RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 1 November 2010

WABAK CIPTAAN BARU UNTUK MENGHALANG KEMARAAN AZMIN ?

Oleh: WFAUZDIN NS

ADA `wabak' baru kununnya melanda pemilihan pimpinan PKR. `Wabak' tersebut digelar `Wabak ABA' iaitu `Wabak Asal Bukan Azmin'. Nampaknya istilah wabak terpaksa digunakan apabila melihat Azmin terus berada di hadapan meninggalkan Zaid Ibrahim. Sebelum ini bukan main marah mereka kepada kumpulan Azmin yang dikatakan terlampau berkempen untuk menyingkirkan Zaid. Di dalam masa yang sama mereka cipta `wabak' yang sebenarnya tidak wujud langsung bahkan diada-adakan. Itulah hebatnya kempen di dalam pemilihan PKR kali ini.

Jadi tidak pelik jika ada pula `wabak' lebih hebat daripada itu, mungkin `Wabak ABZ' (Asal Bukan Zaid). Secara tidak sedar, mereka mendakwa seolah-olah Azmin sahaja yang berkempen menyentuh peribadi Zaid. Mereka lupakah apakah yang Zaid perkatakan tentang pemimpin parti sebelum ini? Zaid bukan menegur atau mengkritik parti atau pemimpin jika beliau menggelar Presiden sebagai `Diktator', Ketua Umum umpama `ahli biasa' dan Timbalan Presiden pula `nyanyu'. Bahkan, lebih hebat Zaid `mengadu' kepada akhbar milik Umno iaitu Utusan. Maknanya, jika berani `menyerang' jangan takut untuk `diserang'. Mengapa nampak salah Azmin sahaja?

Memang kita akui Zaid bertindak berani dan berprinsip apabila meninggalkan Umno akibat beliau menentang kezaliman Akta ISA. Itu kita `respect' tetapi lebih kita `respect' dengan Azmin kerana beliau bukan sahaja menentang akta ISA, bahkan beliau pernah menjadi mangsa akta tersebut.

Hujah menyebut menyokong Azmin seolah-olah meletakkan PKR sebagai `parti keluarga atau kroni' adalah hujah untuk memancing undi. Jika begitu keadaannya, tidak perlulah kita menyokong Chegu Bard. Bukankah Chegu Bard juga `ahli keluarga' DS Anwar? Di dalam PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man adalah keluarga Mursyidul Am PAS. Maka, kronikah PAS itu? Ini hujah dangkal dan jika benar puak mereka tidak mahukan `keluarga atau kroni' berada di saf pimpinan PKR, sewajarnya mereka sebelum ini nasihatkan Zaid bertanding Presiden PKR. Mula-mulanya ada terbau Zaid ingin bertanding Presiden, tetapi mungkin dia berfikir seribu kali.

Zaid sejak awal seperti berbelah bahagi semata-mata kerana Azmin. Beliau awalnya seperti tidak berminat untuk bertanding apa jua jawatan. Tiba-tiba berminat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR, tetapi bersedia menarik diri jika TS Khalid masuk menentang Azmin. Selepas itu tidak jadi, letak syarat pula ke atas YB Nurul Izzah. Jika YB Nurul Izzah bersetuju bertanding menentang Azmin, beliau bersedia menarik diri. YB Nurul Izzah juga berfikir seribu kali. Akhirnya, Zaid masuk juga bertanding menentang Azmin.

Tidak kisahlah beliau ingin bertanding jawatan nombor dua itu kerana hajat beliau untuk menentukan Presiden Parti agar tidak menjadi `Boneka'. Maknanya, adanya Zaid nanti DS Wan Azizah tidak akan menjadi `Boneka' lagi. Kita jangan lupa, `Boneka' inilah yang berada di dalam Parlimen mulanya keseorangan, kini partinya berjaya memerintah Selangor negeri yang terkaya itu. Siapa yang bantu `Boneka' waktu itu? /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan