RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 3 November 2010

`FIRAUN BESAR' PUN SEPENDAPAT DENGAN DR ASRI

Oleh: WFAUZDIN NS

`PUCUK dicita, ulam mendatang'. Begitulah gamaknya perasaan Zul `firaun besar' dari Kulim Bandar Baru apabila membaca saranan Dr Asri agar DS Anwar berundur dari politik. Sepantas kilat `si firaun besar' ini menyampuk, dan lucunya beliau berkata beliau sendiri pun pernah menasihatkan DS Anwar agar bermuhasabah diri. Wah, hebat si firaun besar yang mengaku beliau kaki temberang sewaktu berada di dalam PKR ini. (Saya guna perkataan `firaun besar' kerana Zul sendiri pernah gelar orang lain firaun kecil, jadi kena tirulah perbuatan `ustaz' firaun ni).

Zul firaun besar ini menyebut betapa beliau dihakimi didepan orang kafir atas isu kalimah Allah sehingga membawa kepada `tertendang' firaun ini dari PKR. Zul firaun ini ingat kita ini bodoh? Semua orang tahu dia dihakimi kerana tindakan membuat laporan Polis terhadap MP dari Shah Alam iaitu YB Khalid Samad (MP PAS), tiada kena mengena dengan isu Kalimah Allah. Jadi, jangan ingat dia Peguam maka orang lain tidak tahu apa-apa. Kebodohan, kejahilan dan kebaculan Zul semakin terserlah apabila YB Khalid mencabarnya berdebat tentang isu Kalimah Allah yang dihebohkannya itu sampai sekarang Zul firaun besar ini membisu.

Orang bacul seperti ini ingin menasihatkan PAS agar menjauhi DS Anwar. MP yang tidak diredhai oleh majoriti pengundi di Kulim Bandar Baru itu tidak tahu malu untuk menjadi `batu api' kepada PAS iaitu parti yang `menendang keluar' beliau dari PAS. Siapa lagi orang waras yang percaya akan cakap si firaun besar ini? Orang gila di Kulim Bandar Baru pun menggeleng kepala tengok perangai Zul firaun besar ini. Ada sahaja pilihanraya, berbunyilah dia.

Sebelum ini dia `jual tahi minyak' dalam Parlimen kununnya PKR dan DAP ada perjanjian sulit. Mana dia tahu? Jika ada pun perjanjian, PKR atau DAP tidak akan bawa sekali orang bodoh macam dia ini untuk bersama di meja perundingan. Hajatnya untuk lagakan PAS dengan PKR, tapi malang sungguh taktik beliau tidak menjadi. Sebaliknya beliau dimalukan oleh pemimpin PAS yang menganggap beliau `tidak berakal atau kurang siuman'. Tidak tahu malu lagikah?

Kesihan kita dengan `penyakit' Zul ini semenjak disepak keluar dari PKR. Harapkan PAS hendak ambil, baik PAS bela biawak daripada `menternak' firaun besar ini. Harapkan Umno? Mungkin dapat, mungkin tidak. Ezam lagi cerdik, terus dapat Senatak tanpa perlu masuk pilihanraya. Mungkin Zul layak masuk parti Makhal Sakhti, itu pun jika parti itu tidak tahu berapa banyak cabang yang ada pada lidah Zul. Senang cerita, Zul tunggu saja PRU ke 13 nanti, kita tengok selepas PRU tersebut akan ada bekas YB jadi gila bercakap seorang diri sambil Justify Fullmenolak motorsikal berkuasa tinggi dengan songkok tarbus kassim babanya./wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. pada saya org berilmu mcm asri ni,lebih bahaya cakap2nya pada perjuangan pakatan rakyat jika nak dibandingkan dgn zul musibat tu,klu mcm zul kulim tu,org memang dah tak caya ckp dia lagi.....tapi org mcm aqsri ni kena le awas awas dia sikit......org mcm ni klu dia ckp or4g mudah pecaya......ye le bekas mupitih le katakan......poraaaaaahhhhhh.....boleh ke caya kawan shahidan kasim ni lagi....ckp pun boleh u turn ke....piraaaaaah

    BalasPadam
  2. firasat hamba, lepas PRU13 ni tenggelamlah nama firaun besar ni, tak akan timbul lagi, ....

    BalasPadam