RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 3 November 2010

DR ASRI PUN SUDAH PANDAI CAKAP BERBELIT ?

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA teruk diserang oleh penyokong-penyokong PR terutamanya Blogger Pro DS Anwar, Dr Asri berbelit-belit pula di dalam cuba memperbetulkan kenyataannya sebelum ini yang menasihatkan DS Anwar bersara dalam politik. Baca di sini. Maka, timbul pula istilah `dinasour' yang beliau tujukan kepada ramai pemimpin di dalam Umno, bukan hanya kepada DS Anwar sahaja katanya. Maksudnya, Dr Asri juga anggap DS Anwar seperti `dinasour' sama seperti pemimpin Umno?

Beliau hairan mengapa kepimpinan di dalam AMK `melenting' bila beliau menyarankan DS Anwar bersara. Kita tidak lihat AMK melenting pun, ianya sekadar menjawap hujah Dr Asri yang langsung tidak berpijak di bumi nyata itu. Masakan Dr Asri takut untuk mendengar hujah kumpulan muda di dalam AMK ini bagi mempertahankan `bos' mereka? Hujah mesti lawan dengan hujah.

Hujah Dr Asri bahawa beliau menyanjungi DS Anwar dan pengorbanan serta perjuangannya. Namun katanya, ini bukan penghalang untuk golongan muda menggantikan tempat DS Anwar. Siapa pula yang menghalang tokoh muda yang berkemampuan memimpin PKR itu? Masalahnya siapa pemimpin muda yang boleh menggantikan DS Anwar yang dimaksudkan oleh Dr Asri itu? Jika mahu dikatakan Dr Asri pun, beliau tidak berparti langsung ibarat `burung terbang melayang'. Bukankah PKR telah laksanakan amalan demokrasi jauh lebih baik dari Umno semata-mata untuk melahirkan kepimpinan yang baik dan berkualiti? DS Anwar pun waktu ini tiada jawatan yang diiktiraf di dalam parti, beliau adalah Ketua Umum PKR.

Dr Asri turut berhujah, DS Anwar boleh bersara dalam politik tetapi masih boleh memberikan pandangan sepertimana Tun Mahathir, Pak Lah dan beberapa orang lagi veteren Umno yang telah meninggalkan politik. Mahu tanya Dr Asri, cuba sebut siapa tokoh Umno yang telah bersara dari politik yang pandangannya diakui dan diiktiraf oleh Umno? Mereka semua sudah jadi melukut di tepi gantang. Perjuangan sebenar adalah berada di medan perjuangan, bukan berada di luar seperti Dr Asri.

Masalah kepimpinan parti, serahkan kepada ahli untuk memilih pemimpin mereka yang layak. Selagi ahli-ahli PKR masih memerlukan DS Anwar sebagai pemimpin mereka, datanglah seribu orang seperti Dr Asri untuk menasihatkan DS anwar bersara pun tiada gunanya. Hanya ahli yang tahu siapa setakat ini yang boleh memimpin parti ini. Tulisan ini bukan untuk `melenting' tetapi menjawab hujah Dr Asri yang dangkal itu. Selagi PR tidak berada di Putra Jaya, jangan bermimpi untuk kita menyuruh DS Anwar berundur kerana DS Anwar masih `berhutang' dengan rakyat untuk membebaskan mereka dari kezaliman Umno/Bn.

Dr Asri selepas ini haruslah menasihatkan Najib pula untuk bersara kerana terlalu banyak dalil untuk mewajibkan Najib bersara dari politik. Masalahnya, mahukah Najib mendengar nasihat bekas Mufti Perlis ini?/wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. Lama-lama kita akan dapat tengok biawak akan bersalin kulit... tapi yang ni biawak sekolah punya dia pandai tengok masa, tempat dan keadaan... mana yang ada ontong...

    BalasPadam
  2. Bukan soal adakah Najib nak dengar nasihat Asri. Soalnya beranikah Asri sebut/tuding nama Najib? Kalau kritik pemimpin UMNO, Asri tak sebut nama! Dia tahu nak hidup!

    BalasPadam
  3. Dia jadi Mufti Perlis dahulupun atas tiket Shahidan Kassim. Dia ni sebenarnya ego dan hidung tinggi dengan ilmu yang tak seberapa berbanding ulama sebenar yang seusia dengannya. Tiada siapa pun yang menyinga atau melatah terhadap kritikannya terhadap DSAI, cuma menampakkan lebih lagi kejahilannya di dunia ini sebagai bekas Mufti. Kalau UMNO tak melatah atau menyinga terhadapnya, ok. Jumpa sahaja Mat Maslan atau Najib sendiri dan mohon sahaja mahu menjadi Menteri Agama UMNO supaya beroleh kesenangan hidup dan boleh trim bulu kening dan make-up artis seperti Ustz Marsitot Senatot kita tu.

    BalasPadam