalang mereka dari terus `membuli' kita, lebih baik kita tidak payah sertai pilihanraya. Jadi, kekalahan PAS di Galas bukan kerana pemimpin tetapi terlalu banyak faktor lain yang mungkin Ilham Centre tidak kaji dan selidiki sepenuhnya.

DR ZULKIFLI TIDAK KECEWA, SEMANGAT BERTAMBAH

Semangat Terus Khidmat Kepada Rakyat : Dr Zulkefli
05/11/2010

GALAS 5 NOV : Calon PAS bagi pilihan raya kecil Galas, Dr Zulkefli Mohamad menyifatkan ketidakmampuan PAS mempertahankan kerusi DUN N45 itu bukan penyebab kepadanya untuk tidak lagi berkhidmat kepada rakyat. Beliau sebaliknya berkata, ia menjadi penyuntik semangat kepadanya memperkemaskan gerak kerjanya bagi menjayakan agenda PAS dan juga Pakatan Rakyat. "Langsung tidak mengecewakanya, malah menambahkan lagi semangat untuk terus bekerja dalam menjayakan agenda PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang, InsyaAllah."katanya.

Dr Zulkifli turut menyatakan penghargaannnya kepada semua petugas Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP dari seluruh negara yang berpatah arang berkerat rotan membantunya sepanjang kempen PRK tersebut. "Saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada calon BN yang menang PRK N45 Galas dan saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang telah mengundi PAS dalam pilihan raya ini.Dan juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada seluruh jentera PAS dari seluruh Malaysia dan juga jentera Pakatan Rakyat daripada DAP dan PKR yang telah banyak dan bertungkus lumus untuk membantu kami dalam PRK ini...Dan tak lupa juga pihak media yang telah memberikan kerjasama dengan kita." Dr Zulkefli berkata demikian dalam sidang media di Markas Induk PAS, semalam.

Keputusan rasmi Pilihan Raya DUN Galas semalam menyaksikan kemenangan berpihak parti Barisan Nasional dengan jumlah undi majoriti 1,190 berbanding PAS. Barisan Nasional mendahului sebanyak 5,324 undi dan PAS berjumlah 4,134 undi. Pada 2008, calon PAS, Che Hashim Che Sulaima memperolehi 4,399 undi untuk menang dengan majoriti 646 undi./TVNews

Jumaat, 5 November 2010

BATU SAPI, GALAS - WAN AZIZAH PUAS HATI PRESTASI PR

Prestasi PR Memuaskan Meskipun Diserang Hebat : Wan Azizah
05/11/2010


KUALA LUMPUR 5 NOV : Pakatan Rakyat tetap mencatatkan keputusan yang memuaskan meskipun terpaksa berhadapan dengan sogokan pengundi, demikian tegas Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Selain itu tambah beliau penyalahgunaan jentera dan dana kerajaan, dan serangan bertubi-tubi media arus perdana antara pendekatan yang tidak bertanggungjawab digunakan pemerintah.

Keputusan semalam, katanya menyaksikan undi golongan muda kepada Pakatan Rakyat meningkat di kedua-dua kerusi Batu Sapi dan Galas.

Ini juga, ujar Presiden PKR itu yang diperlihatkan secara konsisten dalam tujuh kemenangan Pakatan Rakyat dalam siri-siri pilihan raya kecil usai 2008 lagi.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah buat jentera pilihan raya yang begitu komited dan bertungkus-lumus bekerja tanpa mengenal penat lelah demi memastikan kemenangan calon-calon Pakatan Rakyat.

“Tewas bukan bererti kita harus akur pada situasi semasa, hakikatnya ia menjadi satu ruang untuk kita memperkemaskan jentera dan juga mengenal pasti kekurangan yang perlu ditambah baik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sekalung tahniah buat para petugas PKR khususnya dan Pakatan Rakyat amnya di Batu Sapi dan Galas, katanya.

Tambahnya, kepada rakyat yang memberikan undi kepada PKR di Batu Sapi, sokongan mereka dihargai sepenuhnya.

Menurutnya, ia jelas membuktikan bahawa Sabah, meskipun disebut sebagai ‘fixed deposit’ bagi Barisan Nasional, bukan lagi tapak selesa bagi mereka.

“Insya Allah kita lunaskan dalam pilihan raya umum akan datang,” ujarnya yakin./TVNews

GALAS - MAJORITI MENGEJUTKAN, NIK AZIZ NASIHAT AGAR BERSABAR

Nik Aziz minta penyokong PAS jangan kecewa
Nov 5, 10
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta para penyokong dan anggota PAS tidak kecewa berikutan kekalahan parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dengan Barisan Nasional (BN) mendapat majoriti lebih besar, semalam.

Sebagai pejuang Islam, mereka tidak patut kecewa dengan keadaan itu yang dianggap sebagai suatu cabaran yang mesti dihadapi, kata Menteri Besar Kelantan ketika ditemui pada majlis pelancaran kutipan derma untuk membina bangunan tambahan Masjid Mukim Panji di sini hari ini.

Pada pilihan raya kecil itu, calon BN Abdul Aziz Yusoff, memperoleh 5,324 undi mengalahkan calon PAS Dr Zulkifli Mohamad, yang mendapat 4,134 undi.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata faktor penglibatan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya BN akan dijadikan salah satu kajian dalam 'post mortem' PAS.

Katanya post mortem itu akan diadakan pada satu mesyuarat Ahad depan bagi mengkaji kekalahan PAS dalam pilihan raya kecil itu.

Beliau berkata walaupun pihaknya telah menduga kekalahan PAS dalam pilihan raya kecil itu tetapi kemenangan BN dengan memperoleh majoriti besar agak mengejutkan mereka.

Abdul Halim yang juga anggota Parlimen Pengkalan Chepa menolak kemungkinan kelemahan dalam pelaksanaan strategi menyebabkan kekalahan PAS itu.

"Kalau mengikut kebiasaan tradisi pilihan raya di Kelantan, kita jangka kalau kalahpun 600 hingga 700(undi) saja, tapi ini sampai 1,000. Ini agak mengejutkan kita," katanya.

- Bernama

PAS TEWAS BUKAN SALAH PKR, PKR TEWAS PUN BUKAN SALAH PAS

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA membaca satu artikel daripada seorang rakan dalam blognya ini, saya amat bersetuju dengan kata-kata nasihat beliau agar semua pemimpin dan penyokong PR bermuhasabah dan mengambil pengajaran daripada kekalahan PR di Batu Sapi dan juga di Galas. Itulah sebaik-baik tindakan apabila kita ditimpa musibah atau pun ujian.

Namun demikian, di akhir artikelnya terdapat nota yang berbunyi, * Mungkin ada eloknya Justify FullPKR banyak bermuhasabah akan tindak-tanduk mereka. Kerana jelas bahawa mereka punca utama kekalahan PR ini..

Penulis blog berkenaan mengulas tentang kekalahan PAS di Galas, tetapi menyalahkan PKR terhadap kekalahan PAS di situ tentulah tidak masuk akal sama sekali. Bagaimana pula jika PKR yang tewas di Batu Sapi mendakwa mereka tewas kerana PAS? Saya tidak faham di mana beliau ambil fakta yang menunjukkan PKR menjadi punca kekalahan PAS di Galas. Perbuatan menuding jari sesama sendiri sebenarnya bukan cara bijak untuk menewaskan Umno/Bn. Bermuhasabah tidak bermakna jika jari kita awal-awal lagi menuding ke arah pihak lain jika kita gagal.

Terlalu banyak sebenarnya faktor-faktor yang menyumbang kepada kekalahan PAS di Galas, begitu juga PKR di Bt Sapi. Memang PAS ada kelemahan begitu juga dengan PKR, tetapi kita jangan lupa dengan amalan demokrasi di negara kita ini, dengan tingkah laku SPR, pihak media juga tidak boleh kita lupakan sebagai penyumbang besar. Rendahnya nilai diri sebilangan pengundi yang termakan dengan segala umpan pihak mereka juga faktor yang tidak boleh kita ketepikan begitu sahaja.

Sehubungan itu, marilah kita bermuhasabah diri tidak kira samada PAS, PKR atau DAP agar kita lebih arif tentang strategi menentang Umno/Bn di masa-masa akan datang. Kita tidak lagi mampu untuk selama-lamanya dipermainkan oleh corak demokrasi yang diamalkan oleh mereka. Di samping itu, segala kelemahan yang datangnya dari kita sendiri juga harus dikenal pasti dan diperbaiki segera. Tahniah kepada semua jentera PAS dan PR, serta semua pengundi di Bt Sapi dan di Galas./wfauzdin.blogspot.com

TERBUKTI UMNO/BN MULAI KUAT, ZAMBRY MULA FIKIR UNTUK BUBAR DUN PERAK?

Oleh: WFAUZDIN NS

"BN telah mantap, rakyat kini menaruh keyakinan terhadap kepimpinan Najib". Itulah petikan dari kata-kata Muhyiddin sebaik sahaja Bn memenangi PRK di Parlimen Bt Sapi dan di Dun Galas. Kemenangan Umno di PRK Dun Galas dengan majoriti yang besar menewaskan calon PAS tentunya membanggakan Muhyiddin. Tahniah buat PAS dan PR yang telah berusaha sebaik mungkin di dalam kedua-dua PRK tersebut. Terlebih tahniah juga buat SPR yang `berjaya' kali ini.

Jika benar Bn telah mantap dan rakyat telah kembali menyokong Najib - Rosmah, maka inilah waktu yang sesuai buat `Kerajaan Negeri bukan pilihan rakyat' di Perak untuk dibubarkan agar benar-benar menjadi Kerajaan Negeri yang berdaulat dan demokrasi. Zambry tidak perlu gusar lagi kerana `terbukti' kini Bn telah mantap sebagaimana yang diperkatakan oleh Muhyiddin. Apakah Zambry mulai merasa seronok dengan menduduki `kerusi rompakan' di Pejabat MB Perak sekarang?

Tidak perlu dibimbang lagi kerana terbukti di Galas, undi kaum Cina telah kembali kepada Bn. Undi orang-orang Melayu kebanyakannya akan pergi kepada Umno, kecuali orang-orang Melayu Islam yang belum tentu lagi undi mereka. Jadi, waktu paling bijak untuk Zambry menunjukkan `kejantanan'nya. Mungkinkah Bn berani atau masih lagi was-was tentang sokongan rakyat terhadap mereka? /wfauzdin.blogspot.com

Khamis, 4 November 2010

PUTERI UMNO DISERANG DARI BELAKANG, CEDERA PULA DI DAHI DAN HIDUNG....WAKAKAKAKA...

Antara petikan akhbar Utusan Online adalah seperti berikut (link);

"GUA MUSANG 4 Nov. - Ketua Puteri UMNO Kuala Krai, Suzaini Adlina Mohd. Shukri, cedera diserang seorang wanita dipercayai anggota parti lawan ketika sedang merayu undi di Sekolah Kebangsaan Cina Gua Musang di sini dalam pilihan raya kecil Galas hari ini.

Dalam kejadian 11.30 pagi itu, Suzaini Adlina, 37, diserang dari arah belakang oleh wanita itu yang menggunakan tiang bendera menyebabkan beliau cedera di dahi dan hidung."Suzaini Adlina diserang dari arah belakang menggunakan tiang bendera menyebabkan dia cedera dahi dan hidung."

Tergelak sampai tertonggeng aku, rupanya Ketua Puteri UMNO Kuala Krai dahi dan hidung dibelakang kepala. Cacat atau juga mungkin pernah dilahirkan kembar siam!!!

Bahloi punya wartawan akhbar Utusan Malaysia!

Sumber: Batuapi.blogspot

TERBUKTI UMNO/BN MULAI KUAT, ZAMBRY MULA FIKIR UNTUK BUBAR DUN PERAK?

Oleh: WFAUZDIN NS

"BN telah mantap, rakyat kini menaruh keyakinan terhadap kepimpinan Najib". Itulah petikan dari kata-kata Muhyiddin sebaik sahaja Bn memenangi PRK di Parlimen Bt Sapi dan di Dun Galas. Kemenangan Umno di PRK Dun Galas dengan majoriti yang besar menewaskan calon PAS tentunya membanggakan Muhyiddin. Tahniah buat PAS dan PR yang telah berusaha sebaik mungkin di dalam kedua-dua PRK tersebut. Terlebih tahniah juga buat SPR yang `berjaya' kali ini.

Jika benar Bn telah mantap dan rakyat telah kembali menyokong Najib - Rosmah, maka inilah waktu yang sesuai buat `Kerajaan Negeri bukan pilihan rakyat' di Perak untuk dibubarkan agar benar-benar menjadi Kerajaan Negeri yang berdaulat dan demokrasi. Zambry tidak perlu gusar lagi kerana `terbukti' kini Bn telah mantap sebagaimana yang diperkatakan oleh Muhyiddin. Apakah Zambry mulai merasa seronok dengan menduduki `kerusi rompakan' di Pejabat MB Perak sekarang?

Tidak perlu dibimbang lagi kerana terbukti di Galas, undi kaum Cina telah kembali kepada Bn. Undi orang-orang Melayu kebanyakannya akan pergi kepada Umno, kecuali orang-orang Melayu Islam yang belum tentu lagi undi mereka. Jadi, waktu paling bijak untuk Zambry menunjukkan `kejantanan'nya. Mungkinkah Bn berani atau masih lagi was-was tentang sokongan rakyat terhadap mereka? /wfauzdin.blogspot.com

GALAS - KU LI AKUI PAS `KURANG MENYENGAT'

Ku Li: Terima kasih PAS
Salhan K Ahmad
Nov 4, 10

Pengarah jentera BN bagi pilihan raya kecil DUN Galas Tengku Razaleigh merakamkan penghargaannya kepada PAS kerana "tidak menimbulkan banyak masalah" kepadanya sepanjang 10 hari berkempen.

"Saya juga telah menasihatkan pemimpin BN supaya tidak menyentuh peribadi pemimpin lawan mereka demi menjaga pemuafakatan dalam membela hak rakyat," katanya dalam sidang media di kediamannya di Bukit Cekati selepas pengumuman kemenangan BN malam ini.

Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang berkata, beliau tidak merasakan PAS telah melancarkan serangan peribadi terhadapnya sepanjang tempoh kempen tersebut.

"Kalau dia nak tuduh saya, biar dia tuduh. Saya tidak perlu jawab kerana tidak benar," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut ditanya sekiranya kemenangan ini menandakan sokongan masyarakat mula berubah kepada BN selepas penolakan dalam pilihan raya umum 2008.

"Tak tahulah ini boleh jadi ukuran sama ada rakyat boleh terima kita balik," katanya.

Namun, katanya, ia tetap menunjukkan sokongan hebat masyarakat tempatan yang mahukan "perubahan."

"Ramai golongan muda beri sokongan kepada kita, menampakkan mereka mahu kepada perubahan, mereka mahukan pembangunan yang memberi makna kepada mereka seperti peluang pekerjaan dan perniagaan," katanya.

Menurutnya lagi, cara lama dengan menggunakan media tradisional yang dikawal ketat oleh kerajaan, tidak lagi berkesan dalam kempen pilihan raya.

Sebaliknya pendekatan melalui media baru yang lebih bebas sepatutnya digunakan bagi memikat hati rakyat, tambahnya.

"Saya ingin pergi lebih jauh dari sini dan tidak lagi gunakan cara tradisi.

"Masa sudah sampai untuk kita bebaskan media supaya tidak dikawal begitu ketat.

"Memang wajar pertimbangkan supaya media dibebaskan supaya tidak begitu dikawal.

"Kita tengok ancaman keselamatan pun dah berkurangan," katanya dan menambah, masyarakat sekarang lebih banyak memilih media alternatif," katanya lagi./Malaysiakini

KIT SIANG MAHU SAMAN, BERITA HARIAN PUN MENGAKU SILAP

Isu 'kafirkan' Umno: Berita Harian mengaku ralat
Abdul Rahim Sabri
Nov 4, 10


Akhbar Berita Harian hari ini membuat pembetulan berhubung laporan yang memetik ucapan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam yang mendakwa tokoh DAP Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan "Umno Kafir" dalam satu ceramah pilihan raya kecil di Gua Musang.

Dalam pembetulan yang disiarkan dalam akhbar itu hari ini, pada muka surat 8, pengarangnya berkata laporan mereka "bukan merujuk kepada penasihat DAP" itu.

"Ucapan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam ceramahnya, DAP semakin berani mencampuri urusan agama Islam di peti undi Kampung Baru Hulu, Gua Musang seperti disiarkan Berita Harian semalam, bukan merujuk kepada penasihat DAP, Lim Kit Siang.

"Kesilapan dikesali - Pengarang," pemberitahuan itu dipetik.

Semalam Lim mengarahkan peguamnya mengemukakan saman terhadap laporan Berita Harian dan Mohd Ali berhubung dakwaan beliau mengeluarkan kenyataan itu dalam satu ceramah di sebuah ceramah di Sungai Terah, Gua Musang.

Malah kata Lim, beliau langsung tidak hadir pada cermah di Kampung Baru Hulu di kawasan Galas yang juga dihadiri oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim .

"Saya didakwa mengatakan Umno kafir dalam satu ceramah di Galas bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ini merupakan fitnah dan pembohongan oleh kerana saya tidak bercakap seperti yang didakwa oleh beliau.

"Saya juga tidak pernah menghadiri ceramah di tanah rancangan Kesedar seperti yang didakwa dan ini merupakan perbuatan jahat dan tidak bertanggungjawab yang cuba untuk menyebarkan kebencian kaum dan agama," kata Lim pada sidang media di lobi Parlimen semalam./Malaysiakini

GALAS - MENARIK SEPANJANG HARI MENGUNDI HARI INI

77.73 peratus keluar mengundi di Galas
Keputusan rasmi dijangkakan: Menjelang jam 9 malam

Galeri Foto


5.21pm Seramai 8,980 atau 77.73 peratus keluar mengundi di Galas. Jumlah ini tidak termasuk di peti undi Belatim, Balar dan Bihar.

5.00pm
Pusat pengundian ditutup. Pengiraan undi akan bermula lagi sejam setengah.

4.39pm Pengurus pilihan raya kecil DUN Galas Wan Mustapha Wan Ab Hamid berkata SPR akan mula mengumumkan keputusan bagi sebanyak 177 pengundi pos diikuti keputusan bagi empat peti undi Orang Asli.

Empat peti undi dari daerah mengundi Belatim, Balar, Ladoi dan Bihai itu dimaterikan sebaik tamat tempoh pengundian.

Kesemua peti berkenaan mula tiba di tempat penjumlahan di Dewan Sivik, Gua Musang sejak jam 2.15 petang tadi.

"Kita tidak dapat semak berapa sebenarnya yang keluar mengundi di kawasan Orang Asli itu sebab tidak ada talian telefon di situ," katanya lagi.

Kesemua peti undi berkenaan telah pun berada di pusat penjumlahan dan menunggu masa untuk dijumlahkan.

"Keputusan ini yang orang hendak tahu dulu, sebab keputusan (tidak rasmi) di peti undi lain, ejen-ejen calon sudah tahu," katanya.

Pada masa ini sedang berlangsung proses menyisihkan sebanyak 177 undi pos dan akan dijumlahkan bersama dengan undi lain, katanya.

Jumlah undi pos tersebut termasuk sebanyak 127 undi dari anggota polis dan selebihnya dari petugas SPR.

4.28pm Setakat jam 4 petang, sebanyak 8,073 telah keluar mengundi. Jumlah ini mewakili 69.88 peratus.

Peratusan ini tidak termasuk pusat pengundian di pos Brooke, Belatim, Balar, Bihar dan Ladoi.

3.57pm
Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, PAS mendapat petunjuk yang baik berkaitan peluangnya untuk memenangi pilihan raya itu.

Bercakap dalam satu sidang media, Abdul Halim berkata, andaian itu berdasarkan maklumat yang diperolehinya bahawa lebih 95 peratus pengundi luar didapati pulang ke kawasan untuk mengundi.

3.27pm
Setakat jam 3 petang, sebanyak 66.23 peratus telah keluar mengundi.

2.15pm Jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 2 petang ialah 61.39 peratus atau 7,092 orang.

Peratusan ini tidak termasuk lima kawasan Orang Asli.

1.45pm Jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 1 tengahari tadi ialah 55.75 peratus atau 6,441 orang.

'Budak sekolah balik rumah'

1.26pm Pada jam 12,30 tadi, kelihatan barisan panjang di bilik operasi BN di Bukit Cekati. Kira-kira 300 orang beratur selepas mengundi untuk mendapatkan RM250.

1.16pm Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Wan Ahmad Wan Omar berkata pemilih dibenarkan memasuki pusat pengundian dengan memakai kemeja-T bertulis 1Malaysia.

12.27pm Sehingga jam 12, peratus keluar mengundi sebanyak 49.61 peratus. Seramai 5,732 orang telah mengundi.

11.57am
Perang mulut masih berterusan di antara penyokong PAS dan BN di luar pusat mengundi SK Seri Wangi.

"Budak sekolah, budak universiti balik ke rumah," laung seorang penyokong BN yang memakai tudung merah jambu.

Ini disahut dengan, "budak tak sekolah balik ke rumah," daripada penyokong PAS.

Pemandu yang lalu lalang di kawasan berkenaan terpaksa memperlahankan kenderaan masing-masing ketika melalui kawasan berkenaan memandangkan keadaan jalannya yang menjadi sempit.

Langit cerah, helikopter berlegar

11.27am Di pusat pengundian Bandar Baru di Sekolah Menengah Kebangsaan Indra Petra, kelihatan helikopter polis berlegar-legar di langit yang mulai cerah.

Keadaan tenang. Penyokong PAS mula berselawat dan penyokong BN mencari tempat berteduh daripada panas matahari.

Di SK Lepan Jaya, pusat pengundian bagi LepanTupai keadaan hampir sama.

11.35pm Sehingga 11 pagi, jumlah keluar mengundi di Galas sebanyak 4,589 orang atau 39.72 peratus (tidak termasuk enam kawasan Orang Asli).

10.55am Pengerusi MCA Kelantan Dr Ng Yen Yen berkata beliau yakin kejayaan akan memihak kepada BN kerana rakyat tempatan mahukan perubahan.

"Mereka mahu kemajuan dan mereka mahu konsep 1Malaysia menjadi kenyataan," kata Ng kepada pemberita di luar SK Gua Musang di Bandar Lama Gua Musang, kawasan campuran Melayu dan Cina.

10.55am Setakat 10 pagi, peratusan keluar mengundi sebanyak 24.02% (2775), tidak termasuk 6 kawasan Orang Asli.

Gear 2 naik bukit

10.15am
Pemilih terpaksa berjalan 300 meter mendaki jalan yang curam ke pusat pengundian.

Ramai mengadu keletihan, terutamanya wanita mengandung dengan anak kecil dalam dukungan untuk berjalan ke SK Sri Wangi.

"Rehatlah dulu, sekejap lagi nak masuk gear dua," keluh mereka.

10.14am Di Sg Terah, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Md Isa tiba, bersalaman dan kelihatan berseloroh dengan Ahmad Maslan.

"Pertandingan persahabatan," kata Ahmad.

10.03am Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata selain insiden di SM Tengku Indera Putra, suasana tenang di tempat lain.

Ahli parlimen pontian itu berkata penyokong BN mengalami kececeraan ringan.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, Ahmad berkata, kedua-dua pihak telah bersalaman dan berbaik semula selepas kejadian itu.

Mustapha: Penyokong dia nampak lebih ramai

10.02am
Menurut seorang pegawai SPR, sehingga jam 9.50, peratus keluar mengundi di Sg Terah hampir 300 orang daripada 1,912 orang yang layak mengundi.

Beliau menjangkakan 400 akan turun menjelang jam 11.

9.49am Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed berkata proses membuang undi hari ini bermula perlahan.

"Tapi kita tengoklah nanti," katanya ringkas ketika ditemui di luar SK Seri Wangi.

"Penyokong dia (PAS) nampak lebih ramai dekat sini," katanya lagi ketika meninjau kumpulan penyokong berkenaan.

Beliau juga berkata, jalan utama di simpang yang menghala ke sekolah berkenaan juga terlalu sempit.

9.51am
Setakat jam 9 pagi, peratusan keluar mengundi di Galas sebanyak 9.93 peratus. Sebanyak 1147 telah membuang undi. Ini tidak termasuk di enam kawasan orang asli.

Hadang dengan Landrover

9.18am Lebih seratus orang telah membuang undi di SRJKC Gua Musang sejak peti undi itu dibuka sejam lalu.

Sedikit ketegangan berlaku berhampiran SK Gua Musang, di Bandar Lama (kawasan campuran) apabila penyokong PAS melintas kawasannya, mengundang kemarahan penyokong Umno.

Polis menggunakan Landrover sebagai penghadang kepada dua kumpulan yang rancak berperang mulut.

SK Gua Musang, kawasan tumpuan, 600 orang daripada PAS dan BN berkumpul sejak pagi.

8.45am Nik Aziz dan calon PAS Zulkefli menghabiskan kira-kira 10 minit di SRJKC. Ramai mengambil kesempatan bergambar dengannya. Pengarah Strategik PKR turut tiba lima minit kemudian.

8.41am Di kubu kuat PAS di Sg Terah, kelihatan kira-kira 400 penyokong parti itu berbanding hanya 50 berbanding BN. Kelihatan Pengerusi Umno negeri Mustapha Mohamad berlegar sekitar kawasan penyokong BN.

'Penimbang lama' lawan 1Malaysia

8.35am Penyokong PAS kelihatan jauh melebihi penyokong BN di sepanjang jalan menuju SK Sri Wangi.

Mereka mengejek penyokong BN yang agak senyap sebagai 'penimbang lama'.

Sementara itu, kelihatan beberapa pemilih memakai kemeja-T bertulis 1Malaysia di SK Gua Musang dan SRJKC Gua Musang.

8.26am Seorang penyokong PAS berpakaian Briged Muslimat menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan kuat kepada SPR dengan mendakwa tidak membenarkan petugas Pakatan Rakyat memasuki kawasan yang ditutup sekitar SMK Agama di Taman Mawar.

8.25am Calon PAS Zulkefli meluangkan kira-kira 10 minit bertegur sapa dengan pemilih, pegawai polis dan kakitangan pilihan raya.

Beliau meninggalkan tempat itu dengan laungan takbir daripada penyokong PAS.

Perang mulut berlaku antara kedua-dua penyokong menyebabkan polis dan pegawai SPR menjarakkan lagi kedudukan penyokong bagi mengelakkan sebarang insiden tercetus.

Pagi mendung

8.15am Di SK Gua Musang - salah satu pusat pengundian di Kampung Baru Gua Musang - penyokong PAS yang berkumpul kelihatan memakai baju bertulis 'PAS for All, manakala penyokong Umno pula membawa poster bertulis 'PAS Penipu'.

8.02am Cuaca di Galas sedikit mendung. Bagaimanapun, tiada hujan lebat seperti malam tadi.

Di pusat pengundian SK Tengku Muhammad Fakhry Petra, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad tiba diiringi Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Zulkefli ditentang calon BN Abdul Aziz Yusof dalan pertembungan satu lawan satu.

Zulkefli menggalas beban berat di DUN itu ekoran Galas merupakan antara kubu kuat Umno yang berjaya ditawan PAS dalam pilihan raya umum lalu.

Bagaimanapun, kejayaan dalam pilihan raya ini tidak akan memberikan sebarang kesan terhadap kawalan PAS di DUN. Parti itu kini menguasai 38 daripada 45 kerusi di Kelantan.

Manakala sekutunya PKR mendapat satu dan Umno sebanyak enam./Malaysiakini

KETUA AMK - CHEGU BARD DAN AZMIN PUN SAMA MENIPU ?

Oleh: WFAUZDIN NS

SEJAK awal saya menyokong Chegu Bard di dalam perebutan jawatan Ketua AMK. Beliau memang seorang tokoh muda yang penuh dedikasi, berani serta mempunyai wawasan untuk membawa golongan muda bersama-sama parti menuju matlamat ke Putra Jaya. Di sebalik sokongan ini, saya mengharapkan kemenangan Chegu Bard nanti biarlah kemenangan yang bersih lagi tulen.

Apabila membaca berbagai cerita tentang beliau, saya tertarik dengan dakwaan bahawa kemenangan Chegu Bard sebagai Ketua Cabang Rembau adalah hasil dari pengundian yang `tercemar'. Dikatakan terdapat `pengundi hantu' yang telah ditangkap turut mengundi beliau di Cabang Rembau. Sedikit petikan berita yang saya baca berbunyi "Berkaian dengan individu yang ditangkap iaitu Zamri Vinoth yang menggunakan identiti orang lain, ini nampaknya seperti ada suatu yang telah dirancang. Beliau adalah Ketua AMK Cabang Rasah. Bagaimana seorang Ketua Cabang boleh hadir bagi tujuan mengundi di Cabang Rembau."(Ketua AMK Negeri Sembilan - PKRn9.blogspot.com)

Saya telah pun baca komen dari Chegu Bard berkaitan perkara ini, Beliau sendiri terperanjat dengan dakwaan tersebut dan beliau menyokong sepenuhnya agar JPP menyiasat dakwaan yang boleh mencemar imej beliau. Persoalannya, jika benar dakwaan tersebut adakah ianya dirancang oleh Chegu Bard? Amat malang sekali jika benar Chegu Bard merancang atau pun meredhai penipuan seperti ini kerana sebelum ini dakwaan penipuan sering ditujukan kepada pihak lawan terutamanya terhadap YB Azmin. Namun, tidak mustahil Chegu Bard telah dianiayai. Sebab itulah pada pandangan saya ketegasan Chegu Bard agar dakwaan ini disiasat segera adalah satu sikap yang positif, berani dan jujur.

Seandainya benar dakwaan ini, PKR mestilah mengambil tindakan tegas terhadap `pengundi hantu' tersebut apatah lagi beliau dikatakan seorang pemimpin Cabang yang sepatutnya menjadi contoh dan teladan kepada ahli bawahannya. Lebih adil dan telus, pemilihan semula wajib diadakan sekiranya terbukti dakwaan ini benar. Bahkan, jika terbukti Chegu Bard terlibat di dalam penipuan ini maka beliau juga dikenakan tindakan tatatertib yang tegas.

Begitu juga dengan mana-mana pemimpin yang melakukan salah laku atau penipuan di dalam pemilihan parti. Jika kita mahu YB Azmin dan Chegu Bard diangkat sebagai Timbalan Presiden PKR dan Ketua AMK, beliau mesti menang dengan cara yang jujur dan bersih. Kita berasa bangga jika pemimpin yang kita sokong itu dipilih dengan kaedah demokrasi yang bersih. Apa guna kita menang dengan pemimpin yang kita suka tetapi pemimpin itu terpalit dengan penyelewengan dan penipuan. /wfauzdin.blogspot.com

SELAMAT MENGUNDI - BAYANGKAN WAJAH TOK GURU, BAYANGKAN WAJAH NAJIB, KEMUDIAN PILIH LAH

Oleh: WFAUZDIN NS

MARILAH kita bersama bertawakkal kepada Allah agar PAS terus diberi kemenangan di dalam PRK Dun Galas hari ini. Kepada semua pengundi di Dun Galas, anda telah melihat sendiri betapa PAS di dalam seribu kesukaran dan penderitaan, masih mampu mentadbir Negeri Kelantan sebaik mungkin selama 20 tahun. Sekiranya rakyat Kelantan inginkan kemewahan dan kekayaan dunia, memang wajar PAS ditolak dari negeri Serambi Mekah ini. Tetapi itu bukan tujuan PAS untuk menyertai politik.

PAS membawa perjuangan Islam di tanahair kita ini. PAS bertuah kerana mendapat rakan yang mampu membantu PAS seperti PKR dan DAP. Umno mengalami nasib yang malang kerana mereka mempunyai rakan sekutu seperti MCA, Gerakan dan MIC yang perangai pemimpin mereka tidak ubah juga seperti Umno. Jika rakyat Kelantan cintakan bangsa Melayu, mereka tidak juga boleh mengharapkan Umno kerana Umno terlalu banyak meruntuhkan nilai bangsa. Jika pengundi di Dun Galas cintakan Islam, jauh sekali Umno mampu meningkatkan martabat Islam.

Pengundi-pengundi di Dun Galas tiada pilihan lain. PAS telah menawarkan pilihan kepada rakyat di Galas samada mahu kepada Islam atau mahu kepada Umno yang terang-terang bersekutu dengan APCO itu. Sebelum membuang undi, bayangkan wajah Tuan Guru Nik Aziz dan isteri serta keluarganya dan bayangkan juga wajah Najib, isteri dan keluarganya. Tanya pada hati, di antara kedua tokoh ini siapakah yang paling baik. Jawablah dengan jujur, kemudian pilih lah. Semoga Allah beri petunjuk dan hidayah kepada anda semua./wfauzdin.blogspot.com

SPR HINA SURUHAN ALLAH KERANA PILIHANRAYA ?

Oleh: WFAUZDIN NS

ADAKAH kerana pilihanraya diadakan maka segala suruhan agama patut dihentikan? Zakat adalah salah satu dari ajaran dan suruhan dari Allah, maka demi menghormati pilihanraya atau takut kepada SPR, maka zakat patut di`beku'kan? Saya tidak tahu samada Pengerusi atau mana-mana pegawai di dalam SPR itu berugama Islam atau tidak apabila dia menyebut pemberian wang samada zakat itu adalah satu sogokan kepada pengundi. Baca di sini.

Peliknya, segala bentuk peruntukan dan projek dijanjikan oleh Umno dan kerajaan disaat pilihanraya tidak pula dikatakan oleh SPR sebagai sogokan. Orang yang musafir kerana agama dan juga mereka yang `Muallaf' adalah di antara yang layak menerima zakat. Jika PAS ingin memberi sogokan, PAS seharusnya menyogok seluruh warga orang Asli di kawasan itu. Tetapi, mereka yang menerima pemberian zakat itu hanya beberapa orang sahaja dan mereka sememangnya layak menerima pemberian tersebut. Jadi, apa yang menyakitkan hati SPR sebenarnya?

Semakin lama kita lihat SPR semakin `bertanduk'. Tiada suara pun dari kalangan agama di dalam Umno termasuk `ularmak muda' mereka untuk mengulas hal ini. Hati dan mulut mereka mungkin telah ditutup rapat untuk menyuarakan yang hak. Mahu harapkan Ustaz Dr Asri mengulas, beliau lebih berminat untuk menasihatkan DS Anwar agar bersara dari politik. Hancur...hancur negara ini jika kita masih berdiam diri. /wfauzdin.blogspot.com

FIKIR DUA KALI SEBELUM MENGUNDI - NIK AZIZ

Mohd Nor Yahya
GUA MUSANG, 3 Nov: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta ahli Umno di Galas agar berfikir dua kali sebelum melangkah ke pusat mengundi agar dapat memangkah PAS untuk kali ini.

Permintaan ini dibuat beliau ketika memberikan amanat kepada petugas PAS dalam satu majlis di majlis penyampaian amanat penting oleh beliau di Maahad Muhammadi Gua Musang, Kampung Lembaga.

Beliau memberitahu, ramai ahli Umno kini sudah bertukar arah termasuk bekas wakil rakyat Umno.

“Alhamdulillah sehingga kini saya dapat maklumat ramai orang umno-BN ni dah bertukar arah untuk berpihak kepada PAS dan baru-baru ni saya pergi ke rumah bekas wakil rakyat, diapun dah minat dengan kita.

"Insyaallah petang ni saya juga akan ke rumah bekas Puteri Umno yang sudah menyatakan untuk berpihak kepada kita juga. Ini adalah satu petanda baik untuk mempertahankan Galas,"ujar beliau.

Sementara itu, jentera PAS dan Pakatan diingatkan agar sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi pelbagai ujian yang mendatang terutamanya serangan akhir pihak lawan.

Pengarah Operasi jentera pilihan raya PAS, Abdul Fatah Harun berkata jentera yang terdiri dari pemuda, muslimat dan ulama akan bergerak terus dalam mengawal kawasan unit peti undi masing-masing.

(Gambar: para petugas dan pengundi Galas yang memenuhi dewan mendengar ucapan Nik Aziz)

"Bermula petang ini, saya berharap semua jentera parti bergerak sebanyak mungkin dan kalau ada yang rasa letih tu, tidur aja di tangga rumah yang dikawal tu,"ujar beliau.

Menurut beliau lagi, Umn/BN kini semakin cemas dengan gerak kerja parti PAS yang sudah dapat menembusi semua pelusuk kampung dan begitu juga sambutan dari kaum Tionghua dan India.

"Saya juga berharap petugas parti dapat beramah mesra secara baik dengan semua orang terutamanya dengan masyarakat lain. Kalau dulu orang Cina dan India takut tengok orang PAS yang berkopiah ni, tapi sekarang ni mereka amat suka untuk bersama kita,"katanya lagi./Harakahdaily

Tok Guru Ziarahi Puteri Umno

MENJELANG Asar tadi Tok Guru Nik Abdul Aziz masuk ke kampung Sungai Teka, Galas untuk mengunjungi seorang puteri Umno, Nirmila Mohamad yang baru saja telah menukar perjuangan dari Umno kepada Pas. Kedatangan Nik Aziz itu disambut oleh suami Nirmila, Nik Azmin Nik Man, anak-anak dan sanak saudaranya.

Kedatangan Tok Guru itu sebagai rahmat kepada Nirmila dan keluarga berkenaan. Orang kampung itu yang kebanyakan waris warasnya juga turut sama mengambil kesempatan untuk menatap wajah Tok Guru dari dekat.

Beberapa hari lalu Tok Guru Nik Aziz telah pun datang ke kampung berkenaan. Kedatangan yang sekejap itu menyebabkan mereka tidak puas untuk bermesra dengan MB itu. Sebaik berita mengatakan Tok Guru akan berkunjung sekali lagi ke kampung itu mereka keluar beramai-ramai.

Bagi mereka yang pertama kali menatap wajah MB itu dan juga melihat persiapan menyambut kedatangannya mungkin tidak percaya. Ianya terlalu simple dan bersahaja. Kedatangan itu tak ubah seperti kedatangan seorang datuk ke rumah anak cucunya. Apa lagi Tok Guru begitu melihat kanak-kanak melintas dan mendekatinya dipegang dan gosok kepalanya satu persatu penuh kasih sayang dan mesra.

Dalam kunjungan ringkas itu Nirmila sempat menceritakan kepada MB Kelantan itu mengenainya rumahnya yang daif. "Wanita Umno sudah berjanji berberapa kali untuk bantu tetapi tak ada apa-apa. Gambar juga sudah diambil," jelas Nirmila dan didengar Tok Guru dengan penuh prihatin.

Memahami maksud puteri Umno berkenaan Tok Guru menjelaskan kerajaan Kelantan tidak berapa banyak duit, tetapi adalah sikit-sikit. "Kerajaan kita tidak banuak duit macam BN, tetapi boleh sikit-sikit," katanya samblo menekankan apa yang diperjuangkan oleh Pas yang utamanya untuk mendekati diri kepada Allah.

"Apa yang kita kena pastikan bahawa hidup kita ini kerana Allah. Kita kena ingat selepas mati kelak kita akan ditanya oleh Allah. Itu yang penting," nasihatnya.

Sebelum MB itu memberi apa-apa jaminan kepada puteri berkenaan, Adun Lombongan Drs Zainuddin Awang Hamad yang ikut serta dalam rombongan itu memberi menjelaskan pihaknya sudah pun berusaha untuk membantu meringankan beban Nirmila. [gmusang 10:00 pm 02/11/10]



Ketibaan Tok Guru disambut oleh semua Nirmila, Nik Azmin dan anak lelalakinya, bersalaman dan mencium tangan Tok Guru



Tok Guru menanyai nama anak Nirmila sambil diperhatikan oleh Nik Azmi dan ayahnya.



Kata Tok Guru: apa yang menjadi keutaman Pas ialah mendekati umat kepada Islam. Nirmila dan suaminya mendengar penuh prhatin tazkirah ringkas itu.



Nirmila bersama suami dan anak-anak serta bapa mertuanya bergambar kenangan dengan Tok Guru



Tok Guru pulang kelihatan Rusdhan Mustafa ahli Pas seumur hidup mengiringi Tok Guru.



Inilah rumah puteri Umno, usur dan tidak melambangkan kekayaan parti yang diikutinya itu.



sumber - http://msomelayu.blogspot.com/2010/11/langsung-dari-galas_03.html

BEGINILAH SUSAHNYA RAKYAT MALAYSIA, KESIHAN.....

Ratusan beratur di panas terik untuk dapat RM100
Joseph Sipalan
Nov 3, 10


Ratusan orang hari ini beratur di pejabat MCA di Sandakan awal pagi ini apabila mendapat tahu bahawa wang RM100 akan diagihkan kepada setiap pengundi di Batu Sapi.

Kebanyakan yang beratur ini adalah masyarkat Cina yang terdiri daripda golongan berusia dan wanita. Mereka berkumpul di sekitar tangga menuju ke pejabat MCA di tingkat empat di Greenview, di pinggir Sandakan.
Mereka mendakwa 'ada orang' yang memberitahu bahawa MCA akan mengagihkan RM100 kepada setiap pengundi jika mereka datang mendaftar dan menunjukkan Mykad mereka.

Barisan itu sejak pagi tadi dikatakan hampir tidak bergerak namun ia tidak mematahkan semangat orang ramai yang terpaksa beratur di bawah panas terik sementara menunggu giliran mereka.

Antara mereka yang beratur itu mendakwa ada beberapa kes di mana golongan tua pengsan kerana panas terik.

"Kalau nak beri duit, buatlah secara teratur. Macam mana orang tua nak berdiri dan beratur sebegitu lama?” soalnya.
Bagaimanapun menjelang jam 3 petang, pengumuman dibuat bahawa tidak ada wang akan diagihkan.

Keputusan itu dipercayai ada kaitan dengan lawatan ADUN Sri Tanjung, Jimmy Wong ke pejabat MCA itu.

Beliau turun beberapa minit kemudian dalam memberitahu dalam bahasa Haka dan kantonis bahawa tiada wang yang diberikan dan mengarahkan orang ramai supaya pulang.

Beberapa pekerja parti MCA juga kemudian turun dan memaklumkan kepada orang ramai bahawa tiada bayaran akan dibuat.

Usaha ke pejabat MCA juga tidak berhasil kerana tidak ada sesiapa yang dibenarkan ke atas.

Ramai yang kemudiannya meninggalkan pejabat itu dengan keadaan marah.

“Sepatutnya hantar seorang perwakilan turun dan bagi tahu kami sama ada mereka nak bagi duit atau tidak. Ini biarkan kami tunggu begitu lama tanpa tahu apa yang sebenarnya berlaku,” marah seorang penjual daging./Malaysiakini

SPR HINA SURUHAN ALLAH KERANA PILIHANRAYA ?

Oleh: WFAUZDIN NS

ADAKAH kerana pilihanraya diadakan maka segala suruhan agama patut dihentikan? Zakat adalah salah satu dari ajaran dan suruhan dari Allah, maka demi menghormati pilihanraya atau takut kepada SPR, maka zakat patut di`beku'kan? Saya tidak tahu samada Pengerusi atau mana-mana pegawai di dalam SPR itu berugama Islam atau tidak apabila dia menyebut pemberian wang samada zakat itu adalah satu sogokan kepada pengundi. Baca di sini.

Peliknya, segala bentuk peruntukan dan projek dijanjikan oleh Umno dan kerajaan disaat pilihanraya tidak pula dikatakan oleh SPR sebagai sogokan. Orang yang musafir kerana agama dan juga mereka yang `Muallaf' adalah di antara yang layak menerima zakat. Jika PAS ingin memberi sogokan, PAS seharusnya menyogok seluruh warga orang Asli di kawasan itu. Tetapi, mereka yang menerima pemberian zakat itu hanya beberapa orang sahaja dan mereka sememangnya layak menerima pemberian tersebut. Jadi, apa yang menyakitkan hati SPR sebenarnya?

Semakin lama kita lihat SPR semakin `bertanduk'. Tiada suara pun dari kalangan agama di dalam Umno termasuk `ularmak muda' mereka untuk mengulas hal ini. Hati dan mulut mereka mungkin telah ditutup rapat untuk menyuarakan yang hak. Mahu harapkan Ustaz Dr Asri mengulas, beliau lebih berminat untuk menasihatkan DS Anwar agar bersara dari politik. Hancur...hancur negara ini jika kita masih berdiam diri. /wfauzdin.blogspot.com

`SYAITAN' TIDAK AKAN MOHON MAAF, PERCAYALAH


Noor Deris dituntut mohon maaf

Salmah Mat Husain

GUA MUSANG, 3 Nov: Bekas Ketua Penerangan Umno Kelantan, Mohd Nor Deris diminta memohon maaf dalam tempoh 24 jam bermula selepas laporan polis dibuat berikutan tindakannya menghina Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini dengan panggilan syaitan.

Majlis Tindakan Dun (MTD) Galas memohon tokoh agama Umno Kelantan bertindak demikian selepas membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Gua Musang hari ini.

“Sekiranya Ustaz Nor Idris tidak berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diambil ke atasnya,” kata Timbalan Pengarah MTD Dun berkenaan, Drs Mohd Zaki Mat Zin selepas membuat laporan polis terhadap Ustaz Nor.

Menurutnya laporan polis juga dibuat terhadap rakaman VCD yang menghina Tuan Guru Nik Abdul Aziz termasuk rombongan ke rumah bekas Adun Galas, Omar Mohamad yang disifatkan Nor sebagai syaitan.

Pada kunjungan sebelum ini Menteri Besar bersama 30 ahli rombongan menziarahi keluarga bekas Adun Galas di RPT Sungai Terah.

Sementara itu DAP membuat laporan polis terhadap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Laporan polis itu dibuat kira-kira pukul 1.30 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang oleh Pengarah Jentera Pilihanraya Kecil DAP Dun Galas, Su Keong Siong.

Laporan polis itu dibuat berhubung laporan sebuah akhbar harian yang bertajuk ‘tindakan Kit Siang tuduh Umno kafir melampau’.

Menurut Siong laporan akhbar yang dipetik dari kenyataan Ali berunsur fitnah dan berniat jahat dengan tujuan dengki dan benci.

“Lim Kit Siang tidak pernah berada atau menghadiri siri ceramah bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat termasuk Penasihat PKR dalam siri ceramah kempen pilihanraya kecil di Galas,” ujarnya.

Katanya, kenyataan berkenaan jelas mahu mencetus permusuhan antara kaum dan agama serta bertentanan dengan Akta Hasutan 1978 dan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

“Kita membuat laporan polis hari ini dan berharap pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kenyataan fitnah Datuk Seri Ali,” ujarnya.

Akhbar semalam melaporkan Ali sebagai berkata tindakan Kit Siang adalah hasil ajaran pemimpin PAS yang menjual agama dan tidak menghalang apabila bukan Islam menuduh orang Melayu tidak menyokong PAS sebagai kafir.

Ali mendakwa kenyataan Kit Siang dibuat pada ceramah yang dihadiri Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Datuk Seri Anwar Ibrahim RPT Sungai Terah.

Pada masa yang sama Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAPSY dan Organisasi Wanita DAP turut membuat aduan terhadap Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Putrajaya, Hisamudin Yahya dan penerbitan artikel, Berita Harian.

Menurut Kok Seong, pihaknya membuat laporan polis terhadap Hishamudin kerana membuat laporan polis berhubung laporan palsu Ali./Harakahdaily

MOGA ORANG INI BERTAUBAT ATAU ALLAH LAKNAT DIA

Mohd Nor Idris: 'Tangan Nik Aziz tangan syaitan'
Nov 3, 10
Bekas calon BN Pengkalan Chepa, Mohd Nor Idris membuat pengakuan bahawa dia memang tidak mahu bersalam dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat apabila salam dihulurkan kepadanya kerana menganggap ia tangan syaitan, lapor HarakahDaily.

"Saya tak mahu jamah tangan syaitan...ana tak akan jabat tangan hari ini selagi anta kawan dengan DAP," kata Mohd Nor dalam video yang dirakamkan oleh jentera kempen BN di Galas.

Pengakuan Mohd Nor (kanan) ini dibuat di video yang dinamakan jawapan beliau terhadap laporan Harakahdaily baru-baru ini yang bertajuk "Bekas calon BN maki Tok Guru".

Dalam laporan itu, Mohd Nor dilaporkan memaki MB Kelantan itu ketika beliau dan rombongannya menziarahi rumah bekas ADUN Galas, Omar Muhamad di Sungai Terah baru-baru ini.

Mohd Nor yang kebetulan berada di atas rumah itu telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Nik Aziz kononnya tangan Nik Aziz umpama tangan syaitan kerana bekerjasama dengan DAP.

Mohd Nor, pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya pada awal 1980an adalah ahli PAS dan sering memberikan ceramah atas pentas PAS. Namun pendekatannya sentiasa keras terhadap Umno dan antaranya sering memaki dan mengkafirkan Umno.

Beliau kemudiannya keluar PAS bersama dengan Wan Ismail dan menubuhkan kumpulan Islah kerana tidak bersetuju dengan tindakan PAS bekerjasama dengan parti Melayu Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh.

(Wan Ismail lebih dikenali dengan nama Wan Ismail Jirat kerana sering menggunakan perkata jirat iaitu tanah perkuburan Cina apabila merujuk kepada kubur yang bakal didiami apabila pemimpin Umno mati nanti.)

Selepas itu, Mohd Nor bersama rakannya Mustafa Kadir menyertai Umno pula sehingga kini walaupun Umno adalah sasaran utama mereka ketika berada dalam PAS.

Dalam video 7 minit 35 saat yang dikeluarkan jentera kempen BN itu, Mohd Nor berkata, beliau tidak menghormati Nik Aziz kerana cuba menggulingkan kerajaan Islam pimpinan Umno dan boleh dikira sebagai musuh negara dan musuh umat Islam di Malaysia.

"Mereka ini bertopengkan Islam dan berkubukan demokrasi dan biasanya mereka ini cuba merompak umat Islam di Malaysia. Dengan sebab itu kedatangan mereka ke sini sebagai satu senjata musuh yang diperalatkan oleh syaitan sedunia terutamanya syaitan dan iblis kawan Nik Aziz.

"Nik Aziz itu sendiri seolah-olahnya apabila dia datang tidak dengan rupa dia yang asal...dia datang seolah-olah telah dirasuk hantu di rasuk jin," katanya dalam video itu.

"Apabila dia hulur tangan itu, solah-olah saya nampak tangan itu tangan syaitan...dengan kasyaf saya, tangan dia itu macam tangan syaitan yang dihulurkan kepada saya. Jadi saya tidak sambut tangan dia, saya tidak mahu jamah (pegang) tangan syaitan," akui Mohd Nor dalam video yang dikeluarkan BN itu.

