RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 4 November 2010

KETUA AMK - CHEGU BARD DAN AZMIN PUN SAMA MENIPU ?

Oleh: WFAUZDIN NS

SEJAK awal saya menyokong Chegu Bard di dalam perebutan jawatan Ketua AMK. Beliau memang seorang tokoh muda yang penuh dedikasi, berani serta mempunyai wawasan untuk membawa golongan muda bersama-sama parti menuju matlamat ke Putra Jaya. Di sebalik sokongan ini, saya mengharapkan kemenangan Chegu Bard nanti biarlah kemenangan yang bersih lagi tulen.

Apabila membaca berbagai cerita tentang beliau, saya tertarik dengan dakwaan bahawa kemenangan Chegu Bard sebagai Ketua Cabang Rembau adalah hasil dari pengundian yang `tercemar'. Dikatakan terdapat `pengundi hantu' yang telah ditangkap turut mengundi beliau di Cabang Rembau. Sedikit petikan berita yang saya baca berbunyi "Berkaian dengan individu yang ditangkap iaitu Zamri Vinoth yang menggunakan identiti orang lain, ini nampaknya seperti ada suatu yang telah dirancang. Beliau adalah Ketua AMK Cabang Rasah. Bagaimana seorang Ketua Cabang boleh hadir bagi tujuan mengundi di Cabang Rembau."(Ketua AMK Negeri Sembilan - PKRn9.blogspot.com)

Saya telah pun baca komen dari Chegu Bard berkaitan perkara ini, Beliau sendiri terperanjat dengan dakwaan tersebut dan beliau menyokong sepenuhnya agar JPP menyiasat dakwaan yang boleh mencemar imej beliau. Persoalannya, jika benar dakwaan tersebut adakah ianya dirancang oleh Chegu Bard? Amat malang sekali jika benar Chegu Bard merancang atau pun meredhai penipuan seperti ini kerana sebelum ini dakwaan penipuan sering ditujukan kepada pihak lawan terutamanya terhadap YB Azmin. Namun, tidak mustahil Chegu Bard telah dianiayai. Sebab itulah pada pandangan saya ketegasan Chegu Bard agar dakwaan ini disiasat segera adalah satu sikap yang positif, berani dan jujur.

Seandainya benar dakwaan ini, PKR mestilah mengambil tindakan tegas terhadap `pengundi hantu' tersebut apatah lagi beliau dikatakan seorang pemimpin Cabang yang sepatutnya menjadi contoh dan teladan kepada ahli bawahannya. Lebih adil dan telus, pemilihan semula wajib diadakan sekiranya terbukti dakwaan ini benar. Bahkan, jika terbukti Chegu Bard terlibat di dalam penipuan ini maka beliau juga dikenakan tindakan tatatertib yang tegas.

Begitu juga dengan mana-mana pemimpin yang melakukan salah laku atau penipuan di dalam pemilihan parti. Jika kita mahu YB Azmin dan Chegu Bard diangkat sebagai Timbalan Presiden PKR dan Ketua AMK, beliau mesti menang dengan cara yang jujur dan bersih. Kita berasa bangga jika pemimpin yang kita sokong itu dipilih dengan kaedah demokrasi yang bersih. Apa guna kita menang dengan pemimpin yang kita suka tetapi pemimpin itu terpalit dengan penyelewengan dan penipuan. /wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. org sibuk pasal galas and batu sapi, ko sibuk pasal pemilihan PKR..

    ko da lupe ke tak kira la sape yg menang kat PKR tu, hanye sekadar menang atas kertas aje? sbb pkr da dan akan terkubur tidak lama lagi?

    so ape significantnya pemilihan syok sendiri PKR kali ini?

    kebodohan ko mencerminkan FUCKATAN..

    tenkiu

    BalasPadam
  2. dalam pkr semuanya jadi dan boleh. Allah sedang menunjukkan kebenaran betapa hinanya parti pkr dan sekutunya. ketahuilah terlalu ramai orang islam di negara ini yang sentiasa berdoa agar negara ini tidak jatuh ke tangan syaitan yang bertopengkan manusia. bn telah dihukum oleh sebahagian masyarakat atas kealpaan mreka tetapi anwar, azmin serta pkr akan terus tenggelam. Allah tidak akan membenarkan seorang peliwat dan seorang suami yang dayus menerajui negara ini. - ana

    BalasPadam