RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 2 November 2010

BRAVO AZMIN, CHEGU BARD !!

Oleh: WFAUZDIN NS

BRAVO Azmin !! Hari ketiga menyaksikan Azmin mendahului Zaid Ibrahim di dalam merebut kerusi Timbalan Presiden PKR. Aku tidak peduli apa yang KJ Ketua Pemuda Umno sebut, kurangnya ahli PKR hadir mengundi sebagai bukti PKR akan runtuh. Sebabnya, aku dah jemu dengar cerita PKR akan runtuh semenjak mula-mula parti ini bertapak. Apa yang aku tengok dan terbukti semua lihat, yang mahu runtuh dan karam adalah Umno.

Berbalik kepada pemilihan jawatan kedua tertinggi dalam PKR sekarang. Calon popular, Azmin pada ketika ini masih mendahului saingan terdekatnya Zaid. Kedua-duanya telah berkempen dengan berbagai cara, cuma yang boleh dipuji kedua-duanya tidak menggunakan kuasa `RM' (bukan Rosmah Mansor, tau!!). Ikut cerita, memang la ada kedua-duanya gunakan duit kununnya membeli undi. Kalau tanya penyokong Zaid, tentu Azmin yang gunakan duit. Begitulah sebaliknya jika ditanya pada penyokong Azmin. Apa yang pasti, tiada seorang pun berani bawa bukti ke pihak bertanggungjawab di dalam PKR untuk siasat dakwaan mereka. Justeru itu, kita anggap kedua-duanya bebas dari palitik wang yang sering menjadi amalan Umno itu.

Kedua-dua tokoh tersebut memang hebat pada pandangan ahli-ahli PKR di akar umbi. Sdr Mustafa Kamil Ayub juga tokoh yang hebat malah dilihat lebih hebat dari Zaid Ibrahim kerana beliau bergelumang susah dan senang bersama parti. Beliau wujud ketika era reformasi lagi bukan ketika parti ini sudah menjadi kuat seperti sekarang. Tetapi, sedikit kekurangan yang ada pada Sdr Mustafa Kamil adalah kerana beliau gagal di Cabangnya sendiri. Tetapi itu bukan syarat untuk dipilih menjadi Timbalan Presiden PKR, apatah lagi beliau dilihat tidak banyak kontroversi sepanjang kempen berjalan.

Azmin Ali pula memang tokoh yang diharapkan boleh menggugat Umno di masa akan datang seandainya DS Anwar terkurung di dalam penjara. PKR memerlukan tokoh seperti Azmin yang boleh menaikkan semangat, berani dan teruji di dalam menghadapi gelombang reformasi alaf baru nanti. Tentu sekali Umno tidak mahu melihat Azmin berada di kerusi nombor dua, apatah lagi di sayap AMK pula Chegu Bard hampir pasti menjadi Penerajunya. Kedua-dua tokoh ini berkeupayaan membangkitkan semangat rakyat untuk terus menghumban Umno/Bn dari tampuk kekuasaan mereka sekarang.

Sehubungan itu, tidak hairanlah media-media kepunyaan Umno dan kerajaan sekarang sentiasa mencari jalan untuk memburukkan imej Azmin. Bagi mereka Azmin adalah bayang-bayang kepada DS Anwar. Kita tidak melihat Azmin bertanding di bawah pengaruh DS Anwar, tetapi jika mereka menyebut Azmin adalah bayang-bayang DS Anwar, kita mungkin boleh menerimanya.

Apa pun keputusan pemilihan nanti, setiap penyokong wajib menghormatinya. Jangan dicari kelemahan sebesar hama tetapi tidak melihat kebaikan sebesar gajah. PKR bukan parti para Malaikat, begitu juga pemimpinnya. Pemilihan yang julung kalinya berasaskan `satu kepala, satu undi' yang diperkenalkan oleh parti ini sudah tentunya mempunyai beberapa kelemahan. Justify FullMenjadi kewajipan pihak berkenaan di dalam parti untuk memperbaikinya agar di masa akan datang, segala masalah yang timbul akan dapat dikurangkan./wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

  1. byk blogger pro zaid meracau dengan keputusan azmin mendahului

    BalasPadam
  2. Bukan masalah Meracau pasal Azmin mendahului.. tetapi ramai yg meragui keputusan yg dibuat JPP... dlm masa sehari tiga kali pinda keputusan.. Soal sapa mendahului tidak penting. apa yang lebih penting ialah ketelusan dlm pemilihan itu sendiri. Dua2 Zaid dan Azmin menggunakan wang utk meraih undi.. Bukti memang ada.. tp perlu disimpan rapat2 hingga keputusan sbenar dikeluarkan kelak. Chegubard masih terlalu jauh utk menang sbb hanya atasi majoriti 100 jer.. bayangkan sekiranya pemilihan di Selangor (40% undi) bermula.. sudah pasti Sam akan kembali didepan..

    BalasPadam
  3. elok lah main duit... kalau umno perlukan masa 50 tahun untuk bertukar keparti duitan, pkr hanya perlu sekali menang sahaja.. harapkan pkr sama saja dengan umno...apa nak jadi melayu di malaysia ni.

    BalasPadam
  4. Saya hanya berdoa agar Zaid Ibrahim yang akan menang jawatan Timbalan Presiden.. amin2....

    BalasPadam
  5. Saya juga berdoa agar Azmin menang sebab dia dah terbukti kesetiaannya dan jatuh bangun bersama PKR sudah lama...

    Zaid Berahim org baru yg masih belum teruji kesetiaanya...

    Ingatlah politik itu boleh berubah sekelip mata, dari musuh boleh bertukar menjadi kawan, cakap manis di mulut esok jadi Presiden masuk bergabung dgn umngok Be-End...
    Padan muka!

    BalasPadam