Sejak itulah, katanya, berlaku kata mengata antara dia dan Nik Aziz dalam insiden itu./Malaysiakini

Rabu, 3 November 2010

ALI KETAM PEMIMPIN RASUAH MELAKA KANTOI DENGAN PENIPUANNYA

Dakwaan Umno kafir: Lim saman Ali Rustam, BH
S Pathmawathy
Nov 3, 10


Ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang hari ini mengarahkan peguamnya mengemukakan saman terhadap laporan akhbar Berita Harian dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam berhubung dakwaan beliau mengeluarkan kenyataan "Umno Kafir" dalam satu ceramah di dalam kempen pilihan raya kecil di sebuah ceramah di Sungai Terah, Gua Musang, semalam.

Malah kata Lim, beliau langsung tidak hadir pada cermah di Kampung Baru Hulu di kawasan Galas yang juga dihadiri oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim .

"Saya didakwa mengatakan Umno kafir dalam satu ceramah di Galas bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ini merupakan fitnah dan pembohongan oleh kerana saya tidak bercakap seperti yang didakwa oleh beliau.

"Saya juga tidak pernah menghadiri ceramah di tanah rancangan Kesedar seperti yang didakwa dan ini merupakan perbuatan jahat dan tidak bertanggungjawab yang cuba untuk menyebarkan kebencian kaum dan agama," kata Lim pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Berita Harian dalam laporannya semalam membidas Lim dan DAP yang didakwa semakin berani mencampuri urusan agama Islam dengan menuduh orang Umno kafir.

Akhbar itu memetik Ali Rustam sebagai berkata tindakan DAP mengkafirkan Umno itu adalah hasil ajaran pemimpin PAS yang menjual agama dan tidak menghalang apabila bukan Islam menuduh orang Melayu tidak menyokong PAS sebagai kafir.

“Yang kita sedihnya apabila Lim menuduh orang Melayu parti UMNO kafir disambut dengan laungan takbir 'Allahuakhbar' oleh pemimpin PAS bersama penyokongnya yang dianggap menjual agama Islam kepada kaum lain.”

“Inikah parti yang melaungkan perjuangan Islam yang patut kita sokong dan sudah jauh terpesong akidah sebenarnya,” Ali Rustam dipetik oleh Berita Harian.

Malah lebih mendukacitakan kata Lim, Pemuda Putrajaya Umno membuat laporan polis ke atasnya berhubung laporan palsu itu.

Sehubungan itu, Lim berkata satu laporan polis juga akan dibuat oleh DAP Gua Musang terhadap kedua-dua pihak, hari ini.

Ketika ditanya mengenai saman yang akan dikemukakan itu, Lim berkata saman itu bagi menuntut pihak terbabit menarik balik dakwaan serta meminta maaf di atas kenyataan disifatkan sebagai pembohongan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang juga hadir pada sidang media ini menuntut Berita Harian menarik balik artikel berkenaan dan memohon maaf.

“Tiada pemimpin DAP yang kata Umno kafir. Kita bukan Islam macam mana nak tuduh orang lain kafir?” soalnya.

Ditanya sama ada parti itu akan menuntut bayaran ganti rugi atau pampasan daripada akhbar berkenaan, Guan Eng berkata perkara itu membabitkan maruah dan bukannya kerana wang./Malaysiakini

DR ASRI PUN SUDAH PANDAI CAKAP BERBELIT ?

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA teruk diserang oleh penyokong-penyokong PR terutamanya Blogger Pro DS Anwar, Dr Asri berbelit-belit pula di dalam cuba memperbetulkan kenyataannya sebelum ini yang menasihatkan DS Anwar bersara dalam politik. Baca di sini. Maka, timbul pula istilah `dinasour' yang beliau tujukan kepada ramai pemimpin di dalam Umno, bukan hanya kepada DS Anwar sahaja katanya. Maksudnya, Dr Asri juga anggap DS Anwar seperti `dinasour' sama seperti pemimpin Umno?

Beliau hairan mengapa kepimpinan di dalam AMK `melenting' bila beliau menyarankan DS Anwar bersara. Kita tidak lihat AMK melenting pun, ianya sekadar menjawap hujah Dr Asri yang langsung tidak berpijak di bumi nyata itu. Masakan Dr Asri takut untuk mendengar hujah kumpulan muda di dalam AMK ini bagi mempertahankan `bos' mereka? Hujah mesti lawan dengan hujah.

Hujah Dr Asri bahawa beliau menyanjungi DS Anwar dan pengorbanan serta perjuangannya. Namun katanya, ini bukan penghalang untuk golongan muda menggantikan tempat DS Anwar. Siapa pula yang menghalang tokoh muda yang berkemampuan memimpin PKR itu? Masalahnya siapa pemimpin muda yang boleh menggantikan DS Anwar yang dimaksudkan oleh Dr Asri itu? Jika mahu dikatakan Dr Asri pun, beliau tidak berparti langsung ibarat `burung terbang melayang'. Bukankah PKR telah laksanakan amalan demokrasi jauh lebih baik dari Umno semata-mata untuk melahirkan kepimpinan yang baik dan berkualiti? DS Anwar pun waktu ini tiada jawatan yang diiktiraf di dalam parti, beliau adalah Ketua Umum PKR.

Dr Asri turut berhujah, DS Anwar boleh bersara dalam politik tetapi masih boleh memberikan pandangan sepertimana Tun Mahathir, Pak Lah dan beberapa orang lagi veteren Umno yang telah meninggalkan politik. Mahu tanya Dr Asri, cuba sebut siapa tokoh Umno yang telah bersara dari politik yang pandangannya diakui dan diiktiraf oleh Umno? Mereka semua sudah jadi melukut di tepi gantang. Perjuangan sebenar adalah berada di medan perjuangan, bukan berada di luar seperti Dr Asri.

Masalah kepimpinan parti, serahkan kepada ahli untuk memilih pemimpin mereka yang layak. Selagi ahli-ahli PKR masih memerlukan DS Anwar sebagai pemimpin mereka, datanglah seribu orang seperti Dr Asri untuk menasihatkan DS anwar bersara pun tiada gunanya. Hanya ahli yang tahu siapa setakat ini yang boleh memimpin parti ini. Tulisan ini bukan untuk `melenting' tetapi menjawab hujah Dr Asri yang dangkal itu. Selagi PR tidak berada di Putra Jaya, jangan bermimpi untuk kita menyuruh DS Anwar berundur kerana DS Anwar masih `berhutang' dengan rakyat untuk membebaskan mereka dari kezaliman Umno/Bn.

Dr Asri selepas ini haruslah menasihatkan Najib pula untuk bersara kerana terlalu banyak dalil untuk mewajibkan Najib bersara dari politik. Masalahnya, mahukah Najib mendengar nasihat bekas Mufti Perlis ini?/wfauzdin.blogspot.com

`FIRAUN BESAR' PUN SEPENDAPAT DENGAN DR ASRI

Oleh: WFAUZDIN NS

`PUCUK dicita, ulam mendatang'. Begitulah gamaknya perasaan Zul `firaun besar' dari Kulim Bandar Baru apabila membaca saranan Dr Asri agar DS Anwar berundur dari politik. Sepantas kilat `si firaun besar' ini menyampuk, dan lucunya beliau berkata beliau sendiri pun pernah menasihatkan DS Anwar agar bermuhasabah diri. Wah, hebat si firaun besar yang mengaku beliau kaki temberang sewaktu berada di dalam PKR ini. (Saya guna perkataan `firaun besar' kerana Zul sendiri pernah gelar orang lain firaun kecil, jadi kena tirulah perbuatan `ustaz' firaun ni).

Zul firaun besar ini menyebut betapa beliau dihakimi didepan orang kafir atas isu kalimah Allah sehingga membawa kepada `tertendang' firaun ini dari PKR. Zul firaun ini ingat kita ini bodoh? Semua orang tahu dia dihakimi kerana tindakan membuat laporan Polis terhadap MP dari Shah Alam iaitu YB Khalid Samad (MP PAS), tiada kena mengena dengan isu Kalimah Allah. Jadi, jangan ingat dia Peguam maka orang lain tidak tahu apa-apa. Kebodohan, kejahilan dan kebaculan Zul semakin terserlah apabila YB Khalid mencabarnya berdebat tentang isu Kalimah Allah yang dihebohkannya itu sampai sekarang Zul firaun besar ini membisu.

Orang bacul seperti ini ingin menasihatkan PAS agar menjauhi DS Anwar. MP yang tidak diredhai oleh majoriti pengundi di Kulim Bandar Baru itu tidak tahu malu untuk menjadi `batu api' kepada PAS iaitu parti yang `menendang keluar' beliau dari PAS. Siapa lagi orang waras yang percaya akan cakap si firaun besar ini? Orang gila di Kulim Bandar Baru pun menggeleng kepala tengok perangai Zul firaun besar ini. Ada sahaja pilihanraya, berbunyilah dia.

Sebelum ini dia `jual tahi minyak' dalam Parlimen kununnya PKR dan DAP ada perjanjian sulit. Mana dia tahu? Jika ada pun perjanjian, PKR atau DAP tidak akan bawa sekali orang bodoh macam dia ini untuk bersama di meja perundingan. Hajatnya untuk lagakan PAS dengan PKR, tapi malang sungguh taktik beliau tidak menjadi. Sebaliknya beliau dimalukan oleh pemimpin PAS yang menganggap beliau `tidak berakal atau kurang siuman'. Tidak tahu malu lagikah?

Kesihan kita dengan `penyakit' Zul ini semenjak disepak keluar dari PKR. Harapkan PAS hendak ambil, baik PAS bela biawak daripada `menternak' firaun besar ini. Harapkan Umno? Mungkin dapat, mungkin tidak. Ezam lagi cerdik, terus dapat Senatak tanpa perlu masuk pilihanraya. Mungkin Zul layak masuk parti Makhal Sakhti, itu pun jika parti itu tidak tahu berapa banyak cabang yang ada pada lidah Zul. Senang cerita, Zul tunggu saja PRU ke 13 nanti, kita tengok selepas PRU tersebut akan ada bekas YB jadi gila bercakap seorang diri sambil Justify Fullmenolak motorsikal berkuasa tinggi dengan songkok tarbus kassim babanya./wfauzdin.blogspot.com

PRK DUN GALAS - SI TUAH DARI GUA MUSANG

Oleh: WFAUZDIN NS

UMNO telah berjaya `menghitamkan' sejarah Ku Li yang dikenali sebagai tokoh yang bersih serta jujur di dalam Umno. Rakyat Kelantan khususnya amat menghormati Ku Li kerana beliau sentiasa bersih dari amalan rasuah, jujur di dalam bicara dan selalu berkata yang benar dengan ikhlas. PAS juga menghormati Ku Li walaupun berlainan kem dan ideologi. Sebab itulah PAS seboleh-bolehnya tidak suka berdepan dengan Ku Li di dalam PRK Dun Galas ini.

Atas kebijaksanaan Umno mengatur masa depan politik Ku Li, maka secara tidak sedar Ku Li telah dilatih oleh Umno untuk berperangai seperti kebanyakan pemimpin mereka. Di dalam PRK Dun Galas ini kita lihat Ku Li tidak lagi seperti dahulu di dalam tindakan dan tutur katanya. Ku Li kini sudah boleh menerima amalan rasuah politik di dalam pilihanraya. Ku Li juga sudah pandai menggunakan media kerajaan sebagai cara berkempennya. Malahan, Ku Li terpaksa menipu dirinya sendiri apabila menyebut tentang kelemahan Kerajaan PAS Kelantan.

Satu sahaja yang belum Ku Li lakukan iaitu menyebut bahawa sememangnya Kelantan tiada hak menikmati royalti minyak. Tidak mustahil jika terdesak, Ku Li sanggup berkata demikian. Sekarang ini, Ku Li memang benar-benar menjadi `kuli' kepada Umno parti yang tidak pernah memberi ruang demokrasi untuk beliau menjadi Presiden Umno. Malah, parti ini sanggup menjadi `haram' semata-mata tidak mahu terlepas ke tangan Ku Li. Mungkin sebab itulah mengapa kali ini Tun Mahathir tidak muncul berkempen di PRK Dun Galas. Tun Mahathir lah yang membuatkan Umno diharamkan oleh mahkamah kerana takutkan pengaruh Ku Li waktu itu.

Jika rakyat di Gua Musang khususnya di Dun Galas tidak mahu melihat Ku Li terus di `kuli'kan atau di`buli', mereka tiada pilihan lain. Rakyat di Galas perlu berkorban dan berjuang untuk memberikan kemenangan kepada PAS. Itulah caranya untuk menghukum Umno yang telah memberi imej buruk kepada Ku Li. Rasuah pilihanraya, propaganda oleh media yang berat sebelah, cerita fitnah dan salahguna jentera kerajaan sepanjang kempen pilihanraya ini sebenarnya tidak sehaluan dengan naluri Ku Li. Namun, Ku Li dalam `terpaksa' harus menerimanya walaupun menjejaskan kredibilitinya yang dilihat bersih sebelum ini.

Demi Umno, Ku Li sanggup menggadaikan prinsipnya. Ku Li umpama Si Tuah yang terlalu taat kepada Sultan yang zalim. Biarlah calon PAS menjadi Jebat berdepan dengan Si Tuah yang taat membuta tuli itu. /wfauzdin.blogspot.com

CLINTON MOHON MAAF KERANA TIDAK PERASAN DS WAN AZIZAH JUGA HADIR DIALOG

Hillary hubungi Anwar bertanya kes liwat II
Nov 3, 10

Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton disahkan ada menghubungi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam untuk bertanya tentang keadaan beliau, isterinya dan juga kes liwat kedua yang sedang dihadapiny, lapor TV Selangor.

Anwar juga memaklumkan tiada pertemuan empat mata dengan Clinton tetapi memberitahu, bekas wanita pertama Amerika itu meminta maaf kepada isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana gagal bersapa dengan beliau pada satu majlis di ibu negara pagi semalam.

“Beliau bertanya tentang saya dan Azizah dan juga meminta maaf kerana pada majlis pagi ini (semalam), beliau hanya diberitahu tentang kehadiran Azizah selepas berakhirnya majlis itu.

“Dan, beliau meminta saya menyampaikan salamnya dan meminta maaf kerana tidak menyedari kehadirannya ketika dialog itu,” kata Anwar selepas satu majlis kempen di sebuah restoran di Sandakan semalam.

Tambah Anwar , Clinton juga memperlihatkan keprihatinan berhubung kes liwat II yang sedang dihadapinya sekarang dan memaklumkan bahawa kerajaan Amerika Syarikat mengikuti dengan rapat kes tersebut – yang kedua dalam sedekad ini.

“Beliau bercakap mengenai keadaan saya dan saya memberitahu beliau bahawa saya perlu melalui proses perundangan sewajarnya.

“Beliau mengatakan bahawa Amerika Syarikat ambil berat dan mahu kerajaan Malaysia menghormati lunas perundangan,” kata Anwar lagi yang berada di Batu Sapi.

Bernama sebelum ini melaporkan kerajaan tidak mempunyai halangan bagi Clinton untuk menemui ketua pembangkang itu kerana sudah menjadi adat bagi para pemimpin untuk bertemu kedua-dua pemimpin kerajaan dan pembangkang dalam mana-mana lawatan negara.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bagaimanapun berkata tindakan itu pada masa ini tidak akan membawa petanda baik memandangkan perbicaraan kes liwat II Anwar masih berjalan dan kerajaan tidak mahu ia memberi isyarat yang salah kepada rakyat.

“(Tambahan pula) kerajaan BN kini menghadapi pilihan raya kecil di Galas (Kelantan) dan kawasan Parlimen Sabah (Batu Sapi) jadi kita tidak mahu individu atau pihak tertentu untuk menyalah tafsir bahawa Amerika Syarikat atau Setiausaha Clinton membantu orang ini,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar bersama dengan Clinton di Putrajaya, semalam.

Clinton, yang tiba malam Isnin lalu, adalah dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia. Sebelum itu, Anifah dan Clinton mengadakan mesyuarat dua hala berhubung isu antarabangsa dan serantau untuk kepentingan bersama.

Clinton, ketika ditanya sama ada beliau akan bertemu Anwar lewat hari ini berkata, para pegawai dari Amerika Syarikat dan Jabatan Negara sentiasa berhubung dengan Anwar, kami akan terus berhubung dengannya dan kami memantau kesnya dan seperti apa yang disebut Menteri Luar mengenai perbicaraan yang terbuka dan bebas, itu yang sebenarnya kami jangkakan.

Beliau berkata perkara mengenai pendakwaan Anwar, yang didakwa sebagai bermotifkan politik oleh sesetengah pihak, juga dibincangkan dalam mesyuarat.

“Sudah diketahui umum bahawa Amerika Syarikat percaya adalah penting bagi semua aspek kes ini untuk dikendalikan dengan adil dan telus dan sebaliknya yang meningkatkan keyakinan dalam kedaulatan undang-undang di Malaysia.

“Kedutaan kami mengekalkan hubungan baik dengan parti pemerintah dan pembangkang memandangkan disiplin penting dalam proses demokrasi di Malaysia dan kami akan terus menyokong pembangunan pesat Malaysia dalam mengukuhkan institusi demokrasi dan kedaulatan undang-undang,” katanya.

Anifah juga mengulangi bahawa beliau akan memastikan Anwar mendapat perbicaraan yang adil kerana jika wujud “pendakwaan berunsur politik'' ia boleh berlaku kepada sesiapapun./Malaysiakini