TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

ADAKAH WAJAR DITERUSKAN RUNDINGAN DENGAN PAS ?

Selasa, 2 November 2010

BUKTI KERAJAAN PR PERJUANGKAN PERKEMBANGAN ISLAM

Kerajaan Selangor Agih RM2.119 Juta Kepada 51 SAR
02/11/2010


TELOK PANGLIMA GARANG 2 NOV :Kerajaan Selangor menyerahkan bantuan geran langsung (direct grant) berjumlah RM2.119 juta kepada 51 Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri ini untuk memastikan pelajar menikmati suasana pembelajaran lebih selesa. Majlis penyerahan cek kepada setiap wakil SAR disempurnakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Madrasah Darul Mujahidin, Kebun Baru, Telok Panglima Garang, hari ini.

Menteri Besar ketika berucap berkata, Kerajaan Selangor akan memastikan setiap rakyat negeri ini diberi peluang sama rata untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. Katanya, sebagai sebuah negeri yang mengutamakan berkebajikan rakyat, Kerajaan Selangor akan mengagihkan hasil negeri kepada rakyat dengan seadilnya. "Walaupun Selangor diiktiraf sebagai negeri termaju di Malaysia tetapi masih terdapat rakyat negeri ini yang terpinggir dan tidak menikmati segala pembangunan ini. "Kerajaan Selangor tidak mahu bermegah dengan terbinanya bangunan tinggi, canggih dan mahal sedangkan pada masa yang sama, kebajikan rakyat dipinggirkan," katanya.

Menteri Besar berkata, Kerajaan Selangor mahu mengubah persepsi ini dan akan terus melabur dalam sektor pendidikan yang akan membawa pulangan besar pada masa hadapan. Beliau berbangga kerana Kerajaan Pusat hari ini mengikut jejak Kerajaan Selangor dengan memberi peruntukan dan bantuan kewangan kepada SAR. Hadir sama pada majlis ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, YB Dr Halimah Ali.

Bantuan ini adalah Fasa Kedua yang berikan Kerajaan Pakatan Rakyat kepada SAR yang layak. Bantuan ini diberikan untuk membolehkan pihak pentadbiran sekolah membaiki infrastrukur dan menyediakan suasana pembelajaran yang selesa. Setiap SAR menerima jumlah peruntukan berbeza mengikut keperluan setiap sekolah yang membuat permohonan kepada Kerajaan Negeri.

Bagi Fasa Pertama, Kerajaan Negeri telah mengeluarkan peruntukan hampir RM2.7 juta kepada 136 SAR yang memohon. Majlis penyerahan peruntukan Fasa Pertama telah diadakan di Maahad Tarbiah Islamiah An-Ansar, Bestari Jaya pada 10 Ogos lalu.
/TVNews

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini