RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 2 November 2010

USAH CABARLAH AWANG SELAMAT BERDEBAT, MAMPUS DIA TAK BERANI !!

Awang Selamat Dicabar Buktikan DAP Rasis

KUALA LUMPUR 1 NOV : Kolumnis Awang Selamat dicabar membuktikan tuduhan beliau bahawa Parti Tindakan Demokratik (DAP) merupakan parti paling rasis di dunia dalam satu perbahasan terbuka.

DAP memberikan tempoh seminggu kepada Awang Selamat mahupun Utusan Malaysia bagi memberikan jawapan sama ada akhbar itu berani tampil membuktikan tulisan Awang Selamat dalam kolum akhbar berkenaan.

"Penyerangan Utusan yang dimiliki oleh Umno terhadap DAP kian lama kian ektrem dan keterlaluan.

"Mereka turut menyerang Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas dasar kebajikan, pengambil alihan tanah untuk membina hub pendidikan, isu penjaja-penjaja dan lain-lain perkara di mana kami dituduh menghalau orang Melayu dari Pulau Pinang," kata Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua Kiam Wee.

Semalam, kolumnis Awang Selamat menulis bahawa DAP merupakan sebuah parti yang mempunyai agenda tersendiri antaranya untuk menjadikan Malaysia sebagai negara republik.

"Sesungguhnya DAP adalah parti paling rasis di dunia. Pada Awang, ancaman DAP adalah jauh lebih berbahaya daripada apa-apa ancaman sekalipun yang pernah dihadapi dalam sejarah tanah air.

"Cuma bentuk penjajahan mereka lebih halus, berselindung atas slogan demokrasi tanpa menggunakan senjata.

"Tetapi implikasinya amat besar. Perlembagaan termasuk kedudukan Islam dan institusi beraja menjadi taruhan, yang akhirnya membawa Malaysia menuju negara republik," tulis Awang dalam kolum Mingguan Malaysia semalam.

Menurut Tony, perbahasan itu tertumpu kepada desakan-desakan Utusan dan Umno mengenai "DAP dan Melayu".

Bahkan ujarnya, penyunting dan pemilik Utusan Malaysia tidak seharusnya berselindung di sebalik nama pena untuk melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap DAP dan pembangkang.

Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara juga beranggapan, tindakan Awang Selamat dan Utusan Malaysia tidak ubah seperti penembak curi yang pengecut.

"Kami ingin memberikan peluang terbuka kepada Utusan Malaysia untuk membela diri mereka seperti hulubalang kaum yang tulen.

"Kami berani kerana benar dan berharap supaya Utusan Malaysia mempunyai keberanian yang mencukupi untuk menghadapi pihak DAP yang dikatakan sebagai musuh utama mereka.

"Kami ingin membuktikan bukan sahaja kami tidak bertindak rasis, kami bersama-sama dengan rakan seperjuangan kami di Pakatan Rakyat, menambahbaikkan nasib orang Melayu bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi di negeri lain di mana DAP merupakan sebahagian kerajaan negeri," tambah Tony.

Ujarnya lagi, DAP juga bersetuju sekiranya perbahasan ini dianjurkan oleh mana-mana pihak bebas termasuk Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ) mahupun media milikan Umno seperti Tv 3.

"Kami sedia menunggu berita baik daripada Utusan Malaysia," tambah beliau./TVSelangor

2 ulasan:

  1. Negeri beraja yang dikatakan menjaga islam sewaktu mahatir pelekeh islam apa raja-raja tu buat...mahathir tau yang raja-raja kat malaysia ni semuanya buat perkara songsang dalam islam. Ada raja kaki botol...ada raja kaki judi...5 ringgggggiiitt...ada raja kaki betina dll. Ini ke orang yang nak jaga islam...huueek tuiii.

    BalasPadam
  2. Mengajak orang yang tak ada pendirian tu buat apa...buang masa je!!!Engkau bukan tak tau yang dia tu jenis kiambang...pucuk tak kemana...akar tak jejak di tanah...ada arus dia hanyut ikut arus...sekarang kan arus BN...lepas ni kalau arus PKR dia pun ikut arus semasa...cari makan beb...

    BalasPadam