RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 4 November 2010

MOGA ORANG INI BERTAUBAT ATAU ALLAH LAKNAT DIA

Mohd Nor Idris: 'Tangan Nik Aziz tangan syaitan'
Nov 3, 10
Bekas calon BN Pengkalan Chepa, Mohd Nor Idris membuat pengakuan bahawa dia memang tidak mahu bersalam dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat apabila salam dihulurkan kepadanya kerana menganggap ia tangan syaitan, lapor HarakahDaily.

"Saya tak mahu jamah tangan syaitan...ana tak akan jabat tangan hari ini selagi anta kawan dengan DAP," kata Mohd Nor dalam video yang dirakamkan oleh jentera kempen BN di Galas.

Pengakuan Mohd Nor (kanan) ini dibuat di video yang dinamakan jawapan beliau terhadap laporan Harakahdaily baru-baru ini yang bertajuk "Bekas calon BN maki Tok Guru".

Dalam laporan itu, Mohd Nor dilaporkan memaki MB Kelantan itu ketika beliau dan rombongannya menziarahi rumah bekas ADUN Galas, Omar Muhamad di Sungai Terah baru-baru ini.

Mohd Nor yang kebetulan berada di atas rumah itu telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Nik Aziz kononnya tangan Nik Aziz umpama tangan syaitan kerana bekerjasama dengan DAP.

Mohd Nor, pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya pada awal 1980an adalah ahli PAS dan sering memberikan ceramah atas pentas PAS. Namun pendekatannya sentiasa keras terhadap Umno dan antaranya sering memaki dan mengkafirkan Umno.

Beliau kemudiannya keluar PAS bersama dengan Wan Ismail dan menubuhkan kumpulan Islah kerana tidak bersetuju dengan tindakan PAS bekerjasama dengan parti Melayu Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh.

(Wan Ismail lebih dikenali dengan nama Wan Ismail Jirat kerana sering menggunakan perkata jirat iaitu tanah perkuburan Cina apabila merujuk kepada kubur yang bakal didiami apabila pemimpin Umno mati nanti.)

Selepas itu, Mohd Nor bersama rakannya Mustafa Kadir menyertai Umno pula sehingga kini walaupun Umno adalah sasaran utama mereka ketika berada dalam PAS.

Dalam video 7 minit 35 saat yang dikeluarkan jentera kempen BN itu, Mohd Nor berkata, beliau tidak menghormati Nik Aziz kerana cuba menggulingkan kerajaan Islam pimpinan Umno dan boleh dikira sebagai musuh negara dan musuh umat Islam di Malaysia.

"Mereka ini bertopengkan Islam dan berkubukan demokrasi dan biasanya mereka ini cuba merompak umat Islam di Malaysia. Dengan sebab itu kedatangan mereka ke sini sebagai satu senjata musuh yang diperalatkan oleh syaitan sedunia terutamanya syaitan dan iblis kawan Nik Aziz.

"Nik Aziz itu sendiri seolah-olahnya apabila dia datang tidak dengan rupa dia yang asal...dia datang seolah-olah telah dirasuk hantu di rasuk jin," katanya dalam video itu.

"Apabila dia hulur tangan itu, solah-olah saya nampak tangan itu tangan syaitan...dengan kasyaf saya, tangan dia itu macam tangan syaitan yang dihulurkan kepada saya. Jadi saya tidak sambut tangan dia, saya tidak mahu jamah (pegang) tangan syaitan," akui Mohd Nor dalam video yang dikeluarkan BN itu.

Sejak itulah, katanya, berlaku kata mengata antara dia dan Nik Aziz dalam insiden itu./Malaysiakini

4 ulasan:

  1. yg tak mahu bersalam tu sebenarnya syaitan...suruh dia tenguk muka kat cermin.. nampaklah wajah syaitan tu...bodoh punya syaitan..ada akal letak kat lutut..makin tua bertambah bodoh...syaitan!!!

    BalasPadam
  2. nik ajis kena bertaubat..syaitan bertopengkan manusia..

    BalasPadam
  3. kau suruh sama itu md nor syaitan bertaubat...kau juga patut bertaubat sekali...mulia sangatkah kau disisi tuhan kau..cerminkanlah diri kau dulu..

    BalasPadam
  4. Ustad Umno hanya akan bersuara apabila ada benda yang mengenyang akan umno dan ustad umno.Kalau PM buat keputusan bercangkah dengan agama,mereka berlakun jadi bisu dan pekak.ORANG ISLAM 1malaysia DAH TAHU PERANGAI USTAD UMNO NI.

    BalasPadam