TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

ADAKAH WAJAR DITERUSKAN RUNDINGAN DENGAN PAS ?

Selasa, 2 November 2010

MINYAK NAIK, TIDAK PERLU DIUMUM AWAL KERANA RAKYAT DIUTAMAKAN

Minyak Naik: Rakyat Makin Terbeban, Kerajaan Kaut Untung
02/11/2010


KUALA LUMPUR 2 Nov - Tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) menaikkan harga petrol RON 97 sebanyak 5 sen kepada RM2.15 seliter menimbulkan persoalan bagaimana kepentingan pengguna yang secara keseluruhannya akan terbeban akibat kenaikkan tersebut.

Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail berkata hasil daripada laporan Bank Negara berhubung hutang isi rumah minggu lalu ditegur ketika perbahasan di dalam Dewan Rakyat apabila kadar tersebut meningkat sebanyak 71 peratus.

"Persoalan yang lebih besar dalam pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak apabila kenaikkan kali kedua bagi petrol gred RON 95 dan 97, kerajaan menikmati penjimatan sebanyak RM4.3 bilion, dan kenaikkan terbaru yang diumumkan memberikan sebanyak RM12 bilion.

"Jadi, apabila berlaku kenaikkan 5 sen ini, kita terpaksa merujuk kembali kepada janji kerajaan, iaitu untuk memulangkan kembali faedah tersebut kepada rakyat hasil penjimatan tersebut," katanya.

Apa yang peliknya kata beliau, ketika ini tidak ada berlaku turun naik petroleum mentah di pasaran dunia sehingga memaksa kerajaan mengumumkan kenaikkan harga di pam secara tergesa-gesa dengan alasan yang munasabah.

"Kita menjangkakan kerajaan akan memberi alasan kononnya untuk penjimatan bagi faedah rakyat. Jika sekiranya alasan yang sama diberikan oleh kerajaan, maka kita tahu apakah yang berlaku ke atas penjimatan yang dilaksanakan sebelum ini yang kononnya digunakan untuk menaik taraf perkhidmatan awam.

Tambahnya, sehingga hari ini masih belum ada lagi perlaksanaan yang sepatutnya disiapkan untuk kemudahan rakyat.

"Rakyat masih lagi tertanya-tanya dengan taraf perkhidmatan awam seperti keretapi, bas dan teksi yang masih merangkak-rangkak untuk diperbaiki yang sepatutnya selesai selepas dua tahun penjimatan hasil daripada kenaikkan harga minyak.

"Saya telah diberitahu bahawa keseluruhan perbelanjaan telah diatur dan disalurkan namun tiada perbaharuan pun yang berlaku," ujar beliau.

Azan turut menegaskan kerajaan harus memberikan penjelasan segera dan alasan yang munasabah di mana rakyat terpaksa menanggung akibat hasil daripada kesan kenaikkan tersebut./TVNews

2 ulasan:

  1. Memang betul.Saya setuju kenaikan minyak atau sebarang kenaikan barangan yang melibatkan rakyat secara langsung TIDAK PERLU DIMAKLUMKAN TERLEBIH DAHULU.

    MENGAPA?
    Kerana mereka sangka negara ini adalah harta pusaka mak bapak dia orang!!!!!!

    BalasPadam
  2. gua sokong lu Azman Kamarul,,,,

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini