RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Ahad, 31 Oktober 2010

TIMB PRES PKR - GILIRAN AZMIN DAHULUI ZAID ?

Pemilihan PKR sengit, Azmin pintas Zaid
Okt 31, 10

Naib Presiden PKR Azmin Ali hari ini berjaya memintas Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim dalam persaingan merebut jawatan timbalan presiden parti itu dengan majoriti yang amat tipis.

Menurut sumber-sumber daripada ibu pejabat PKR, Azmin kini di depan dengan kelebihan kira-kira 10 peratus undi berbanding pesaing terdekatnya itu.

Bagaimanapun, menurut sumber-sumber itu lagi, ibu pejabat parti hanya akan mengeluarkan keputusan penuh pemilihan di 32 cabang itu lewat tengah hari ini.

"Keputusan tidak dapat dikeluarkan awal kerana sampai jam 3, 4 pagi, masih ada keputusan yang baru sampai.

"Lagi pun semalam lebih banyak cabang mengadakan pemilihan (semalam) berbanding hari pertama (kelmarin)," jelas sumber-sumber itu.

Sumber yang rapat dengan Azmin mendakwa, berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 38 cabang, bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memintas Zaid dengan keseluruhan 1,456 undi.

Zaid didakwa mendapat 836 undi manakala Mustaffa mendapat 418 undi.

Bagaimanapun, calon naib presiden Jonson Chong - yang dikatakan regu Zaid - mendakwa, berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 42 cabang, ketua PKR Wilayah Persekutuan itu terus mendahului dengan mendapat sebanyak 1,552 undi.

Menulis di laman Twitter, Jonson mendakwa Azmin mendapat 1,509 undi, sementara Mustaffa pula memperolehi 636 undi.

Setakat jam 10.47 malam tadi, semakan Malaysiakini daripada 11 daripada 32 cabang yang mengadakan pemilihannya semalam, Zaid mendapat 861 undi, Azmin mendapat 845 dan Mustaffa Kamil Ayub mendapat 446 undi.

Hari ini 27 lagi cabang akan mengadakan pemilihannya. Ia akan berlangsung di 6 cabang di Pulau Pinang, 8 di Perak, 7 di Pahang, 4 di Melaka dan 2 di Negeri Sembilan./Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan